Langit Ilahi Rotating Header Image

Bila kamu bising fasal ikhtilat…

kami kawan je, bukan ada apa-apa... ya kah? Anda kah yang menentukannya?

kami kawan je, bukan ada apa-apa... ya kah? Anda kah yang menentukannya?

Ikhtilat. Maksudnya percampuran. Biasanya, kalimah ini digunakan, dengan merujuk kepada percampuran antara lelaki dan perempuan secara tidak syara’.

Ada seorang ‘bro’ ni, yang menggunakan nickname Mankind bertanya kepada saya:

“ salam..bro.Asyraf..ap pendpt kalau lelaki berkwn rpt dgn perempuan..salah ke?m’langgar ikhtilat ?.. sesetgh dr kami yg b’fikiran ‘cinta2 tu tidak d’janjikan…tp friendship itu pastilah’…tp sesetgh org m’mndang serong..kalau b’kwn b’lainan jantina. mcm berdosa besar..setiap kita memerlukan antra satu sama lain..sy susah btul nak hndle org mcm ni”

Saya sudah berjanji dengan Bro Mankind ni, untuk membicarakan hal yang dia tanyakan ini di dalam satu post khas. Biar semua orang boleh kongsi manfaatnya.

Maka Bro Mankind, izinkanlah ‘Bro Asyraf’ kamu ni menerangkan. Harapnya kita semua dapat buka hati kita dalam berkomunikasi dengan masalah ini ya. Yang benar itu tetap benar walaupun semua orang tidak suka, yang batil itu tetap batil walau seluruh dunia menyukainya.

Sebenarnya, percampuran lelaki dengan perempuan adalah amat dipandang berat oleh ISLAM. Tidak hairanlah jika kita tidak menjaga pergaulan kita dengan kaum berlawanan jenis, maka kita akan dipandang serong dan mungkin akan dikutuk cela.

ALLAH SWT berfirman: “ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk” Surah Al-Israa’ ayat 32.

Ayat ini popular bukan? Selalu kita dengar orang melaung-laung ulang ayat ini bila hendak menceritakan hal kenapa dilarangnya bercampur lelaki dengan perempuan. Tetapi ramai yang membalas semula: “ Kami bukan nak berzina. Kami kawan je. Mana ada sentuh-sentuh.”

Tak mengapa. Kamu cerdik. Pandai kamu memberikan alasan. Saya tinggalkan dulu persoalan “ Kami bukan nak berzina” ini. Mari kita perhatikan terlebih dahulu, bagaimanakah ALLAH menitik beratkan pergaulan lelaki dan perempuan ini.

Kalau kita perhatikan, ayat larangan mendekati zina terletak di tengah-tengah Surah Al-Israa. Bukan di hadapan, bukan di belakang. Itu ayat melarang. Satu teguran, pesanan daripada ALLAH SWT untuk menyatakan buruknya zina itu. Ayat sebegitu diletak di tengah-tengah.

Mari kita selak Surah An-Nur. Lihat, apa yang ALLAH SWT firmankan di awal surah itu:

“ Inilah satu surah yang KAMI turunkan dan KAMI wajibkan(menjalankan hukum-hukumnya), dan KAMI turunkan di dalamnya(surah ini) tanda-tanda(kebesaran ALLAH) yang jelas agar kamu tergolong dari kalangan orang yang beringat” Surah An-Nur ayat 1.

Lihat ayat seterusnya:

“ Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah kedua mereka dengan seratus sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kammu terhadap mereka bedua mencegah kamu untuk(menjalankan) agama(hukum) ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Dan hendaklah(perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman” Surah An-Nur ayat 2.

Pada ayat kedua, terus ALLAH SWT menyatakan hukuman zina. Tanpa ada mukaddimah yang panjang, tanpa menyatakan cara-cara menjauhi zina, ALLAH terus menarik perhatian manusia dengan menyatakan hukuman terlebih dahulu. Hal ini menunjukkan, betapa penting dan besarnya permasalahan zina ini.

“ Ya la, kami bukan nak berzina” Mungkin ada di antara kita membantah. Ya ya, saya faham. Tapi sekarang, kamu nampak tak berzina ni benda yang amat-amat tercela dan terlarang? ALLAH SWT menitik beratkan permasalahan zina ini, berbanding permasalahan menyebar berita palsu, masalah masuk rumah tanpa izin dan pelbagai lagi masalah yang disebut di dalam Surah An-Nur. Dalam banyak masalah itu, zina adalah yang ALLAH letakkan paling hadapan. Malah, bukannya menyatakan itu dan ini berkenaan zina. Tetapi terus kepada hukuman. Dari segi uslub bahasa, ini menunjukkan bahawa permasalahan zina adalah besar.

“ Ya la, tapi kau tak faham ke, kami bukan nak berzina” Ok. Tapi berzina ni benda yang besar, itu kita setuju dan bersepakat bukan? “ ya la. Tapi masalahnya, besar mana pun zina tu, kami berkawan je, bukan nak buat zina tu. So, apa masalahnya?”

Hu hu… Pandainya.

Dalam semua perkara yang terjadi dalam dunia ini, ada yang tiba-tiba terus berlaku kah? Pokok, tiba-tiba terus jadi pokok yang tinggi, banyak cabang. Rumah, tiba-tiba terus terpacak bangunan dua tingkat, bersama swimming pool dan sebagainya. Begitu?

Semua perkara, ada permulaannya. Begitu juga dengan zina. Agak-agak, kalau terus-terus ajak perempuan atau lelaki berzina, dia mahu kah? Mahu kena lempang kamu. Berzina ada gerak langkahnya. Boleh bermula dengan seringan-ringan chatting, boleh bermula dengan semudah perbualan, malah yang paling senang boleh bermula dengan penglihatan.

Di dalam Surah An-Nur, ALLAH SWT berfirman:

“ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandanngan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Surah An-Nur ayat 30.

Kemudian ALLAH SWT berfirman: “ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beirman, agar mereka menjaga pandanngan mereka, dan memelihara kemaluan mereka…” Surah An-nur ayat 31.

Kalau diperhatikan dari segi susunan dan penggunaan ayat, ada sesuatu yang besar di dalam larangan mendekati zina tadi. Kita perhatikan, di dalam Surah Al-Israa’ ayat 115, ALLAH SWT menyebut: “ Dan janganlah kamu dekati…” Perkataan ‘dekati’(dalam bahasa arab: Taqrobu) itu digunakan. Kalau di dalam Surah An-Nur ayat 30 itu, di penghujungnya ALLAH menyatakan: “ Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Kalau dilihat dalam bahasa arab, ‘apa yang mereka kerjakan itu’ ALLAH telah gunakan perkataan ma yasna’uun bukannya ma yaf’aluun(Kalau diterjemahkan ke bahasa melayu, maknanya akan kelihatan sama. Yakni maksudnya: Apa yang mereka kerjakan)

Tetapi, tidak ramai yang tahu perbezaan yasna’uun dan yaf’aluun. Tahukah kamu apakah perbezaannya? Yaf’aluun ini membawa maksud benda yang kita buat tanpa berdikit-dikit. Contohnya, menampar. Terus sahaja tamparan kita melayang, tidak lama pun. Mungkin dalam masa beberapa saat. Contoh lain berbohong, terus sahaja kita berbohong, tak perlu jangka masa lama pun.

Tetapi yasna’uun ini berbeza maksudnya. Yasna’uun membawa maksud perbuatan yang berdikit-dikit, terancang, perlahan-lahan hingga mencapai hasilnya. Sebab itu, kalau anda perasaan, perkataan ‘kilang’ dalam bahasa arab adalah ‘sina’ah’. Kenapa perkataan ‘kilang’ diterjemahkan sebagai ‘sina’ah’ dalam bahasa arab? Hal ini kerana, kilang memprodus sesuatu perkara itu berdikit-dikit, terancang. Macam kilang buat kereta, bukannya kereta itu terus menjadi kereta. Ada checkpoint-checkpointnya di dalam kilang. Bahagian pasang tingkap, bahagian pasang wayar, bahagian pasang tayar dan sebagainya. Perlahan-lahan sebuah kereta melalui proses, yang akhirnya di penghujung, menjadi sebuah kereta yang boleh dipandu. Begitulah maksud yasna’uun. Perbuatan berdikit-dikit, terancang, satu demi satu, hingga mencapai matlamat.

Kenapa ALLAH gunakan Yasna’uun dalam kes menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan? Maksudnya, ALLAH itu Maha Tahu, dari berkenaan pergerakan kita hendak menghampiri zina itu, dan semua itu dilarang. Itulah kaitannya dengan “ Jangan kamu mendekati…”. Perlahan-lahan kita menghampiri zina, dan itu adalah perkara yang dilarang.

Kemudian kita lihat susunan ayat 30 dan 31. Apakah yang kita perasan? ALLAH telah menyebut lelaki terlebih dahulu sebelum perempuan bukan? Ayat 30, ALLAH berpesan kepada lelaki terlebih dahulu, barulah kepada perempuan bukan? Apakah maksud yang tersirat di sebalik penyusunan ayat ini?

ALLAH hendak menyatakan secara halus, bahawa lelaki itu lebih lemah dalam berurusan dengan hawa nafsu. Lelakilah yang mudah terjerumus, tergugat, bila melihat perempuan berpakaian terdedah, bila digoda dan sebagainya. Sebab itulah ALLAH SWT menyebut lelaki terlebih dahulu.

Di dalam ayat 2 Surah An-Nur pula, kalau kita perasan, ALLAH menyebut: “ Penzina perempuan dan penzina lelaki…” Di situ, kita dapat melihat ALLAH menyebut perempuan terlebih dahulu sebelum lelaki dalam hukuman zina. Kenapa? Sedangkan dalam ayat hukuman kepada pencuri, ALLAH berfirman: “ Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri…” (Al-Maidah: 38) ALLAH telah mengutamakan lelaki dari perempuan. Kenapa dalam hukuman zina, perempuan di dahulukan?

Mudah sahaja. Hal ini kerana, perempuan biasanya menjadi faktor kepada zina itu sendiri. Kalau dalam hal kecurian, lelaki mempunyai lebih kudrat untuk menjadi pencuri berbanding perempuan. Nampak? Susunan ayat di dalam Al-Quran juga ada rahsianya.

“ Ala, kami sembang je, studi sama-sama, bukan nak sentuh-sentuh, bukan nak cium-cium”

Kamu bagi alasan lain. Kenapa nak buat juga walaupun sudah nampak ALLAH larang perkara ini? Tetapi tak mengapalah. Saya layan. Saya bagi pandangan saya.

Saya bagi soalan. Kita ini dengan Nabi Adam, siapakah yang lebih hebat lagi?

Nabi Adam itu Nabi, pernah hidup dalam syurga, dicipta langsung oleh ALLAH SWT, dan malaikat-malaikat pernah sujud kepadanya. Tapi, tahukah kamu apa yang terjadi kepada baginda? Bukankah baginda tertipu oleh syaitan? Bukankah baginda diturunkan ke bumi kerana tertipu denga syaitan?

Jangan ingat, dalam kehidupan kita, hanya ada manusia, tumbuhan, dan haiwan sahaja. Dalam kehidupan kita, ada syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan kita dengan bersungguh-sungguh. Syaitan yang telah berjaya menipu Nabi Adam, syaitan yang telah berjaya menyesatkan jutaan abid.

Anda lebih hebat daripada Nabi Adam kah?

Kalau kita perasan, sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW selepas kewafatan Rasulullah SAW. Bagaimana kah cara mereka menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW?

Isteri Rasulullah SAW akan berada di belakang tabir, kemudian menyampaikan ilmu.

Nampak? Wahai perempuan, anda dengan isteri Rasulullah SAW, siapakah yang lebih tinggi imannya? Wahai lelaki, siapakah anda jika hendak dibandingkan dengan sahabat Rasulullah SAW? Alangkan mereka yang telah dijanjikan syurga ini pun masih lagi bertabir, menjaga pandangan, menjaga pergaulan mereka, bagaimanakah anda?

Kenapa mereka begitu menjaga sekali pergaulan? Hal ini kerana, meraka faham bahawa syaitan itu akan berusaha bermati-matian untuk menyesatkan. Syaitan akan mencari lubang-lubang untuk membuat serangan. Maka, cara yang terbaik adalah menutup langsung lubang-lubang itu. Cara melarang melakukan perkara kecil yang ditakuti mendatangkan mudarat yang besar ini adalah dinamakan Sadduz Zara’i’. Sadduz Zara’i’ adalah salah satu cara yang digunakan ulama’ dalam menjatuhkan hukum.

Mari kita perhatikan firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nur juga pada ayat 21.

“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kau mengikuti jejak langkah syaitan. Maka sesungguhnya dia(syaitan) mengajak kamu mengerjakan perbuatan keji dan mungkar…”

Lihat, apakah perkataan yang ALLAH gunakan dalam pesanan ini. “ Janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan…” Lihat, jejak langkah. Maksudnya, syaitan ini akan membawa kita sedikit demi sedikit, sedikit demi sedikit, hinggalah akhirnya, kita tidak perasan yang kita telah terperangkap dalam keingkaran kita kepada ALLAH SWT.

Syaitan tak akan kata kepada kita: “ Berzinalah kau dengan dia” Gerenti kita tempelak balik syaitan dengan berkata: “ Gila ke? Zina tu dosa besar!”

Syaitan tidak sebodoh itu. Syaitan adalah makhluk yang berjaya membuatkan beberapa kaum membunuh nabi-nabi mereka. Syaitan adalah makhluk yang pernah berjaya menundukkan jutaan abid. Syaitan juga adalah makhluk yang berjaya memperdayakan Nabi Adam. Masakan dia akan bertindak bodoh untuk memperdayakan kita. Syaitan ada jutaan teknik untuk memperdayakan kita. Dia akan memimpin kita, perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, bermula dengan sekecil-kecil perkara, perlahan-lahan mendaki satu demi satu tangga maksiat, dan akhirnya memerangkap kita dalam kemungkaran. Yang pertama syaitan lumpuhkan adalah hati. Biar hati tidak nampak lagi itu baik atau buruk. Kemudian dia akan matikan akal. Biar kita tidak dapat fikirkan lagi dosa pahala. Akhrinya, dia akan menolak kita melakukan pengingkaran kepada ALLAH. Bukan dalam hal zina sahaja, tetapi dalam semua medan dosa.

Di akhirat nanti, kita akan berkata kepada ALLAH SWT: “ Ya ALLAH, Syaitan inilah yang menyesatkan aku. Aku tidak mahu ingkar pada ENGKAU sebenarnya, tetapi syaitan ini telah menutup akalku, mematikan hatiku. Ya ALLAH, siksalah dia dan jangan kau siksa aku”

Masa itu, tahukah anda apa yang syaitan akan katakan kepada kita?

ALLAH SWT berfirman: Dan syaitan berkata ketika perkara(hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yanng benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya(menipu). Tidak ada kekuaasaan bagiku terhadapmu(aku tidak memaksamu) melainkan aku (sekadar) menyerumu. Lalu kamu yang mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kammu mencerca(menyalahkan) aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak akan dapat emnolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu menyekutukan aku(dengan ALLAH) semenjak dulu” Sesungguhnya, orang-orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih” Surah Ibrahim ayat 22.

Lihat, syaitan yang menghasut akan meninggalkan kita.

Manusia pula, sifatnya lemah. Sebentar di atas, sebentar di bawah. Iman manusia itu juga sifatnya naik dan turun. Maka, bagaimana kita hendak menyelamatkan diri kita daripada hasutan tipu daya syaitan, jika kita sendiri melemahkan diri kita, sengaja berbuat kemungkaran? Bagaimana hendak menjaga keimanan, ketaatan kepada ALLAH jika kita sendiri yang membuka pintu untuk syaitan menghasut kita?

Nampak? Adakah sekarang anda sudah nampak kenapa ikhtilat itu tidak dibenarkan? Nampak kah kamu kenapa ALLAH melarang lelaki dan perempuan bercampur tanpa batasan?

Masihkah anda hendak berkata: “ Ala, kami bukannya apa, kawan je” ?

Syaitan akan mencucuk anda, menghasut anda, dari arah dan cara yang tidak anda sangka-sangka. Alangkan sahabat Rasulullah SAW, isteri Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga juga berjaga-jaga, bagaimanakah anda yang tidak tahu ke mana lagi anda akan pergi di hari nanti?

“ Ish, susah la…” Alasan anda yang terakhir bukan?

ALLAH akan bayar kesusahan anda yang sedikit ini, dengan syruga yang kekal abadi, penuh dengan kenikmatan, malah perkara-perkara yang anda tidak pernah impikan pun ada di dalamnya. Apa lah sangat kesusahan yang ada di dunia ini?

Dan, perhatian kepada mereka yang mencela, mengutuk, memboikot, menghina sesiapa yang telah terjebak dengan ikhtilat ini, saya nasihatkan, hentikanlah.

“ Aku dah tegur dia 10 kali, dia tak mahu dengar jugak. Jadi aku boikot la”

“ Aku nampak dia pegang tangan dengan makwe dia, aku cela lah. Mana boleh biar orang macam tu senang. Nanti dia terus lagi buat dosa. Nanti dia ingat dia betul”

Ya kah? Begitukah caranya menegur?

Jika benar, maka pada hari lelaki arab kencing di dalam masjid, maka Rasulullah SAW akan membiarkan sahabat-sahabat baginda memukul lelaki itu. Jika benar, maka pada hari Saidina Umar meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk memenggal kepala ketua munafik, Abdullah ibn Ubay ibn Salul, maka Rasulullah SAW akan membenarkan. Jika benar, maka Rasulullah SAW tidak akan mengajak penyembah berhala – syirik, menyekutukan ALLAH, kufur kepada ALLAH, dosa yang teramat besar – untuk kembali kepada ALLAH SWT.

Siapa ajar kamu untuk boikot orang berdosa?

Adakah kamu hendak beratnggungjawab jika orang berdosa itu terus melarikan diri daripada cahaya ALLAH akibat pemboikotan, celaan, hinaan kamu kepadanya? Bagaimanakah kamu akan menjawab di hadapan ALLAH bila orang larut dalam dosa kerana membecin tindakan kamu itu berkata: “ YA ALLAH, aku jauh dari hidayah KAU sebab si fulan ni ajak orang boikot aku, hina aku, cela aku. Aku benci kepadanya, sebab itu aku jauh dari hidayah KAU”

Apakah yang kamu hendak menjawab bila ALLAH tanya: “ Kenapa kamu berputus asa dengan hambaKu ini? Sedangkan AKU tidak pernah berputus asa untuk mengampunkan hamba-hambaKu?”

Apakah yang kamu belajar daripada Nabi Nuh yang terusan berdakwah selama 950 tahun? Bagaimanakah kammu belajar daripada Rasulullah SAW yang terus mendoakan kebaikan walau dibaling batu sehingga terperah darahnya?

Kamu panggil kamu golongan kebenaran? Mengajak kepada kebaikan? Maka kenapa kamu mencela-cela, menghina-hina, memulaukan mereka yang memerlukan lagi teguran kamu, nasihat kamu, bimbingan kamu?

Da’ie jenis apakah kamu?

Menegur ada caranya. Hikmah. Bukanlah hikmah ini berlembut semata-mata. Tetapi hikmah ini kena dengan caranya, ada stepnya, ada gayanya, kena dengan keadaan, sesuai dengann sasaran. Bukan semua manusia boleh ditegur kasar, bukan semua manusia boleh ditegur lembut. Da’ie perlu mempunyai kemahiran menilai.

Jika tidak, apa guna ilmu waqi’? Untuk tahu politik sahaja kah?

Jika tidak, apa guna ta’aruf? Sekadar hendak kenal biar boleh menghukum kah?

Kalaulah Rasulullah SAW berputus asa ketika baginda dibaling batu dengan teruk di Ta’if, maka iman dan ISLAM itu tidak sampai kepada kita hari ini. Maka siapakah kamu yang hendak berputus asa dengan sikap seorang hamba biasa?

“ Dia budak agama, takkan tak faham-faham lagi?”

Habis, Nabi Adam juga tertipu dengan syaitan. Apakah kamu hendak menyatakan Nabi Adam itu tidak faham? Ka’ab bin Malik, sahabat Rasulullah SAW juga pernah tidak pergi beperang kerana terleka dengan dunia. Maka apakah kamu hendak menyatakan kamu lebih faham ISLAM daripada Ka’ab bin Malik?

Tegurlah dengan sebaik-baik teguran. Jangan kerana kamu, manusia jauh daripada rahmat ALLAH. Da’ie tugasnya menyeru. Hakim baru tugasnya menghukum.

Sama-sama kita muhasabah. Muhasabah berkenaan ikhtilat. Dan muhasabah bagaiamana hendak mengajak manusia menjauhi ikhtilat.

Ps: Terima kasih kepada Abang Baha(nama sebenar Faiz bin Hamzah), pelajar tahun akhir Kuliah Adab(bahasa) di University of Yarmouk, merangkap Presiden PERMAIN(Persatuan Pelajar Melayu Irbid) kerana memberikan penerangan berkenaan Ikhtitlat ini, dan membahaskannya dari uslub bahasa arab. Saya secara jujurnya, terkesan dengan ceramah beliau, dan mata saya terbeliak besar memerhatikan betapa mendalamnya ayat-ayat ALLAH, kemasnya susunan ALLAH terhadap Al-Quran ini. Al-Quran, ternyata bukan untuk kita baca kemudian simpan. Tetapi untuk kita tadabbur, perhatikan, dan amal.

Print This Post Print This Post

51 Comments

  1. Arthas says:

    :mrgreen: gud gud

    artikel yg baik dan mantap……..

    [Reply]

  2. alhamdulillah.. satu artikel yg baik..

    kebatilan yg terancang akan mengalahkan kebenaran yg tak terancang.. (ke terbalik?? huhu)

    sedangkan syaitan pun berdikit-dikit dalam perancangannya.. inikan lagi seorang dai’..

    [Reply]

  3. ayaharith says:

    masya allah
    subhanallah

    *speechless

    terima kasih banyak

    [Reply]

  4. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    kepada arthas,

    Sama-sama kita ambil manfaat ya..

    kepada fakir muhammad,

    yep, alangkan syaitan berstrategi, kenapa tidak kita yang hendak mengajak kepada ILAHI?

    kepada ayaharith,

    semoga ALLAH berikan kesan kebaikan dalam hati kita…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  5. erma says:

    very nice nasihat…

    [Reply]

  6. hermm…salam..best lah..tp kan..as medical student..i wanna apply elakkn ikhtilat dalam khidupan kat mesir ni..especially,pelajar msia kat sni..sy rase sgt sedy..xtau nk wat ape..sy nk wat sorg2..sy lemah..need someone..doa2kn sy dapat kawan nk tlg kwan2 sy kat sni..riso tgk mrk..sy xnmpak ape org lain wat utk cegah nye..tp sy sendr nk cegah nye..need strong and strength..doa2kn sy kuat..pengalaman lame mnyebab kan sy kurang nk mencegah perkara yg xbaik..tp xbermaksud sy xcegah langsung..sy ad pendekatan yg lain..spt..sy berkwan2 dlu ngan kawan2 sy tu..insyaALLAH..diizin kan ALLAH..sy nk try cakap..insyaALLAH..doa2kn kawan2 sy seISLAM ni dapat mngikut..tp sy tau bkn senang nk senang dan bkn susah nk susah..harap2 sgt..dapat mencegah nye..amiinn..wasalam

    [Reply]

  7. hikari says:

    2 thumbs up!
    love every single reasoning!
    adakah still nk butakan mata,pekakkan telinga bisukan mulut bile daa taw?
    i’m not gud,but i can be better than wut i am now!
    thanks alot!

    [Reply]

  8. konpius says:

    salam bro…

    saya masih konpius tang ni… :neutral:

    kalu dgn sepupu yg bukan mahram ke atau kawan2 skola yg kita dah anggap cam adik beradik sendiri tu macam mana??

    Maksud saya kalu YM dgn depa… Buleh ka??

    Apapun artikel yg sgt2 baik…insyaAllah saya sebarkan…buleh naa?? :cool:

    [Reply]

  9. imansyauqina imansyauqina says:

    assalamualaikum..

    alhamdulilah .. post ni berjaya membuatkn adik essteqama sya meninggalkn jejak..

    t,kasih ustaz..

    [Reply]

  10. insan yg bingung says:

    salam,nice artikel…tahniah buat hilal…tp bley akk mnta pndpt hilal??ape kite nk wt ble kite dh tegur tp..dy msh begitu???akk benci dgn ape yg dy wt tp x prnh membenci dy sbb akk sygkn dy…cme kdg2 rse sdey…ape yg mmpu akk wt lagi hilal??kdg2 rse nk menjauh sbb ble akk tw je dy ikhtilat akk rse kecewa sgt2…slalu sdey…akk tw hidayah tue milik Allah dan Dia akn bg pd sape yg Dia kehendaki..tp akk x mahu dy trus hanyut…

    [Reply]

  11. izz says:

    alhamdulillah, artikel yg lengkap dan mantap. ada FAQ dan jwpnnye sekali.mabruk.jwpn2 berguna yg mungkin sy boleh pinjam.teruskan menulis dan menembak hati!

    [Reply]

  12. backspace says:

    “Siapa ajar kamu untuk boikot orang berdosa?”

    ana terkesan dgn ayat ini…

    sungguh..dakwah tanggungjwb suma manusia mukallaf…

    teruskan perjuangan! :neutral:

    [Reply]

  13. bintang says:

    assaalamualaikum wbt

    jazakallah kongsikan di sini….minta izin untuk linkkan artikel ni dalam blog saya..

    [Reply]

  14. duha says:

    jzkk 4 the artikel..mengingatkan dan meyakinkan :)

    [Reply]

  15. lutfihafifi says:

    :cool:

    “Tegurlah dengan sebaik-baik teguran. Jangan kerana kamu, manusia jauh daripada rahmat ALLAH. Da’ie tugasnya menyeru. Hakim baru tugasnya menghukum..”

    “Menegur ada caranya. Hikmah. Bukanlah hikmah ini berlembut semata-mata. Tetapi hikmah ini kena dengan caranya, ada stepnya, ada gayanya, kena dengan keadaan, sesuai dengann sasaran. Bukan semua manusia boleh ditegur kasar, bukan semua manusia boleh ditegur lembut. Da’ie perlu mempunyai kemahiran menilai..”

    “siapa ajar kamu untuk boikot orang berdosa?”

    Saya suka ayat-ayat di atas.

    Sama-sama kita mencetus rasa untuk menilai diri.
    Memberi peluang pada diri untuk mendekati hikmah.
    Membuka laluan mengenal dunia.
    Dunia yang penuh wajah dan warna.

    “MENILAI Bukan Sekali , Takut Nilaian jadi HUKUMAN”

    Tahniah Bro.
    Artikel yang menarik dan bersahaja.
    namun intinya TEBAL dan PADAT.

    [Reply]

  16. MisSHazZi says:

    ya Allah..
    aku terkedu…
    betapa besar dan agungnya ciptaanMu…

    syukran bro..
    artikel ni membuka ruang utk sy berfikir sejenak..
    menghayati keunikan dan keagungan Al-Quran..
    ~bukan utk di baca dan di simpan semata…

    dan mengenai da’ie..
    agak terkesan dalam hati..
    sy tidak berjaya menjadi seorang da’ie yg baik dan berhikmah..

    [Reply]

  17. Mustaffami says:

    Memang isu ini trlalu ma’ruf dikalangan muda-mudi skrg…tp alhmdllh, akhir2 ini ramai yg sedar n mngambil berat akan hal2 yg melibatkan ikhtilat ini.n dlm masa yg sama ustaz tampil dgn artikel yg cukup kemas n bijak dlm prmasalahan ini. entah lah,hati ini cukup tertarik dgn saranan n ‘penawar’ yg diberikan…mudah2an,dpt beramal n brfikir akannya…

    [Reply]

  18. hidayah says:

    Assalamualaikam..Ana terkesan gak ngn pnulisan anta ni…….bagus dan ana suka sgt…banyak manfaat yg boleh diambil…

    [Reply]

  19. eslamicqueen says:

    salam’alayk.
    bleh sy tahu, dr kitab mn rujukan mngenai uslub bhsa arb di ambil? klu bleh, tjuk kitab trsbut.
    skdr utk rujukan. syukran.

    [Reply]

  20. Auntie Lin says:

    Salam Dik,

    MasyaAllah seronok Auntie membaca artikel ini. Sejuk perut ibu Adik mengandungkan adik. auntie sedang berusaha mendidik anak2 menjadi insan yang beramal dan menuntut ilmu allah, bolehkan adik memberi sedikit sebanyak kaedah ibu adik dan perjalanan akademik adik.Bukan apa sebagai contoh dan tauladan. Bukan senang nak dapt anak sebegini yang mementingkan akhlak berlandaskan ilmu syariat.

    Harap balas

    [Reply]

  21. iza says:

    salam..bgus artikel ni,sgt2 terkesan..teruskn berda’ie
    semoga kte sme2 beramal dgn ummul kitab al-furqan.. :smile:

    [Reply]

  22. humayra says:

    salam’alaik ya akh..
    baru je hbis bce, lama x bukak blog ni.
    mohon utk kongsi dgn kawan2.

    ikhtilat ni hal yg xbleh dipandang remeh, sbb barat mmg gunakan pergaulan bebas ni utk jatuhkan ummah Islam. even org yg faham Islam pun ramai tertipu.. moga kita sentiasa dpt menjaga diri.

    May Allah bless u

    [Reply]

  23. Iman Aisyah says:

    salam,

    copy artikel dalam blog multiply utk kongsi dgn kwn2.

    [Reply]

  24. pencintaislam says:

    a very nice work..
    thank you 4 reminding us.. :mrgreen:

    [Reply]

  25. qeeknurd says:

    true2.

    so,
    does this mean that we just wait for our jodoh to come to us?
    n just follow the ‘bercinta selepas kahwin’ method?
    i’m not arguing. i’m just curious n hope u can explain.
    trimas.

    [Reply]

  26. SegiSega~ says:

    Salam.

    Banyak artikel2 kat iluvislam berkenaan dengan hubungan antara laki dan prempuan. Tapi dalam perhatian saya, di iluvislam tidak dapat menyelesaikan emosi seseorang yang dalam status couple itu sendiri. Dia pun buat endah tak endah jek. So, camne?

    Heh, maybe artikel yang ini boleh memberi jawapan lengkap. Bagi ana jawapan anta ne sudah mencukupi. Secara terus terang jugak, ana dalam status camtu. Tapi taklah bersemuka, tak pernah jumpe, knal dah dekat setahun lebih, tapi bile dah bace..

    ————————————————-

    “ Ish, susah la…” Alasan anda yang terakhir bukan?

    ALLAH akan bayar kesusahan anda yang sedikit ini, dengan syruga yang kekal abadi, penuh dengan kenikmatan, malah perkara-perkara yang anda tidak pernah impikan pun ada di dalamnya. Apa lah sangat kesusahan yang ada di dunia ini?

    ————————————————-

    Cukup memuaskan. Trimas cik Hilal Asyraf. nak try suruh si dia ne bace artikel cam ne tengok. Well, thats not easy.

    Trimas, trimas, trimas!

    SegiSega~

    [Reply]

  27. Ladyship says:

    Salam Mr Hilal,

    Minta promote this article kt my blog ye:)
    thanx, i like this post.
    Memang ramai muda mudi yg tak sedar hakikat ni.

    [Reply]

  28. Arnamee says:

    Salam saudara hilal..

    kamu sgt menginspirasi.., sye ingin ikut jejak kamu.
    insyaallah:)

    [Reply]

  29. inas inas says:

    mmmmmmmmm ia sesuatu yg sy risau dan mlm ni Allah temukan sy dgn artikel ni…

    [Reply]

  30. Al-Hakim says:

    ~subhanallah..~ :smile:
    itu yg mampu sy ungkapkn di atas pmbacaan sy tdi..
    slama ini sy hanya mmbca al-quran,tp xprnah nk mnyelami erti dan mksud sbenar yg hndak dsmpaikn..
    ~alhamdulillah..~ :razz:
    beruntung sgt dpt jmpe blog cm ni..
    smge asyraf dpt terus mnulis artikel2 yg dpt mnyentuh hti2 dai’e n hti2 yg sntiase dlm klalaian.. :cry:

    ~baca,faham,amal..~ :wink:

    [Reply]

  31. miemi says:

    salam..
    kalau kite penah berkapel, dan mintak clash, sebab sedar perbuatan tu slah, tp kite kontek jugak, tapi kadang2 je just utk tanye kabar n perkembangan..takleh ke?
    mmgdh clash, tp jauh di sudut hati masih mengharapkan si dia menjadi zauj.
    apa pandangan saudara laksamana ttg ini?

    [Reply]

  32. najmi says:

    salam akh/ukht

    Jzkk akh kerana memberi post yg banyak mengandungi pengajaran. Sebenarnya, ana rasa surah an-nur ayat 32 dan 33 dah ada jawapannya. Terpulang pada yang empunya diri saja untuk check niat tu.

    Miemi: Ana assume ‘miemi’ adalah seorang perempuan kerana merujuk kepada perkataan ‘zauj’ bg harapan ukht pada lelaki tersebut. Ana minta ukht tanya saja lelaki tersebut jika dia benar-benar ingin memperisterikan anti. Jika ya, maka minta dia masuk meminang. Jika belum lagi, maka harap antum berdua bersabar, banyakkan berdoa dan menjauhi apa-apa yang boleh membuatkan antum terjerumus dalam kancah kelalaian dunia. Mohon refer pada surah an-naziat ayat 40-41. Jangan risau~

    wallahua’lam

    [Reply]

  33. kauthar says:

    salam saudara khilal..
    artikel yg sgt mantap
    bersahaja tp mendalam dan luas maksud yg tersirat..
    terima kasih atas perkongsian ilmu saudara dan..
    minta izin utk disebar2kan artikel ini..
    dan last but not least,ye sypon harap saudara dpt jawab prtanyaan tentang perhubungan dgn saudara(sepupu,anak buah) yg berlainan jantina ini..
    memandangkan sbg sepupu,hubungan boleh dikatakan lebih rapat dan mesra..
    menjadi kawan sepermainan sejak kecil..
    dan apbila semakin membesar,hubungan itu tidaklah seakrab dulu..
    cuma boleh dikatakan lebih mudah berbicara dgn mereka berbanding syabab lain
    jzkk…
    syukran katir~

    [Reply]

  34. finaz says:

    thank you…love u ainul.. :wink:

    [Reply]

  35. aldasir says:

    assalamualaikum wbkt….
    sebuah nukilan hati yang sampai kepada pembaca..
    terma kasih, syukran, xie xie, thanks atas ilmu yang dkongsi dan berharap lebih ramai insan2 yg di luar desktop ini yg dapat memperoleh manfaat dr artikel saudara… salam ukhwah

    [Reply]

  36. bro_mie says:

    masya-Allah…..aziimmm…….

    [Reply]

  37. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    terlalu banyak komen untuk post ini, membuatkan saya terkejut, dan ‘takut’ untuk menjawab.

    Tapi, memandangkan persoalan ini satu persoalan yang besar, malah ada beberapa pembaca yang melontarkan soalan baru, ditambah pula ada auntie yang mengharap komennya dibalas, maka saya merasa ada obligasi untuk saya membalas komen-komen kalian.

    Semoga ALLAH redha.

    kepada Erma,

    Moga nasihat itu boleh diambil oleh kita bersama. kamu dan saya.

    kepada esteqqama bintin nordin,

    Semoga kamu berjaya dalam usaha kamu. Ingat, bersihkan niat dan pilih jalan yang betul. Sebarkan kefahaman secara istiqomah, moga ALLAH bantu kamu.

    kepada Hikari,

    kadang-kadang, manusia tu bukan butakan mata pekakkan telinga, tetapi orang yang faham itu tidak pergi kepada mereka.

    kepada konpius,

    berkenaan hal ini, boleh kah saya jawab dalam satu post akan datang? InsyaALLAH saya akan huraikan dengan pandangan saya. Hendak jawab di post ini nampak macam serabut dan sendat.

    kepada iman syauqina,

    semoga ALLAH redha semua yang singgah di sini, tidka kira siapa.

    kepada insan bingung,

    akak tegur dia berapa kali?

    Nabi Nuh tu tegur ummat dia 950 tahun kak.

    Nabi Muhammad tu tegur ummat dia sampai kena baling-baling batu.

    Mereka berdua ni putus asa kah?

    mari sama-sama ambil pengajaran.

    kepada izz,

    segala terkesanan itu datang daripada ALLAH. Kita yang faham hanya usaha menyampaikan.

    kepada backspace,

    ya, dakwah itu tanggungjawab mereka yang faham. kalau perasan, kita juga dahulu orang yang tidak faham. Kita didekati, dididik, bukan ditinggalkan.

    kepada bintang,

    silakan dengan penuh hormat.

    kepada duha,

    semoga bermakna.

    kepada lutfi hafifi,

    itulah prinsip da’ie - penyeru. sama-sama kita muhasabah diri sebenarnya.

    kepada misshazzi,

    jangan kecewa, usaha lagi selagi nyawa masih ada.

    Al-Quran semestinyab lain dari lain, kerana Al-Quran bukan makhluk, tetapi kalamullah yang mulia.

    kepada mustaffami,

    sama-sama lah kita usaha dan mengambil manfaat dari tulisan-tulisan manusia berkenaannya.

    kepada hidayah,

    semoga manfaat itu dapat dijalankan dalam kehidupan.

    kepada eslamiq queen,

    insyaALLAH akan saya tanyakan kepada Abang Baha.

    kepada Auntie Lin,

    terima kasih kerana meninggalkan jejak di sini. Semuanya anugerah ALLAH, persoalannya, macam mana kita gunakan anugerah itu? Itu yang membentuk peribadi sebenarnya.

    kepada iza,

    semoga keberkesanan yang kamu nyatakan itu dinyatakan dalam amalan.

    kepada Humayra,

    silakan. Sebarkan. Lagi luas lagi bagus. Nama dan alamat website ini jangan sesekali dilupa letak.

    kepada Iman Aisyah,

    silakan. semoga ALLAH redha.

    kepada pencinta ISLAM,

    doakan agar saya dapat istiqomah atas jalan ini.

    kepada qeeknurd,

    persoalan ini, bolehkah kamu izinkan saya kupas dalam post khas? Saya akan terangkan pandangan saya berkenaan hal ini.

    kepada segisega,

    memang, kebanyakan da’ie hakikatnya terlepas pandang perasaan dan emosi manusia lain. Hal ini kerana, dia telah berjaya melepasi dugaan itu, membuatkan kadangkala dia tidak terfikir keadaan orang lain yang menghadapi keadaan yang sama.

    apa-apa pun, saya hanya menggunakan metod yang guru saya ajar. Itu sahaja.

    kepada ladyship,

    silakan. semoga ALLAH redha…

    kepada Arnamee,

    saya menginspirasi?

    Yang menginspirasi saya adalah Rasulullah SAW, dan mereka yang berusaha bersungguh-sungguh menyebar luas kefahaman ISLAM, agama ALLAH dan mengajak manusia kembali kepada hakikat tujuan hidup yang sebenar.

    apa kata, kamu ambil inspirasi saya itu menjadi inspirasi kamu?

    berbanding diri saya yang banyak salah silap ni, mereka itu jutaan kali ganda lebih baik.

    kepada inas,

    semoga kamu mendapat sesuatu.

    kepada Al-Hakim,

    bukan di tangan saya menentukan artikel saya itu menyentuh hati atau tidak. Tapi ALLAH jugalah yang mencampakkan rasa terkesan di hati manusia atau tidak. Saya tugasnya menulis, yang memberikan sentuhan rasa itu adalah ALLAH.

    Semoga ALLAH redha…

    kepada miemi,

    saya senang dengan jawapan Najmi. Kamu boleh rujuk jawapan dia itu untuk jadikan pedoman.

    Pada saya, kalau memang berhajat, terus sahaja cakap. buat apa kamu nak tahu perkembangan dan sebagainya. Macam mana kalau terlepas? atau tiba-tiba satu hari dia kata: ” Jauhkan diri dari saya, saya tak suka kamu”

    Macam mana?

    Baik kamu tanya. Kalau dia tak suka, kamu tinggal. kalau dia suka, kamu terus suruh dia masuk melamar. Habis cerita. Kemudian sambung semula cerita itu dengan cinta yang benar, dan syara’ insyaALLAH…

    kepada Kauthar,

    sebarkanlah seluar mungkin. Jangan dilupa nama dan alamat website saya ini.

    Berkenaan jawapan hal sepupu tu, izinkan saya jawab pada satu post khas ya.

    kepada Finaz,

    siapa ainul? kamu salah masuk website ke?

    kepada al dasir,

    terima kasih. semoga doa kamu dimakbulkan ALLAH.

    kepada bro_mie..

    ….

    maaf kalau saya reply lewat untuk post ini. Maaf sangat-sangat.

    Semoga ALLAH redha semua…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  38. abdullah azzam says:

    alhamdulillah.
    satu kupasan yang baik.
    syafakallah akhuna hilal.

    [Reply]

  39. adeq says:

    salam..
    mashAllah..moga bermanfaat buat semua..
    mungkin selepas ini boleh juga dikupas tentang ikhtilat sesama orang yang bergelar da’ie..
    sekadar pemerhatian dari ana..ada ana mendapati kurang nya mereka menjaga dari segi pandangan dan aktiviti..mungkin lain orang lain pendapatnya bukan..
    bukan apa,terkadang saya ada juga terpandang serong kepaa mereka..bertiga di cafe.duduk semeja dan berbincang kononya masalah dakwah..
    mungkin saya x biasa dengan perbincangan laki dan wanita..lain lah kalau ada yang sudah menikah boleh diusulkan permasalahan itu kalau inginkan pensapat dari pihak berlainan jenis..
    entah la..mungkin anta boleh ulas sedikit..dan yang saya palin takuti..panahan mata kaum adam kepada golongan hawa sedang dalam perbincangan itu..dan saya sekarang amat susah mahu memandang kepada kaum adam..apatah lagi jika saya tahu dia mempunyai fikrah,saya akan cuba elakkan.
    pernah juga dahulu,ada seorang muslimin yang berfikrah mesej saya tanyakan pendapat “adakah ana patut terima pelawaan untuk membaca doa dalam majlis yang punya tari menari?”..ana lewat membalasnya..dan bertanyakan kepada sahabat ana..ana terkesima apabila sahabat ana berkata “bagaimana seorang muslimin yang mempunyai fikrah boleh bertanyakan hal yang sebegitu kepada ant..seorang muslimat yang ditarbiah..bukannya sudah habis golongan adam di kolaj kamu..mesti ada sesuatu yang tidak kena pada hatinya”..semenjak itu saya sangat menjaga pergaulan dengan mereka..bukan apa,saya tidak mahu disebabkan saya mungkin..gerak kerja mereka lemah dan mereka mempunyai masalah hati..

    afwan panjang pula..

    [Reply]

  40. iris says:

    salam…
    amat berkesan ap y telah dikatakn di ats…
    sy amat2 berpuas hati dgn ap y telah d terangkn bserta bukti nye sekali..
    klu ada ap2 pandangn o nasihat bg la lg ye… ni seme ap y d cari d akhiri zaman ni… :smile:

    [Reply]

  41. MusleemWoman says:

    salam

    ulasan y berbeza dan lain dr y lain..kretif

    [Reply]

  42. ar says:

    Salam, mohon izin untuk guna artikel ni. Credit kepada blog akan diberi insyaAllah.

    Jzkk

    [Reply]

  43. ude says:

    alhmdulillah.. buka hati.. buka minda..

    1. nk tnya pndpt, bgmna nk mnjga pndgn ketika meeting? perlu ke meletak tabir antara mslimin n mslimat ketika meeting? ana kurang arif n xthu bgmna nk aplikasikn tabir tu dlm zmn kita… adakah dgn memandang ke arah lain ketika bckp/ tunduk ktika bckp/ kita bentengkan hati kita dr hsutan nfsu?

    2. kat skola dlu, ad ckgu tgur kami sbb x pndg bliau ktika ckp.. (eye contact)… jd ana rasa konpius… samada nk tndukkn pndgn atau wat cam biasa je….

    mslhnya, bila kita ckp smbil pndg len, org kata kita ni tlmpau syadid… camner ek? bg komen…

    3. bila nk msuk dlm msyrkt dlm aktvt dkwh kmasyarakatan.. kdgkala kmi tpaksa msuk dlm dunia mad’u yg tiada fikrah.. dgn hrpn utk mndekati mad’u itu sndiri.. tp mnurut pmerhatian ana, ikhtilat ttp blaku swenang2nya… (mksd ana, blaku pncmpurn cam dlm game.. (mmndgkn prog yg dibuat adlh prog ank angkt dsb..)

    lgi satu, kbnykn mad’u adlh mreka yg tak mpunyai fikrah spt kita.. mrk anggp bnda tu adlh pkara biasa… jd bgmana kita nk ‘msuk’ dgn mereka skiranya kita ini dilabel syadid??

    jd apa pndpt enta utk sumer pmasalahan nih…

    [Reply]

  44. ude says:

    mksd ana masuk di atas ialah ikut rentak mereka…

    [Reply]

  45. semut says:

    bismillah..

    kalau perhati betul2, this this isn’t happening only among masy biasa, but also among dai’e (bros and sisters) too..am i right?

    jzkk akh.

    slm.

    [Reply]

  46. ude says:

    yup… ana akui mmg ad certain bro n sis yg cmtu… cmner nk counter ngn keadaan nih? :cry:

    [Reply]

  47. Afif says:

    salam…

    bagaimana pula sekiranya anda di’assign’ dalam group discussion yg melibatkan kaum2 dan agama2 lain…adakah anda perlu memberi suggestion kepada mereka supaya discussion itu dibuat tanpa perlu bersua muka… bagaimana kalau mereka tidak bersetuju…?? patutkah anda gadaikan subject itu utk menjaga penglihatan anda…??

    [Reply]

  48. Kak Nur says:

    Salam Hilal,

    Demi Allah Yang Maha Pemurah,

    Rasa mahu menangis membaca post ini, tapi ada 7 minit lagi mahu berjumpa Supervisor. MasyaAllah, SubhanAllah. Semoga Allah merahmati kamu dan seluruh umat Islam.

    Teruskan menulis.

    [Reply]

  49. assalamualaikum w.b.t.

    mungkin tak untuk mengendahkan teguran , messsage , n chat dari rakan yang sebelum ini yang sentiasa berhubung..
    teman2 mngatakan yang kita mulai sombong n macam2..
    apakah mungkin ini hanya salah satu ujian dari Allah…??

    moga mampu cari penyelesaian…

    [Reply]

  50. shafiq says:

    alhamdulillah. artikel yang membuka mata ana.

    [Reply]

Leave a Reply