Semalam adalah hari yang agak besar buat saya dan ahli PERMAI. Satu program bernama Adha 1430 telah berlangsung di kalangan komuniti pelajar melayu di Irbid, Jordan sempena Aidil Adha kali ini.
Saya telah menjadi host untuk tiga sesi sepanjang program itu, yakni sesi lakonan, video dan akhir sekali sesi luahan perasaan hati ke hati.
Semalam [...]
Posts from ‘November, 2009’
Perkongsian: Sahabat terhebat
Perkongsian: Korban pada bola mata saya
Dah balik dari kampung? Saya tak tahu Malaysia cuti raya haji sampai bila. Jordan, cuti akan berlangsung sehingga 30 November 2009. 1 Disember, bermula lah semula musiom pengajian semester satu.
Baru-baru ini, saya dijemput untuk memberikan ceramah berkenaan Pengorbanan oleh Badan Kebajikan Anak Negeri Johor Jordan. Saya sebenarnya, tak berapa suka ceramah. Saya suka perkongsian. [...]
Puisi: Kembali kepada-Nya
Hari ini sepatutnya hari cerpen.
Namun memandangkan hari ini masih musim orang beraya di kampung, jadi saya rasa, cerpen boleh kita tangguhkan ke sabtu minggu hadapan.
Tetapi, sabtu hari ini tidak akan berlalu kosong sahaja. Saya ada puisi untuk semua.
Terima lah - Kembali Kepada-Nya
Istimewa: Selamat Menyelami Erti Pengorbanan
Hari Raya Korban sudah tiba. Dan saya faham kalau rating Langit Ilahi hari ini jatuh mendadak sebagaimana 1 Syawal tempoh hari. Semua orang balik kampung, sibuk berhari raya, bermesra bersama keluarga, menyembelih haiwan korban dan melapah daging.
Saya, dari lubuk terdalam mengucapkan Selamat Menyelami Erti Perngorbanan pada tahun ini.
Sesungguhnya, saya tidak pernah merasakan bahawa [...]
Dedikasi: Ustaz Dahlan, dia murabbi saya.
Ustaz Dahlan Mohd Zain. Dia adalah mudir di MATRI semenjak penubuhan sekolah itu 22 tahun yang lalu. Dia sudah tua. Pada saya, orang berumur sepertinya pasti berehat di rumah.
Namun dia adalah contoh pejuang terbaik untuk saya. Dari berehat di rumah tanpa berbuat apa-apa, dia menghabiskan sisa-sisa hayatnya yang masih berbaki itu untuk berbakti kepada [...]
Diari: Lap top baru
Naa…
Akhirnya selepas lama menunggu rezeki dari langit, akhirnya Allah berikan bantuan-Nya kepada saya untuk mendapatkan Alat Bantu Dakwah yang baru.
Lap Top baru.
Alhamdulillah.
Selepas ini boleh la menulis dengan lebih giat. Zaman kesukaran menulis dengan keyboard USB sudah tamat…
Syukur.
Islam: Taqwa yang kamu pandang enteng 1
Taqwa. Nampak macam benda sampingan. Nampak macam teoritikal. Nampak macam tidak bermakna. Bila sebut taqwa, kita rasa macam taqwa ni satu benda yang jauh untuk dicapai, dan kita rasa ia satu benda untuk orang-orang yang khas sahaja. Pada sebahagian kita, kita rasa taqwa ini adalah sesuatu yang mustahil. Bila dikatakan bertaqwa, nampak macam ala-ala malaikat.
[...]
Motivasi: Melihat masa hadapan
Masa kecil, saya suka baca Doraemon. Antara yang ada pada Doraemon adalah mesin masa hadapan. Dari situ, saya sering tertanya-tanya apa masa hadapan saya. Pertanyaan itu saya bawa, hinggalah saya dewasa.
Dan konsep masa hadapan saya berubah mengikut tumbesaran saya. Sampai satu tahap, akhirnya saya sedar bahawa, masa hadapan itu dicorak oleh tangan kita sendiri. [...]
Perkongsian: Dalam Haji itu
Raya Korban yang semakin mendekat ini, kita kenali dengan beberapa nama. Ada nama Aidil Adha, ada nama Hari Raya Korban, dan antara nama popularnya lagi adalah Hari Raya Haji. Semuanya adalah nama untuk hari yang sama, yakni 10 Zulhijjah.
Bagi saya yang pernah menjejakkan kaki ke tanah haram, melihat baitullah dan beribadah di tanah suci [...]
Motivasi: Antara kita dan mereka
Wah, raya korban dah dekat. Saya pula semakin sibuk. Orang jemput untuk melakukan sesuatu buat hari raya korban di Jordan ini. Saya tak sabar menanti hari melapah. Boleh turun ramai-ramai dan melakukan kerja sama-sama. Di Jordan, kadangkala melapah makan masa dua hari kerana banyaknya binatang yang dikorbankan di sini.
Tapi saya tidak mahu cerita raya [...]



