Langit Ilahi Rotating Header Image

Posts under ‘Diari’

Pengumuman: Bengkel Terakhir

Bengkel saya pada 26hb&27hb Jun tempoh hari telah berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang memberikan peluang untuk saya berkongsi dengan orang lain apa yang saya ada. Lebih saya rasa syukur, perkongsian itu pula menambahkan pula apa yang ada pada diri saya selama ini.
Memang benar kata orang dahulu kala, ilmu itu bila [...]

Diari: Musafir panjang pertama yang usai

Sebaik sahaja tiba di Malaysia pada 5hb Jun 2010 yang lalu, saya hanya mempunyai program berbentuk sebentar sahaja. Paling kuat pun memakan masa 3 hari. Kemudian saya akan pulang ke rumah. Kebanyakan program pula adalah dalam bentuk sehari, atau 2-3 jam dan kemudian saya boleh pulang ke rumah.
Namun baru-baru ini saya menurunkan layar [...]

Perkongsian: 3 hari 2 malam di MATRI, dan apa yang aku dapati.

Hari ini, insyaAllah hari yang terakhir saya berada di MATRI untuk singgahan saya kali ini. MasyaAllah, seakan-akan jiwa ini tersiram kembali dengan satu energi yang membangkitkan kehidupan di dalam hati.
Walaupun nampak singkat, tetapi amat-amat bermakna.
Dan saya suka kongsikan apakah yang saya dapat daripada singgahan saya di MATRI kali ini.
Baik apa yang [...]

Dedikasi: Sir Yahya yang telah pergi.

Saya pernah menghadapi zaman-zaman kejatuhan sebelum menghadapi PMR. Daripada pelajar yang mendapat nombor 1 pada peperiksaan akhir tahun tingkatan dua, saya mendapat tempat ke-27 dari 30 orang pada peperiksaan pertengahan tahun tingkatan tiga. Dan PMR pula semakin menghampiri ketika itu.
Mulut-mulut mula berbicara menyatakan kesibukan saya di dalam bidang kokurikulum dan asrama adalah punca [...]

Perkongsian: Perkumpulan Yang Indah.

Pada 19hb Jun 2010, Allah telah mengizinkan saya untuk menghadiri perkumpulan dengan penulis-penulis GISB. Sungguh, ianya adalah perkumpulan yang indah.
Saya tidak sedar betapa kami semuanya rapat dan seakan-akan satu tubuh yang kuat.
Saya, Ustaz Hasrizal, Ustaz Amal, Ustaz Abu Hassan Morad, Encik Wan Zayuhisham, Puan Norehan, Kak Nurul Hallawati, Kak Ummu Hani, dan [...]

Puisi: Di Bawah Hujan Peluru

Allah izin, kepulangan saya seriring dengan kepulangan relawan freedom flotilla lifeline4Gaza. Saya pulang pada 5hb Julai 2010, manakala para relawan tiba di Malaysia pada 6hb Julai 2010. Selepas itu saya dapat melihat program-program kesedaran Palestina telah diadakan di sana sini dengan penuh pesat, dan dihadiri pula ribuan manusia.
MasyaAllah. Apabila Allah mengkehendaki, Allah [...]

Perkongsian: Cahaya dalam perjalanan.

Alhamdulillah. Allah izin, hari ini saya mempunyai kelapangan. Menyebabkan saya menggunakan waktu yang Allah berikan ini untuk menulis sesuatu buat warga Langit Ilahi.
Sungguh sayu hati saya apabila ramai yang tertanya-tanya bila website ini akan diupdate.
Sememangnya saya telah melihat hari-hari sempit seperti ini akan tiba. Sebab itu sebelum ini telah saya maklumkan akan [...]

Diari: Saya minta maaf.

Hari ini saya punya sedikit kesempatan untuk mengemas kini Langit Ilahi. Namun tiada apa yang mampu saya lakukan selain menulis post pendek ini. Masa untuk saya hampir sahaja tiada masa kosong yang boleh diberikan untuk perkara yang ‘penting tapi kurang utama’ seperti mengemas kini Website Langit Ilahi lagi.
Sekarang, semua perkara ‘penting dan utama’ [...]

Diari: Saya sudah sampai rumah.

Syukur kepada Allah, setelah tiga hari di Gombak, akhirnya Allah izinkan saya untuk pulang ke rumah saya di Johor. Tiadalah kesyukuran yang lebih tinggi mampu saya panjatkan kepada-Nya apabila selamat menjejakkan kaki di hadapan rumah.
Hakikatnya, seorang manusia itu akan rindukan rumahnya yang sebenar. Walau cantik bagaimana pun rumah orang lain yang disinggahinya, walau [...]

Diari: Saya sudah berada di Malaysia.

Assalamu’alaikum.
Tidak sempat saya hendak menulis panjang kali ini kerana saya tersangat sibuk. Namun saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang telah mendoakan perjalanan saya. Alhamdulillah, saya telah selamat sampai walaupun kapal terbang saya ‘delayed’ di Abu Dhabi. Allah izin, atas peristiwa itu, saya tidak mampu memenuhi jemputan sahabat saya, Zakiran Mahmud [...]