Dulu, masa saya masih ada di Malaysia, saya sering terlihat akhbar-akhbar di Malaysia apabila tiba 31 Disember, mereka akan buat kronologi peristiwa-peristiwa besar yang terjadi pada tahun yang hendak berakhir itu.
Saya tak tahu sama ada Website Langit Ilahi perlu juga begitu. Tapi saya tahu website Langit Ilahi dah jadi ala-ala surat khabar rohani. Setiap [...]
Posts from ‘December, 2009’
Muhasabah: 2009, selamat tinggal
Puisi: Untukmu 2009
Ah, 31 Disember.
Esok satu januari. Maaf, saya tak sambut tahun baru. Tetapi saya sedar saya sedang melangkah ke tahun baru.(bila la Islam nak naik biar boleh guna tarikh Hijri sebagai tarikh dunia?)
Ketahuilah, dalam hidup-hidup saya, saya paling sayang 2009.
Pertama: Langsung tak jumpa keluarga, tak duduk dengan keluarga dalam tahun ini. Rekod.
Kedua: [...]
Puisi: Kau Tidak Faham, Kau Tidak Mengenali.
Ah, nak akhir tahun. Hari ini tangan saya kepanasan pula walaupun suasana Irbid sangat sejuk hari ini. Tapi bukannya sesejuk Russia(Syed Ahmad Fathi) dan Korea(Tengku Muhammad Fahmi) sampai turun salji. Jadi saya fikir, selagi diri saya tak terbeku, selagi itu saya boleh buat macam-macam kerja.
Satu puisi yang muncul ketika hampir-hampir maghrib.
Enjoy.
Perkongsian: Kenapa? Sebab itu tujuan hidup kita
Artikel ini lebih kepada chit-chat orang kata.
Tahun 2009 sudah semakin berakhir. 2010 sudah hendak menjelma. Umur 20 saya pun sudah hampir berakhir. 17 hari lagi dan saya menjejak 21. Pejam celik pejam celik, Website Langit Ilahi sudah berumur 9 bulan. Rasa macam sekelip mata sahaja, saya sudah 2 tahun setengah menulis di alam [...]
Projek: Program Bengkel Penulisan Cerpen Islamik dan Pengurusan Blog
Beberapa waktu yang lepas, saya ada bercakap perihal projek yang nantinya akan merebak ke Malaysia. Maka, suka saya maklumkan di sini bahawa, saya akan mula melaksanakan projek itu bulan hadapan.
Projek asal masih rahsia. Tetapi projek besar ini akan bermula dengan Program Bengkel Penulisan Cerpen Islamik dan Pengurusan Blog yang akan berlangsung pada 5&6 Januari [...]
Promo Sinergi 1: Cover Sinergi Yang Saya Buat
Assalamu’alaikum,
Saya sekadar nak tunjuk dua cover Sinergi yang saya buat sendiri.
Sekadar selitan.
Satu lagi cover boleh dilihat dengan melihat seterusnya.
Perkongsian: Cinta dan Allah redha.
Manusia kalau tengah bercinta, orang kata macam orang yang mabuk. Dia sudah tidak kisah sekelilingnya. Dia sudah tidak kisah orang lain. Yang dia fikirkan adalah orang yang dicintainya sahaja. Orang kata, lautan api sanggup diredah, gunung everest sanggup dipanjat. Prinsip dan maruah diri sanggup digadai.
Saya berulang kali kata, saya tidak mengiktiraf itu sebagai cinta.
[...]
Perkongsian: Keimanan, itulah penyelesaian
Dalam beberapa waktu ini, yakni semenjak 5-6 bulan kebelakangan ini, saya sering terfikir berkenaan keimanan. Semuanya apabila saya dihumbankan dengan soalan-soalan mencari penyelesaian kepada permasalahan negara, permasalahan jiwa, permasalahan gejala sosial, permasalahan keluarga, permasalahan hiburan, permasalahan cinta dan 1001 permasalahan lain.
Saya mencari apakah penyelesaian yang solid untuk semua itu. Dalam pencarian saya, akhirnya saya [...]
Motivasi: Projek hidup, projek cinta.
Ah… tahun 2009 hampir berakhir. Tahun ini memang satu tahun yang agak penuh, pelbagai program, pelbagai pengalaman, pelbagai anugerah, juga disertai dengan pelbagai dugaan, pelbagai kesempitan, pelbagai kehilangan dan pelbagai penderitaan. Itu bila dinisbahkan kepada saya la. Saya tidak pasti anda malalui tahun ini bagaimana.
Semalam, saya menyertai program A.P.I. atau nama panjangnya adalah Akses [...]
Sahabat: Anas Abdul Hadi, hari ini birthday dia…
26hb Disember. Mungkin orang akan mengingati tarikh ini sebagai tarikh berlakunya Tsunami yang diiringi dengan gempa bumi sekitar 9.2 skala ritcher lima tahun dahulu. Tetapi 26hb Disember hakikatnya adalah tarikh lahir Anas Abdul Hadi, sahabat saya yang telah dilahirkan pada tahun 1989, 15 tahun sebelum berlakunya tsunami di kawasan asia tenggara itu.
Anas adalah antara [...]



