Langit Ilahi Rotating Header Image

Posts on ‘January 14th, 2010’

Perkongsian: Malaysia dipuji khatib di Jordan.

Ini cerita seminggu lepas. Pada hari Jumaat yang lalu, Dr Jamal, pensyarah yang mendalami ilmu Al-Quran di dalam University of Yarmouk, Irbid, Jordan telah menjadi khatib di Masjid Universiti Yarmouk.
Beliau membicarakan perihal ummah dan masa hadapan masyarakat Islam dalam mengharungi kehidupan masa kini. Diceritakan kelemahan dan juga kekurangan yang menghinggapi ummah di dalam khutbahnya.
[...]

Diari: Berikan sokongan kepadanya.

Orang selalu kata, bapa borek anak rintik. Bapa, gayanya akan diikuti anak. Anak, orang selalu akan kata bahawa dia bergerak mengikuti bapanya.
Tetapi, dalam kes saya mungkin ada kelainan.
Bapa saya mengikuti saya dalam jejak langkah menjadi blogger.
Tadi, lahirlah satu blog bernama Didik Diri.
Bapa saya nampaknya punya hajat dan visi tersendiri.