Langit Ilahi Rotating Header Image

Countdown 1 KLIBF’10: Yang akan muncul nanti…

Membilang hari.

Membilang hari.

KLIBF’10, atau nama panjangnya adalah Kuala Lumpur International Book Fair 2010, akan bermula pada 19 Mac 2010, yakni lebih kurang 15 hari lagi di PWTC. Memandangkan KLIBF’10 semakin hampir, maka saya akan melakukan beberapa countdown adagar kehangatannya terasa.

Ini juga boleh dikira sebagai satu promosi khas daripada saya.

Dengan izin Allah SWT, dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, saya diberi peluang untuk muncul sekali lagi di pesta buku paling berprestij di Malaysia ini.

Sekali lagi, membuat kemunculan kombo.

Satu Novel, dan satu Buku Motivasi.

Dua buku.

Dua buku yang akan terbit adalah:

1. Novel Sinergi.

2. Buku Motivasi Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya.

Secara jujurnya, saya ini menumpukan pada dua lapangan. Justeru, saya senang muncul kombo. Bidang penceritaan dan bidang motivasi. Hakikatnya, dua lapangan ini saya datang dengan mesej yang satu – hendak membawa diri saya dan manusia lain kembali kepada Allah SWT.

Saya tidak berani kata buku-buku saya menarik.

Tetapi saya berani kata, buku-buku saya insyaAllah ada maknanya yang tersendiri.

Memanjangkan dakwah

Apa harapan saya dengan kemunculan buku saya di KLIBF’10?

Satu sahaja. Semoga dengan wasilah KLIBF’10 ini, Allah memanjangkan dakwah saya dengan lebih jauh lagi, dan menanam hidayah-Nya pada hati lebih ramai lagi manusia. Saya hanya memenuhi arahan Allah SWT:

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” Surah An-Nahl ayat 125.

Dan saya bukanlah pemberi hidayah, melainkan manusia yang berusaha sahaja. Allah jugalah yang memberikan hidayah.

“Sesungguhnya kau tidak memberikan hidayah pada siapa yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki” Surah Al-Qasas ayat 56.

Maka, harapnya, Allah memanjang luas usaha saya, dan mengiranya sebagai saham saya dan saham pembaca saya di akhirat sana.

Cover Novel Sinergi yang saya buat sendiri.

Cover Novel Sinergi yang saya buat sendiri.

Buku 1: Novel Sinergi

Sebelum Sinergi muncul, kalau orang bertanya pada saya, apakah karya yang paling saya sukai. Maka saya akan menjawab Novel VT. Tetapi setelah selesai menulis Novel Sinergi, maka Novel VT jatuh pada tempat kedua.

Saya, amat mencintai Novel Sinergi. Pada saya, mesej yang saya tumpahkan di dalam novel ini, adalah sesuatu yang saya kira penting untuk ummah. Di dalam Sinergi, ada ubat pada jiwa saya dan jiwa semua masyarakat dengan izin Allah SWT.

Saya sendiri, apabila membaca semula Sinergi, saya terasa benar-benar mendapat satu sinergi yang melahirkan energi daripada Allah SWT.

Tambahan, saya amat mencintai kelompok di dalam cerita Sinergi. Yakni kelompok masyarakat bernama PERMAI, yang menemani saya sepanjang perjalanan saya di Jordan.

Maka, saya senang jika anda membelinya, menghayatinya, memahaminya, dan membuahkan manfaatnya dalam bentuk amalan. Kemudian, menyebarkannya kepada orang ramai.

Sinergi, daripada hati insyaAllah.

Trivia menarik berkenaan Sinergi:

1. Saya menulisnya dua kali dalam masa tiga bulan.

2. Setebal 500+ muka surat.

3. Latar tempat adalah Jordan, kehidupan pelajar melayu di Jordan.

4. Ada elemen cinta.

5. Ada watak perempuan. Jangan risau. Hu3…

6. Memanifestasikan keimanan yang abstrak, dalam watak-watak yang hidup.

Cover final Buku Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya

Cover final Buku Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya

Buku 2: Buku Motivasi Langit Ilahi 2 – Kembara Hamba Mencari Cahaya.

Ini buku motivasi saya yang kedua. Hakikatnya, pada awalnya, GISB hendak menjadikan buku ini dan buku Langit Ilahi 1 sebagai satu buku yang tebal. Tetapi di saat penerbitan, mereka bertukar fikiran.

Rentetan daripada Tuhan Tidak Lupakan Kita, buku ini mengajak kita pergi kepada Tuhan Yang Penyayang itu. Sebab itu, namanya Kembara Hamba Mencari Cahaya.

Di dalam buku motivasi kali ini, banyak disentuh berkenaan perjalanan kehidupan seorang hamba, rencah-rencahnya dalam perjalanan mengucup cahaya Allah SWT. Diselitkan juga beberapa bab berkenaan cinta.

InsyaAllah, buku ini ada peningkatan kualiti berbanding Langit Ilahi 1. Ayat-ayat Al-Quran dan hadith diberikan rujukan dengan sebaiknya.

Sebagaimana ramai yang komen terkesan dengan Buku Langit Ilahi 1, saya yakin begitulah juga yang akan terkesan dengan Langit Ilahi 2. Mungkin lebih ramai lagi.

Sebab, bukan saya yang memberikan hidayah.

Allah jugalah yang memberikan kesedaran dan petunjuk.

Maka saya yakin dengan Allah SWT.

Saya hanya manusia yang berusaha. Maka, Langit Ilahi 2 adalah usaha saya.

Buku ini baik untuk sebaran umum, tidak berat, sesuai jadi hadiah kepada kawan-kawan yang henak mengenali Islam, yang hendak mendalami Islam dan mencari jalan hidup Islam. Sesuai untuk penyampaian usrah, dan sesuai untuk tazkirah umum. InsyaAllah bagus untuk perkongsian-perkongsian dengan rakan-rakan.

Penutup: Boleh kumpul duit siap-siap

Anda sudah boleh mula menyediakan kuota duit untuk buku saya.

Novel Sinergi berharga sekitar RM25.

Buku Motivasi Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya berharga sekitar RM23.

Jika yang tidak pernah lagi membaca karya-karya saya, kalau anda takut hendak membeli buku-buku saya yang baru, anda boleh sahaja membaca buku-buku saya yang lama terlebih dahulu. Di Pesta Buku nanti akan dijual juga buku-buku saya yang awal seperti Novel VT, Novel Remaja Mulia, dan Buku Motivasi Langit Ilahi 1: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Kemungkinan, anda boleh minta diskaun jika memborong banyak buku saya. Hu3…

Semoga, dengan pembelian anda terhadap karya-karya saya, Allah menumbuhkan buah-buah keimanan dalam diri dan masyarakat kita.

Saya memandang ke hadapan pada ummah yang beriman kepada Allah SWT.

Sebab, tiada yang lebih tinggi, dari mereka yang beriman.

“Dan kamulah orang yang tertinggi, sekiranya kamu orang yang beriman” Surah Ali-Imran ayat 139.

Print This Post Print This Post

19 Comments

  1. Cik Nor says:

    Assalamualaikum,

    Balik Malaysia tak nanti, boleh anak-anak berjumpa. Of course akan memborong buku Hilal.

    [Reply]

  2. assyuhada says:

    salam….
    count down towards book fair…
    ye, sgt tak saba2…
    nk borong semua buku enta dr awal…insyaAllah…doakan ade diskaun

    [Reply]

  3. azlanshah says:

    Tahniah Hilal..Semoga Allah Redha dan pelohara keikhlasan enta :razz:

    [Reply]

  4. atiqah says:

    InsyaAllah akan berkunjung ke KLIBF thn ni..mudahan dpt ketemu dgn buku2 Hilal..sepanjang book fair di UKM msh blom ada kiosk yg jual buku Hilal..kalo de pun sy dh beli..huhuhu

    [Reply]

  5. Arabella says:

    salam..hilal bila agaknya pesta buku diadakan..saya memang menantikan saat-saat untuk memiliki semua novel itu secara terus xmau tgu posmen lagi..hihih
    teruskan perjuangan..

    [Reply]

  6. aeisyulillah says:

    ana.. dari drjah 6 tak pernah miss book fair.. insyaAllah tahun ini pon akan ke sana lagi.

    Belum pernah lagi nak beli buku akh.. tapi novel sinergi itu macam menarik.. insyaAllah, jika duit di poket mengalu-alukan.. hehe..

    teruskan menulis. moga Allah memberkati.

    [Reply]

  7. insan says:

    wah..menarik2!!~

    [Reply]

  8. ana says:

    betul..sutuju dengan aeisyulillah@wan..

    mengalu-alukan kedatangan pesta buku..
    dapat diskaun..
    n dapat pengisian diri..

    sinergi tu best..baca yang ada kat blog ni pon rase best..
    menanti setiap sabtu..:)

    [Reply]

  9. adisg2 says:

    mesti dapatkanya …insyaALLAH

    [Reply]

  10. wani says:

    sedihnyer…sbb tak dapat g KLIF…time tu nnt, da blik tmpat praktikal semula…huhu… hopefully, dapat la sy beli sinergi tu nnt..mmg nk sgt2 beli…

    p/s: nape harga buku tu cm mahal cket ek…? :grin:

    [Reply]

  11. salam hilal,

    xsbr nk tunggu KLIBF.. ni first time akak nk g sne.. ehm,, dh lme dh rncng nk beli langit Ilahi ni.. nnti nk borong semua buku2 hilal.. tmbah2 akak ni peminat novel.. blk Malaysia x time KLIBF nnt?

    tahniah ats keluaran novel synergi dan langit ilahi 2, mg Allah redha.. =)

    [Reply]

  12. sumone says:

    salam…kalau hilal ade buat promo kat situ, boleh buat sesi autograph sekalikan…hehehe

    [Reply]

  13. MuNsYi~SaMa says:

    Tahniah Hilal. Ana dgr IKIM td ade promosi pasal buku2 anta nnti kt KLIBF. Ramai org tny bile anta nk dtg sendiri buat autograph session ke..xpon leh ganti ana je..haha

    [Reply]

  14. theserikandi says:

    salam..
    lucu pula membaca “boleh kumpul duit siap - siap” =)
    sememangnya saya sedang berkira - kira utk mengumpul wang
    utk mmbeli buku anda..kebetulan, kwn saya akan ke KLIBF nanti..
    terus saja saya memesan utk belikan buku anda..tak sabar..

    semoga terus sukses!

    [Reply]

  15. AmirunNasih says:

    Buku Motivasi Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya :smile:

    [Reply]

  16. ariffah9 says:

    salam,
    ha, discount. peulisl buku suruh minx discount bila beli buku dia byk2. oho..

    ya, xsabar nk baca sinergi dan langit ilahi 2.
    nk bgi hadiah kt kak naqibah usrah ssuai tak?(langit ilahi 2)

    [Reply]

  17. “5. Ada watak perempuan. Jangan risau. Hu3…”

    haha..ayt tu mcm tringat lak komen sy psl novel VT…hihi
    insyaallah..mmg nk cri novel sinergi pn nti :wink: & tunggulah komen seterusnya.. :razz:

    p/s: maaf psl komen novel VT tu byk ayt2 menceceh, sy mmg menulis blog dgn cara mcm tu :lol:

    [Reply]

  18. auniazita says:

    salam..saudara akan muncul tarikhnya bila?

    [Reply]

  19. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada Cik Nor

    Maaf cik, saya tak balik. Maaf ya.

    - kepada assyuhada

    Alhamdulillah. InsyaAllah ada.

    - kepada azlanshah

    Amiiin.. ingatan itu yang ana peerlukan.

    - kepada atiqah

    Hu3.. semoga tercapai hajatnya.

    - kepada Arabella

    Sudah saya maklumkan di atas.

    - kepada aeisyulillah

    Silap. Bukan duit poket mengalu-alukan yang enta patut sebut. Sepatutnya adalah: “Sekiranya ana boleh usaha kuat sikit cari duit poket”

    Dan ana tak kisah pun kalau enta tak ada rasa nak beli buku ana.

    Beli buku apa yang enta rasa boleh beri manfaat yang besar pada enta.

    - kepada insan

    Alhamdulillah…

    - kepada ana

    Alhamdulillah. semoga Allah rahmati anda.
    Beli lah sinergi ya.

    - kepada adisg2

    InsyaAllah, semoga Allah permudahkan.

    - kepada wani

    Fasal harga buku, boleh tanya GISB.

    - kepada mutiara solehah

    Maaf, tak balik.
    Tapi buku saya ada. Akak boleh beli dan bawa buku2 saya balik.
    Saya akak tak boleh beli dan bawa saya balik.
    Jadi, saya tak ada pun tak apa kan? hu3…

    - kepada sumone

    Tak rugi pun.
    Autograph tak mengajar.
    Isi buku mengajar insyaAllah.

    - kepada MuNsYi~SaMa

    Bleh je. Silakan kalau tak malu. hu3…
    InsyaAllah, ana tak balik.
    Tapi ana akan adakan sesi autograph masa majlis kahwin nanti. ha3..

    - kepada theserikandi

    Alhamdulillah. moga Allah permudahkan.

    - kepada AmirunNasih

    Moga senyumnya bermakna.

    - kepada ariffah9

    Sesuai.

    - kepada Fira ya Hilwa

    Saya tak kisah pun cara macam mana orang lain tulis blog dia.
    Saya tulis fasal nombor 5 tu, kerana takut ramai tertanya-tanya.

    - kepada auniazita

    Saya tak akan muncul di KLIBF’10.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

Leave a Reply