Langit Ilahi Rotating Header Image

Bukan untuk menjemput risau…

still boleh makan lagi... ha3

still boleh makan lagi dengan spek mata baru

Bukan untuk menjemput risau, jauh sekali menagih simpati. Tetapi saya sebenarnya, hanya menjelaskan kembali matlamat hidup kepada diri.

Itu kata-kata saya kepada semua pelawat, pembaca website ini, yang memberikan pelbagai respon kepada artikel: “Hari saya dituntut membuktikan kata”

Harap maaf kepada yang tidak senang, harap ampun kepada yang kerisauan, saya tidak menulis melainkan apa-apa yang saya rasa bermanfaat untuk diri saya dan diri pelawat-pelawat website ini.

Manusia, kadangkala perlu ditegur dengan peristiwa.

Baru dia akan terjaga dari lena.


Mungkin pendek sahaja post kali ini. Saya tulis sekadar menjawab pertanyaan-pertanyaan belakang(lalu sms, e-mail, facebook) yang bertalu-talu datang akibat artikel itu. Semua berbaur risau, ada yang kasihan, ada yang kongsi juga pengalaman dia.

Saya ok. Jangan risau. Saya akan terus menulis, terus tersenyum kepada semua.

Jadi saya minta maaf kalau saya sudah merisaukan sesiapa. Terutama ibu-ibu dan ayah-ayah yang amat menyayangi saya di luar sana, juga adik-adik, teman-teman, abang-abang, kakak-kakak yang sentiasa mengambil berat akan saya buat selama masa.

Artikel itu hanya peringatan, revisi, muhasabah untuk diri saya. Mungkin bermanfaat kepada sesiapa yang berhadapan perkara yang sama. Bukan bertujuan nak emo ke, nak tunjuk frust ke, jauh sekali la nak cari publisiti murahan. Kita kongsi perkara bermanfaat di sini. Sama-sama memperingatkan diri.

Apa-apa pun, saya ucapkan terima kasih sekali lagi, dari lubuk hati terdalam saya, atas sokongan, ambil berat, dan kasih sayang semua. Tembakan-tembakan doa kalian, benar-benar sampai kepada saya.

Terasa sungguh keeratan kita, hubungan hati-hati kita, atas iman dan matlamat mencari keredhaan-Nya.

Semoga Allah benar-benar redha dengan kita semua.

Print This Post Print This Post

7 Comments

  1. budak private rain says:

    kasihanilah orang rumahku ini :cool:

    [Reply]

  2. wani says:

    semoga Allah benar2 redho dgn kita semua..amiin…

    [Reply]

  3. nurulzz says:

    `Mungkin bermanfaat kepada sesiapa yang berhadapan perkara yang sama`
    …artikel y lalu bg sy adalah satu perkongsian. Alhamdulillah, mungkin situasi sedikit berbeza, tp sy belajar..dan belajar bgmana utk menghadapi situasi tersebut dgn hati yang lebih tenang..

    [Reply]

  4. nur says:

    -artikel “Hari saya dituntut membuktikan kata” pada saya adalah perkongsian yang amat bermakna.Dapat membantu insan- insan yang memerlukanya.
    Tak salah berkongsi, Sharing is caring :smile:

    Semoga mendapat redhaNYA~

    [Reply]

  5. hambamencari says:

    Salam.

    Kenapa dgn caption gmbr kat atas tu?
    Ade kaitan dgn peristiwa tu ke?
    Skdr pertanyaan..

    :smile:

    [Reply]

  6. iijr says:

    huhu..
    mengikut pengamatan ana, org slalu beri perhatian dengan post blog berkaitan ‘perasaan ingin sayang n dsayangi’…

    kalu dpt dpt komen byk2 tuh…. biasa la tuh, Hilal. :mrgreen:

    perasaan ’sayang menyayangi’ mmg selalunyer adalah rahsia hati n ‘private’….
    kalu dluahkn, org pun tumpng bkongsi(sms, ym, email)…

    Insyallah, sume org pernah mengalaminya, itulah pasal…

    [Reply]

  7. raja semalaman says:

    aslmulaikum langitilahi.
    perkongsian yang bagus
    nice.
    ada betulnya..
    tetapi bolehkah saudara perjelas ayat ini
    saya agak musykil.

    “”"Manusia, kadangkala perlu ditegur dengan peristiwa.

    Baru dia akan terjaga dari lena.”"”

    jika niatnye murni untuk membetulkan sahabat kita….
    tapi dia akan malu dengan teguran itu,kerana kita menegurnya didepan orang…
    bagaimana…??

    saya ada pernah terbaca..
    jika menegur orang, didepan orang ramai….
    walaupun niatnya murni..
    adalah tidak dianngap menasihati…tetapi memalukan orang..??

    saya bercakap atas dasar pengalaman semasa saya di menara gading suatu masa yang lampau…..

    harap sesiapa yang tahu jawapan ini apat berkongsi bersama disini…

    [Reply]

Leave a Reply