
sehebat mana pun manusia, akan kembali kepada ALLAH juga...
Tahukah apa yang menyebabkan manusia ini terlalu kerdil di hadapan ALLAH SWT?
Kalau disenaraikan, tak terkira banyak sebabnya.
Tetapi, yang terlalu membuatkan manusia itu kerdil di hadapan ALLAH SWT, adalah kerana nyawa kita benar-benar berada di tanganNya. DIA berhak memberikan nyawa kepada sesiapa yang DIA mahukan, dan DIA juga berhak menarik nyawa daripada sesiapa yang DIA suka. Benar-benar manusia tidak berkuasa apa-apa dalam hal ini. Kalau dalam bab kejayaan ALLAH memberikan ruang dan pilihan, dalam bab ajal, tiada usaha yang mampu menangguhkan kematian yang telah ditetapkan.
Akhirnya, tunduk dengan kekerdilan ini, guru yang merupakan antara guru saya tercinta, Datin Halimaton binti Hussein atau amat mesra dengan gelaran Ummi, pergi menjemput panggilan ILAHI pada jam 6.15 petang, waktu Malaysia, pada hari ini, 14 Mei 2009.
Maka jadilah tarikh 14 Mei 2009 sebagai tarikh yang insyaALLAH saya ingati sampai bila-bila.
Ummi yang sudah saya anggap ibarat ibu saya sendiri, yang saya senang bercanda dengannya, yang saya banyak mengutip ilmu berharga daripadanya, sudah pergi dipanggil ALLAH SWT yang Maha Penyayang.
Saya, secara peribadi tidak bersedih dengan pemergian Ummi. Sebab saya amat percaya bahawa, tiadalah ketentuan ALLAH itu melainkan hanya mendatangkan kebaikan sahaja. Mungkin, inilah ‘rehat’ untuk Ummi yang amat kuat berusaha menjaga pelajar-pelajar dan sungguh dedikasi dalam melaksanakan tugas-tugasnya di sekolah.
Satu istilah yang akan membuatkan saya tersenyum, apabila memperkatakan hal Ummi adalah:
“ Dia adalah perempuan muda yang terperangkap dalam tubuhnya yang tua”
Benar-benar mengkagumkan, perempuan bersara sepertinya berusaha keras. Berusaha keras di sini, berusaha keras yang tidak akan sesiapa mampu bayangkan, melainkan anda melihat dengan mata kepala anda sendiri.
Ilmu Penulisan saya, sehingga saya menerbitkan Novel VT dan Langit Ilahi, tiadalah banyaknya saya dapat dari penulis terkenal atau dengan mengikuti kursus-kursus khas. 90% adalah hasil didikan Ummi semasa saya di Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima. Mujur, mujur ALLAH mengizinkan Ummi melihat anak didiknya nan seorang ini keluar ke dunia sebenar dan membelah arus dengan ilmu yang disisipkannya sebagai taji diri ini.
Ummi, kalau diceritakan kisahnya, tidak akan cukup dengan 10 helai muka surat.
ALLAH SWT, yang sayangNya saya yakin, melebihi sayang saya kepada Ummi, telah membawa Ummi untuk pulang kepadaNya. Kini, kalau hendak menangis pun sebenarnya tidak bermakna. Saya masih ingat lagi pembacaan saya apabila Abu Bakr RA berhadapan dengan kewafatan Rasulullah SAW, Abu Bakr RA telah berkata,
“ Wahai Rasulullah, andai air mata itu berguna untukmu, nescaya kami akan menangis hingga kering air mata kami”
Sebagai bukti kehidupan Ummi, saya akan memandu kehidupan saya dengan baik. Agar segala ilmu yang Ummi berikan kepada saya, tidak sia-sia begitu sahaja. Agar saya, sekurang-kurangnya dapat menjadi salah satu dari banyak-banyak saham Ummi di akhirat nanti.
“ Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang berdo’a untuknya” Al-Hadith.
Ummi, memang sukar hendak dicari ganti.
ALLAH jugalah pengatur yang baik. Saya tertidur sekitar pukul 12.00 tengahari waktu Jordan(bersamaan 5 petang waktu Malaysia) sehingga pukul 2.30 petang Jordan(7.30 petang waktu Malaysia). Semasa saya bangun, memang saya terasa yang Ummi telah tiada. Saya selak sms di henset, benar, Ummi telah tiada. Skrin laptop saya penuh dengan tetingkap Yahoo Messenger yang mengucapkan takziah atas pemergian Ummi.
Semasa saya tidur, saya dapati, ada orang yang menceritakan bahawa Ummi telah sembuh. Tetapi, saya tidak sempat bergembira dengan berita itu. Saya bangun, dengan membaca berita bahawa Ummi telah pergi terlebih dahulu.
Semoga ALLAH mempermudahkan perjalanan Ummi untuk bertemu denganNya. Semoga ALLAH lapang dan luaskan kehidupan Ummi di alam barzakh sana. Semoga ALLAH ringankan perhitungan yang akan dijalankan ke atas Ummi di hadapanNya. Semoga ALLAH melepaskan Ummi dari golongan yang terjatuh di atas titian sirat sebelum ke Syurga. Semoga ALLAH memasukkan Ummi ke dalam Syurga, bersama-sama mereka yang benar imanNya kepada ALLAH.
Saya sebagai yang menjadi pelajar Ummi, yang rapat dengannya, hanya mampu menilai Ummi dari luarannya sahaja. Maka saya berharap, ALLAH mengira kebaikan-kebaikan Ummi yang terzahir di mata saya.

Kenangan bersama Ummi, ketika lepak di rumahnya.
Ummi, kalau Hilal mampu, Hilal hendak menghantar Ummi dalam perjalanan terakhir Ummi.
Tetapi anak Ummi ini tersekat dengan kekerdilannya sebagai hamba.
Doa jugalah yang anak Ummi ini dapat iringkan.
Doa seorang anak muridmu yang juga manusia biasa juga.
Semoga ALLAH sayang Ummi.
Semoga ALLAH sayang Ummi.
Semoga ALLAH sayang Ummi.
Hilal akan hidup dengan baik.
Dan itu satu janji daripada anakmu ini.
Dan hari ini sebagai peringatan kepada kita semua. Nyawa itu ALLAH boleh tarik bila-bila masa sahaja. Apa yang kita lengahkan lagi?
“ Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian, dan di akhirat nanti segala balasan akan disempurnakan. Barangsiapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syruga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tiadalah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya” Surah Ali-Imraan ayat 185.
Terima kasih kepada yang telah melayangkan doa untuk kesembuhan Ummi.
ALLAH juga yang tahu apa yang terbaik.
“ …. Boleh jadi perkara yang kamu tidak sukai itu baik untuk kamu, dan boleh jadi perkara yang kamu sukai itu buruk bagi kamu. Dan ALLAH itu Maha Mengetahui, dan kamu langsung tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah ayat 216.
Layangkanlah doa agar Ummi selamat di ‘sana’.
ps: Ummi akan disolatkan pada pukul 10.30 pagi waktu Malaysia esok, Hari Jumaat.




Al-Fatihah..
sungguh byk jasa beliau..
hingga melepasi pagar sekolah itu pun
dia masih mendidik anak2nya di kejauhan ini..
ya Illahi berkatilah dan rahmatilah dirinya
[Reply]
drpd Allah kita dtg kpd Allah kita dikembalikan..
sama2 lah kita doakan utk kesejahteraan beliau di sana..
[Reply]
takziah~
[Reply]
takziah..
akk turut merasai kepergian beliau meski tak pernah berkesempatan mengenalinya tetapi cukup melalui tulisan2 Hilal mengenainya sebelum ini.
[Reply]
Semoga ruhnya ditempatkan bersama orang-orang berIman..takziah buat keluarga al-fadhil Ust Dahlan
[Reply]
sedih btol ana….
beliau lah yg byk bg ana smngat ngan percaya diri,
tatkala ana dh wat byk silap dulu….
mudahan Alah tempatkan ummi dlm golongan orang yang soleh dan solehah..
amin…..
[Reply]
salam..takziah..
semoga Allah mencucuri rahmat keatas nye..
amin..
x terkira jasa beliau..
wslm..
[Reply]
Salam Hilal, Alfatihah for Allahyarhamah Halimaton bt Hussein. Sorry for your lost but I know you are strong mentally. Daripada tulisan Hilal sahaja tchr sudah dapat membayangkan beliau itu orangnya bagaimana. Beruntunglah sesiapa yang diberi peluang mengenali Allahyarhamah ummi Hilal itu. Dont be so sad ya dear.
[Reply]
Semoga semangat dan kekuatan ummi menjadi penggerak kita utk meneruskan hidup..
Ummi sentiasa dihati kita..esp kita, pelajar2 m3…
[Reply]
tazkiah hilal
[Reply]
AlFatihah
Pemergian yg cukup memberi makna
Benar diri beliau seperti satu jiwa muda remaja yg terperangkap dalam tubuh yg dimamah usia
Kadang2 ana malu sendiri dgn usaha yg beliau lakukan.
semuanya x lahir dari semangat semata2, tp dari hati yg faham dan mahu!
Semoga segala ilmu yg dicurahkan dpt diaplikasi sebaiknya utk deen ini
Taqabbalallahu minha ya rabb~
[Reply]
takziah…ana hanya mampu mendengar perkhabaran dan mendoakannya…
[Reply]
salam Hilal,
takziah..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
Saya mengucapkan terima kasih kerana kesudian semua mendoakan arwah guru saya ini. Semoga ALLAH meredhai kehidupan beliau selama ini.
kepada Sinar,
Dia memang seorang guru mithali. Walaupun bukan semua orang senang dengan seorang manusia bergelar Ummi ini.
kepada Atiqah,
em,
” Sesungguhnya kita ini milik ALLAH, dan kepadaNyalah kita akan dikembalikan” Surah Al-Baqarah ayat 156.
kepada ayaharith, Fakir Muhammad, s.azimah r dan Hajar,
Terima kasih banyak2 atas utusan takziah. Semoga ALLAH redha.
kepada Qurratul ‘Ain,
Ya. Dia adalah orang yang amat-amat berjasa dalam kehidupan ini. Mustahil namanya tidak disebut-sebut.
kepada Muzakkir,
semoga doa enta dimakbulkan ALLAH…
kepada AhmadFath,
Ummi memang biasa nampak, apa yang orang lain tidak nampak. Maka, janganlah kita kecewakan apa yang dia nampak pada kita,yang orang lain tidak nampak pada kita…
kepada ex-MATRI…
jasanya memang tidak terkira. Kita sahaja yang suka berkira-kira dengannya…
kepada Teacher Xyna,
Thank you teacher. Hilal tak sedih sangat. Hilal tahu ini aturan ALLAH SWT dann aturan ALLAH SWT itulah yang terbaik. I’ll be strong, i’ll stand tall. Thanks for your concern teacher. May ALLAH bless u.(teacher jaga kesihatan juga ya…)
kepada n_akn88,
tiadalah Ummi melainkan manusia biasa. Walau kita terlupa akan dia pun satu hari nanti, harapnya kita tidak lupa apa yang telah dia sisipkan untuk kita menempuh hayat ini.
kepada hoodsuny,
bila orang dah tiada lah, baru kita suka mengenangnya.
Ha…
Sedih kan?
Saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua.
Semoga ALLAH redha dengan kehidupan kita.
Ingatlah bahawa, kita ini bukanlah jauh untuk menyusul Ummi Halimaton ini.
Bersedialah.
~seorang anak Ummi
Hilal Asyraf
[Reply]
Assalamulaikum..
Alfatihah..
Takziah ana ucapkan..
Semoga Tuhan mencucuri Allahyarhamah ‘Ummi’..dan ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman..amiin..
*tak boleh baca lama-lama post ni..
~harta ibu..abduNYA..harta ayah~
[Reply]
salam takziah buat akh dan juga keluarga allahyarhamah
[Reply]
al fatihah,
moga rohnya berada dalam rahmat ALLAH disana…….
amin…
[Reply]
Assalamualaikum wr. wb.
Sejak beberapa bulan ini saya mengenali nama Ummi melalui tulisan Hilal Asyraf, namun tidak sempat mengenali orangnya dari dekat. Semoga Allah merahmati beliau dan menempatkan rohnya bersama roh para solehin dan muttaqin.
Wassalam
[Reply]
bak pinjaman yang dipulangkan,
hargailah pinjaman, perelokkanlah pulangan
allahumma firlaha war hamha.
(sayapun punyai memori dengannya.biarlah rahsia)
[Reply]
Allah maha mengetahui segalanya.. Semoga ummi tenang. disana. semoga kita menjadikan contoh dalam meneruskan perjuangan ini..
[Reply]
Salam,
takziah semuga ummi disemadikan bersama orang-orang yang dikasihi dan dirahmati Allah..Pencipta yang maha pengasih dan maha halus pembalasannya. Semuga apa yang hilal janjikan pada ummi InsyaAllah menjadi azimat perjuangan seorang hamba dan khalifah Allah.
[Reply]
Assalamualaikum..
kehidupan itu indah apabila disinari dengan cahaya islam dan kematian itu lebih indah apabila dicahayai dengan cahaya keimanan..
Setiap yang bernyawa itu pasti merasai kematian..
walaupun ana tidak pernah bersua muka dengan beliau tetapi ana dapat rasakan beliau adalah seorang srikandi yang hebat..
Al- Fatihah..
[Reply]
Sy juga terlalu rapat dgn ummi ketika d Matri kerana sy pernah mengendalikan koperasi dan ketika itu dan ummi sbg penasihat….Alfatihah dari bekas anak murid ummi spm 98…semoga roh ummi d letakkan d kalangan org beriman dan beramal soleh….
[Reply]
Assalamu’alaikum,
terima kasih lagi saya ucapkan kepada mereka yang sanggup singgah menghantar komen takziah. Semoga ALLAH redha dengan kalian.
kepada Abdu@ARIA,
Terima kasih atas takziahnya. Benda ni la kena baca lama-lama, agar menusuk jiwa, muhasabah untuk diri yang sering alpa.
kepada insan,
terima kasih. Semoga ALLAH redha…
kepada adisg,
moga doa kamu dimakbulkan ALLAH SWT…
kepada Encik Zakaria,
Memang tiada rezeki. Tetapi aturan ALLAH jugalah yang terbaik.
kepada AbuMu’min,
Semua orang yang berjumpa dengannya mempunyai kenangan. Kenangan itu ada pada semua. Hendak cerita atau tidak, hak milik peribadi manusia.
kepada Salam,
doa jugalah yang mampu kita iringkan. Tiadalah kita mampu berbuat apa-apa sekarang ini.
kepada Umi Norizan,
terima kasih atas doa umi. Moga ALLAH mengasihi Ummi Halimaton atas doa Umi Norizan.
kepada Hafizuddin.
Kita hanya menceritakan yang kita nampak sahaja. Kebenarannya di sisi ALLAH. Berhak menilai dari zahir sahaja. Sama ada dia srikandi, atau bidadari, atau perempuan solehah, ALLAH jugalah yang menilainya. Dia tetap manusia biasa yang terikat dengan kekerdilan hamba.
kepada Salehuddin,
Semoga ALLAH redha dengan kehidupan Ummi…
~semoga ALLAH redha kepada kita semua… Bagaimana agaknya kalau yang mati itu kita?
Hilal Asyraf
[Reply]
pemergian seorang yang tiada pengganti..
andai ada skalipun, ttp tidak sama…
ummi adalah insan yang sgt BANYAK MEMBRI MANFAAT KPD ORG LAIN..
smoga ummi sentiasa dicucuri rahmat n rahimNya…
[Reply]
salam takziah buat keluarga Ummi Halimaton….

mge arwah ditempatkan dikalangan orang yang bertaqwa…
knangan dan jasa ummi akan ana ingat hingga akhir hayat ana…
tempatkan lah beliau ditaman2 syurga…
amin….
[Reply]
salam takziah buat keluarga yg berkenaan.
Al-Fatihah..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
sememangnya, manusia itu satu sahaja. Tiada yang sama 100%. jadi, bila seorang manusia itu pergi, memang tidak akan mampu diganti. Ini hakikat yang memang tidak akan terubah.
kepada nhms,
terima kasih. Semoga ALLAH redha…
kepada sahibahgen13,
kenangan yang baik memang sukar terhapus…
lepada cthajar,
terima kasih atas doanya…
Semoga ALLAH redha segalanya…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
innalillahi wa inna ilaihi roji’un.
[Reply]
Takziah buat famili Q dan seluruh sahabt-sohibah am nya.
Menjadi muhasabah buat generasi muda,
perginya generasi awal yang byk berjasa dlm juangkan DnT
kita yg muda, sejauh mana jiddiyah kita?
Walluhu’allam
[Reply]
tempat ummi sukar ditukar ganti di hati anak matri yang pernah melalui hari2 bersamanya…tidak dijangka ummi pergi sebegini cepat…Benarlah kematian itu tidak boleh diketahui oleh manusia…sedih tak dapat tengok ummi ketika ummi sakit di hospital…semoga Allah merahmati ummi
[Reply]
Salam Ziarah … saya ada menulis artikel tentang Ummi ke rahmatullah dan memuatkan foto2 Solat Jenazah yang saya menghadirinya Jumaat lepas. Di sini saya mohon izin untuk ambil foto Al-Marhumah, untuk dimuat di dalam Blog INIJALANKU saya. Harap saudara izinkan. Terima kasih.
[Reply]
Mudahan kita doakan agar ummie ditempatkan bersama-sama dengan orang beriman hendaknya amin!!
[Reply]