Langit Ilahi Rotating Header Image

Posts under ‘Cetusan’

Motivasi: Panjang yang hakikatnya pendek sungguh

Hidup ini panjang? Ada kalangan kita, apabila telah menjangkau umur seperti 25 tahun, 30 tahun, 40 tahun, sudah merasa lama hidup dan terasa panjang. Apatah lagi veteran-veteran yang telah berumur 70 dan 80 tahun. Terasa lama sungguh hidup ini bukan?
Lama dan panjang ini mungkin tidak terasa di dalam hiburan. Tetapi di dalam melaksanakan [...]

Perkongsian: Isterimu dan Isteriku

Kriteria isteri. Kadangkala kita meletakkan kriteria isteri yang hendak kita kahwini dengan cara ikut-ikutan. Kita lihat senior kita berkahwin dengan seorang perempuan yang sekian-sekian ciri-cirinya, kadangkala kita dengar kawan kita menetapkan dirinya untuk berkahwin dengan seorang perempuan yang sekian-sekian cirinya, kita terus sahaja menetapkan isteri kita juga sekian-sekian cirinya mengikuti ciri-ciri yang kita ikut [...]

Motivasi: Dia tanpa pengalaman. Dia bila berpengalaman.

Apabila Allah mengarahkannya sujud kepada Adam, Iblis dengan angkuh telah ingkar kepada Allah SWT. Maka Allah SWT telah mengeluarkannya daripada Syurga. Akhirnya lahirlah satu makhluk yang telah bersumpah untuk menyesatkan Adam dan seluruh keturunannya.
Ketika dikeluarkan itu, dia baru sahaja menjadi ‘penghasut ke arah kejahatan’. Iblis masih kosong. Iblis masih tidak punya pengalaman menjadi [...]

Motivasi: Perempuan.

Perempuan. Tahukah kamu bahawa kamu itu sangat mahal?
Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.
Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.
Mengapa?
Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin [...]

Istimewa: Reunion cinta.

Gener8, itu adalah nama yang diberikan untuk batch yang segenerasi dengan saya di Sekolah Islam Hidayah, Johor. Dan buat pertama kalinya, selepas meninggalkan Hidayah Johor, kami semua berkumpul. Mungkin bukan semua dapat hadir. Namun sekitar 40 orang datang, lelaki dan perempuan.
Di Kem Sri Ar-Raudhah, Gombak, kami berkumpul pada 10hb Julai 2010.
Saya menghabiskan [...]

Perkongsian: Penulis itu adalah…

Penulis adalah manusia. Itu memang benar. Tetapi pada saya, seorang penulis yang baik tidak akan semata-mata memandang dirinya sebagai manusia sahaja.
Dia perlu memandang dirinya sebagai manusia yang bertanggungjawab.
Maka, saya melihat bahawa penulis itu adalah dua perkara.
Apa dua perkara itu?

Perkongsian: Pembaca, bukan peminat

“Wah, hebatlah enta ya. Sekarang dah ramai peminat”
“Macam mana peminat-peminat enta?”
“Ramai tak peminat minta tandatangan?”
Begitulah antara perbualan biasa yang didengari di sekeliling saya, lebih-lebih lagi apabila di penanya adalah sahabat lama yang baru bertemu semula dan dia pula mengikuti perkembangan saya.
Ya. Dengan keadaan saya sekarang, ramai sahaja yang menyatakan bahawa [...]

Perkongsian: Jannah Sani dan Kejayaan Hakiki

Mungkin kalau saya nak kata artikel ini adalah belasungkawa saya kepada junior saya yang bernama Jannah, yang telah Allah panggil pergi pada 3hb Jun 2010 tempoh hari, pastinya saya dikatakan terlewat. Ya. Terlewat.
Namun, saya tidak memandang artikel ini belasungkawa. Saya memandang artikel ini perkongsian.
Jannah Sani dan Kejayaan Hakiki. Satu perkara yang saya [...]

Perkongsian: MATRI dan seorang Hilal Asyraf

Tak mahu banyak cakap. Post ini nak kongsi satu video. Tempoh hari ada Pelancaran Buku-buku saya di MATRI pada Hari Ahad bersamaan 4 Julai 2010. Jadi sebelum itu, saya diinterview untuk dibuat satu video berbentuk ala-ala dokumentari fasal bagaimana Hilal Asyraf itu boleh terbentuk.

Maka, boleh tonton video ini dengan happy ya.
[...]

Diari: Masuk Surat Khabar.

Hari ini, tengah sedap-sedap latyan roti canai bersama Hafiz Zainol Abidin dan Ahmad ‘Akif, saya dapat SMS daripada Encik Zakaria Sungib. Dia kata ada berita fasal penulis GISB di Berita Harian. Lepas habis makan, segera mencari Berita Harian.
MasyaAllah, ada gambar saya dan penulis-penulis Galeri Ilmu. Teringat pula yang itu adalah gambar ketika Gathering [...]