Langit Ilahi Rotating Header Image

Blog Private Rain – Kisah Hidup Kami

ahli Private Rain - Our soul merge together, by bond from Allah The Mightiest

ahli Private Rain - Our soul merge together, by bond from Allah The Mightiest

Semua dah tonton video ucapan hari raya saya dan teman-teman?

Ada perasan tak yang satu shoutbox menyatakan bahawa nama rumah kami adalah Private Rain?

Alkisahnya, ahli rumah saya semangat sangat nak buat blog untuk cerita apa-apa yang berlaku di rumah kami. Jadi, kami pun buat la satu blog.

Saya ambil peluang la di website Langit Ilahi, semasa raya dan masih ramai bercuti(pembaca pun tengah kurang) untuk saya isi hari-hari kosong ini dengan mempromosi la blog itu.

Di sini, sedikit la nak brief fasal Private Rain.

“Apa kata kita buat blog?” Anas tiba-tiba berkata.

Saya yang sedang menghadap laptop tersengih. Ye ye je…

Tapi bila perkara ini dibawa ke majlis mesyuarat rumah(macam ada je…), semua ahli rumah bersetuju dan nampak bersemangat pula. Jadi, kami pun sama-sama la buat blog.

Alamat blog itu adalah http://private-soul-rain.blogspot.com

Kalau anda teringin nak tanya, kenapa namanya Private Rain, saya pun sukar nak jawab. Saya yang bagi nama, dan dipersetujui semua. Namun saya juga masih tercari-cari kenapa saya pakai nama Private Rain.

Macam Langit Ilahi juga. Saya sampai sekarang masih tertanya-tanya, kenapa ambil nama Langit Ilahi. Yang saya nampak adalah perkataan Ilahi, kita hendak menjadi hamba Ilahi, kita mesti tunduk pada Ilahi. Tapi apa kena mengena dengan Langit, itu pun saya tak tahu. Sampai hari ini, saya masih tak tahu.

Private Rain, saya hanya tahu perkataan Private. Sebab kami berlima semuanya budak Private, tiada bantuan pinjaman atau biasiswa. Tapi perkataan Rain, saya tak tahu kenapa boleh lekat sama. Mungkin, ada hikmahnya. Mana la tahu, tak fasal-fasal ada syarikat buku nak terbitkan kisah hidup kami, macam apa yang jadi dengan Langit Ilahi.

Allah juga yang Maha Tahu, kenapa nama-nama itu muncul dalam pemikiran saya.

Buat masa sekarang, blog Private Rain belum ada apa-apa lagi, melainkan post sahaja. Sidebar pun kosong lagi. Layout pun belum tukar kepada yang lebih mengancam. Nanti perlahan-lahan la kita hias-hias blog tu.

Apa tujuan buat blog itu? Hem…

Kalau jawab saje-saje, boleh ke ha?

Saya buat masa ni, follow sahaja empat lagi ahli rumah saya. Sebab saya semestinya perlu fokus dengan Langit Ilahi. Cuma saya rasa, ada nilai tambah di dalam Private Rain untuk kami lima orang ini, dan untuk sesiapa yang singgah. Di sini, ukhuwwah kami berlima lebih erat, dan kemungkinan ada pembaca yang terkesan dengan kehidupan kami.

Langit Ilahi pun ringan sikit la dari cerita-cerita peribadi saya dan teman-teman. Apa-apa berkenaan saya dan empat lagi sahabat karib saya itu, kami akan ceritakan di Blog Private Rain. Kisah exam, kisah birthday, kisah gaduh dengan arab, kisah-kisah yang berlaku di PERMAI, dan 1001 kisah lagi yang mungkin orang tak sangka. Kalau salah seorang dari kami kahwin, sah la masuk blog.

Blog Private Rain tiadalah tazkirah-tazkirah macam Langit Ilahi. Kami dah putuskan, dan kawan-kawan saya dah tetapkan, tazkirah-tazkirah dah ada Langit Ilahi Hilal Asyraf. Jadi mereka nak Private Rain ni macam diari sahaja. Untuk saya, saya tidak kisah. Kemungkinan, kehidupan kami juga boleh menjadi satu tazkirah. InsyaAllah, untuk yang berfikir dan menggunakan akal, pasti ada hikmah yang terselit.

Jadi kemungkinan la kepada pembaca yang dah tension-tension di Langit Ilahi, atau penat dan pening, boleh la spend sikit masa, rehat-rehatkan minda dengan membaca kisah hidup saya dan rakan-rakan di Blog Private Rain. Kalau di Langit Ilahi, kita rehatkan jiwa kita untuk cas keimanan, sebagai bekalan untuk menjadi hamba Allah yang terbaik, di Private Rain mungkin kita boleh lapangkan akal dan rehatkan minda, seterusnya menceduk hikmah kehidupan sebagai bekalan semangat untuk meneruskan kehidupan ini dengan baik.

Apa-apa pun, hadafnya tetap satu. Redha Allah SWT.

Saya harapkan hanya kebaikan sahaja di dalam blog Private Rain.

Semoga Allah redha dengan saya, dan Ahli Rumah saya, seterusnya pembaca semua.

Jemput datang ke teratak kami: Private Rain.

Saya, Sahel Nordin, Usamah Baderol Allam, Anas Abdul Hadi, dan Syazwan Abu Bakar, amat mengalu-alukan kedatangan anda.

Print This Post Print This Post

9 Comments

  1. hilmi razak says:

    aslmulaiKum..apa khabar.
    kami skuarge kirim slaam..
    slmt hari raya.
    maaf zahir dan batin..

    [Reply]

  2. mumtazah says:

    Salaam. Ana sebenarya suka cara gaya enta bercerita masa peristiwa bagi salam tu. Ana tak ingat entri mana tu. Hehe.

    [Reply]

  3. Noor Faiza says:

    Salam saudara Hilal

    Alhamdulillah, Allah beri saya peluang dan kesempatan untuk bertemu serta bertaaruf dengan Dr.Siti Fadzillah @ (saya panggil Kak Siti) di London baru-baru ini…Selepas saya dan sahabat-sahabat lain selesai solat raya di Malaysia High Commission London, kami terus menuju ke rumah Kak Siti di North Greenwich…Di atas perancangan Allah SWT juga, seorang kenalan baru saya di London, juga amat kenal rapat dengan Dr.Fadzillah ini..Jadi, melalui beliaulah saya dan yang lain kesana…

    Semoga jalinan ukhuwwah ini kekal selamanya…Terima kasih sekali lagi…

    Salam Aidilfitri dari bumi UK

    [Reply]

  4. SOLAH says:

    slamat berhari raye kat tempat orang…‘taqabbalullah minna waminka’ …janganlah bersedih sedih sangat..hehe

    [Reply]

  5. inas inas says:

    huhu. best nye ade official blog utk 1 rumah.. :mrgreen:

    mesti meriah open house kan?

    [Reply]

  6. nurekin says:

    whoa dsyat…rumah ade blog..nnti sy follow

    [Reply]

  7. Ain says:

    Langit Ilahi? Kenapa? Barangkali kerana kita menjadi hamba di bawah langit kepunyaan-Nya?

    Kadang-kadang manusia tidak perlukan sebab untuk sesuatu - mereka hanya mencipta sebab tu sebab mereka mahu. Wallahu’alam.

    [Reply]

  8. Maka bertambah la 1 lagi blog di alam maya :wink:

    Saya cadang pun nak buka 1 lagi blog,insya Allah Disember ni.Ikut jejak langkah Langit Ilahi yg ada versi BI,he3x

    [Reply]

  9. rafi says:

    selamat hari raya enam

    [Reply]

Leave a Reply