Semakin mendekat. Semakin mendekat. Mendekat dan mendekat. Ya. Itulah dia KLIBF’10. Pesta buku paling berprestij di Malaysia.
Pada tahun ini, saya memutuskan untuk membuat beberapa countdown agar kehangatannya lebih terasa, dan semoga orang datang lebih ramai.
Sebab, saya dapat komen bahawa buku-buku saya sukar didapati di kedai-kedai(habis cepat?). Jadi, saya kira, sesiapa yang susah cari buku-buku saya, boleh menjenguk Pesta Buku untuk menghabiskan buku-buku saya di sana pula. Dan semestinya, dalam banyak-banyak Pesta Buku, Pesta Buku paling hebat adalah KLIBF. Yang pada tahun ini, akan berlangsung buat kali ke-10 di PWTC pada 19hb Mac.
So, dalam countdown kali ini, saya akan promosi semua buku saya.
Ya, semua.
Buku 1 - Novel VT(Boleh didapati di Booth GISB)
Ini novel saya yang pertama terbit. Walaupun merupakan novel keempat yang saya tulis. Allah SWT membuka rezeki saya dengan Novel ini apabila ia mula terbit di KLIBF’09. Novel ini juga membawa nama saya naik ke persada penulisan di Malaysia.
Sedikit trivia berkenaan novel ini:
1. Saya menulisnya dalam masa sebulan pada tahun pertama saya di Jordan.
2. Tiada watak perempuan.
3. Bertemakan Sukan. Lebih menarik, Sukan Sebagai Ibadah.
4. Pernah menjadi topik perbincangan di Berita Harian, ruangan Sastera.
5. Dulu orang pernah menjerit: “Novel VT, lebih hebat dari Ayat-ayat Cinta!”(ni nilai sendiri. Bukan saya sebut)
Sedikit sinopsis novel:
Coach Hussam Ar-Rahman telah dipanggil ke sekolah bernama MATRI, untuk menyelamatkan pasukan bola tampar yang hendak dibubarkan. Pemain-pemain bola tampar sekolah itu sangat bermasalah. Di tangan Hussam, yang juga amat misteri, tanggungjawab memperbaiki kumpulan bola tampar ini terletak.
Novel ala-ala Slam Dunk punya cerita. Lebih menarik, diisi dengan pelbagai motivasi yang merapatkan jiwa dengan Allah SWT.
Rugi jika tidak membacanya. Tak percaya, boleh tanya saya punya pembaca.
Buku 2 - Buku Motivasi Langit Ilahi 1: Tuhan Tidak Lupakan Kita(Boleh didapati di Booth GISB)
Ini kumpulan motivasi saya yang pertama. Juga merupakan buku saya yang pertama. Tua dua hari daripada Novel VT. Buku Motivasi ini juga antara penyebab mengapa ramai orang mencari saya di website Langit Ilahi.
Sedikit trivia berkenaan buku ini:
1. Merupakan kumpulan motivasi yang telah saya tulis di zaman blogspot dahulu.
2. Dikumpulkan kerana syarikat GISB berminat dengan perjalanan blog saya.
3. Bertemakan manajmen hati. Membawa manusia kembali kepada asas diri: Seorang Hamba kepada Ilahi.
4. Setakat yang orang komen, semua menyukainya.
Sedikit sinopsis buku motivasi ini:
Mempunyai 60 artikel, yang membincangkan perkara-perkara asas dalam kehidupan sebagai seorang hamba kepada Allah SWT. Juga mempunyai perkongsian saya dengan beberapa orang veteran dalam kehidupan. Buku ini santai dan mudah difahami.
Dikatakan ala-ala Buku La Tahzan karangan Dr ‘Aidh Qarni(yang ni pun rasanya agak exaggerated. Bukan saya sebut).
Yang penting, anda tidak rugi membacanya.
Buku 3 - Novel Remaja Mulia(Boleh didapati di Booth GISB)
Novel yang saya tulis khususnya untuk bacaan pelajar darjah lima hingga tingkatan tiga. Tetapi, saya amat yakin bahawa novel ini amat sesuai untuk bacaan semua peringkat umur juga. Setakat ini, kurang orang review buku ini(mungkin sebab darjah lima-tingkatan tiga tak ada blog? Ha3)
Tetapi saya masih yakin bahawa, buku ini amat sesuai buat umur anak-anak. Ibu-ibu, ayah-ayah, cikgu-cikgu, abang-abang, kakak-kakak, buku ini adalah hadiah terbaik untuk si kecil.
Saya yakin dan amat yakin.
Trivia Novel ini:
1. Nipis. Jangan risau.
2. Ringan. Tak perlu risau.
3. Mudah. Juga tak payah risau.
4. Prekuel kepada Novel Sinergi.
Sinopsis:
Novel ini mengisahkan kehidupan Irfan Hakimi ketika dia berumur 12 tahun. Irfan Hakimi diuji dengan pelbagai ujian. Kehilangan ibu, kemiskinan, dan kematian ayah. Tidak cukup dengan itu, dia terus diuji dan diuji selepas semua itu.
Di sekolah, dia terpaksa berhadapan dengan Tiga Sekawan yang licik lagi jahat. Ditambah pula, dia baru berkenalan dengan Rasyid Zakwan, yang merupakan pelajar bermasalah.
Bagaimanakah peribadi si kecil ini? Bagaimana dia meneruskan kehidupannya? Bagaimana dia menguruskan rakan-rakannya?
Ini hadiah saya untuk anak-anak dan adik-adik.
Menjadilah seperti Irfan Hakimi!
Buku 4 - Novel Sinergi(Boleh didapati di Booth GISB)
Ah… ini Novel paling saya sayang sekali. Saya telah menulis Novel ini dengan penuh bersemangat dan amat menghargai novel ini seakan-akan ia adalah harta saya termahal. Hal ini kerana, pada saya, apa yang saya bincangkan di dalam Sinergi merupakan ‘ubat kepada masalah masyarakat’.
Keimanan. Itulah dia ubatnya.
Trivia Novel ini:
1. Saya menulisnya dua kali.
2. Hampir tak lepas ke KLIBF’10 kerana dikatakan terlalu berat.
3. Ada watak perempuan. Jangan risau.
4. InsyaAllah dekat dengan kehidupan seharian.
Sinopsis novel ini:
Mengisahkan Irfan Hakimi dan Rasyid Zakwan di Universiti. Mereka berdua menyambung pengajian di Jordan dalam dua bidang berbeza. Namun perbezaan itu bukan masalah bagi mereka yang terdidik dengan keimanan.
Namun ukhuwwah mereka diuji dengan Sara Nasuha. Ditambah pula, konsep Keimanan yang mereka tanam pada masyarakat PERMAI di Jordan, teruji dengan kehadiran lima manusia genius bergelar Disaster Five.
Lebih memburukkan keadaan, muncul seorang yang lebih licik daripada Disaster Five, berdendam dengan Irfan Hakimi atas sebab peristiwa hitam masa silam.
Bagaimanakah dua sahabat ini melaluinya? Dan bagaimanakah Keimanan itu mampu menjadi penyokong teguh mereka dalam melalui masalah-masalah ini?
Baca. Jangan tak baca.
Buku 5 - Buku Motivasi Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya. (Boleh didapati di Booth GISB)
Buku kumpulan motivasi saya yang kedua. Langit Ilahi 1 lebih kepada manajmen hati, dan menyelenggarakan hubungan diri dengan tuannya yang sebenar, yakni Allah SWT. Maka Langit Ilahi 2 muncul membawa mereka yang telah berjaya merasakan bahawa mereka adalah Hamba, bergerak mencari jalan untuk menggapai cahaya menerangi kehidupan mereka yang selama ini gelap.
Trivia:
1. Merupakan tulisan saya zaman blogspot dahulu.
2. Hakikatnya hendak dijadikan satu buku yang tebal bersama Langit Ilahi 1.
3. Ada artikel berkenaan Cinta di dalamnya.
4. InsyaAllah, ada peningkatan dari Langit Ilahi 1.
Sinopsis:
Adakah kita boleh bergerak kepada Allah menggunakan sebarang cara? Adakah kita boleh beriman dengan Allah SWT menggunakan sebarang jalan? Kita tahu kita hamba, kita perlu taat. Tetapi apakah boleh sebarangan?
Maka Langit Ilahi 2 membuka sedikit pandangan, bagaimana kita perlu bergerak untuk menjadi hamba Allah SWT yang sebenar.
Beberapa perkara dalam kehidupan disetuh, bagi membuka pandangan.
Pengembaraan seterusnya, anda yang menguruskan.
Buku 6 - Novel Relasi(Keluaran Syarikat Citra Yayasan Warisan Johor. Tapi tak tahu ada di mana waktu KLIBF’10)
Novel pertama saya. Atau lebih benarnya, dikatakan sebagai karya sulung saya. Saya tidak menulis cerpen sebelumnya atau novel lain. Relasi adalah eksperimentasi saya ketia awal-awal berusaha untuk menulis.
Dari hendak membuktikan kebolehan kepada senior, Relasi membuka dunia penulisan kepada saya.
Trivia:
1. Ditulis semasa saya berumur 18 tahun.
2. Elemen utamanya adalah ukhuwwah.
3. Gabungan pengalaman dan tambahan rekaan.
4. Sukar didapati di kedai-kedai buku(mengikut kata-kata orang)
5. Prekuel kepada Novel Terasing.
Sinopsis:
Menceritakan kisah hidup seorang pelajar sekolah menengah bernama Saifullah. Dia mempunyai seorang senior yang amat rapat dengannya.
Mereka berkongsi pelbagai perkara menarik sesama mereka.
Namun Allah menguji persahabatan mereka. Keadaan bertambah rumit apabila Saifullah difitnah dengan seorang pelajar perempuan oleh Empat Paksi Kejahatan di sekolahnya. Akhirnya dia bukan sahaja bersengketa dengan seniornya, malah hubungannya dengan beberapa orang sahabatnya yang lain juga terganggu.
Bagaimana Saifullah membersihkan namanya, dan apakah hubungannya dengan seniornya akan pulih semula?
Baca baru tahu.
Buku 7: Novel Terasing(Boleh didapati di booth Telaga Biru Sdn Bhd)
Novel ini amat hangat walaupun agak nipis. Ramai memberikan komentar bahawa mereka membacanya dalam masa sejam sahaja. Tetapi saya rasa, sejam yang pendek itu, insyaAllah akan memberikan kesan sepanjang hayat.
Trivia:
1. Novel Ukhuwwah bersalut cinta.
2. Membicarakan juga hal rumah tangga.
3. Ada thriller. (ada yang kata setaraf Ramlee Awang Mursyid. Kena baca la baru tahu. Saya tak kata begitu)
4. InsyaAllah anda akan tersenyum-senyum bila membaca Novel ini.
Sinopsis:
Saifullah telah membesar dan berkahwin. Tetapi dia sering teringat akan janjinya dengan sahabatnya bernama Zaman. Janji agar tidak mengasingkan sahabatnya itu. Zaman yang telah lama menghilangkan diri, muncul kembali secara tiba-tiba.
Tanpa disangka, kumpulan Homurodama, pecahan kumpulan Yakuza Ryuken dari Jepun, muncul membuat porak peranda. Saifullah hampir ditembak, dan Rumah Kebajikan milik abang iparnya terganggu.
Kemelut ini berselirat, dan membawa Saifullah kembali kepada janjinya dengan Zaman.
Terasing atau mengasingkan diri?
Persoalan yang hanya akan terjawab dalam Novel Terasing.
Penutup: Itulah dia buku-buku saya. Tujuh ke semuanya.
Alhamdulillah. Allah memberikan saya kekuatan dan keizinan untuk menulis semua buku-buku tadi. Saya rasa lega dan berharap Allah menambahkan lagi kekuatan saya untuk menulis lebih banyak buku dalam membawa diri saya dan manusia lain kembali kepada-Nya.
Bagi buku-buku keluaran GISB(nombor 1-5), sekiranya anda membelinya secara pakej(insyaAllah ada pakej di KLIBF’10), anda ada kemungkinan untuk mendapat diskaun istimewa.
Bagi sesiapa yang selalu tanya mana nak dapatkan Relasi, maka KLIBF’10 adalah jawapannya. Begitu juga kepada mereka yang mencari Novel VT dan Langit Ilahi 1 tetapi masih tak jumpa-jumpa. KLIBF’10 insyaAllah ada. Kalau PWTC tu jauh, jangan risau, kirim sahaja pada sahabat minta belikan(kalau ada.).
Siapa dah baca mana-mana buku saya, boleh juga beli sekali lagi. Kenapa?
Buat hadiah pada rakan-rakan.
Saya tak pernah risau sama ada buku saya ini orang beli atau tidak. Tetapi saya sentiasa risau sama ada buku saya ini orang faham atau tidak. Tetapi, saya hanya manusia yang berusaha. Allah SWT jugalah yang membolak balikkan jiwa manusia.












salam en. hilal..
memang tak dinafikan..susah nk dptkan buku hasil tulisan encik hilal..
setakat ni saya sudah memiliki 4 buku tulisan kamu..sedang melengkapkan utk memiliki kesemua hasil tulisan kamu..
jangan lah kamu risau kerana setiap novel atau nukilan kamu mempunyai mesej yang jelas dan samapi kepada pembaca yang baca hasil tulisan kamu…
tak kira ape jua jenis insan atau tak kira dari golongan umur memang dapat memahami n faham apa mesej yang kamu hendak sampaikan…
kawan2 dan keluarga saya terkejut kerana sebelum ini saya memang tak reti membaca novel tapi sejak bertemu hasil nukilan kamu, saya da tambah satu hobi baru..iaitu membaca novel sperti karangan kamu..
[Reply]
salam
thanks
going to get it.. insyaAllah
already have few of it… got to get the rest to complete my set of your book.. :p
thanks for writing such a great book :p
[Reply]
salam,
ya , ana sama sja dgn penulis buku sndiiri..
plg minat prtama: sinergi (wpun bru baca yg kluar stiap sabtu)
ke-2) VT
Terasing pun best!! Sgt best lah semua, oho..
[Reply]
salam alaikum, hilal
aduh, baru saja promosi buku-buku nta di blog, dah edit gambar, tak tahu pula dah keluar kulit original Sinergi. Perlu edit semula. Maaf, tak dapat beli buku-buku nta di Pesta Buku tahun ini, dan mungkin tak dapat pergi pun dalam beberapa tahun terkehadapan. Kan sudah berada di perantauna macam nta juga.
Allah yusahhil alaik. Teruskan berdakwah dengan menulis.
Rasydan
[Reply]
Salam
btul2.. bc terasing insyaAllah tersenyum-senyum
and ade rase nak hadiahkn kat kwn..
[Reply]
Assalamualaikum,
Walaupun tak akan berjumpa dengan penulisnya, namun buku Hilal akan tetap diborong. Kami anak beranak akan bercuti di KLIBF, mencari mana- mana buku Hilal yang belum diperoleh.
[Reply]
Salam…
Budak darjah 6 dah ada blog lah..
Nak beli lah ni..
Tak sabar dah.
TApi kena kumpul duit dulu..
mak kata, UPSR n SPPM jngn lupa..
So, gambarimasu!!
[Reply]
salam..mmg susa nk crk buku saudara..sy da try crk tp xjmpe jgk..yg sy de hnye nvl terasing je..
[Reply]
Alhamdulillah…
akan sy dptkn. wlpn ag ssh ingin dibwa ke sini, tapi apa slhnya mcuba~
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada shams
Alhamdulillah. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat dan manfaat itu mampu dibuahkan kepada amalan.
Terima kasih atas sokongan.
Saya amat menghargainya…
- kepada jadikan aku serikandi
Alhamdulillah.
Yang menjadikannya hebat adalah kamu,, pembaca.
- keppada ariffah9
Alhamdulillah. Semoga Allah redha…
- kepada rasydan rasydan
Thanks Rasydan.
Thanks for the books that you gave to me.
I really appreciate it.
- kepada hambamencari
Alhamdulillah.
Itu yang kita inginkan.
Semoga amanah Allah tersebar dengan lebih jauh dan meluas.
- kepada Cik Nor
Terima aksih Cik Nor.
Saya amat menghargai sokongan Cik Nor.
Semoga Cik Nor sekeluarga mendapat manfaat yang besar daripada buku-buku yang dibeli.
- kepada Hanan, calon UPSR and SPPM tahun 2010!!
Semoga Allah kuatkan kamu Hanan.
Abang hilal sentiasa mendoakan.
- kepada nur nur
Maka, KLIBF’10 adalah masanya.
- kepada wardatul husna
Ya. Yang penting usaha. hu3..
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
i adore u Hilal….kalau la saya pun pandai menulis cam Hilal….teruskan usaha anda dlm berdakwah:) teringin nk beli buku2 Hilal ni tapi saya da jd permanent resident indo~~~~insyaAllah balik nnt saya akan try cari kt kedai (xpandai beli online)~~~~~
[Reply]
buku2 yang mantap,Abg Hilal x pernah meninggalkan ukhuwwah wattarbiyah di dalam setiap novel…tapi ana tertarik sebab hampir semua novel ada unsur seni persilatan dan didikan yang salah daripada seorang bapa seperti novel vt dan remaja mulia.yang terakhir,saya amat menyanjungi sekolah matri kerana tlh melahirkan seorang penulis islamik seperti enta
[Reply]