Langit Ilahi Rotating Header Image

Posts under ‘Cerpen’

Cerpen: Tidak Ingin Kau Pergi

Assalamu’alaikum.
Satu masa, saya berjalan-jalan. Saya dalam kepala, terfikir fasal kematian.
Tiba-tiba, dapat satu idea.
Jadi, saya buat cerpen.
So, enjoy it.
semoga ALLAH redha.
____________________________________________________________________________________________

Cerpen: Hari-hari Terakhir.

Sudah lama agaknya saya tidak menulis cerpen. Jadi, hari ini saya menulis sebuah cerpen. Dapat idea dari melihat beberapa pasangan yang romantis di dalam Masjidil Haram.
Cerita fasal apa ya?
Bacalah untuk mencari jawapannya.
Feel free to drop a comment.

Trailer VT: Cerpen Matahari

Cerpen: Matahari
Penulis: Hilal Asyraf
” Semua sudah bersedia?”
” Sudah”
” Kita hendak kalah atau menang?”
” Menang”
” Adakah kita hendak tunjukkan kita ini lemah?”
” Tidak”
” Adakah kita ini lemah?”
” Tidak”
” Siapakah yang terhebat?”
” Kita”
” Mesti main dengan baik?”
” Mesti”
” Permainan kita adalah ibadah?”
” Ibadah”
” Yang terbaik untuk siapa?”
” Untuk ISLAM”
” Jadi kita mesti menang”
” Menang,”
” Menang,”
” Menang”
” Menang”
” [...]

Cerpen: Ikhlas

Ikhlas

“ Akak…akak tolong ummi ya”
Suara ummi kedengaran memecahkan keheningan pagi. Aku menoleh ke tepi. Memandang ruang makan. Ummi nak aku tolong masak? Aku pantas bergerak mendapatkan ummi.
“ Tolong apa ummi? Maisarah boleh je” Sebenarnya itu basa-basi saja. Aku nak rehat sebenarnya. Aku baru balik semalam dari kampus. Letih wo…
“ Solehah anak ummi ni” [...]

Cerpen: Menjemput Bidadari

Menjemput Bidadari

“ Mungkin…” Aku tersenyum. Namun hati sebenarnya tengah berdetak-detuk.Macam mana boleh melencong masuk bab kahwin-kahwin ni? Salah putar stereng ke?
“ Suka sangat dengan mungkin dia tu” Dia mengerutkan dahi. Aku jadi pelik. Kenapa pulak ada gaya merajuk semacam ni?
“ Ei cik kak, hidup ni memang penuh dengan kemungkinan. [...]

Cerpen: Pada Bila-bila Masa

Pada
Bila-Bila masa

Aku rasa betul-betul kesepian, rasa sepi pada saat-saat yang aku kira amat pelik jika sepi menjengah. Yakni pada saat manusia sedang bertepuk menghormatiku, saat tepukan sanjungan sedang gamat diberikan untukku, sedang teriakan-teriakan kekaguman sedang dilaungkan untukku, saat pancaran cahaya lampu ditujukan kepadaku bagi menunjukkan kehebatan aku, saat ini, [...]

Cerpen: Si Tukang Gunting

Si Tukang Gunting Rambut

Tersebutlah sebuah kisah mengenai seorang pemuda yang bernama Abdul Haq. Beliau merupakan seorang pelajar sekolah menengah.Hidupnya sibuk dengan menuntut ilmu dan berjuang di atas jalan ALLAH dengan pelbagai cara.Abdul Haq merupakan seorang yang bijak dan pandai berhujah.
Pada suatu hari,ibu Abdul Haq berkata.
“Anakku,rambutmu agak panjang dan kurang kemas.Sebagai seorang [...]

Cerpen: Aicha

Aicha

Aku melihat meja kerja yang dipenuhi dengan fail tugasan yang bertimbun. Seketika kemudian aku menutup mataku. Dadaku terasa agak sesak. Kebelakangan ini kerjaku bertambah. Aku pula perlu melakukan segala-galanya dengan baik dan kemas. Hal ini kerana, syarikat tempat aku bekerja tidak teragak-agak untuk memecat pekerja yang merosot prestasinya. Mereka tidak akan merasa rugi [...]