Langit Ilahi Rotating Header Image

Posts under ‘semasa’

Istimewa: Buat kamu yang mengambil keputusan esok.

SPM. STAM. Esok adalah hari keluarnya keputusan. Calon-calon peperiksaan tahun 2009 ini, pastinya sedang kecut perut bergedup jantung, mungkin ada yang sedang berteleku di atas sejadah berdoa, mungkin ada juga yang tidak kisah kerana yakin 100% dia berjaya.
Maka saya ingin kongsikan di dalam artikel ini beberapa pesanan untuk calon-calon SPM dan STAM. Untuk [...]

Perkongsian: Surat berantai. Saya hairan dengan sikap kalian.

Surat berantai. Isu lama. E-mail Yang diforward berkali-kali dari e-mail ke e-mail. Beberapa mesej nampaknya sangat bagus untuk disebarkan. Tetapi, saya telah melihat satu kerosakan yang berlaku dalam penciptaan surat berantai.
Dimasukkan unsur-unsur syirik, yang terkeluar dari syara’, dan disertakan ugutan-ugutan atau ramalan masa hadapan yang melampau serta tidak berasas.
Saya bangkitkan hal ini, kerana [...]

Perkongsian: Dia budak agama, dia pergi usrah, dia pakai tudung labuh…

Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia [...]

Semasa: Jangan Jadi Fitnah Kepada Parti Kalian.

Saya ada hampir 3000 friends di dalam Facebook. Prinsip saya, saya approve semua orang yang menerima saya. Jadi, sekarang ada sekitar 2900 perangai dalam Facebook saya. Menarik untuk saya buat kajian, menarik untuk saya menambah pengalaman.
Kadangkala, mengikuti perbincangan-perbincangan mereka secara senyap, menambah ilmu saya. Kadangkala mengikuti perbalahan-perbalahan mereka secara senyap, menambah rasional saya.
Namun, [...]

Perkongsian: Valentine – Pencemar Cinta.

Ah… 14 Februari mendekat. Hari yang sering diagung-agungkan manusia sebagai hari cinta sedunia, hari kekasih, hari untuk saling cinta mencintai. Ramai orang memilih tarikh ini menjadi tarikh bersejarah dalam hidup mereka. Tidak kiralah untuk kali pertama dating, untuk melamar, untuk bertunang, untuk berkahwin dan sebagainya.
Perayaan yang datangnya daripada orang agama lain, akhirnya diikuti [...]

Perkongsian: Bila Kamu Bising Fasal Facebook

Ramai yang bertanya kepada saya fasal Facebook. Ramai. Mereka kata, Facebook ini adalah penyumbang besar kepad ayahudi, maklumat kita akan wujud di tangan CIA dan facebook ini juga membantu pembunuhan saudara kita di Palestin. Tetapi saya berdiam diri.
Mungkin ada yang menyangka saya berdiam diri kerana saya sendiri ada akaun Facebook. Maka saya sendiri [...]

Pemurnian

Post ini tidak punya title seperti motivasi, perkongsian dan sebagainya yang biasa saya letak. Ini artikel saya yang pertama untuk tahun 2010. Puisi pertama dah muncul tadi. Esok insyaAllah, Sinergi akan bersambung dan insyaAllah juga akan ada satu cerpen pada hujung minggu ini. Mungkin pada hari Ahad.
Jadi, kenapa saya tulis pemurnian?
Ada seorang ulama’ [...]

Perkongsian: 2012, satu muhasabah yang baik.

Mungkin agak lambat saya memperkatakan perihal filem 2012 yang membicarakan perihal kehancuran dunia. Memandangkan, filem itu telah lama keluar dan dah lama orang tengok download, malah ada yang menontonnya di youtube.
Dalam sesi ini, saya tidak berminat berkongsi berkenaan 2012 adalah konspirasi freemason, illuminati, pemujaan dengan Dajjal, tarikh perlaksanaan projek freemason dan sebagainya, jauh [...]

Diari+Pengumuman: Berganda atas saya.

Allah SWT amat baik. Dia masih lagi membenarkan saya hidup hari ini, walaupun saya bukanlah hamba-Nya yang terbaik. Saya menganggap, hari-hari yang Dia berikan kepada saya sebagai peluang, sebagai ruang, untuk saya bertaubat dari segala dosa, berusaha menjadi lebih baik dan menjadi hamba-Nya yang diredhai.
Karya saya yang pertama diterbitkan adalah Novel VT dan [...]

Perkongsian: Bila Kamu Bising Perihal Krismas

25hb Disember just around the corner. Itu antara yang saya nampak.
Tahun ini, 25hb Disember jatuh pada hari jumaat. Jadi tak ada apa-apa perbezaan. Sebab di Jordan, Jumaat memang cuti. Di Jordan tak ada sistem tunda cuti macam Malaysia. Yang kalau ada cuti jatuh hari ahad, cuti digalihkan pada hari Isnin. Jadi, ahli Urdun, boleh [...]