Jordan ketika saya sedang menulis ini, baru pukul 6.45 pagi. Tetapi saya tahu bahawa Malaysia sekarang sudah menjejak sekitar pukul 1 petang. Pastinya, acara kemuncak pada 11 Mac 2010 yang mempunyai 1001 rasa telah berlalu.
Bagaimana keputusan SPM dan STAM anda?
Ya. Pelbagai orang, pastinya pelbagai gaya keputusan.
Tahukah anda, walau apa pun keputusan yang [...]
Posts under ‘Tazkirah’
Motivasi: Allah sentiasa berikan yang terbaik.
Istimewa: Buat kamu yang mengambil keputusan esok.
SPM. STAM. Esok adalah hari keluarnya keputusan. Calon-calon peperiksaan tahun 2009 ini, pastinya sedang kecut perut bergedup jantung, mungkin ada yang sedang berteleku di atas sejadah berdoa, mungkin ada juga yang tidak kisah kerana yakin 100% dia berjaya.
Maka saya ingin kongsikan di dalam artikel ini beberapa pesanan untuk calon-calon SPM dan STAM. Untuk [...]
Motivasi: Nak ke tak nak?
Benteng yang menjadi pemisah antara kecemerlangan dunia akhirat seseorang, dengan kegagalan mereka, adalah benteng bernama: “Nak ke tak nak?”
Ini adalah benteng ajaib. Kalau kita sebutkan nak, akan muncul pintu pada pintu itu. Sekiranya kita menyebutkan tak nak, maka yang kelihatan hanyalah dinding dan kita akan kekal berdiri di hadapan dinding itu tanpa mampu [...]
Perkongsian: Surat berantai. Saya hairan dengan sikap kalian.
Surat berantai. Isu lama. E-mail Yang diforward berkali-kali dari e-mail ke e-mail. Beberapa mesej nampaknya sangat bagus untuk disebarkan. Tetapi, saya telah melihat satu kerosakan yang berlaku dalam penciptaan surat berantai.
Dimasukkan unsur-unsur syirik, yang terkeluar dari syara’, dan disertakan ugutan-ugutan atau ramalan masa hadapan yang melampau serta tidak berasas.
Saya bangkitkan hal ini, kerana [...]
Motivasi: Terus Menjadi Hebat?
“Ana dah ikut dah step-step dia, tetapi kenapa tak berjaya?”
“Saya dah usaha untuk contohi dia, tapi saya masih macam dahulu”
Kita merungut apabila kita lihat, kita tidak berjaya mencontohi seseorang yang cemerlang dalam medan kehidupan. Akhirnya, kita disapa rasa lemah dan berputus asa. Kita rasa diri kita memang ditakdirkan untuk tidak cemerlang dan [...]
Motivasi: Jangan salahkan Tuhan.
“Nak buat macam mana, dah takdir”
“Allah dah susun macam ni. Aku boleh buat apa lagi”
“Memang aku ni takdirnya jahat. Dah tak boleh ubah dah”
“Aku ni memang nasibnya bodoh. Belajar la macam mana pun, tak boleh”
Biasa mendengar kata-kata ini? Baik keluar daripada orang lain, mahupun daripada diri kita sendiri.
Kesilapan kita, [...]
Perkongsian: Ya, saya baru 21.
Saya lahir pada 16hb Januari 1989. Maka, pada 16 Januari 2010 baru ini, umur saya meningkat menjadi 21.
Ya, saya baru 21 tahun. Kebanyakan pelawat Langit Ilahi yang bersembang dengan saya di Facebook, rata-rata tidak mengetahui bahawa pengedali website ini, penulis novel kepada VT, dan penulis Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita [...]
Perkongsian: Rumah bujang beriman.
“Kenapa la rumah kotor sangat ni? Berbau pula tu”
“Ala, biasa la. Rumah bujang”
Itu antara yang kita biasa dengar.
“Eh, tak kemas ke rumah. Serabut betul”
“Ingat rumah akhawat ke nak lawa-lawa?”
Satu lagi ayat yang biasa dilepaskan.
Ya, kita sinonim dengan begini – Rumah Bujang = Serabut, tunggang langgang, terabur dan 1001 [...]
Perkongsian: Dia budak agama, dia pergi usrah, dia pakai tudung labuh…
Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia [...]
Istimewa: Baginda. Adakah kita mengenalinya?
Sepatutnya, artikel ini saya tulis semalam. Memandangkan sakit saya berganda, saya membatalkannya. Hingga ada yang bertanya.
Tidak, saya tidak pernah lupa bahawa hari ini adalah hari yang disinonimkan dengan baginda.
Mustahil saya akan melupakan satu susuk yang sangat memikat hati ini. Mana mungkin saya mampu mengenepikan peribadi yang menyentuh jiwa ini. Saya malu untuk menyatakan [...]



