Dua hari lepas, satu mesej memasuki Facebook saya. Saya rasa, dalam ratusan mesej yang sampai pada saya, mungkin ini mesej yang paling membuatkan saya terharu sekali.
Mesej daripada seorang menggelar dirinya sebagai Cik Nor.
Membuatkan saya memandang semula pada diri saya.
Kerana dia menamakan anak saudaranya, atas nama saya.
Sungguh. Saya rasa tidak layak.
[...]
Posts under ‘Istimewa’
Diari: Dinamakannya atas nama saya.
Istimewa: Hari Lahir Fahmi.
Ironinya, sahabat terbaik saya, Tengku Muhammad Fahmi bin Tengku Paris, tarikh lahirnya adalah berjiran dengan ibu saya. Ya, 12hb Mac 2010, dia menginjak 20.
Semenjak rapat dengannya, saya tidak pernah lupa akan tarikh lahirnya. Saban tahun menyambut. Namun belum pernah lagi dapat menyambut dengan bersungguh-sungguh, belanja dia makan dan beri dia hadiah yang menyeronokkan. [...]
Istimewa: Hari Lahir Ummi.
11 Mac. Orang lain sibuk nak ambil keputusan SPM dan STAM. Saya sibuk terkenangkan ummi saya.
Hari ini hari lahir dia. Hari lahir manusia yang sudah susah payah membesarkan saya.
Walaupun saya tidak tinggal lama dengan Ummi, tetapi Ummi tetap Ummi saya. Tidak mungkin boleh ada dua atau lebih perempuan yang melahirkan saya. Saya hanya [...]
Istimewa: Batch 15 MATRI. Aku cinta mereka.
Batch 15 MATRI. Mereka akan mengambil keputusan SPM mereka hari ini(waktu Malaysia, 11 Mac).
Sebahagian daripada mereka menghubungi saya memohon doa. Meninggalkan pesan agar saya tidak lupa untuk meminta kepada Rabbul ‘Izzah agar mengasihani mereka dan memberikan mereka kecemerlangan yang diharapkan.
Saya jujurnya, tidak pernah sesaat pun melupakan mereka.
Dalam banyak junior-junior saya, belum [...]
Istimewa: Buat kamu yang mengambil keputusan esok.
SPM. STAM. Esok adalah hari keluarnya keputusan. Calon-calon peperiksaan tahun 2009 ini, pastinya sedang kecut perut bergedup jantung, mungkin ada yang sedang berteleku di atas sejadah berdoa, mungkin ada juga yang tidak kisah kerana yakin 100% dia berjaya.
Maka saya ingin kongsikan di dalam artikel ini beberapa pesanan untuk calon-calon SPM dan STAM. Untuk [...]
Countdown 2 KILBF’10: Hilal Asyraf yang tiada.
KLIBF’10, atau nama panjangnya Kuala Lumpur International Book Fair 2010 sudah semakin hampir. Sekitar 10 hari lagi, kehangatannya akan bermula di PWTC.
Memulakan countdown 1, kini countdown 2 menyusul.
Ramai yang bertanya apakah Hilal Asyraf akan ada di PWTC pada 19hb Mac 2010 ini?
Jawapannya agak mengecewakan.
Tiada.
Istimewa: Hari Lahir Langit Ilahi.
Selamat hari lahir. Selamat hari lahir. Selamat Hari lahir. Hari ini 6hb Mac. Cukup setahun sudah website Langit Ilahi beroperasi. Seakan waktu bergerak sepantas kilat, kini Langit Ilahi sudah sampai pada hari ini.
Sebentarnya waktu tidak bermakna sekejapnya perjalanan. Panjang juga setahun ini. 1001 macam cabaran dan dugaan yang menimpa saya. Namun dengan rahmat [...]
Countdown 1 KLIBF’10: Yang akan muncul nanti…
KLIBF’10, atau nama panjangnya adalah Kuala Lumpur International Book Fair 2010, akan bermula pada 19 Mac 2010, yakni lebih kurang 15 hari lagi di PWTC. Memandangkan KLIBF’10 semakin hampir, maka saya akan melakukan beberapa countdown adagar kehangatannya terasa.
Ini juga boleh dikira sebagai satu promosi khas daripada saya.
Dengan izin Allah SWT, dengan rahmat [...]
Istimewa: Afifah Solihah.
Hari ini saya gembira. Gembira sangat-sangat. Hal ini kerana Allah telah mengizinkan saya untuk menatap wajah Afifah Solihah.
Dia ini, punya ikatan kuat dengan saya.
Hal ini kerana, saya yang mencadangkan namanya kepada bapanya.
Bapanya, Zulkifli, merupakan sahabat saya atas keimanan kepada Allah SWT.
Lama saya menanti untuk menatap wajah Afifah.
Akhirnya, Allah perkenankan [...]
Istimewa: Baginda. Adakah kita mengenalinya?
Sepatutnya, artikel ini saya tulis semalam. Memandangkan sakit saya berganda, saya membatalkannya. Hingga ada yang bertanya.
Tidak, saya tidak pernah lupa bahawa hari ini adalah hari yang disinonimkan dengan baginda.
Mustahil saya akan melupakan satu susuk yang sangat memikat hati ini. Mana mungkin saya mampu mengenepikan peribadi yang menyentuh jiwa ini. Saya malu untuk menyatakan [...]



