Kehidupan ini kita lalui bagaimana?
Dengan cara apa kita bergerak mengharunginya?
Pernahkah kita bersimpuh menilai dosa-dosa kita?
Apakah kita tidak risau dengannya?
Adakah belum tiba masanya, kita mentaati Allah dengan sepenuh jiwa?
Saya sering bertanya kepada diri akan perkara ini. Apabila membayangkan betapa satu hari nanti Allah akan memalingkan wajah-Nya yang mulia daripada diri saya ini, saya terasa takut dan risau seperti ingin mati.
Dosa untuk saya, adalah sesuatu yang besar seperti gunung menghempap diri. Saya rasa amat hairan dengan mereka yang terus-terusan melakukan dosa dalam keadaan tiada gusar di dalam hati.
Kita datang daripada Allah, kita akan kembali kepada Allah, apakah pantas hidup kita tiada kena mengena dengan-Nya? Apakah pantas kita berjalan di atas muka bumi ini tanpa tunduk dan patuh kepada-Nya?
Adakah belum sampai masanya untuk kita melutut dan taat kepada-Nya?
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka” Surah Al-Hadid ayat 16.
Tiadalah Langit Ilahi ini saya tulis hanya untuk suka-suka mencari popular, menjemput pujian dan sebagainya. Melainkan untuk mengajak diri saya dan diri kalian semua untuk kembali hidup di bawah keredhaan Allah SWT, dan berpimpin tangan hingga ke syurga.
Ketahuilah, saya hanya rasa bermakna, sekiranya kita semua berada dalam redha-Nya.
Selain itu, saya tidak rasa untung apa-apa.
Mari, adakah belum sampai masanya untuk kita taat kepada-Nya?
Sekaranglah, kita pacakkan kesedaran kita, dan kibarkan panji amal kita.
Kita mahu menjadi hamba-Nya.






bizzobt.. sudah tiba masanya..
salam…
Tidak.. masanya sudah lama tiba,
dan semakin hari sudah ingin sampai ke penghujungnya..
Ayuh! sama2 kita…
jzkllh..pengisian/tazkirah begini yg ana cari tentang kematian..moga2 meresapi dlm jiwa2 kita yg sentiasa alpa..
salam mujahadah buat semua sahabat2….
Moga kita terus istiqamah dan berada dalam hidayah & rahmat Allah…
jazakallah ats tzkirah ..mge kita sentiasa brusaha utk mndpt ptunjuk dr Allah..
Ringkas, padat, dan mantap….jazakAllah…
Salam..
ramai lg di antara kita yg msh lengah2kan peluang yg diberi Allah atas sbb rase tak puas lagi nk enjoy dan takut sgt dunia ni tak dpt mrk genggam.
Manusia, suka lengah2, tangguh2 dgn tertanam di fikiran “Aku confirm hidup lagi esok”. Sesungguhnya, mati itu adalah peringatan yg sgt2 baik supaya kita dpt jadikan hari ini hari yg sebaik mungkin…seolah2 esok tiada lagi.
salam.semoga kita semua terus berada di dalam redha Allah. kadang-kadang kita tidak sedar akan dosa yang kita lakukan sehinggalah kita ditimpa dengan suatu musibah, barulah kita insaf dan sedar akan apa yang telah kita lakukan itu tidak selari dengan perjalanan hidup seorang hamba.
Assalamualaikum..pngisian yg cukup baik..smg kesedaran mresap kdlm jiwa..
lantas perbuatan seiringan dgn keinsafn..
teruskn perjuangan mencari yang hakiki..
smga Allah sntsa mlindungi dan merahmati kita smua..
Assalamu’alaikum,
- kepada
راتو شهادة
Semoga Allah benar-benar menundukkan jiwa-jiwa kita.
- kepada nur-najah
Masanya telah lama tiba. Memang.
Tetapi soalan ini adalah untuk hati yang belum sedar.
- kepada mencari
Semoga Allah melembutkan jiwa-jiwa kita.
- kepada nobody
InsyaAllah, salam perjuangan.
- kepada muhammad fakhruddin
Amiiin…
- kepada nellyana
InsyaAllah.
Semoga Allah redha.
- kepada am
Alhamdulillah, hidayah itu tetap daripada Allah juga.
- kepada hambamencari
Sebab itu, soalannya, apakah masih belum tiba masanya?
- kepada aishairdina
Semoga Allah memberikan kita jiwa yang sentiasa berhubung kepada-Nya.
- kepada nur_cahaya
Semoga Allah membantu kita.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf