Langit Ilahi Rotating Header Image

Posts under ‘Cetusan’

Istimewa: Buat kamu yang mengambil keputusan esok.

SPM. STAM. Esok adalah hari keluarnya keputusan. Calon-calon peperiksaan tahun 2009 ini, pastinya sedang kecut perut bergedup jantung, mungkin ada yang sedang berteleku di atas sejadah berdoa, mungkin ada juga yang tidak kisah kerana yakin 100% dia berjaya.
Maka saya ingin kongsikan di dalam artikel ini beberapa pesanan untuk calon-calon SPM dan STAM. Untuk [...]

Countdown 2 KILBF’10: Hilal Asyraf yang tiada.

KLIBF’10, atau nama panjangnya Kuala Lumpur International Book Fair 2010 sudah semakin hampir. Sekitar 10 hari lagi, kehangatannya akan bermula di PWTC.
Memulakan countdown 1, kini countdown 2 menyusul.
Ramai yang bertanya apakah Hilal Asyraf akan ada di PWTC pada 19hb Mac 2010 ini?
Jawapannya agak mengecewakan.
Tiada.

Motivasi: Nak ke tak nak?

Benteng yang menjadi pemisah antara kecemerlangan dunia akhirat seseorang, dengan kegagalan mereka, adalah benteng bernama: “Nak ke tak nak?”
Ini adalah benteng ajaib. Kalau kita sebutkan nak, akan muncul pintu pada pintu itu. Sekiranya kita menyebutkan tak nak, maka yang kelihatan hanyalah dinding dan kita akan kekal berdiri di hadapan dinding itu tanpa mampu [...]

Perkongsian: Surat berantai. Saya hairan dengan sikap kalian.

Surat berantai. Isu lama. E-mail Yang diforward berkali-kali dari e-mail ke e-mail. Beberapa mesej nampaknya sangat bagus untuk disebarkan. Tetapi, saya telah melihat satu kerosakan yang berlaku dalam penciptaan surat berantai.
Dimasukkan unsur-unsur syirik, yang terkeluar dari syara’, dan disertakan ugutan-ugutan atau ramalan masa hadapan yang melampau serta tidak berasas.
Saya bangkitkan hal ini, kerana [...]

Motivasi: Terus Menjadi Hebat?

“Ana dah ikut dah step-step dia, tetapi kenapa tak berjaya?”
“Saya dah usaha untuk contohi dia, tapi saya masih macam dahulu”
Kita merungut apabila kita lihat, kita tidak berjaya mencontohi seseorang yang cemerlang dalam medan kehidupan. Akhirnya, kita disapa rasa lemah dan berputus asa. Kita rasa diri kita memang ditakdirkan untuk tidak cemerlang dan [...]

Puisi Sampai Kapan(sehingga bila)

Kita suka menuding jari. Bush salah, Ariel Sharon yang kejam, Nasrani merosakkan kita, Yahudi merancang perancangan licik ke atas kita. Kita suka menuding jari, si fulan itu menghina Islam, si fulanah itu menghina nabi, si dia itu tidak mahu mengikuti Al-Quran, si dia itu tidak mahu mengambil sunnah sebagai ikutan.
Kita tuding jari kepada dia di [...]

Istimewa: Hari Lahir Langit Ilahi.

Selamat hari lahir. Selamat hari lahir. Selamat Hari lahir. Hari ini 6hb Mac. Cukup setahun sudah website Langit Ilahi beroperasi. Seakan waktu bergerak sepantas kilat, kini Langit Ilahi sudah sampai pada hari ini.
Sebentarnya waktu tidak bermakna sekejapnya perjalanan. Panjang juga setahun ini. 1001 macam cabaran dan dugaan yang menimpa saya. Namun dengan rahmat [...]

Cerpen: Mencari Ilahi.

Ini ada cerpen istimewa.
Saya melakarkan cerpen ini ketika sedang membuat penyampaian pada Bengkel Penulisan Cerpen Islamik dan Pengurusan Blog.
Saya tulis secara LIVE di hadapan peserta-peserta bengkel.
Enjoy it!

Hari ini Saya Menyampaikan Bengkel Penulisan dan Pengurusan Blog

Assalamu’alaikum.
Hanya post pendek. Sekadar Pengumuman. Risau sekiranya ada yang menunggu artikel saya untuk hari ini. Kemungkinan, kemungkinan aja ya… Kemungkinan hari ini tiada post pengisian.
Hal ini kerana saya sebentar lagi akan mengendalikan Bengkel Penulisan Cerpen Islami dan Pengurusan Blog di Mu’tah, Jordan.
Perjalanan program memakan masa sehari suntuk. Justeru, saya tak pasti ada atau tidak masa [...]

Puisi: Aku Bukan Sahabatmu

Manusia kadangkala bersengketa. Dan kadangkala kita tidak sabar dengan sahabat kita. Namun kita terlupa, kesabaran kita ke atasnya adalah satu tanggungjawab sebenarnya. Jika kita faham bahawa hubungan kita terbina kerana-Nya.
Satu puisi saya reka untuk menghiburkan jiwa-jiwa yang katanya terluka dengan sahabatnya.
Agar kalian kembali berpimpinan tangan.
Menghubungkan semula talian persahabatan dengan keimanan.