Sepatutnya, artikel ini saya tulis semalam. Memandangkan sakit saya berganda, saya membatalkannya. Hingga ada yang bertanya.
Tidak, saya tidak pernah lupa bahawa hari ini adalah hari yang disinonimkan dengan baginda.
Mustahil saya akan melupakan satu susuk yang sangat memikat hati ini. Mana mungkin saya mampu mengenepikan peribadi yang menyentuh jiwa ini. Saya malu untuk menyatakan [...]
Posts under ‘Sirah’
Istimewa: Baginda. Adakah kita mengenalinya?
Sirah: Itulah dia Rasulullah SAW
Tiada peribadi yang lebih indah daripada baginda Rasulullah SAW. Saya merasa amat rendah hati apabila hendak menceritakan susuk tubuh yang mulia ini. Namun saya kira, apa salahnya saya kongsikan perasaan saya terhadap baginda dengan kamu semua.
Rasulullah SAW inspirasi saya. Baginda adalah manusia yang saya segan dengannya. Baginda adalah insan yang bila sirahnya dibentangkan di [...]
Perkongsian: Keimanan, itulah penyelesaian
Dalam beberapa waktu ini, yakni semenjak 5-6 bulan kebelakangan ini, saya sering terfikir berkenaan keimanan. Semuanya apabila saya dihumbankan dengan soalan-soalan mencari penyelesaian kepada permasalahan negara, permasalahan jiwa, permasalahan gejala sosial, permasalahan keluarga, permasalahan hiburan, permasalahan cinta dan 1001 permasalahan lain.
Saya mencari apakah penyelesaian yang solid untuk semua itu. Dalam pencarian saya, akhirnya saya [...]
Sirah: Dia Sang Tenang
Semenjak saya berumur 7 tahun, saya mula mengenali apa itu Sirah Nabawiyah. Di Sekolah Rendah Islam Hidayah, saya belajar mata pelajaran Sirah. Sekolah itu, mempunyai mata pelajaran khas untuk Sirah, tidak sekadar cebisan dalam Pendidikan Islam.
Dalam banyak-banyak figur yang ada dalam Sirah Nabawiyah, saya paling tertarik dengan peribadi yang membentuk figur-figur lain dalam Sirah [...]
Sirah: Dia contoh untuk manusia berdosa…
Awalnya, dia adalah seorang yang amat memusuhi Rasulullah SAW. Tiadalah manusia yang lebih dia benci, melainkan seorang manusia yang bernama Muhammad bin Abdullah, yang mengakui membawa risalah dari langit.
Dia tidak teragak-agak untuk menyeksa sesiapa sahaja yang dia ketahui menganut agama suci itu. Padanya, tiada yang benar melainkan latta, uzza dan 360 berhala yang terdapat [...]
Sirah: Imannya yang paling berat
Dia adalah yang pertama beriman dari kalangan masyarakat Makkah selepas ahlul bait Rasul SAW. Dia adalah teman rapat Rasulullah SAW. Semasa zaman jahiliyyah, dia pernah bersama Rasulullah SAW dalam ekspedisi berdagang ke Syam.
Apabila Rasulullah SAW menerima wahyu pertamanya, dia adalah orang pertama, selain keluarga yang diceritakan berkenaan hal itu. Tanpa memperlekehkan, atau meragui, dia [...]
Sirah: Dia contoh manusia berkorban…
Ada seorang lelaki pada zaman jahiliyyah. Kehadirannya akan dapat dirasai walaupun dia berada dalam jarak yang jauh. Hal ini kerana, minyak wangi yang dipakai olehnya mampu terbau dari jarak yang sangat jauh. Pakaiannya adalah pakain yang paling mahal di Makkah. Dia adalah manusia yang ter’hensem’ di Makkah.
Dia anak kesayangan. Apa yang dia mahu ibunya [...]



