KLIBF’10, atau nama panjangnya Kuala Lumpur International Book Fair 2010 sudah semakin hampir. Sekitar 10 hari lagi, kehangatannya akan bermula di PWTC.
Memulakan countdown 1, kini countdown 2 menyusul.
Ramai yang bertanya apakah Hilal Asyraf akan ada di PWTC pada 19hb Mac 2010 ini?
Jawapannya agak mengecewakan.
Tiada.
Bukan masalah tempat, tetapi masa.
Untuk pengetahuan umum, saya adalah pelajar tahun 2 dalam pengajian Usuluddin di University Of Yarmouk, Jordan. Memandangkan tempat pengajian saya jauh beribu batu daripada Malaysia, maka perjalanan saya memakan masa yang amat panjang dan sukar.
Hakikatnya, saya tidak peduli akan duit dan kejauhan tempat. Berapa pun saya sanggup keluarkan, jauh mana pun saya sanggup pergi.
Tetapi pada 21hb Mac 2010, saya mempunyai peperiksaan. Justeru, saya tidak mahu mengambil risiko dengan terbang balik ke Malaysia.
Kalaulah Allah izin peperiksaan tidak jatuh pada tarikh itu, saya sudah balik dan melayani pembaca-pembaca yang datang membeli buku-buku saya.
Namun semangat dan mesej saya tetap ada
Kenapa menulis? Sebab dengan menulis, kita mampu menyebarkan semangat dan mesej kita kepada lebih ramai orang, mencapai dengan capaian yang lebih panjang.
Sebab itu, pada saya, ketiadaan saya bukan satu kekurangan. Hal ini kerana, tujuan saya menulis sudah tercapai memandangkan buku-buku saya berada di PWTC pada KLIBF’10 ini.
Walaupun saya tiada, namun semangat dan mesej saya tetap ada bersama buku-buku saya.
InsyaAllah, Allah akan membantu saya menyalurkan mesej yang ada di dalam buku itu kepada pembaca.
Seakan-akan, saya duduk bersama pembaca dan membacakan buku itu pada mereka.
Satu hari nanti tetap akan berjumpa
Saya hakikatnya amat terharu dengan bicara seorang makcik kepada saya. Dia kata:
“Hilal ada tak masa pesta buku nanti? Makcik kalau boleh nak sangat anak-anak makcik jumpa Hilal”
Tetapi nampaknya, saya tidak dapat memenuhinya. Saya sangat-sangat terkilan, tetapi tetap menyelitkan redha kepada Allah SWT yang faham dan tahu apa yang terbaik untuk saya.
InsyaAllah, satu hari nanti, kita tetap akan berjumpa.
Bila saya balik Malaysia, insyaAllah saya akan usaha untuk luang masa bersama dengan kalian.
Jika Allah tidak izin juga kita bertemu. Saya berharap kita bertemu dalam keadaa yang sangat baik di akhirat.
Penutup: Mohon sokongan kalian
Walaupun saya tiada, tetapi saya berharap kalian memberikan sokongan yang penuh kepada saya. Saya yakin, bahawa hubungan kita tidak terbina oleh perjumpaan, hendak tandatangan dan sebagainya. Hubungan kita terbina, bersih dan ikhlas hanya kerana Allah SWT.
Justeru, manifestasikan hubungan itu dalam erti kata yang sebenar, dan berikanlah sokongan kepada saya, sebarkanlah buku-buku tulisan saya, moga-moga kita berjaya memperolehi saham yang menguntungkan dalam pernigaan akhirat ini.
Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Saya sangat-sangat minta maaf kerana tidak boleh muncul di KLIBF’10.
Moga buku-buku saya mampu menjadi penggantinya.





salam hilal
dari kaherah tetap memberikan sokongan
jalan ini jalan yang jelas dan insyaAllah diredhai
harapan sentiasa kerana Allah tak pernah tak ada
[Reply]
nice. insyaAllah, ur writing is very meaningful to readers.
[Reply]
salam…
terima kasih atas info ni…
ana dh lm nntikan…(^_^)
[Reply]
ouh..la..baru ingat nak gi ambush nta kat KLIBF’10 ngan buku relasi..
[Reply]
Semoga Saham Akhirat enta mencanak tinggi dengan usaha menulis buku dan menghasilkan karya-karya yang bermesej..
[Reply]
mambrukunnajah fil imtihan…
[Reply]
Salam…walaupun agak mengecewakan.ketiadaan saudara pd pesta buku kl 2010..ingatkan countdown tu saudara akan hadir..jd teruja sangat nak jumpa saudara..ialah itulah ketentuanNya…saya terima..semoga saudara akan terus menulis untuk pesta buku 2011…plk.kehadiran saudara pasti kami nantikan..semoga Allah akan curahkan idea-idea dan merahmati utk saudara terus menulis..
[Reply]
Salam,
Nak Hilal, tahun ni saya belikan novel VT untuk hadiah hari jadi anak gadis saya yang ke 17 gantikan hadiah ‘bear’ yang dia selalu minta tiap tahun. Lepas dia habis baca dia cakap “Ibu novel VT tu memang best, kakak suka dengan hadiah hari jadi kakak tahun ni, lepas ni hadiah hari jadi ibu beli novel camtu lagi ye”.
Selepas ni saya harap saya dapat belikan novel Sinergi untuk anak bujang saya pulak di pesta buku tu nanti.
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada saza s
Thanks bro. InsyaAllah, dengan doa enta, ana akan meluncur lebih lancar dan laju.
- kepada
راتو شهادة
Alhamdulillah. Semoga Allah redha dan mengiranya sebagai saham akhirat.
- kepada wany
Alhamdulillah. Semoga bermakna.
- kepada alwafiy
Ha… alhamdulillah. Mujur Allah selamatkan ana dari diambush.
- kepada azlanshah
Thanks. moga Allah berikan peluang kita berkongsi sahamnya.
- kepada cahayabijaksana
Amiiin…
- kepada auniazita
Saya bukan menulis sebab pesta buku. ada je buku saya yang keluar dan akan keluar walaupun bukan di waktu pesta buku.
Tidak rugi pun saya tak ada. Sebab orang bukan boleh bawa balik saya. Orang hanya boleh bawa balik buku saya.
- kepada Che Kiah
Alhamdulillah Makcik. Semoga bermanfaat buku-buku itu untuk makcik, dan Allah perdalamkan kefahaman Islam itu dalam diri kita semua.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
Kali ini, saya merancang untuk membeli buku2 karya Hilal Asyraf.
Pertama Kali.
Harap2 ada diskaun hebat ;p
[Reply]
assalamualaikum, Allah maha mengetahui, dan dia tidak akan sia-siakan usaha hambanya,
usaha mu insyallah akan dibalas.
-Allah maha mengetahui-
[Reply]
salam
tahniah ducapkn
n xpe klu xde
pntgkn exam dlu
gudluck
4 exam juga dunia akhrt
[Reply]
debor la tuh.. kena ambush.
ana x ambush, beribu gi ambush.,..cari penulis buku.
apa pun, terus maju dan laju untuk Islam shbt. keep it up!
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada Yuana
Alhamdulillah.
Moga anda berjaya.
- kepada motivasiinsan
Ya. Kita harapkan balasan Allah sahaja.
- kepada aidan
Terima kasih…
- kepada alwafiy
Tak berdebar pun…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]