
hendak memecahkan dominasi 'mereka'
Apabila Dr Amida Abdulhamid(saya mesra memanggilnya Umi Amida) mengeluarkan statement bahawa Novel VT saya mampu menandingi Ayat-ayat Cinta, beberapa orang mula meletakkan pandangan mereka kepada saya. Awalnya, saya anggap itu hanya komentar biasa sahaja.
Tidak lama selepas dijual, apabila Novel VT benar-benar berjaya membelah perhatian insan di pasaran, beberapa orang mula berkata kepada saya:
“Enta ni hebat, bakal kalahkan Faisal Tehrani”
“Camni, Fatimah Syarha boleh kena overshadow”
“Lepas ni orang cari Hilal Asyraf la, tak cari lagi Habiburrahman El-Sherazy”
Saya mula rasa tak senang.
Sebenarnya, saya tidak menulis untuk menewaskan mereka, atau untuk bersaing dengan mereka.
Saya menulis, kerana saya hendak bersaing dengan ‘mereka’.
Kalau kita lihat paradigma dunia hari ini, kita dapat mengesan betapa gerakan untuk menghancurkan pertahanan seorang muslim itu berada di mana-mana. Manusia disogok dengan pelbagai ideologi dan fikrah melalui pelbagai medium. Dan majoriti ideologi tidak membawa manusia pulang kepada fitrahnya, iaitu kembali kepada ALLAH SWT. Bahkan, semakin menjauhi ISLAM itu sendiri.
Kita boleh lihat betapa wujud di atas dunia ini, banyak wasilah yang memesongkan perhatian manusia, dari mempersiapkan diri untuk bertemu ALLAH SWT kepada mengejar dunia. Dari memandang realiti kepada hanya berfantasi. Dari mengambil berat terhadap manusia lain kepada mementingkan diri sendiri.
Kita boleh lihat, lambakan buku, komik, drama, filem yang sedikit pun tidak membangkitkan hubungan manusia dengan ALLAH SWT. Malah, lambakan itu semua membentuk pula akhlak peribadi manusia, terutama anak-anak, remaja yang mengikuti. Pemikiran manusia, secara tidak langsung seakan dialurkan agar mengikuti acuan bahan-bahan itu.
Lord of The Rings, Harry Potter, Power Rangers, Bleach, Naruto, Pokemon, dan pelbagai lagi imaginasi ciptaan manusia yang berjaya melekat dalam kehidupan insan hari ini. Kita sendiri melihat betapa anak-anak, remaja, hatta yang telah berumur pun terpengaruh dengan semua itu.
Saya memandang, bukanlah satu tindakan bijak jika kita, seorang muslim yang mempunyai kebolehan di atas dunia ini, untuk membiarkan ‘mereka’ sahaja yang mendominasi, membentuk pemikiran ummah. Maka, pada saya, kita perlu keluar memberikan saingan kepada perkara-perkara yang menjauhkan manusia daripada ALLAH SWT ini.
Saya, tidak menulis untuk bersaing dengan nama-nama seperti Faisal Tehrani, Fatimah Syarha ataupun Habiburrahman El-Shirazy. Saya tidak bersaing dengan sesiapa pun yang menghasilkan apa-apa yang membawa manusia pulang kepada ALLAH SWT. Saya, hadir untuk bersama dengan mereka, bukan untuk menewaskan mereka.
Benar. Itulah hajat saya.
Lord of The Rings, Harry Potter, Power Rangers, Bleach, Naruto, serta apa-apa sahaja yang sebaris, sejenis dengan semua itu, maka itu adalah saingan saya. ‘mereka’ yang mencipta semua itu adalah saingan saya.
Saya bukan menulis VT agar orang tidak membeli/membaca Ayat-ayat Cinta. Saya bukan menulis Buku Motivasi Langit Ilahi untuk orang meninggalkan Buku Motivasi Karangan Amru Khalid. Saya menulis karya-karya saya, adalah untuk menambah saluran maklumat, menambah medium ilmu, menambah ruang pandangan masyarakat. Kamu baca Ayat-ayat Cinta, kamu baca VT, maka kamu akan mendapat lebih banyak kefahaman dari kamu membaca salah satu sahaja.
Saya dan penulis lain seperti Habiburrahman El-Shirazy adalah ibarat batu bata yang membina sebuah bangunan. Saling sokong menyokong. Kemungkinan ada kekurangan pada saya, dan kekurangan saya itu ditampal oleh penulis seperti Fatimah Syarha. Kemungkinan, ada kekurangan pada Faisal Tehrani, dan kekurangan Faisal Tehrani itu ditampal oleh penulis seperti saya.
Saya mula ada prinsip seperti ini, ketika saya menulis Novel Takdir. Apa inspirasi saya menulis Takdir?
Inspirasi saya adalah kekaguman saya kepada JRR Tolkien yang boleh menulis sebuah cerita imaginasi, membangkitkan kekuatan manusia untuk hidup pada zaman Perang Dunia Ke-dua, dan karyanya itu bernama Lord of The Ring. Hingga kini, novel Lord Of The Ring masih dibeli, malah novel itu difilemkan dengan baik sekali.
Saya kata, karya yang rekaan sebegitu, dan mempunyai pemikiran yang bercampur baur, tidak pula membawa pulang manusia kepada fitrahnya, dan hanya fantasi semata-mata, tetapi mampu pula menyentuh hati manusia, menawan jiwa mereka, malah menjadi antara karya teragung dalam sejarah manusia.
Semenjak itu, saya sematkan azam. Saya mahu, menulis karya yang lebih hebat dari Lord of The Ring. Kalau Lord of The Ring mampu membangkitkan kekuatan manusia untuk hidup pada zaman Perang Duni Ke-dua, maka saya mahu karya saya mampu membangkitkan kekuatan manusia untuk mengharungi seluruh kehidupannya di dalam dunia ini untuk mengejar redha ALLAH SWT.
Surah Al-Qalam juga mengajar saya mempunyai cita-cita sebegini. Kalau kalian tahu, makna Qalam adalah ‘pena’. ALLAH bersumpah dengan pena. Dan saya menulis dengan ‘pena’ ini.
“Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, - Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana). Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam); Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, - Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua. Sesungguhnya Tuhanmu, DIA lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan DIA lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (Agama Allah).” Surah Al-Qalam ayat 1-8.
Saya tidak nafikan segala nilai murni yang mungkin ada di dalam karya-karya seperti Lord of The Ring, Harry Potter, Bleach dan sebagainya. Saya bukan tak tengok semua itu. Tetapi, secara tidak sedar, ada isme yang menjauhkan kita daripada ALLAH, diserapkan ke dalam karya-karya itu. Kepercayaan kepada kekuatan sihir, konsep hidup dan mati dari sudut pemikiran ‘mereka’, agama, dan sebagainya, semua itu disuntik secara halus. Secara tidak sedar, mereka membentuk pemikiran kita.
Sebab itu, saya hanya hendak mengejar yang tertinggi. Saya asah pena saya setajam yang mungkin. Biar orang lupa kepada segala isi Lord of The Ring, dan karya-karya ‘mereka’ yang penuh dengan imaginasi yang tidak membawa manusia pulang kepada ALLAH SWT. Biar orang ingat isi karya-karya saya yang membawa manusia untuk mengenal kembali RABB-Nya(ALLAH), dan kembali kepada sistem hidupnya(ISLAM).
Saya, tidak menulis untuk menyaingi nama-nama seperti Faisal Tehrani, Ummu Hani, Fatimah Syarha, ataupun Habiburrahman El-Shirazy. Malah saya hadir untuk menambah kekuatan insan-insan seperti mereka.
Tetapi, saya menulis untuk menyaingi JRR Tolkien, J. K. Rowling, Kubo Tite, Masashi Kishimoto dan ‘mereka’ yang sebaris dengan mereka. Malah, kehadiran saya adalah untuk merobohkan dominasi ‘mereka’ dalam pemikiran dan kehidupan manusia.
Semoga ALLAH beri kekuatan kepada saya, dan kepada mereka yang mempunyai niat seperti saya. Jalan ini tidak mudah, tetapi tidak pula mustahil.
Saya akan terus menulis, dan berusaha lagi mengembangkan bakat saya, kebolehan saya, potensi saya, sehingga saya benar-benar mampu memecahkan dominasi ‘mereka’ hari ini, sehingga karya saya menjadi salah satu wasilah yang membentuk pemikiran masyarakat kini. Dan saya tidak akan hanya memberi tumpuan kepada penulisan sahaja. Kalau ALLAH izin, saya hendak kembangkan lagi bakat saya ke bidang komik, drama, dan perfileman.
Saya, saingan kepada sesiapa sahaja yang hendak membawa manusia jauh daripada ALLAH SWT.





sedang menonton anime one piece…story arc yg ana tgh tengok sekarang mmg mengarut dan tak boleh diterimapakai. diorang jumpa pulau dekat langit. dan jumpa ‘tuhan’/dewa (disebut god dlm anime). Tuhan ini boleh ditukarganti, digambarkan dalam bentuk manusia, kuasa terbatas…kalau tak silap one piece pun ditygkan dekat malaysia…macam mana kalau episod2 ni ditygkan? xdpt bygkan pengaruh dia pada budak2 kecil khususnya…
Assalamualaikum akhi,
memang betul apa yang akhi cakap tu.Sebagai Muslim,kita bukan hendak overpower Muslim yang lain,bahkan bak batu-bata(analogi akhi) ataupun lebah yang saling melengkapi dalam membina sarangnya.
Apa yang kita hadapi ialah resapan-resapan ideologi bukan Islam,walaupun karya mereka banyak pengajaran,punyai nilai pemikiran yang tinggi.Itulah beban dakwah kita sebagai hamba…
Semoga Allah reda dengan kita semua.
Saya doakan semoga niat serta cita2 saudara dipermudahkan urusannya oleh Allah SWT…..Semoga Allah beri petunjuk serta redha dengan kita semua…Ameen
Salam Maju Jaya
Assalamu’alaikum,
kepada Rasydan,
ana minta juga One Piece. Tapi ana minta komik je la. Memang benar, kalau budak-budak yang tengok, gerenti terpengaruh. Itulah ana kata, benda-benda ni disuntik secara halus. Kita tak perasan melainkan kalau ada ilmu dan buat pemerhatian yang telus.
Sebab itu, ana kena usaha agar boleh perform, n nta pun sama. Kena usaha sampai boleh jadi terhebat dalam medan enta. Sama-sama nak bawa ISLAM!
kepada Muhammad Fakhruddin,
sebab itu kita kena bawa ISLAM itu di mana-mana, hatta dalam medan pekerjaan dan kebolehan kita. Mesti biar ISLAM itu tertonjol dalam segenap tindakan kita.
kepada Noor Faiza,
terima kasih atas doanya. Semoga doa kamu dimakbulkan ALLAH.
kepada Reff,
terjemah VT kepada bahasa arab? Hu3… Tak sesuai kut…
Selalunya, kalau nak buat novel untuk pasaran international, kita kena buat satu cerita yang international juga. VT lebih kepala Malaysia, jadi mungkin tak boleh menembusi pasaran antara bangsa.
Tapi kalau Novel Takdir, insyaALLAH boleh, selepas melalui beberapa pembedahan baru pastinya.
Doa-doakan. InsyaALLAH, lambat laun akan menjadi kenyataan.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
Insya Allah terlaksana impian kita semua untuk memastikan ada karya yang dapat menandingi dan mnegatasi ‘mereka’ yang sengaja menjauhkan kita daripada ISLAM. Kehidupan remaja sekarang pun sudah memberi petunjuk….
Salam Hilal,
Anta sangat-sangat benar Hilal. Terus istiqamah dengan prinsipmu itu.
Ummu ‘Ali
Assalamu’alaikum,
kepada wanzayu,
alhamdulillah. kita doakan agar Allah permudahkan lagi
kepada Ummi Ali,
Salam kembali makcik,
doakan agar Allah selamatkan Hilal, dan berikan peluang untuk Hilal istiqokmah dalam sumbangan ini.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf