Langit Ilahi Rotating Header Image

Posts under ‘semasa’

Perkongsian: April Fool. Kamu memperbodohkan diri kamu di hadapan Allah

1 April. Sinonim dengan sambutan April Fool. Saya masih ingat kala saya sekolah rendah dahulu. Bermain April Fool dengan teman-teman. Kadangkala sehingga waktu bukan 1 April, masih lagi terjerit-jerit April Fool.
Kita rasa seronok memperbodohkan orang lain. Kadangkala kita terlupa bahawa kita memperbodohkan diri kita sendiri. Sudahlah sambutan April Fool bukannya sambutan yang Islam [...]

Perkongsian: Mentaliti ‘Senget’.

Kalau kita sebut fasal cinta lelaki perempuan, ramai teruja. Di Langit Ilahi ini, post paling panas adalah post berkenaan cinta. Kalau fasal Palestin, hampir-hampir tak ada komen langsung.
Kita melihat betapa kehangatan hubungan lelaki perempuan ini dipandang amat penting lagi utama dalam kehidupan masyarakat kita.
Kalau sebut solat istikharah, orang akan pertama kali nampak [...]

Motivasi: Kalau berada di tempat mereka, bagaimanakah kita?

Minggu lepas, dua orang junior, merangkap sahabat akrab saya, Afdholul Rahman bin Che Ani dan Suhaib bin Syafiee telah kemalangan di Perlis.
Kereta yang mereka pandu, melanggar pokok. Kereta rosak teruk bagai kain yang terabak.
Lebih memilukan, Suhaib telah mengalami kecedaraan parah. Dia kehilangan mata kirinya, dan wajahnya mengalami kecederaan yang sangat teruk. Setelah [...]

Countdown Akhir KLIBF’10: Moga Allah Redha…

Esok, 19hb Mac 2010. KLIBF’10 akan membuka tirainya. Sebagaimana yang telah diwar-warkan oleh saya selama 4 countdown yang lepas, saya akan keluar bersama dua buku.
Novel Sinergi dan Buku Motivasi Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya.
Ini countdown terakhir.
Apa yang saya nak kongsikan dalam countdown akhir ini? InsyaAllah,
Mari sama-sama baca.
[...]

Perkongsian: Bukan Lesen Untuk Kamu Menghalalkannya.

“Tapi dia pelajar tahfiz, hafal 30 juzu”
Saya biasa dengar alasan tu.
“Dia pelajar sekolah agama. Dia mesti tahu itu halal ke haram”
Ya, ini pun biasa saya dengar.
“Eh, dia ni orang pergi usrah. Mesti dia dah faham”
Ya, ini pun banyak kali saya dengar.
Begitulah. Alasan-alasan yang keluar. Bagi menghalalkan dosa yang [...]

Istimewa: Buat kamu yang mengambil keputusan esok.

SPM. STAM. Esok adalah hari keluarnya keputusan. Calon-calon peperiksaan tahun 2009 ini, pastinya sedang kecut perut bergedup jantung, mungkin ada yang sedang berteleku di atas sejadah berdoa, mungkin ada juga yang tidak kisah kerana yakin 100% dia berjaya.
Maka saya ingin kongsikan di dalam artikel ini beberapa pesanan untuk calon-calon SPM dan STAM. Untuk [...]

Perkongsian: Surat berantai. Saya hairan dengan sikap kalian.

Surat berantai. Isu lama. E-mail Yang diforward berkali-kali dari e-mail ke e-mail. Beberapa mesej nampaknya sangat bagus untuk disebarkan. Tetapi, saya telah melihat satu kerosakan yang berlaku dalam penciptaan surat berantai.
Dimasukkan unsur-unsur syirik, yang terkeluar dari syara’, dan disertakan ugutan-ugutan atau ramalan masa hadapan yang melampau serta tidak berasas.
Saya bangkitkan hal ini, kerana [...]

Perkongsian: Dia budak agama, dia pergi usrah, dia pakai tudung labuh…

Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia [...]

Semasa: Jangan Jadi Fitnah Kepada Parti Kalian.

Saya ada hampir 3000 friends di dalam Facebook. Prinsip saya, saya approve semua orang yang menerima saya. Jadi, sekarang ada sekitar 2900 perangai dalam Facebook saya. Menarik untuk saya buat kajian, menarik untuk saya menambah pengalaman.
Kadangkala, mengikuti perbincangan-perbincangan mereka secara senyap, menambah ilmu saya. Kadangkala mengikuti perbalahan-perbalahan mereka secara senyap, menambah rasional saya.
Namun, [...]

Perkongsian: Valentine – Pencemar Cinta.

Ah… 14 Februari mendekat. Hari yang sering diagung-agungkan manusia sebagai hari cinta sedunia, hari kekasih, hari untuk saling cinta mencintai. Ramai orang memilih tarikh ini menjadi tarikh bersejarah dalam hidup mereka. Tidak kiralah untuk kali pertama dating, untuk melamar, untuk bertunang, untuk berkahwin dan sebagainya.
Perayaan yang datangnya daripada orang agama lain, akhirnya diikuti [...]