Langit Ilahi Rotating Header Image

Posts under ‘Pengumuman’

Countdown 2 KILBF’10: Hilal Asyraf yang tiada.

KLIBF’10, atau nama panjangnya Kuala Lumpur International Book Fair 2010 sudah semakin hampir. Sekitar 10 hari lagi, kehangatannya akan bermula di PWTC.
Memulakan countdown 1, kini countdown 2 menyusul.
Ramai yang bertanya apakah Hilal Asyraf akan ada di PWTC pada 19hb Mac 2010 ini?
Jawapannya agak mengecewakan.
Tiada.

Istimewa: Hari Lahir Langit Ilahi.

Selamat hari lahir. Selamat hari lahir. Selamat Hari lahir. Hari ini 6hb Mac. Cukup setahun sudah website Langit Ilahi beroperasi. Seakan waktu bergerak sepantas kilat, kini Langit Ilahi sudah sampai pada hari ini.
Sebentarnya waktu tidak bermakna sekejapnya perjalanan. Panjang juga setahun ini. 1001 macam cabaran dan dugaan yang menimpa saya. Namun dengan rahmat [...]

Hari ini Saya Menyampaikan Bengkel Penulisan dan Pengurusan Blog

Assalamu’alaikum.
Hanya post pendek. Sekadar Pengumuman. Risau sekiranya ada yang menunggu artikel saya untuk hari ini. Kemungkinan, kemungkinan aja ya… Kemungkinan hari ini tiada post pengisian.
Hal ini kerana saya sebentar lagi akan mengendalikan Bengkel Penulisan Cerpen Islami dan Pengurusan Blog di Mu’tah, Jordan.
Perjalanan program memakan masa sehari suntuk. Justeru, saya tak pasti ada atau tidak masa [...]

Countdown 1 KLIBF’10: Yang akan muncul nanti…

KLIBF’10, atau nama panjangnya adalah Kuala Lumpur International Book Fair 2010, akan bermula pada 19 Mac 2010, yakni lebih kurang 15 hari lagi di PWTC. Memandangkan KLIBF’10 semakin hampir, maka saya akan melakukan beberapa countdown adagar kehangatannya terasa.
Ini juga boleh dikira sebagai satu promosi khas daripada saya.
Dengan izin Allah SWT, dengan rahmat [...]

Istimewa: Afifah Solihah.

Hari ini saya gembira. Gembira sangat-sangat. Hal ini kerana Allah telah mengizinkan saya untuk menatap wajah Afifah Solihah.
Dia ini, punya ikatan kuat dengan saya.
Hal ini kerana, saya yang mencadangkan namanya kepada bapanya.
Bapanya, Zulkifli, merupakan sahabat saya atas keimanan kepada Allah SWT.
Lama saya menanti untuk menatap wajah Afifah.
Akhirnya, Allah perkenankan [...]

Perkongsian: Kamu adalah sayap-sayap saya.

Saya menaip di google, nama saya. Hilal Asyraf. Tidak sangka, belum habis menaip nama saya, baru sampai pada Hilal, sudah ada suggestion nama Hilal Asyraf. Bila saya cari dengan nama Hilal Asyraf, muncul banyak pilihan laman.
Banyaknya adalah yang meletakkan artikel-artikel saya di dalam blog mereka. Ada juga laman yang mengulas karya-karya saya. Ada [...]

Pengumuman: Berminat belajar di Jordan?

Saya dah lama nak buat artikel ini. Artikel promosi tempat saya belajar untuk adik-adik lepasan SPM, yang masih tercari-cari arah haluan selepas peperiksaan besar mereka.
Jadi, sebelum saya mulakan promosi saya, saya hendak tekankan beberapa perkara penting.
Pertama: “Saya hanya promosi Irbid, Jordan. Universiti Yarmouk dan JUST sahaja. Sebarang pertanyaan berkenaan tempat lain, universiti [...]

Pengumuman: Saya sudah pulang.

Segala puji kepada Allah, Alhamdulillah, saya diizinkan untuk kembali ke Jordan. Jaulah 9 hari 8 malam ke Mesir, akhirnya berakhir.
Saya tidak mampu lagi nak tulis travelog pada hari ini, memandangkan saya baru sahaja sampai. Tambahan, banyak perkara yang boleh dikongsikan dalam perjalanan saya.
Namun, kesimpulannya, saya rasa puas dengan perjalanan yang Allah kurniakan [...]

Pengumuman: Saya ke Mesir

Assalamu’alaikum,
Mulai hari ini, hingga 30hb Januari, saya akan ke Mesir untuk bertemu sahabat-sahabat saya.
Justeru, Langit Ilahi akan saya tinggalkan sementara.
Jika Allah memberikan saya panjang umur, maka saya akan kembali untuk mengendalikannya.
Saya kira, 8 hari ini adalah baik untuk pembaca-pembaca semua merivisi penulisan-penulisan yang belakang.
Moga maknanya masih wujud untuk kita kucup.
Semoga Allah jaga kita semua.
Saya sayang [...]

Diari: Berikan sokongan kepadanya.

Orang selalu kata, bapa borek anak rintik. Bapa, gayanya akan diikuti anak. Anak, orang selalu akan kata bahawa dia bergerak mengikuti bapanya.
Tetapi, dalam kes saya mungkin ada kelainan.
Bapa saya mengikuti saya dalam jejak langkah menjadi blogger.
Tadi, lahirlah satu blog bernama Didik Diri.
Bapa saya nampaknya punya hajat dan visi tersendiri.