
bersedia untuk itu!
Semalam, saya buat exercise sikit. Bukan bersenam training volleyball, sebab hari Ahad, Selasa, dan Khamis dikhaskan oleh akhawat kerana mereka mempunyai latihan untuk Kejohanan KARISMA yang akan berlangsung sekitar dua minggu lagi.
Saya excercise dengan memasak, cuci pinggan mangkuk, dan mengemas rumah sekaligus memvakumnya. Dan sejak kebelakangan ni, saya macam addict dengan buat semua benda tu.
Kenapa ya?
Ada satu rasa menolak-nolak saya sebenarnya untuk melakukan semua itu.
Persediaan ke arah itu.
Itulah yang menolak saya rasanya.
Saya, hakikatnya tidak pernah percaya bahawa perempuan itu diciptakan untuk melakukan segala macam kerja rumah, yang kita nyatakan sebagai ‘kerja perempuan’.
ALLAH SWT berfirman, “ Lelaki itu adalah pelindung bagi wanita, hal ini kerana ALLAH telah melebihkan mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain(perempuan)” Surah An-Nisa’ ayat 34.
Ayat ini selalu digunakan oleh lelaki sebagai melemahkan perempuan. Tetapi pada saya, ayat ini adalah bukti bahawa, lelaki bertanggungjawab, diberi amanah, oleh ALLAH untuk menjaga wanita dengan sepenuh jiwa raganya. Ini bukan menunjukkan kerendahan wanita, bahkan menggambarkan kepentingan mereka.
Pada saya, tugas perempuan yang utama adalah melahirkan zuriat, kemudian mentarbiyah anak-anak itu bersama suaminya agar membesar dalam ketaatan kepada ALLAH SWT. Perempuan hakikatnya adalah guru pertama manusia, dan benteng utama dalam menjaga ummah serta menjamin masa depan.
Justeru, saya rasa bertanggungjawab untuk melatih diri saya menjadi seorang lelaki yang baik. Saya merasakan bahawa, saya perlu bersedia untuk menjadi suami yang baik kepada isteri saya. Sebab saya yakin, isteri saya adalah perempuan yang baik. Perempuan yang baik, hanya layak untuk lelaki yang baik. Jadi saya perlu berusaha untuk menjadi baik.
“ Dan perempuan-perempuan yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik itu pula adalah untuk perempuan-perempuan yang baik” Surah An-Nur ayat 26.
Saya hendakkan bahawa nanti, isteri saya mempunyai banyak masa bermain dengan anak saya dan mengajarnya berbagai perkara. Saya mahukan, isteri saya punya waktu untuk membacakan Al-Quran kepada anak-anak saya sebelum mereka tidur. Saya mahukan, isteri saya punya waktu untuk membacakan sirah kepada anak-anak saya ketika masa lapang. Saya mahukan isteri saya melimpahkan senyumannya yang manis kepada anak-anak saya, saya mahukan isteri saya mengeluarkan kalam-kalam yang indah ketika dia berbicara dengan anak-anak saya. Saya mahukan isteri saya sentiasa ceria, dan enjoy dengan kehidupannya mentarbiyah anak.
Jadi, tugas saya adalah membina suasana agar isteri saya dapat melakukan semua itu. Apa yang saya nampak, perkara pertama yang saya boleh lakukan adalah, meringankan tulang membantunya dalam kerja rumah.
Saya tidak mahu isteri saya rasa tertekan dengan merasakan yang dia diperhambakan atas segala kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, menyidai pakaian dan melipat kain serta sebagainya.
Memang, takkan isteri saya tak buat kerja rumah langsung. Saya pun, tidak berhajat hendak menggaji orang gaji.
Tetapi bila isteri saya memasak, saya harap saya boleh ada di sampingnya memasak bersama. Bila isteri saya menyidai kain, saya ada di sisi membantunya. Bila dia hajat nak mengemas rumah, saya meluang masa bersamanya membantu. Bila dia nak lipat kain, saya duduk bersamanya melipat kain juga.
Saya nak isteri saya rasa bahawa saya berkongsi dengan dia segala tanggungjawab di rumah ini. Saya hendak isteri saya tahu bahawa, saya menghargainya dan tidak menganggap dia lebih rendah dari saya atau sebagainya. Saya hendak isteri saya tahu bahawa, dia sentiasa saya anggap mulia di dalam hati saya. Saya hendak isteri saya tahu yang dia adalah pendamping saya yang amat saya hargai. Saya hendak isteri saya tahu, dia tidak berkeseorangan mengurus rumah. Dia ibu kepada anak-anak saya, dan dialah guru pertama anak-anak saya. Saya akan menjaganya sepenuh jiwa raga saya.
Takkan saya hendak anak saya berguru dengan seorang yang rajin tension, selalu marah-marah, murung sentiasa, kerana tertekan dengan segala kerja rumah yang dia sangka dia kena buat semua itu seorang diri. Saya tidak mahu sekalipun anak saya mendengar kata-kata sebegini,
“ Tengokla ayah kau tu. Penat je ummi buat itu buat ini… sok sek sok sek… dia bukan nak tolong pun”
Semua itu akan merosakkan tumbesaran anak saya. Sedangkan, saya dan isteri saya bertanggungjawab ke atas mereka.
“ Setiap bayi itu lahir di atas fitrah(ISLAM), kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya yahudi, atau nasrani atau majusi…” Al-Hadith.
Saya adalah orang yang percaya bahawa, tugasan dakwah pertama adalah menyeru kepada diri sendiri, seterusnya kepada keluarga, seterusnya kepada masyarakat. Maka keluarga saya adalah mad’u saya. Keluarga saya adalah apa yang akan saya uruskan terlebih dahulu. Hak-hak keluarga saya adalah yang akan saya penuhi terlebih dahulu.
Jadi, untuk semua impian saya itu, maka saya rasa, saya wajib mempersiapkan diri saya mulai sekarang. Mula mengurangkan sebanyak mungkin maksiat yang berselirat dalam hidup dan yang cuba menjengah, sebab saya tidak mahu ayah kepada anak-anak saya, suami kepada isteri saya adalah seorang ma’asi(pemaksiat). Mula mendidik diri untuk kemas dan bersih, sebab saya hendakkan anak dan isteri saya sentiasa kemas, bersih. Mula mendidik diri untuk rajin dan ringan tulang dalam hal-hal kerumahan, sebab saya hendakkan anak dan isteri saya hidup dalam suasana tenang dan lapang, tidak serabut dan tertekan. Semuanya adalah kerana saya hendak keluarga saya hidup dalam ketaatan kepada ALLAH.
“ Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka” Surah At-Tahrim ayat 6.
Harapan dan impian ini, adalah yang membuatkan saya tidak kisah masak, bersihkan rumah, sidai kain, lipat baju, kemas bilik, berulang-ulang kali. Malah, rasa addict pula dengan semua tu. Asyik rasa nak pertajamkan skill lagi dalam hal-hal kerumahan ni.
Seronok sebenarnya. Saya belajar di universiti, balik rumah masih boleh memasak, menulis berkarya, sempat vakum rumah, sempat beribadah, sempat training volleyball dan sebagainya. Penat? Saya puas la dengan kehidupan macam ini.
Kadang-kadang, rasa insaf pun ada. Patut la ibu saya, kalau balik dari kerja, tak naik tingkat atas terus. Dia uruskan hal-hal dapur dulu. Bukan senang tau nak sediakan makanan. Tambah pulak nak kemas rumah, basuh baju, sidai kain dan sebagainya.
Saya akan usaha lagi. Bersedia untuk menjadi suami dan bapa yang baik.
Suami kepada isteri saya.
Bapa kepada anak-anak saya.
Hidup bersama dalam ketaatan kepadaNya.




assalamualaikum..
semoga doa menjadi kenyataan.. benar setiap manusia dilahirkan mempunyai jodoh.. cuma ciri2 nya saja yang berbeza.. i.Allah jika berusaha dan berdoa sentiasa , akan diperkenankan. Allah itu maha penyayang dan pemurah..
tapi jika diberikan wanita yang tidak diidamkan , tandanya Allah syg juga.. dgn memberikan sesuatu utk dididik dan ditabiyyah..
Allah maha Mengetahui kemampuan hambanya..
terus berdoa apa yang terbaik utk diri dan orang lain ..
[Reply]
Tahniah, kerana Hilal mempunyai kesedaran sedemikian. Abu Munzir telah mengalaminya dan memahami tekanan yang dihadapi oleh isteri apatah lagi isteri yang bekerja.Cabaran hidup yang akan dihadapi oleh Hilal bila berkeluarga kelak lebih mencabar dengan kos sara hidup yang tinggi. Kalau gaji besar elok isteri jadi surirumah tumpu sepenuh masa pada anak2. Abu Munzir, nak begitu tapi apakan daya hidup di kota besar memerlukan belanja besar dan pendapatan abu munzir tidak cukup untuk menampung semua itu. Terima kasih isteriku.
[Reply]
Hilal,
Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan. Tidak boleh menjadi idealistik. Banyak tanggungjawab,Banyak keseronokan masa bujang yang terpaksa dikorbankan.Dan dengan karenah anak-anak yang bisa menggugat kesabaran. Banyak berdoa dan bersabar atas ujian hidup berkeluarga.
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada iman syauqina.
Siapa saya akan berkahwin tidak akan menjadi masalah. Masalahnya adalah saya. Adakah saya bersedia, atau adakah saya sudah berusaha menjadi lebih baik? Hidup ini pada memberi. Saya kena usaha dahulu untuk memberikan yang terbaik.
InsyaALLAH, kalau saya berjaya, siapa pun isteri saya tidak akan menjadi masalahnya.
Bab jodoh, kahwin dengan orang yang kita suka atau tidak, itu saya tidak ambil berat sangat.
kepada Abu Munzir,
yep, memang saya tahu, kita tidak boleh menjadi idealistik. Tetapi tidak salah untuk mengusahakannya mnejadi realiti. Bukan untuk apa-apa, tetapi untuk hidup dalam ketaatanNya juga, untuk membina generasi baru yanng membawa deenNya juga. Jadi, insyaALLAH ALLAH akan membantu saya. Cuma, bagaimana saya berusaha? Itulah yang akan dilihat olehNya.
~seorang HAMBA…
Hilal Asyraf
[Reply]
mujahidah Reply:
April 20th, 2009 at 1:00 pm
alhamdulillah,,,dapat motivasi dari post ini…kalaulah semua lelaki berfikiran seperti anta..bahagianya wanita…
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada mujahidah,
kalau semua lelaki berfikiran seperti saya? hem… pernah ada seorang tu sebut, kalau ada 10 orang Hilal kat dunia ni, boleh terbalik alam. Kalau semua berfikiran macam saya? aiyoo.. masalah..
Ini semua adalah satu harapan.
harapnya dapat dibumikan.
~HAMBA
Hilal Asyraf
[Reply]
Assalamualaikum..
Adik Hilal..
Alhamdulillah..sungguh bagus Hilal menetapkan niatnya begitu..berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik..maka segalanya adalah dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas..
semoga usaha itu akan membuahkan hasil suatu hari nanti..;)
semoga bertemu bidadari pemilik cintamu setelah Allah dan Rasul..;)
[Reply]
Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik untuk keluarganya serta hasrat untuk melahirkan generasi baru yang membawa deennya merupakan usaha yang murni. Sudah tentu usaha sedemikian memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil memohon pertolonganNYA. Saya doakan usaha Hilal akan sentiasa dibantu Allah dan insyallah niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik iaitu generasi yang membawa deenNYA. Sudah banyak contoh yang berjaya di luar sana yang boleh dijadikan ‘benchmark’. Mungkin catatan hidup Nur Madihah bersama keluarganya yang miskin boleh dikaji dan direnung bersama. Seorang nelayan yang miskin berjaya melahirkan anak-anak yang berkualiti,bijak dan mentaati Allah. Mungkin ada yang boleh dikaji di sini.Apa pun selamat berusaha ke arah itu.
[Reply]
Quotation of the day :
Lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminine.
Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga.
Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja2 yang selama ini suami yang lakukan dan adakalanya isteri memerlukan suami untuk mengerjakan kerja2 rumah.
Hidup akan bahagia apabila kedua-dua pihak saling lengkap melengkapi. Inilah perkongsian hidup yang bahagia namanya……
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada cahaya petunjuk,
terima kasih. Doakan ia menjadi realiti.
Kepada Abu Munzir,
terima kasih atas tambahan yang baik.
Semoga ALLAH redha..
~HAMBA
Hilal Asyraf
[Reply]
laksamana angkasa
di waktu saya seumur anda itulah juga yg saya impikan.
impian anda melangit maka persediaannya juga melangit.
bahkan cabarannya kan pasti melangit
di umur kini, saya sudah merasai berapa tinggi rendahnya langit tersebut. dengan tarbiyah menjadi pengukurnya.
di mana waktupun, andai langitlah yg anda ingin capai, yg tercapai itu tarbiyah yg tak tercapaipun tarbiyah.
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada abu mu’min,
jazakallah atas peringatan.
Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan insan hari ini.
Rasulullah dalam kesibukannya berdakwah dan menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka saya juga berusaha untuk menjadi seperti baginda.
Sebenarnya, kalau saya tidak dapat buat pun, saya sudah puas hati jika saya sudah berusaha. ALLAH tidak akan persoalkan natihah saya. ALLAH akan tanya saya apa usaha saya.
Buat masa ini, biarlah ukuran langit itu tidak saya ketahui.
Yang saya tahu adalah usaha saya untuk ke sana.
Sekali lagi, jazakallah atas peringatan.
Sememangnya hikmah orang tua itu perlu berasimilasi dalam semangat orang muda.
Seronok mempunyai veteran yang memerhati.
Semoga ALLAH redha…
~HAMBA
Hilal Asyraf
[Reply]
assalamu’alaikum..
………. dan ana mendoakan biarlah lebih ramai hilal di dunia ini……
walaupun manusia itu xkan pernah sempurna … namun niat dan kesedaran diri itulah y ptg….
berbahagialah sesiapa y memiliki kamu….
teguhkan niat kamu…
semoga Allah SWT sentiasa memperhatikan kamu…
dan andai kamu tergelincir… semoga Allah memimpin kamu…
dan semoga doa pembaca2, doa2 ana…. di angkat ke langit.
~amin~
salam
ikhlas
serikandi
[Reply]
gud boi.
[Reply]