
Mari Menjadi HAMBA
Alhamdulillah. Walaupun tanpa VT, Buku Langit Ilahi tetap mendapat sambutan hangat. Saya sentiasa menghubungi orang di Malaysia untuk bertanyakan khabar perjalanan KLIBF dan sambutan orang terhadap buku saya.
Untuk pengetahuan semua, ibu dan ayah saya, bersama dua adik saya, berada di KLIBF hari ini. Dan esok, Hari Ahad, mereka akan sekali lagi menjengah booth 81 Galeri Ilmu. Kalau ada peluang, bagi yang lelaki, sapa-sapalah bapa saya, bagi yang perempuan, tegur-tegurlah ibu saya. Mereka sahaja yang boleh hadir tanpa saya. Namun saya juga daripada mereka. Berbual dengan ibu bapa saya, tiada kurangnya dengan berbicara dengan saya.
Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita, terdapat 60 artikel di dalamnya, dan membawa satu tema, iaitu mengajak manusia kembali menyedari bahawa kita adalah HAMBA kepada DIA.
Saya sebenarnya, ingin mengajak manusia, untuk bernafas dalam jiwa HAMBA.
Kenapa?
Saya ada pandangan saya tersendiri.
ALLAH SWT berfirman,
“ Tiadalah AKU jadikan Jin dan Manusia, melainkan untuk beribadah kepada AKU” Surah Adz-Dzariyyat ayat 56.
Itu adalah tujuan penciptaan kita. ALLAH menjadikan kita, untuk kita berubudiyyah kepada DIA. Hendak hidup dalam ubudiyyah kepadaNya, maka hendaklah kita merendahkan jiwa kita tunduk kepadaNya.
Gusar dengan suasana masyarakat hari ini, juga suasana dunia masa kini, saya mempunyai satu rasa ingin menyelamatkan semua. Tetapi saya bukanlah manusia istimewa yang dikurniakan kekuatan sedemikian rupa. Saya hanya manusia lemah. Mungkin juga antara yang terlemah dari kalangan hamba-hambaNya.
Tetapi saya ada muka yang tebal di sebalik kelemahan saya. Saya tidak peduli cacat cela yang saya ada. Sebab PENCIPTA saya adalah yang amat penyayang dan pengasih, DIA adalah yang ampunanNya lebih luas dari kemarahanNya. DIA akan mengira usaha saya ke arah kebaikan, walau sekecil-kecil zarah.
“ Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan, walau sebesar zarah, maka akan dikira” Surah Az-Zalzalah, ayat 7.
Jadi saya menulis. Saya masih ingat,pertama kali menulis di internet, adalah atas ajakan sahabat bernama Ihsan Berahim(dialah admin Website Langit Ilahi ini). Saya masih ingat kata beliau,
“ Kan bagus kalau enta tulis kat internet. Semua orang boleh baca”
Semua orang boleh baca. Itulah sebabnya saya mula menulis dengan giat. Sebab semua orang boleh baca. Tidak kira tua atau muda, remaja atau pemuda, muslim atau yang tidak, melayu, cina, india, dan sebagainya, semua boleh membacanya.
Saya niatkan penulisan saya sebagai satu tembakan rambang. Saya ingin hidupkan udara keHAMBAan dalam kehidupan insan. Udara yang selama ini telah tercemar dengan karbon dioksida kemungkaran, dan bahan kimia kemaksiatan, saya hendak rawatnya dengan udara bersih KeHAMBAan berasaskan bahan KeIMANan. Bagi yang tertembak hatinya, maka dia akan berusaha menghidupkan suasana KeHAMBAan yang dirasainya di dalam kehidupannya.
Saya percaya, fitrah manusia adalah ketundukan kepada perintah ALLAH, dan keimanan kepadaNya. Rasulullah SAW bersabda,
“ Semua bayi itu lahir di atas fitrah(ISLAM)…” Al-Hadith.
Saya percaya, hati manusia tidak jahat. Mereka hanya terkelambu, dan digelapkan dengan dunia sahaja. Saya juga percaya, dalam banyak cahaya, cahaya kebenaran daripada ALLAH sahaja yang tidak akan terpadam walau kegelapan menyelubungi seluruh dunia.
“ Walau seluruh dunia digelapkan, tetapi cahaya ALLAH itu tetap tidak akan terpadam” Kata-kata Sheikh Hassan Hudhaibi.
Jadi, bila keHAMBAan ini berjaya dirasai dan dihidupkan oleh pembaca-pembaca saya, bersama saya juga berusaha ke arah yang sama, pastinya akan ada lagi jiwa-jiwa di sekeliling kami yang akan mengikuti jejak langkah keHAMBAan ini. Ia ibarat satu virus yang sihat, merebak dengan pemerhatian insan kepada kehidupan HAMBA ini, sebagaimana tertariknya manusia zaman jahiliyah dengan peri kesopanan, adab dan akhlak serta keteguhan pegangan Rasulullah dan para assabiquunal awwalun, seperti itulah saya percaya, dunia akan kembali sihat dengan wujudnya manusia-manusia berjiwa HAMBA ini. Kami berusaha, ALLAH akan memasukkan hidayahNya kepada sesiapa yang DIA suka.
“ Sesungguhnya kau tidak memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi ALLAH lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang DIA kehendaki…” Al-Qosos ayat 56.
Hari ini, ramai yang tertanya-tanya bagaimana hendak menyelamatkan dunia. Mereka buat sistem itu dan sistem ini, mereka buat peraturan itu dan peraturan ini. Mereka hendakkan dunia yang pada mereka bagus dan baik, cemerlang dan maju, aman dan makmur. Lalu mereka bangunkan pelbagai jenis sistem untuk mencapai matlamat itu.
Tetapi, tiada manusia yang sedar bahawa, kunci kepada semua itu adalah kembali menjadi HAMBA yang taat kepadaNya. ALLAH, sebagai PENCIPTA, dan TUAN yang mempunyai hak milik mutlak kepada apa yang ada di dunia ini dan di akhirat nanti, wajib untuk kita memperhambakan diri kita kepadaNya. Maka, ALLAH sebagai PEMILIK, dan TUAN yang mempunyai hak milik mutlak kepada AMAN, MAKMUR, MAJU, BAHAGIA, ini, akan memberikan kita semua itu.
“ Sesungguhnya kepada RABB kamulah kesudahan segala sesuatu, dan sesungguhnya DIAlah yang menjadikan orang tertawa dan menangis…” Ayat 42-43 Surah An-Najm.
Kita sudah penat melihat banyaknya jenayah, kita sudah mangli dengan pelbagai korupsi, kita sudah letih dihambat gejala sosial yang disebar manusia, kita takut akan nasib ahli keluarga kita, dan orang yang kita sayangi dari terjebak perkara-perkara buruk seperti hubungan bebas dan sebagainya. Maka kembali mendidik diri menjadi HAMBA adalah solusinya. TUAN kita adalah yang paling kaya dan tidak pernah kedekut, yang paling dekat dan tidak pernah menjauh,yang sentiasa menjaga tidak pernah tidur.
“ ALLAH, tiada ILAH melainkan DIA. Yang Maha Hidup, Yang terus menerus mengurus(makhlukNya), Tidak Mengantuk dan Tidak Tidur. MilikNya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada apa yang mampu memberikan syafaat di sisiNya tanpa izin daripadaNya. Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, danmereka pula tidak tahu sesuatu apa pun tentang ilmuNya melainkan apa yang DIA kehendaki(untuk mereka ketahui). KursiNya meliputi langit dan bumi. Dan DIA tidak merasa berat memlihara keduanya(Langit dan bumi) dan DIA itu Maha Tinggi lagi Maha Besar” ayat 255 Surah Al-Baqarah.
MasyaALLAH… Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Itulah DIA, ALLAH, TUAN kita.
Kepada DIA lah kita tundukkan jiwa dan raga kita. Atas segala perintah DIA lah kita berjalan dan menggerakkan kehidupan kita.
Saya percaya, bahagia, kecemerlangan, ketenangan, keamanan, kemakmuran, kekayaan, dan segala apa yang manusia kejar, hanya akan datang dalam bentuknya yang sebenar, selepas kita tundukkan diri kita menjadi HAMBA kepada ALLAH sahaja.
Ya, dalam bentuk yang sebenar. Kekayaan yang manusia katakan kekayaan hari ini, bukanlah kekayaan yang sebenar. Kebahagiaan yang mansuia sangkakan kebahagiaan hari ini, bukanlah kebahagiaan yang sebenar. Segala apa yang manusia rasakan itu adalah kesenangan dan kemakmuran hari ini, bukanlah dalam bentuknya yang sebenar. Hal ini kerana, semua itu akan luput dengan masa, dan akan hancur dengan waktu.
“ Dan dari kalangan manusia itu ada yang meminta Wahai RABB kami, berikanlah kami kebaikan di dunia(sahaja), dan di akhirat nanti, mereka ini tidak akan memperoleh bahagian apa pun” Ayat 201, Surah Al-Baqarah.
Yang sebenarnya, semua itu tidak akan terganggu dengan peredaran zaman dan waktu. Malah mampu merentasi akhirat. Itulah dia semua perkara itu dalam bentuk yang sebenarnya.
“ Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan sesungguhnya semua balasan untuk mereka akan disempurnakan pada hari kiamat, barangsiapa yang diselematkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tiadalah hayat di dunia ini, melainkan kesenangan yang menipu daya” Surah Ali-Imraan, ayat 185.
Jadi, saya mengajak kita semua ke arah itu.
Itulah tujuan penulisan saya.
Agar kita mencapai kebahagiaan, kemenangan, kekuasaan, ketenangan, kemakmuran, kecemerlangan, dalam bentuk yang sebenar. Agar kita dapat hidup dalam kebahagiaan yang sebenar. Agar kita dapat menjalankan harian kita dalam keadaan senang, tenang, dan lapang. Semuanya, hanya akan kita dapat selepas kita menundukkan diri kita menjad HAMBA.
HAMBA hanya sa-nya, kepada DIA.
Dan DIAlah ALLAH.
PENCIPTA dan TUAN kepada segala-galanya.
Wahai kita semua, marilah bernafas dalam jiwa HAMBA.
Hanya pada DIA sahajalah, ada segala apa yang kita kehendaki dan pinta.





Semoga amal ibadah kita diterima ALLAH S.W.T ameen.
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada Fathi,
ameen…
itulah harapan kita sebenarnya..
~mari menjadi HAMBA…
Hilal Asyraf
[Reply]
assalamualaikum..
utk perkara yang baik, x mengapa bersusah payah sedikit.. setiap saat akan diberikan pahala…
merasa diri xpernah bersendirian..
benar kata kamu.. DIA lebih hebat dari segala-galanya..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada iman syauqina,
benar. enti benar.
Semoga ALLAH tetapkan kekuatan kepada kita.
~yang terus berusaha menjadi HAMBA
Hilal Asyraf
[Reply]
Artikel yang sungguh bermotivasi dan menjadikan seseorang itu berfikir…
Bernafas dalam jiwa HAMBA…
Menyelam ke dasar hati PENDAMBA..
Menghirup udara sang PENCIPTA..
Mengerti untuk menjadi yang MENCINTA..
CINTA YANG AGUNG , DIPAHAT BUAT YANG ESA…
Semoga berjaya!!
[Reply]
tenang membaca utusan kali ini.
Moga Allah beri kekuatan kepada enta untuk terus menulis dan menembak jiwa2 yang gersang dengan jiwa hamba. dan moga manusia2 yang Allah beri hidayah, kembali sama tunduk dan sujud jiwanya sebagai hamba.
kembali kepada Allah
[Reply]
assalamu’alaikum
hidup kita hanya untuk-NYA
tiada lainnya
semoga kita semua dapat menjadi HAMBA yang diredhai dan dirahmati-NYA
sama-samalah kita berusaha ke arah itu
~Hanya pada ALLAH ku berserah~
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada lutfihafifi,
cantik sekali ayat enta tu. Benar-benar menyentuh. Terima kasih atas galakan. Harap terus menyokong usaha ini.
kepada cucutokjanggut,
terima kasih. Menunduk dengan jiwa HAMBA. Bergerak dalam keredhaanNya. Kita usahakan mengajak manusia ke arah itu. InsyaALLAH, ALLAH akan realisasikan harapan kita dengan bantu.
Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus menembak hati-hati manusia, termasuklah hati kita sekali.
kepada farah farisha,
benar. Hidup kita ini hanya untuk ALLAH.
Semoga doa kamu itu dimakbulkan ALLAH…
Kepada semua,
harapnya, kita dapat bergerak dalam keadaan saling lengkap melengkapi dalam mencapai matlamat keHAMBAan ini.
Semoga ALLAH berikan kekuatan, kelapangan dan ketenangan kepada kita semua.
~terus berusaha untuk bernafas dalam jiwa HAMBA
Hilal Asyraf
[Reply]
Jazakallah wa syukran kathiran,ya akh.
Alhamdulillah kerana ana dapat membaca sedikit penulisan nta.
Semoga ana juga turut sama menulis untuk melahirkan jiwa kehambaan.
Semoga dapat menjawab imtihan dengan baik dan cemerlang.Binnajah,insyaAllah.
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada Mohamd Ridzuan,
jazakallah. Sama-samalah kita berusaha.
N alhamdulillah kepada semua, ana dapat juga jawab imtihan dengan baik. Walaupun mungkin markahnya bukan 100%, tapi dapatlah around 60%-70%(agak-agaknya la…)
Tawazun yang saya bawa di dalam VT amat penting sebenarnya.
Semoga ALLAH kuatkan kita.
~memohon kekuatan
Hilal Asyraf
[Reply]
salam ziarah.
tahniah kpd saudara hilal asyraf ats usaha yg dilakukan.
doakan sy juga mampu menjadi saudara satu hari nanti.
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada syuk,
jadilah diri sendiri. Usaha terus mencapai jaya.
Semoga ALLAH redha…
~HAMBA
Hilal Asyraf
[Reply]
[Reply]
alhamdulillah
time kasih sgttt
[Reply]