Langit Ilahi Rotating Header Image

Corat-Coret

Masa terus berlalu, terus berjalan... ah...

Masa terus berlalu, terus berjalan... ah...

Hem…

Esok saya periksa. Lusa saya periksa. Hari Khamis depan saya periksa lagi. Minggu depan periksa lagi. Minggu satu lagi dah Final. Wah…

Memang manusia ni, dia akan rugi kerana waktu. Duit, kalau hilang, kalau kena curi, kalau rugi bisnes, boleh cari lain. Masa, kalau hilang, memang tak akan ada ganti. Sebab itu, masa amat penting sehingga ALLAH bersumpah dengannya.

Akhirnya, saya juga ditampar dengan masa.

Memang, kerja lebih banyak dari masa.

Ini bukan post tazkirah. Hanya post corat-coret. Mengisi sedikit masa saya yang sudah tepu dengan studi dan menulis karya. Tambahan, saya ada beberapa perkara hendak kongsikan dengan pembaca.

Pertama, untuk pengetahuan semua, N-Gage kesayangan saya, hadiah dari sahabat saya yang amat saya sayang, Anas Abdul Hadi, dengan rasminya telah rosak. Saya tak tahu sama ada boleh dibaiki atau tidak, tetapi nampaknya, untuk satu jangka masa, tiada sesiapa yang akan dapat menghubungi saya melalui telefon. Sudah hampir 2 minggu rosak.

Jadi, kepada sesiapa yang ada menghubungi saya, cuba menghubungi saya, telah menghubungi saya sebelum ini dan asyik tak dapat sahaja, maka maaflah. Dengan senang hati, anda boleh hubungi saya melalui YM atau e-mail. InsyaAllah akan segera saya balas. Kalau terlalu urgent, anda boleh hubungi nombor telefon bimbit ahli rumah saya di Jordan ini.

Nokia N-Gage versi sebelum N-Gage QD ni, tidak lagi boleh menerima mesej mahupun panggilan orang. Kalau orang call sahaja, dia akan buat macam off, walaupun tak off sebenarnya. Begitu juga mesej. Lebih best, N-Gage ni mula tertutup sendiri walaupun bateri penuh.

Tapi tidak menghairankan kerana, saya bukanlah tuan kedua mahupun ketiga. Entah, N-Gage itu sudah berapa kali bergalih tuan. Saya pun sudah menggunakannya semenjak penghujung tahun 2006. Wah, lama tu.

Saya masih tidak berminat untuk ganti telefon bimbit saya. Saya pun tak ada banyak duit nak beli telefon bimbit baru. Saya akan usahakan untuk baiki N-Gage saya ini, walaupun saya belum nampak lagi orang di Jordan ini ada yang menggunakan N-Gage, atau kedai telefon bimbit yang menjual N-Gage.

Apa-apa pun, hadiah sahabat saya ini akan terus berada di sisi saya. Saya dah janji, akan jaga N-Gage saya ini sebaik mungkin. N-Gage, jangan risau, nta tetap bertahta di hati.

Kedua, insyaAllah pada bulan 7 dan 8 ini, akan ada dua karya saya yang terbit. Karya yang pertama, kemungkinan terbit pada bulan 7 adalah Relasi. Karya kedua yang kemungkinan terbitnya pada bulan 8 adalah Terasing. Kedua-dua buku ini, akan terus berada di pasaran. Tiada event khas macam Pesta Buku atau sebagainya untuk mencari buku ini. Maka, agak-agak masuk bulan 9 tu, dah boleh tengok-tengok di kedai. Semoga terhibur dan terkesan dengannya. InsyaAllah, dari masa ke semasa, saya akan beritahu lagi fasal dua karya ini.

Ketiga. Saya baru mendapat tawaran untuk menulis Novel Awal Remaja dengan GISB. InsyaAllah, buku ini untuk adik-adik Sekolah Rendah. Tapi, mak ayah, abang kakak, pakcik makcik, semua boleh baca insyaAllah. Dengar kata, akan diterbitkan sekitar bulan Oktober. Saya perlu siapkan sebelum penghujung bulan Ogos. Maka, doakan saya. InsyaAllah, saya akan menulisnya serentak dengan Sinergi. InsyaAllah tiada masalah, memandangkan dateline Sinergi adalah bulan Oktober.

Keempat, saya mula rindu rumah(keluarga). Hu3… Bukan rumah sahaja, saya rindu sahabat-sahabat saya yang berada di Malaysia, guru-guru saya, dan segala kaum kerabat saya. Dua tiga hari ini, asyik teringat rumah je.

Saya tengok, saya mula sibuk dan teramat sibuk. Saya kira, saya mungkin selepas ini, tidak lagi boleh mengupdate Langit Ilahi seperti biasa(hari-hari). Maka, kalau ada hari yang tiada post tu, minta maaf la ya. Terutama kepada pembaca yang saban hari gerenti buka website ini(dah anggap macam Surat Khabar Tarbawi). Saya, ada masalah. Masa saya tetap 24 Jam. Jadi, bila kerja penting lagi utama bertambah, mungkin ada benda yang penting tapi kurang utama perlu saya kurangkan.

Tapi, bila dengar saya sibuk ni, jangan pula segan nak minta tolong saya. InsyaAllah, saya alu-alukan sesiapa sahaja yang perlukan pertolongan, perbincangan dan sebagainya dengan saya. Boleh hubungi saya melalui e-mail saya, baik yahoomail, atau gmail.

Apa-apa pun, saya mengharapkan doa kalian. Saya amat takut kalau-kalau saya tidak dapat melalui kehidupan ini dengan baik. Jadi, doa kalian amat saya harapkan, di samping saya sendiri terus berusaha dan mempertingkatkan kualiti hidup.

Saya, kalau tanpa doa daripada kalian, entah apa la akan jadi. Mungkin tidak akan ada apa-apa.

Sama-sama kita layangkan doa, dengan penuh rasa kasih sayang antara kita.

Kasih sayang kerana Allah.

Semoga Allah redha dengan kita semua.


Print This Post Print This Post

5 Comments

  1. sara says:

    Ya Allah,Ya Tuhan Kami, Kau permudahkanlah urusan kami, ibu bapa kami, saudara mara kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, para pembaca blog ini dan seluruh umat islam di semesta ini. Ya Allah , Yang MAha Pengasih, Yang Maha Pemurah ,Yang Maha Mengetahui, kuatkanlah ukhuwah antara kami, tabahkanlah hati kami dalam menempuh segala ujian Mu,lapangkanlah dada kami dan teguhkanlah Iman kami. Ameen

    [Reply]

  2. kembar says:

    :neutral:

    there is no ease except what ALLAH hath make easy. And if ALLAH wish, ALLAH make the difficult easy.”

    http://www.youtube.com/watch?v=HFkiT_kAPDI

    smakin plik

    [Reply]

  3. coach says:

    itulah hakikat hidup kita hilal…
    apa pn ana doakan anta,insya Allah

    [Reply]

  4. rasydan rasydan says:

    handphone ana pun dah lama. akak yg bagi, hadiah mase pmr. nokia 1100…yg kecik, xde kaler..monofonik…tapi ade flashlight…haha. tahun 2005 pakai…sampai skang pakai lagi..dan mmg rosak skit2 jugak…kadang2 ter-off sndri…tapi kebelakangan ni jarang…1 lg, dah brp kali dah jatuh terhentak ke lantai pun xtau dah…kalau boleh nk pakai smpi bila2…ana pun xde duit dah nk belihandphone yg canggih manggih tu..:P

    Allah yusahhil alaik!

    [Reply]

  5. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    kepada Sara,

    Amin, amin, amin ya Rabbal ‘Alamin.

    kepada Kembar,

    Ya. Tiada apa yang mudah meoainkan apa yang Allah mudahkan. Semoga Allah mudahkan segala kerja-kerja kita untuki menjadi hamba-Nya yang sebenar.

    kepada Coach,

    terima kasih coach. Ana sentiasa doakan nta juga.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

Leave a Reply