Langit Ilahi Rotating Header Image

Posts under ‘Relasi’

Kembara Hati ke Tanah Suci

Berikut adalah pengalaman saya sepanjang 10 Hari kembara ke Tanah Suci.
Saya letakkan di dalam website ini untuk kita semua ambil manfaat. Tidak semua saya cerita. Itupun ceritanya agak panjang juga. Sekitar 16 muka surat juga jika berada dalam microsoft word.
Ini bukanlah apa-apa travelog istimewa macam ada di kedai buku dan sebagainya.
Ini hanya [...]

Relasi - penutup - tergantung?

Assalamu’alaikum.
Apa khabar wahai pembaca budiman.
Bagaimana pelayaran anda terhadap cerita RELASI saya ini?
Inilah karya sulung saya, sudah berada di tangan penerbit di bawah Syarikat Citra, anak Yayasan Warisan Johor. Tetapi entah bila hendak diterbitkan, saya pun tidak tahu. Pengurusan syarikat itu kurang efisyen dan tidak profesional. Kemungkinan itu syarikat baru.
Tetapi tidak mengapa. Aturan ALLAH jugalah [...]

Relasi - Bab 10 - Cemburu?

Bab 10
Cemburu?

“ Tengku Atikah tu cantik kan?”

Aku senyap sahaja.

“ Kalau dia jadi isteri aku, bahagia hidup”

Cuping telinga aku panas.

“ Kau rasa dia dah berpunya?”

Aku cuba memberikan perhatian ke atas [...]

Relasi - Bab 9 - Pesanan

Bab 9

Pesanan

“ Semalam aku telefon rumah”

Aku memandang wajahnya kosong. Kami tak biasa bersembang. Tetapi hari ini dia sendiri yang mengajakku minum pagi bersama di kantin. Kebetulan hari ini hari sabtu dan aku sendiri tiada apa-apa tugasan [...]

Relasi - Bab 8 - Mesyuarat dan aku

Bab 8

Mesyuarat dan aku

Perlahan sahaja langkahku menuju ke bilik mesyuarat. Aku memang tidak bermaya sekali. Bukannya aku malas. Cuma aku amat pasti akan bertemu dan berinteraksi dengan Senior di dalam bilik itu. Rasa malas mula menerpa. Rasa benci [...]

Relasi - Bab 7 - Tamanan Syurga

Bab 7

Tamanan Syurga

Kokokan ayam menghancurkan mimpiku. Mimpi yang aneh. Kebelakangan ini berulang-ulang dengan agak kerap. Mimpi yang bagiku tiada cacat celanya berbanding memori. Mimpi mengenai peristiwa yang berlaku dua tahun yang lalu. Ketika aku masih [...]

Relasi - Bab 6 - Dia

Bab 6

dia

Aku sedang duduk di dalam bas Zuco Aeroline.

Nyaman.

Tempat duduk di sebelahku kosong. Penghuninya baru sahaja turun ke destinasinya. Udara penghawa dingin yang amat berkesan menguasai kehangatan. Alhamdulillah jaket warisan ayah aku bawa. Kurang sedikit sengatan [...]

Relasi - Bab 5 - Bola tampar

Relasi - Bab 4 - Dan aku tidak menerimanya

Bab 4

Dan aku tidak menerimanya

“ Saifullah Al-Maslul”

“ Saya”

“ Apa yang telah berlaku?”

“ Saifuddin, Omar, Ali dan Karim telah memukul pengawas”

“ Jadi apa yang kamu lakukan?”

“ Saya…”

“ Kamu bertindak melakukan kekerasan [...]

Relasi - Bab 3 - Kelam yang mula menerpa

Bab 3

Kelam Yang Mula Menerpa

Sudah beberapa hari Senior sakit. Namun hari ini Senior sudah mula ke sekolah. Entahlah, mungkin dia sudah rasa sedikit sihat. Aku juga perasan akan kehadirannya di musolla tadi. Cuma masa rehat yang singkat tidak memberikan [...]