Langit Ilahi Rotating Header Image

Copy paste dan sebar…

pena telah terangkat, kertas telah kering, ia telah tertulis...

pena telah terangkat, kertas telah kering, ia telah tertulis...

Kebelakangan ini, saya tengok, artikel-artikel dan karya saya boleh didapati di pelbagai laman web hak milik orang lain.

Em…

Saya, sebagai penulis, yang mempunyai hajat agar semua orang dapat membaca penulisan saya, amat-amat la menghargai pihak-pihak yang menyebarkan hasil penulisan saya. Arigatou gonzaimas, jazakumullahu khairan jaza…

Dulu, saya pernah bagi penerangan berkenaan masalah copy paste dan sebar artikel saya. Namun itu pada zaman blogspot. Maka, saya rasa, sudah sampai masanya saya berkongsi dengan anda, berkenaan isu ini semula.

Berkenaan hendak copy paste artikel dan karya saya.

Saya, pertama sekali nak nyatakan bahawa, saya tidak pernah kisah pun orang nak copy paste dan sebar ikut cara apa dan bagaimana sekalipun. Kalau ikut saya, tak letak nama dan alamat website ini pun saya tak kisah. Sebab pada saya, ilmu itu hak milik semua, jadi semua boleh ambil.

Tapi, itu ikut saya la.

Masalah utama yang ada pada saya adalah, saya bukan penulis bebas yang tidak terikat.

Untuk pengetahuan semua, saya adalah penulis untuk beberapa buah syarikat di Malaysia. Jadi, biasanya hasil penulisan saya di dalam website akan saya gunakan sebagai bahan untuk dikumpulkan menjadi buku. Pendek kata, segala artikel saya, dan segala karya saya, kemungkinan besar akan dibukukan.

Justeru, penulisan saya sekarang bukan hak milik saya seorang.

Hak milik syarikat yang saya bekerja dengannya bersama.

Jadi, sebagai menghormati syarikat itu, dan tidak mahu perniagaannya terganggu(mana tahu ada kes jual atau ciplak tanpa kebenaran ke), maka saya harapkan agar sesiapa sahaja yang hendak copy paste dan sebar artikel saya, boleh la tolong letakkan nama dan alamat website ini pada artikel yang anda copy paste dan sebar itu.

Satu kelonggaran yang saya berikan adalah, anda tidak perlu meminta izin kepada saya. Asalkan anda tulis nama dan alamat website saya, dan menyatakan bahawa saya adalah penulis kepada artikel/karya itu, maka anda boleh sebarkannya tanpa kebenaran saya. Namun, perhatian di sini, sebaran anda itu hendaklah percuma. Jangan pergi jual pula.

Kalau didapati anda secara sengaja, mengakui bahawa karya/artikel saya itu adalah hak milik anda, saya kemungkinan besar tak kisah sangat pun. Cuma saya risau yang syarikat penerbitan yang saya bekerja dengannya akan mengambil tindakan ke atas anda. Sebab, semua artikel/karya adalah hak cipta terpelihara. Jadi, kalau anda mahu ambil, ambil dengan baik. Tulis nama dan alamat website ini, seterusnnya menyatakan bahawa artikel itu ditulis oleh saya.

Sebenarnya, anda tak rugi apa-apa pun kalau letak nama saya. Secara tidak langsung, anda tolong promosi buku, novel, cerpen, dan artikel-artikel saya. InsyaAllah, saya berusaha untuk tidak mempersia-siakan bakat saya dengan menulis perkara yang tidak membangunkan jiwa. Jadi, usaha anda mempromosikan website Langit Ilahi ini, seterusnya membawa kepada orang ramai membeli karya saya, seterusnya mungkin Allah turunkan hidayah-Nya ke atas mereka selepas membaca karya saya, maka insyaAllah, pahalanya akan kembali kepada anda.

Saya kadang-kadang rasa kelakar juga. Ada beberapa blog, mereka copy paste karya/artikel saya, kemudian bila orang yang datang komen, dia pun jawab gaya macam dia yang tulis. Contohnya, orang komen begini:

“Hebatlah awak punya penggunaan bahasa”

Tuan blog menjawab: “Alah, saya ni bukannya apa-apa. Sikit je tu. Guna apa tahu”

Aiseh, macam dia pula yang tulis. Saya ketawa aja.

“Baguslah, tulisan awak menyentuh hati. Kat mana awak belajar semua ni ya?”

Tuan blog jawab: “Oh, ini saya banyak baca buku. Biasala, bila kita baca banyak, dapat la ilmu banyak”

Hu hu hu

Tak baik macam tu bro. At least, kalau terlupa letak nama, bila orang tanya apa-apa yang berkaitan dengan penulisan di dalam tu yang seterusnya membawa kepada saya sebagai pemiliknya, apa lah salahnya kamu beritahu bahawa kamu ambil artikel itu dari ‘si fulan di website si fulan’?

Tapi, saya tak kisah pun. Takut syarikat penerbitan je yang kisah. Kalau syarikat penerbitan saya tak kisah, saya pun tak kisah apa-apa.

Jadi, kepada yang nak sebarkan artikel saya, nak copy paste masuk dalam blog sendiri ke, nak print pastu nak sebar kat kengkawan ke, nak kongsi dengan geng-geng kat yahoogroup ke, nak tampal kat masjid ke, nak buat jadi flyers ke, nak tampal kat kelas ke, nak sebar untuk program tertentu ke, maka dipersilakan, dengan penuh kemuliaan dan kehormatan.

Saya benarkan. Syaratnya, sila letak nama dan alamat website ini.

Okay?

Jadi, jangan takut-takut nak copy paste dan edar. Asal jangan buat bisnes sudah. Boleh ambil tanpa izin, tapi kena letak nama dan alamat website. Ambil percuma, nak edar pun kena percuma ya…

Saya, suka bantu apa saya boleh bantu. Saya suka mudah-mudah sahaja. Jadi, kalau ada apa-apa lagi kemusykilan dalam hal ni, dengan senang hati, boleh bagitahu saya ya.

Semoga Allah rahmati sesiapa sahaja yang copy paste dan sebarkan artikel/karya saya.

Semoga pahalanya, menjadi saham akhirat kita bersama.

Print This Post Print This Post

12 Comments

  1. cleverclover says:

    Alhamdulillah..berhikmah

    [Reply]

  2. cleverclover says:

    may Allah bless all your efforts tpwards Him

    [Reply]

  3. hurm.. untuk tuan empunya blog, sahabat-sahabat pembaca dan sesiapa yang pernah terlibat dalam kes ni (copy paste tanpa letak pemilik blog) … sama-samalah muhasabah ek..

    [Reply]

  4. hakima says:

    :shock: em…betul3! be professional.. academician..

    [Reply]

  5. nnn says:

    “Baguslah, tulisan awak menyentuh hati. Kat mana awak belajar semua ni ya?”

    Tuan blog jawab: “Oh, ini saya banyak baca buku. Biasala, bila kita baca banyak, dapat la ilmu banyak”

    Hahaha. dia bajet sume org yg baca blog dia tak tau kewujudan blog Langit Ilahi kot. Adeh malu quilerwrzzz

    Tapi buku Langit Ilahi memang best (dan menginsafkan). Isi dia asalnya entri blog gak ke? Bagus juga kalau tazkirah2 dalam blog ni dibukukan, takdela letih mata org yg baru jumpa blog ni nak baca entri lepas2 :)

    Saya berdoa supaya lebih ramai muslim di luar sana yg dapat menikmati nasihat dan dakwah dalam entri blog dan buku saudara. Bukan senang nak cari tazkirah yg menggunakan bahasa kasual dan laid back tetapi masih mempunyai mesej yg mendalam dan mampu menyentuh hati seseorg, dan yang paling penting, bersesuaian dengan keadaan semasa. Sedih juga melihat sesetengah ‘ceramah’ lebih berbentuk sindiran dan suka menghentam, yang membuatkan saudara kita yang mungkin terambil jalan yg salah lebih jauh dari agama yg indah ini, bukan semakin dekat dengan jalan yang diredhai-Nya.

    Semoga Allah memberi nikmat iman yg berkekalan hingga nafas terakhir kita semua.

    [Reply]

  6. bintun.naml says:

    Salam akhi..
    Mudahan Allah berikan anta lebih lagi Ilham2 yang baik dan dapat dimanfaatkan.
    zaadakallahu Ilman waasi’an..

    [Reply]

  7. darin ulfah says:

    Kadang-kadang perlu tegur juga org sebegini, perkongsian ilmu itu memang bagus, akan tetapi menghormati penulisan dan pemikiran orang lain itu perlu.

    [Reply]

  8. +fobia+ says:

    orang yang mengopy paste tu lebih mengetahui.@buatbuat tak tahu?ngaa.

    [Reply]

  9. Nikuve says:

    Assalamualaikum..
    Um… ada juga segelintir yang gemar menyalin tanpa sertakan kredit pada penulis. Tujuan kredit ini kita menghargai penulisan dan cetusan idea yang telah berpenat lelah mengepost disini. Namun apa kata saudara edit pada bahagian single.php letak copyright sepertimana dibuat pada blog ustaz Hasrizal (saifulislam.com). Ia sebagai notis kepada pembaca blog langit ilahi.

    p/s: saya merupakan bekas pemilik pemudabistari.blogspot.com yang kini linknya berada pada “Pautan Perjuangan”. Jika tidak keberatan boleh saudara tukarnya dengan blog saya sekarang. Syukran..

    [Reply]

  10. Zayu Hisham says:

    sokong pandangan tuan. sekurang-kurangnya beri penghargaan pada penulis.bukan mengaku sendiri tulis.tak kemana pun kalau bersikap demikian. :lol:

    [Reply]

  11. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalammu’alaikum,

    kepada clever clover,

    alhamdulillah, amin…

    kepada dskhairunnisa,

    sama-sama kita muhasabah…

    kepada hakima,

    ya, profesional. tepat sekali..

    kepada nnn,

    Jangan la perli dia. Dia mungkin tercakap begitu sahaja. Saya pun, tak kisah sangat sebenarnya.

    Em, berkenaan Langit Ilahi. Ya, buku Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita, memang hakikatnya adalah isi blog. Cuma anda tidak lagi boleh mendapatinya secara online kerana saya sudah memadamkan isi2 blogspoy Langit Ilahi saya.

    Saya berharap, Allah menerima doa kamu nnn. Sesungguhnya, saya pun masih banyak perlu muhasabah diri.

    kepada bintun naml,

    amin, amin ya rabbal ‘alamin.

    kepada Darin Ulfah,

    ya. Tegurlah dengan berhikmah, yakni kena pada caranya. Moga tiada siapa yang akan teguris dalam teguran ini…

    kepada Fobia…

    entah. Sebab ana tak tahu… ngaaa.. hu3

    kepada Nikuve,

    hem… teringin juga nak buat macam Ustaz Hasrizal, tapi saya segan sebenarnya. Tapi tak mengapa kut begini. Happy-happy dan tak nampak strict sangat. Lagipun, kalau syarikat saya betul2 nak saman, saya mungkin akan suruh syarikat konsider dulu, beri masa. Lain la kalau orang betul2 buat bisnes(ciplak)….itu pun kemungkinan saya akan minta beri masa jugak. Tak sampai hati la…

    berkenaan link blog, saya akan kosongkan sebenarnya link tu dalam seminggu dua lagi. Jangan risau, nanti saya akan buang. Fasal letakkan link baru, saya minta saudara Nikuve boleh tunggu satu post di mana saya akan meminta link2 baru yang berminat untuk diletakkan pada pautan saya.

    kepada Zayu Hisham,

    ya. Tidak ke mana, dan tidak mendapat apa-apa.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  12. hambamencari says:

    salam.

    nta mmg sesuai djadikan contoh.
    pemaaf dan berhikmah dlm segala hal.
    semoga Allah memberkati segala titik peluh nta.
    Ameen..

    [Reply]

Leave a Reply