KLIBF’10, atau nama panjangnya Kuala Lumpur International Book Fair 2010 sudah semakin hampir. Sekitar 10 hari lagi, kehangatannya akan bermula di PWTC.
Memulakan countdown 1, kini countdown 2 menyusul.
Ramai yang bertanya apakah Hilal Asyraf akan ada di PWTC pada 19hb Mac 2010 ini?
Jawapannya agak mengecewakan.
Tiada.
Posts under ‘pengalaman’
Countdown 2 KILBF’10: Hilal Asyraf yang tiada.
Istimewa: Hari Lahir Langit Ilahi.
Selamat hari lahir. Selamat hari lahir. Selamat Hari lahir. Hari ini 6hb Mac. Cukup setahun sudah website Langit Ilahi beroperasi. Seakan waktu bergerak sepantas kilat, kini Langit Ilahi sudah sampai pada hari ini.
Sebentarnya waktu tidak bermakna sekejapnya perjalanan. Panjang juga setahun ini. 1001 macam cabaran dan dugaan yang menimpa saya. Namun dengan rahmat [...]
Perkongsian: Kamu adalah sayap-sayap saya.
Saya menaip di google, nama saya. Hilal Asyraf. Tidak sangka, belum habis menaip nama saya, baru sampai pada Hilal, sudah ada suggestion nama Hilal Asyraf. Bila saya cari dengan nama Hilal Asyraf, muncul banyak pilihan laman.
Banyaknya adalah yang meletakkan artikel-artikel saya di dalam blog mereka. Ada juga laman yang mengulas karya-karya saya. Ada [...]
Perkongsian: Saya dan Penulisan
Ada beberapa soalan sebelum ini di shoutmix berkenaan bagaimana saya boleh menulis, bagaimana saya boleh termotivasi untuk menulis, bagaimana saya boleh bahagi masa antara belajar dan menulis dan sebagainya.
Di sini, saya mungkin kongsi sedikit kut.
Moga ada manfaat kepada semua.
Dedikasi: Buat warga Mesir yang aku cinta
Hari ini, genaplah seminggu saya meninggalkan bumi Mesir. Masih tergiang-giang lagi perjalanan saya ke sana tempoh hari.
Saya amat hargai apa saya lihat, apa saya lalui, apa saya dengar, dan apa yang saya dapat.
Kalau sebelum ini saya tuliskan perjalanan, kali ini saya nak tuliskan dedikasi.
Kepada warga Mesir yang menonjolkan kasih sayang yang tinggi,
[...]
Perkongsian: Corat-coret 9 hari di Mesir.
Syukur ke hadrat Allah SWt yang memberikan kita nikmat kehidupan, dan memanjangkan kepada kita peluang untuk beramal dan bertaubat. Hari ini, Langit Ilahi kembali beroperasi, selepas saya meninggalkannya selama 9 hari bermula 22hb Januari.
9 hari saya berada di bumi yang terkenal dengan gelaran Ummud Dunya(ibu kepada dunia): Mesir. Meninggalkan kehidupan normal di Jordan untuk [...]
Perkongsian: Doa tanpa usaha, tak ada makna.
Satu hari, di dalam kelas, Dr ‘Ala Hilat, pensyarah Aqidah saya ada berbicara berkenaan keadaan ummat Islam dan yahudi. Dia bercakap perihal kemenangan dalam peperangan di akhir zaman ini. Dan di dalam kata-katanya, dia berkata:
“Doa tanpa usaha, tidak akan memberikan apa-apa faedah”
Dia menyentuh perihal ummat Islam yang sering berdoa itu dan ini, [...]
Diari: Selamat Hari Lahir Wahai Diri
16 Januari 2010. Usia saya meningkat. Kalau 20 adalah pintu gerbang kepada puluhan, maka 21 adalah isi kepada dunia puluhan.
Saya ucapkan Selamat Hari Lahir kepada diri saya sendiri. Sudah 21 tahun rupanya. Rasa sebentar sahaja masa berlalu. Masih saya ingat diri-diri saya yang lama tanpa melupakan mereka walau sekejap pun.
Dan Allah mengurniakan [...]
Perkongsian: Malaysia dipuji khatib di Jordan.
Ini cerita seminggu lepas. Pada hari Jumaat yang lalu, Dr Jamal, pensyarah yang mendalami ilmu Al-Quran di dalam University of Yarmouk, Irbid, Jordan telah menjadi khatib di Masjid Universiti Yarmouk.
Beliau membicarakan perihal ummah dan masa hadapan masyarakat Islam dalam mengharungi kehidupan masa kini. Diceritakan kelemahan dan juga kekurangan yang menghinggapi ummah di dalam khutbahnya.
[...]
Perkongsian: Jadual itu tidak penting?
Semalam, saya bersembang-sembang dengan Kamal, pelajar tahun 1 Pergigian, bersama-sama dengan Iqbal, pelajar tahun 1 Ekonomi Islam. Kami semalam menghabiskan masa bersama-sama, dari selepas zuhur sampai la masuk waktu asar.
Antara sembang-sembang yang muncul adalah, berkenaan dengan kehebatan cendikiawan Islam yang terdahulu. Kami berbincang, bagaimana mereka mampu menguasai banyak bidang ilmu, dan juga melakukan [...]



