Langit Ilahi Rotating Header Image

Posts from ‘October, 2009’

Remaja Mulia - Cerita 4: Keberkatan Guru

Datanglah hari sabtu, maka Remaja Mulia bab baru pun muncul.
Enjoy your reading. moga ada maknanya…

ps: kepada yang meminta Remaja Mulia dionlinekan lebih dari seminggu sekali, maka permintaan anda tidak dapat saya tunaikan atas sebab-sebab tertentu. Biar lambat, nanti rindu-rinduan.

Perkongsian: Baiklah dengan semua orang

Baru-baru ini saya duduk-duduk dengan junior saya. Sengaja saya menziarahi rumah mereka. Memang antara kegemaran saya tahun ini adalah bertandang ke rumah junior.
Kami bersembang, dan akhirnya termasuk satu topik. Mereka bertanyakan berkenaan sekumpulan senior di Jordan ini yang mereka tidak berkenan akan sikap dan penampilan mereka. Saya tersengih. Memang, ada sekumpulan pelajar di [...]

Perkongsian: Bersyukur

Syukur. Mudah kita sebut. Kadangkala, kita merasakan bahawa dengan mengucapkan kalimah “Alhamdulillah”, maka sudah terlepaslah tanggungjawab syukur kita kepada Allah SWT. Kita rasa, selepas kita mengucap, mengulang-ulang kalimah “Alhamdulillah”, maka kitalah hamba Allah yang telah bersyukur.
Namun, saya melihat syukur tidak semudah itu.
Jika syukur semudah itu, tidak perlulah Allah mengulang berkali-kali berkenaan mensyukuri nikmat [...]

Kembali bernafas

Jadi, hari ini masih ada lagi untuk saya rupanya.
Terharu, sebab ada seorang makcik sms, dia buat solat hajat doa saya sembuh. Alhamdulillah.
Sakit kepala yang teramat sangat(mungkin migrain) plus sakit tulang belakang yang tak boleh tahan menyebabkan kepala saya tidak mampu menampung gaya pemikiran saya sebelum ini. Tak tahu la kenapa tiba-tiba boleh datang sakit-sakit macam [...]

mohon doa

Saya ada masalah sikit sejak semalam.
Jadi saya tidak boleh menulis buat sehari dua ni.
Doakan saya.
Kemungkinan esok baru ada perkongsian lagi antara kita.
Itu pun kalau esok ada untuk saya..

Motivasi:Kegigihan dalam mendidik…

Saya berjumpa dengan ramai orang yang mengibarkan panji bernama dakwah. Bila berbicara berkenaan dakwah, maka mereka akan bercakap, dengan pelbagai teori, bersama dalil naqli, dengan semangat yag berapi-api.
Tetapi, saya lihat, kebanyakan mereka mencemuh orang yang tidak mendengar ajakan mereka. Mereka menuduh dengan mudah yang hati orang tidak mendengar itu sudah ditutup oleh ALLAH, [...]

Remaja Mulia - Cerita 3: Dengan Bapa

Sudah sampai hari sabtu, maka Novel Remaja Mulia pun bersambung ke bab yang seterusnya.
Cerita 3: Dengan Bapa
Semoga mendapat manfaat

Perkongsian: Saya kini

Ah, hari ini saya agak sibuk. Hampir sahaja tidak sempat mengepost apa-apa di Langit Ilahi.
Banyak perkara hari ini yang berlaku tiba-tiba dan perlu saya utamakan dari jadual saya. Perkara penting la katakan. Ditambah pula dengan kesilapan saya pada hari semalam, yakni saya tidur agak lewat, menyebabkan tadi siang, saya tertidur semasa mesyuarat, seterusnya [...]

Perkongsian: Bersama Dr ‘Ala’ Hilat

Semester kali ini, adalah semester yang paling menyeronokkan untuk saya. Selalunya, sebelum ini kalau masuk semester baru atau habis semester, saya akan berkongsi dengan pembaca Langit Ilahi berkenaan pembelajaran saya. Untuk semester pertama bagi tahun kedua saya ini, saya tidak lagi berkongsi apa-apa kerana kesibukan mengutamakan perbincangan lain.
Namun, semalam, seorang pensyarah yang amat [...]

Islam: Ke arah kesedaran Islam 2

Minggu lepas, dalam Ke Arah Kesedaran Islam 1, kita berakhir dengan persoalan, apakah penyelesaiannya kepada permasalahan ummah hari ini?
Jawapan mudahnya, adalah dengan menyedarkan ummah ini akan kepentingan Islam sebagai penyelesaian. Namun bagaimana? Bagaimana hendak membawa ummah ke arah kesedaran Islam?
Di dalam post kali ini, kita menyambung bab Ke Arah Kesedaran Islam dengan [...]