Kita suka menuding jari. Bush salah, Ariel Sharon yang kejam, Nasrani merosakkan kita, Yahudi merancang perancangan licik ke atas kita. Kita suka menuding jari, si fulan itu menghina Islam, si fulanah itu menghina nabi, si dia itu tidak mahu mengikuti Al-Quran, si dia itu tidak mahu mengambil sunnah sebagai ikutan.
Kita tuding jari kepada dia di [...]
Posts under ‘Puisi’
Puisi Sampai Kapan(sehingga bila)
Puisi: Aku Bukan Sahabatmu
Manusia kadangkala bersengketa. Dan kadangkala kita tidak sabar dengan sahabat kita. Namun kita terlupa, kesabaran kita ke atasnya adalah satu tanggungjawab sebenarnya. Jika kita faham bahawa hubungan kita terbina kerana-Nya.
Satu puisi saya reka untuk menghiburkan jiwa-jiwa yang katanya terluka dengan sahabatnya.
Agar kalian kembali berpimpinan tangan.
Menghubungkan semula talian persahabatan dengan keimanan.
Puisi: Tanpamu, TanpaMu
Kita manusia, sering rasa sakit bila ditinggalkan manusia. Sering rasa kecewa dengan ketidak endahan manusia terhadap kita. Kita terlupa bahawa kita ada Dia. Tidak kita sedar bahawa kita masih mampu untuk tabah kerana kekuatan-Nya. Tetapi kita tidak mendekati-Nya. Sedikit pun tidak mengingati-Nya. Bayangkan, Dia meninggalkan kita, berpaling dan tidak lagi mahu menghadap wajah kita.
“Berkata mereka, [...]
Puisi: Hidupkan Aku
Hidupkan Aku
Aku mati dengan dosa
aku sakit tanpa pahala
tidak bermaya bila ingkar pada-Nya
kerna keimanan bergetar di dalam jiwa
penghalang kepada syurga musuhku
pembawa kepada neraka lawanku
biar kering terasing di gelanggang dunia
aku tetap mengejar redha-Nya
hidupkan aku
dengan kasih sayangMu
jangan tinggalkan aku
dalam perjalanan syurgaMu
aku hamba sukar
saban kali terkhilaf sakit
kadangkala mati ditikam ingkar
tenggelam dalam dosa perit
hidupkan aku
dengan keampunanMu
jangan sukarkan aku
dalam menggapai redhaMu
biar [...]
Puisi: Kalau Aku Cinta
Kalau aku cinta
cinta
dikhianati
ditohmah keji
dikatan perosak diri
perosak hubungan Ilahi
aku kira
yang mengejinya itu keji
tunduk pada definisi iblis
cinta amatlah bersih
dasarnya redha Ilahi
apakah namanya cinta jika mencampak ke neraka?
logika tidak dilihat manusia tertipu dunia
atas kebodohan mereka
disalahkan cinta
di manakah adilnya?
kalau aku cinta
pasti ingin bahagia
dunia akhirat sama
bergandingan menembus syurga
itulah cinta
apakah mereka tidak memerhatikannya?
~angkasa
2.29am
26 Feb 2010
Tolong Beritahu Mereka
sudah semakin sihat
Puisi Kalau Aku [...]
Puisi: Teringatkan Kalian
Hari ini, saya nak mulakan dengan puisi.
Hati ingin berbicara, maka saya biarkan Laksamana Angkasa keluar untuk bersuara.
Kangen sama senior-senior, sahabat-sahabat seangkatan, dan adik-adik MATRI yang pernah bersama saya dahulu.
Tengah sakit-sakit, disapa angin rindu.
Angkasa, lagukan madahmu itu.
Terimalah, dedikasi untuk semua MATRIan, baik yang masih di sana, mahupun yang telah bertebaran untuk mengubah dunia.
Puisi: Jangan Kau Pasung Sayapku
Pada saya, kita sukar hendak bergerak kepada Allah SWT, adalah kerana kita masih mencintai jahiliyyah, maksiat yang berada dalam hati kita. Itu membuatkan kita berat untuk bergerak kepada-Nya.
Dua cinta yang tak akan bersama dalam satu masa adalah: Cinta kepada Allah, dan cinta pula kepada kemurkaan-Nya.
Maka, adalah perlu untuk kita menyisihkan rasa cinta kepada maksiat, rasa [...]
Puisi: Perang Kepada Cinta
Saya ada satu puisi pendek.
Tajuknya: Perang Kepada Cinta.
Saya petik dari Novel Sinergi saya.
Saya juga harap, kita dapat mengisytiharkan perang kepada cinta.
Cinta palsu yang mengabui jiwa.
Puisi: Titian Hidup Hamba
Titian Hidup Hamba
Terciptanya diri
dari waktu azali tak diketahui
bersumpah di hadapan robbi
untuk menjadi hamba yang mentaati
Kini usia demi usia
sudah meningkat umur hamba
meninggalkan jejak di atas bumi Robbnya
namun apakah punya makna?
Hidup,
hanya bermakna bila dikira
Mati,
hanya bernilai bila berjaya
Titian hidup hamba
dilalui dengan penuh pancaroba
Selepas satu, satu lagi datang menerpa
peningkatan umur hanya muhasabah jiwa
menilai hidup sebelumnya
dan merancang [...]
Puisi: Selamat Hari Lahir Ibu
Izinkan saya memulakan tahun ini dengan melayangkan sebuah puisi. Kepada seseorang yang saya panggilnya dengan panggilan ibu, walaupun antara saya dengan dia, tiadalah ada apa-apa hubungan darah sebenarnya.
Sekarang, dalam hidup saya, saya sudah ada satu mak, dua ummi dan satu ibu. Mungkin satu hari nanti, Allah akan kurniakan saya seorang mama pula. Saya senang [...]



