Langit Ilahi Rotating Header Image

Posts under ‘Karya’

Puisi Sampai Kapan(sehingga bila)

Kita suka menuding jari. Bush salah, Ariel Sharon yang kejam, Nasrani merosakkan kita, Yahudi merancang perancangan licik ke atas kita. Kita suka menuding jari, si fulan itu menghina Islam, si fulanah itu menghina nabi, si dia itu tidak mahu mengikuti Al-Quran, si dia itu tidak mahu mengambil sunnah sebagai ikutan.
Kita tuding jari kepada dia di [...]

Cerpen: Mencari Ilahi.

Ini ada cerpen istimewa.
Saya melakarkan cerpen ini ketika sedang membuat penyampaian pada Bengkel Penulisan Cerpen Islamik dan Pengurusan Blog.
Saya tulis secara LIVE di hadapan peserta-peserta bengkel.
Enjoy it!

Novel Sinergi: Cerita 11 - Gerakan Atas Kebencian

Sinergi muncul lagi. Hayati episod yang menarik bersulam aksi pada kali ini.
Cerita 11: Gerakan Atas Kebencian.
Enjoy!

Puisi: Aku Bukan Sahabatmu

Manusia kadangkala bersengketa. Dan kadangkala kita tidak sabar dengan sahabat kita. Namun kita terlupa, kesabaran kita ke atasnya adalah satu tanggungjawab sebenarnya. Jika kita faham bahawa hubungan kita terbina kerana-Nya.
Satu puisi saya reka untuk menghiburkan jiwa-jiwa yang katanya terluka dengan sahabatnya.
Agar kalian kembali berpimpinan tangan.
Menghubungkan semula talian persahabatan dengan keimanan.

Puisi: Tanpamu, TanpaMu

Kita manusia, sering rasa sakit bila ditinggalkan manusia. Sering rasa kecewa dengan ketidak endahan manusia terhadap kita. Kita terlupa bahawa kita ada Dia. Tidak kita sedar bahawa kita masih mampu untuk tabah kerana kekuatan-Nya. Tetapi kita tidak mendekati-Nya. Sedikit pun tidak mengingati-Nya. Bayangkan, Dia meninggalkan kita, berpaling dan tidak lagi mahu menghadap wajah kita.
“Berkata mereka, [...]

Novel Sinergi: Cerita 10 - Cinta dan Pengorbanan

Sinergi muncul lagi. Mari isi Sabtu anda dengan mengikut Sinergi.
Semoga Allah kurniakan manfaat di dalamnya.
Cerita 10: Cinta dan Pengorbanan.
Enjoy!

Cerpen: A.I.E.

Assalamu’alaikum. Yeah, cerpen baru. Alhamdulillah.
Ada seorang junior saya, sekitar dua minggu lepas bergurau-gurauan dengan saya. Sehingga terkeluar daripadanya ungkapan A.I.E.
Saya dapat idea daripada ungkapannya itu.
Maka hari ini, saya tuliskan cerita berkenaannya.
Salim Rushdan, ini hadiah ana untuk enta.
Terimalah Cerpen A.I.E., with honourable guest character: Faiq Zaini. hu3..
Enjoy!

Puisi: Hidupkan Aku

Hidupkan Aku
Aku mati dengan dosa
aku sakit tanpa pahala
tidak bermaya bila ingkar pada-Nya
kerna keimanan bergetar di dalam jiwa
penghalang kepada syurga musuhku
pembawa kepada neraka lawanku
biar kering terasing di gelanggang dunia
aku tetap mengejar redha-Nya
hidupkan aku
dengan kasih sayangMu
jangan tinggalkan aku
dalam perjalanan syurgaMu
aku hamba sukar
saban kali terkhilaf sakit
kadangkala mati ditikam ingkar
tenggelam dalam dosa perit
hidupkan aku
dengan keampunanMu
jangan sukarkan aku
dalam menggapai redhaMu
biar [...]

Puisi: Kalau Aku Cinta

Kalau aku cinta
cinta
dikhianati
ditohmah keji
dikatan perosak diri
perosak hubungan Ilahi
aku kira
yang mengejinya itu keji
tunduk pada definisi iblis
cinta amatlah bersih
dasarnya redha Ilahi
apakah namanya cinta jika mencampak ke neraka?
logika tidak dilihat manusia tertipu dunia
atas kebodohan mereka
disalahkan cinta
di manakah adilnya?
kalau aku cinta
pasti ingin bahagia
dunia akhirat sama
bergandingan menembus syurga
itulah cinta
apakah mereka tidak memerhatikannya?
~angkasa
2.29am
26 Feb 2010
Tolong Beritahu Mereka
sudah semakin sihat
Puisi Kalau Aku [...]

Puisi: Teringatkan Kalian

Hari ini, saya nak mulakan dengan puisi.
Hati ingin berbicara, maka saya biarkan Laksamana Angkasa keluar untuk bersuara.
Kangen sama senior-senior, sahabat-sahabat seangkatan, dan adik-adik MATRI yang pernah bersama saya dahulu.
Tengah sakit-sakit, disapa angin rindu.
Angkasa, lagukan madahmu itu.
Terimalah, dedikasi untuk semua MATRIan, baik yang masih di sana, mahupun yang telah bertebaran untuk mengubah dunia.