
Berdoa lah dengan penuh kerendahan
Selalu berdoa?
Kita selalu berdoa. Semestinya. Secara langsung baik seperti selepas solat atau sebelum makan, atau pun secara tidak langsung seperti meminta di dalam hati dalam keadaan kesusahan. Doa adalah dituntut, kerana ALLAH sendiri mengarahkan kita berdoa dan berjanji akan memperkenankannya.
“ Dan berkata RABB kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan!” Surah Al-Mu’min ayat 60.
Pernah kah anda berdoa dan ALLAH makbulkan doa anda secara langsung, bukan anda minta terus dapat, tetapi maksud saya anda nampak doa anda itu dimakbulkan? Malah bukan sekali dua, tetapi berturut-turut. Anda minta berjaya dalam exam, ALLAH bagi. Anda minta kaya, ALLAH beri.
Anda rasa doa anda makbul bukan? Secara tak langsung, anda rasa gembira. “ Pergh, ALLAH makbulkan doa aku seh”
Tapi, tahukah, kemungkinan, apa yang anda dapat itu, bukannya datang daripada doa kamu. Kerana doa kamu tidak makbul sebenarnya.
Pernah dalam kehidupan saya, saya berdoa, meminta kepada ALLAH dan saya sering nampak doa saya dimakbulkan oleh ALLAH SWT.
Saya pernah, dalam keadaan tersepit ketika PMR, dalam keadaan sedikit masa untuk studi dan dalam keadaan saya melakukan banyak kesilapan dalam menjawab peperiksaan, maka saya meminta kepada ALLAH agar saya diberikan keputusan 9A.
Akhirnya saya dapat 9A.
Sewaktu SPM, saya sekali dalam kesempitan. Saya berdoa kepada ALLAH, agar jangan berikan saya keputusan yang teruk.
Akhirnya, saya mendapat keputusan yang tidak cemerlang, tetapi tidak pula terlalu teruk. Malah, saya punya keputusan dalam mata pelajaran sains yang sebelumnya saya amat teruk, telah meningkat dalam SPM. Ada pelajaran yang saya langsung tak pernah lulus, tetapi dalam SPM saya dapat C5.
Saya rasa suka. Saya rasa puas hati. Banyak lagi benda, saya minta kepada ALLAH dan ALLAH bagi. Siapa yang tidak suka? Siapa yang tak rasa istimewa? Saya macam lemas dalam kehebatan saya sendiri ketika itu.
Akhirnya, pada satu hari, saya mendapat satu mesej berbentuk cerita daripada seorang yang saya tidak kenal.
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan ALLAH SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Akhirnya, ALLAH mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, ALLAH beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
“ Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan ALLAH ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
Kertas itu tertulis: “ Ya ALLAH, makbulkan lah segala doa abang aku”
MasyaALLAH…
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
Saya, terasa sungguh bila membaca mesej daripada orang yang tidak saya ketahui itu.
Oh. Saya mula terasa saya adalah Si Abang.
Mungkin, bukan doa saya yang makbul. Tetapi doa Ibu Bapa saya yang makbul. Saya mendapat mesej itu selepas mendapat keputusan SPM. Semenjak itu, saya sering berusaha meminta doa daripada orang lain. Paling kurang, apabila saya berdoa, saya akan minta sahabat saya aminkan. Sebab, saya benar-benar terasa bahawa doa orang macam saya, tidak cukup untuk ALLAH makbulkan.
Sebab itu, saya sering meminta pembaca-pembaca menembak doa kepada saya. Sebab itu saya sering menulis, ‘Semoga ALLAH redha dengan kita…’, moga-moga ada pembaca saya yang soleh mengaminkannya dan doanya diterima.
Bila saya berjalan jauh sampai ke Jordan, saya nampak bahawa, perasaan rendah diri ini sememangnya perlu wujud dalam diri. Hal ini kerana, ketika peristiwa Palestin diserang Israel awal tahun 2009, Imam di Masjid Universiti sering mengulang doa ini:
“ Ya ALLAH, kalau KAU tolak doa kami, maka KAU terimalah doa orang-orang soleh dari kalangan kami”
MasyaALLAH, imam masjid besar di Irbid, seorang yang tekenal rendah diri dan soleh, pun merasakan doanya tidak layak dimakbulkan ALLAH. Tetapi kita, kadang-kadang, bila melihat doa kita makbul, jangan kata kita nak kembalikan keberjayaan makbul doa itu kepada ALLAH, malah kita rasa berbangga pula, seakan-akan kita rasa kita ini seorang dari wali-wali ALLAH.
Ya, ALLAH berjanji untuk memakbulkan doa.
“ Dan berkata RABB kamu, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan!” Surah Al-Mu’min ayat 60.
“ Dan jika hambaKu bertanya kepadamu(wahai Muhammad) tentang AKU, sesunggunya AKU amat dekat…” Surah Al-Baqarah 187.
Kita kena yakin sentiasa bahawa ALLAH akan makbulkan doa kita.
Tetapi, kita tidak boleh mengangkat diri kita dengan menyatakan bahawa ALLAH memakbulkan doa kita kerana kebagusan kita. Sebab itu, apabila berdoa, kita perlu berdoa dengan rendah diri. Jangan rasa kita hebat hanya kerana doa kita dimakbulkan. Malah, kalau kita perasan doa kita dimakbulkan, perlulah kita pulangkan segala kehebatan kepada ALLAH SWT.
Sesungguhnya, ALLAH itu memberikan rezeki dan pertolongan, kepada sesiapa yang DIA mahu.




Salam ‘alayk.
Pertama kali meninggalkan jejak di sini. Ana sangat tertarik dengan pos kali ini. Memang benar, kadangkala kita terlebih yakin bahawa doa kita yang dimakbulkan, doa org lain tidak. Tapi, bila sesuatu terjadi pada kita seperti si abang itu, baru kita sedar. Maka, kembalilah pada fitrah. Rendahkanlah diri serendah - rendahnya di hadapan Allah , mintalah dengan sungguh2, mintalah orang lain mendoakan kita juga dan dalam masa yg sama kita berusaha dan berdoa. Tidak salah bukan meminta orang mendoakan kita? Siapa tahu, ada diantara mereka yang Soleh & Solehah?
Sekadar pandangan dari diri yang hina. jika salah, mohon tegur
Wallahua’lam~
[Reply]
em, ana pernah baca cerita ni dalm satu buku tazkirah rasanya, cuma berbeza watak dan setting cerita. tapi kisahnye still pasal dua orang (yg ana baca mrk ni sahabat) yang salah seorangnye makbul, seorang lagi bajet doanya makbul jugak. hmm, agaknya kisah ni berlaku benar ke? kalau ya, mana dan bila agaknya? agak keliru sekarang.
semoga Allah redha.
[Reply]
Hasan Al Basri Pernah ditanya oleh masyarakatnya kenapa doa mereka sering tidak mendapat balasan atau tidak dimakbulkan Allah. Maka Jawabnya kamu berdoa kepada Allah , tetapi dalam masa yang sama , kamu lupa menunaikan Hak Allah , Hak Rasulnya , Hak Kedua Ibu Bapa kamu , Hak Saudara kamu dan lain lain yang perlu kamu tunaikan. Itulah sebab doa kamu terhalang dari sampai terus kepada-Nya.
Benar. dalam berdoa kita bukan patut doa secara sembrono sahaja. Hak orang lain mestilah ditunaikan dengan kadar yang wajar.
Doa adalah tulus.
[Reply]
Subhanallah… macam kena ketuk-ketuk kepala ana..
Syukran2..syukran ya akh.
Barakallahufuka daeeman.
[Reply]
salam alaik..
MasyaAllah..Betapa tidak pernah satupun yang akan terlepas pandang daripada pandangan Ar Rahman & Ar Rahimnya..
Sy ada juga terbaca kisah ini, tetapi ni kisah pada zaman nabi, yang mana dalam kisah tu, terdapat seorang ayah dan anak perempuannya yang sering menjala ikan untuk dijadikan makanan. Pada suatu hari, si ayah mendapat ikan yang sangat kecil [ tidak padan untuk dijadikan lauk ], kemudian si anak tadi meminta ayahnya melepaskan ikan tersebut, dan berkata kepada ayahnya “Allah pasti tidak akan membiarkan kita, dan Dia pasti akan sediakan rezekinya untuk kita,” Lalu si anak pun berdoa dalam diam, dengan penuh rendah diri, dan tawakkalnya kuat kepada Allah. Ayahnya juga urut berdoa. Selepas itu, sewaktu pulang daripada menjala ikan, mereka sangat terkejut apabila tiba2 hidangan makanan yang lazat2 terhidang di dalam rumah. si ayah Merasakan doanya di makbulkan, lantas terpercik perasaan riak di hatinya. Namun, 6 / 8 tahun selepas itu, anaknya di takdirkan meninggal dunia, dan selepas kematiannya, tiada lagi hidangan dari langit. Dari situ, si ayah sedar, bukan doanya yg dimakbulkan, tetapi doa anak perempuannya.
>> aih..ter bercerita pula..
maaf ya..
apapun, cerita-cerita begini sangat baik untuk meningatkan dan menyedarkan diri kita yang sering terlupa, lalai, alpa , dan leka..
jazakallah atas perkongsian ni akhi Hilal..
[Reply]
sgt terkesan dengan kata2 ni:“ Ya ALLAH, kalau KAU tolak doa kami, maka KAU terimalah doa orang-orang soleh dari kalangan kami”benar kata nta, sedangkan seorang imam pun blh berkata begitu, kita sering saje takbur.
kadangkala, baca doa pun sekadar amalan, tanpa hadirnya hati ketika berdoa.
dan terima kasih pada nurkhamis, atas sharing.
bak kata anta, semoga Allah redha pada kita semua, aamiiin.
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada Syazana,
Pandangan kamu adalah pandangan yang baik dan tidak salah. Benar apa yang kamu katakan itu. Itulah pengajarann yang sepatutnya kita ambil. Kita perlu bergerak dalam kehidupan ini, dengan penuh kerendahan hati.
kepada Rasydan,
Entah. Ana tidak pernah mendengar cerita ini melainkan daripada orang yang memberikannya kepada ana.
mungkin juga ini adalah dari cerita yang benar.
kepada Nurkhamis,
terima kasih banyak atas perkongsiannya.
Sememangnya itu perlu diberikan perhatian. Kadangkala, dosa kita kepada orang lain menjadi hijab antara kita dengan ALLAH.
kepada Servant,
ana sendiri, terasa dengan perkara ini. Sebab itu, ana menulis untuk kita berkongsi. Moga ALLAH buka hati-hati kita.
kepada ijja1912,
tak mengapa. Bagus kamu kongsi cerita itu.
Saya tak pernah dengar pula kisa yang kamu ceritakan tu.
Semoga ALLAH SWT redha dan membuka hati-hati kita agar lebih dekat kepadaNya.
kepada izz,
Ya, kehadiran jiwa dalam amal tu adalah penting.
Semoga ALLAH redha…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
MasyaAllah cerita yg menarik, moga dapat jadi iktibar utk kita semua, hidup bukan untuk kita sendiri, kita semua saling memerlukan, moga kita lebih kuat lagi berdoa untuk umat Islam keseluruhannya
[Reply]
Assalamualaikum akhi,
doa sinonim dengan takdir.Dan pada kedua-duanya ada rahsia Allah yang tak tercapai dek akal kita.Sama-samalah kita berdoa agar Allah redha pada kita semua…
[Reply]
sodaqta..
kehidupan muslim itu rupanya dipenuhi dan dikelilingi oleh doa..
mari terus berdoa untuk syurga n redha Allah!
[Reply]
kalau kita sbg lellaki..suruh perempuan bukan mhrim untuk doakan kpd kita..bboleh ke..??
[Reply]
thanks for d reminder.such a great story to remind us to be humble!
to all muslims,let us pray to all our sahabiyyah in dis world,even though we dun know the name,race,skin colour or states,coz we r under d same name,ISLAM.
may Allah keep us in IMAN and ISLAM.
[Reply]
“Doa adalah senjata orang Islam, tiang penyokong agama, serta cahaya langit dan bumi.”- Sahabat Ali bin Abi Talib daripada Rasulullah SAW.
Semoga doa kita semua akan dimakbulkan oleh-Nya. Dekatkan diri dengan al Quran, semoga kita akan mendapat Tenaga Doa…..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada hatimzikri,
moga kita benar-benar termasuk dari kalangan orang yang mengambil iktibar.
kepada Muhammad Fakhruddin,
doa sinonim dengan takdir?
mungkin. Semoga ALLAH benar-benar redha kepada kita.
kepada Husna Sani,
sememangnya, hidup seorang mu’min itu dikelilingi doa. Doa orang mu’min yang lain dan doa para malaikat, serta doa Rasulullah SAW.
kepada runsing,
saya tak nampak pula sebab kenapa nak kena minta doa perempuan yang bukan mahram tak fasal-fasal. Tapi, kalau dari segi boleh tu, tak salah la. Maksudnya, boleh je nak minta perempuan mana-mana tolong doakan. Tapi, tanya diri sendiri balik la. Kenapa nak minta perempuan tu doakan?
kepada hikari,
ya, marilah kita sama-sama mendoakan sesama kita.
kepada Ilhamwan,
terima kasih atas perkongsiannya. Semoga ALLAH redha dengan kita semua.
~seorang hamba yang memerlukan doa…
Hilal Asyraf
[Reply]
ana rasa sedikit kejayaan ana nih mungkin Allah ambil dari doa ibu ku….
p/s: apa pon..ana tengah cari bahan untuk penyampaian selepas Maghrib 10 minit..huh semoga antum/antunna dapat TABUNG..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada Ihsan,
em. Sama-sama kita muhasabah. Sememangnya kita sering terlupa akan hal ini.
fasal tazkirah 10 minit selepas maghrib, mana2 artikel yang enta rasa mudah dalam website ini boleh dijadikan tazkirah 10 minit lepas maghrib. InsyaALLAH.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
Salam.
Bila baca artikel ni bleh bergenang air mata..
Pemberian Allah itu hanya boleh dirasai dengan hati dengan pengamatan yang amat halus dan dekat.
Ya Allah jangan lah kau biarkan aku tanpa pertolongan Mu..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada bintunaml,
sama-samalah kita muhasabah.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dalam ketaatan kepada-Nya.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
bagos crita ni… pengajaran yg betol2 menginsafkan kita…
saya copy utk simpanan koleksi saya… TQ…
[Reply]