Langit Ilahi Rotating Header Image

Dedikasi: Buat warga Mesir yang aku cinta

Jazakumullahu Khiran Kathira, wa uhibbukumfillah

Jazakumullahu Khiran Kathira, wa uhibbukumfillah

Hari ini, genaplah seminggu saya meninggalkan bumi Mesir. Masih tergiang-giang lagi perjalanan saya ke sana tempoh hari.

Saya amat hargai apa saya lihat, apa saya lalui, apa saya dengar, dan apa yang saya dapat.

Kalau sebelum ini saya tuliskan perjalanan, kali ini saya nak tuliskan dedikasi.

Kepada warga Mesir yang menonjolkan kasih sayang yang tinggi,

Ini untuk kalian yang aku cintai.

Dedikasi 1: Abang Mus’ab dan seluruh Ahli Baitnya.

Menjejak ke bumi Mesir, Abang Mus’ab menyambut di Lapangan Kapal Terbang Antarabangsa Kairo. Abang Mus’ab adalah super senior saya. Semasa saya tingkatan 2, dia merupakan pelajar tingkatan enam. Tetapi di MATRI, saya terdidik untuk memecahkan dinding senioriti, membuatkan semua pelajar terasa seperti famili sendiri. Saya dan Abang Mus’ab amat mesra, ditambah pula dahulu kami tinggal di dorm yang sama.

Rumahnya walaupun kecil tapi menyemburkan bahagia. Ditambah pula ahli baitnya yang juga merupakan senior-senior saya di MATRI – Abang Luqman dan Abang Karimullah.

Suasana rumahnya tarbawi, dipenuhi kitab, dan menyenangkan.

Abang Mus’ab juga, sepanjang kehidupan saya di sana, tidak jemu-jemu berkongsi itu dan ini, termasuk mencadangkan kitab-kitab yang patut saya baca dan beli.

Makan minum disediakan, malah tidak jemu bertanya sama ada saya kesejukan atau tidak, walaupun Jordan adalah 10 kali lebih sejuk dari Mesir. Layanan yang sangat mesra ini, seakan-akan vakum 5 tahun tanpa pertemuan sebelum ini tidak wujud.

Saya menghargai semuanya. Kemesraan yang saya dapat, kehangatan ukhuwwah yang saya kucup, cinta dan kasih yang saya reguk, apa-apa sahaja yang saya perolehi di rumah Abang Mus’ab, tidak akan pernah saya lupakan dan saya amat-amat menghargainya.

Terima kasih kepada Abang Mus’ab, Abang Luqman, dan Abang Karimullah yang sudi melayan saya.

Semoga Allah redha dengan kalian, memberikan kekuatan kepada kalian, dan menghidupkan jiwa-jiwa kalian dalam kalangan manusia yang beriman.

Aku mencintai kalian, kerana Allah SWT.

Abang Musab - Berjaket Merah kelabu

Abang Mus'ab - Berjaket Merah kelabu


Dedikasi 2: Rahman Dashuki(Rahman D) dan seluruh ahli baitnya.

Bergerak ke Alex, saya menetap di rumah kenalan baru – Rahman Dashuki. Kami berkenalan di Irbid, semasa dia melancong ke bumi Jordan. Yang anehnya, walaupun baru berkenalan, kami seakan-akan sahabat karib yang telah lama bersusah payah bersama.

Kemanisan ini adalah yang tidak mampu saya lupakan.

Saya menetap di rumahnya, semasa seluruh ahli rumahnya bersabung minda untuk menghadapi peperiksaan. Namun layanan tetap mesra. Tempat tidur disediakan elok. Malah berulang kali mereka meminta maaf atas layanan yang dirasakan mereka tidak seberapa.

Hari terakhir, baru mereka mampu melayan saya kerana peperiksaan sudah berakhir. Walaupun persinggahan saya di rumah mereka sebentar sahaja, namun kehangatan itu adalah yang amat berharga.

Gurau senda pada hari terakhir itu amat menghidupkan jiwa saya. Pizza enak, bersama ‘aruz bil laban sedap’, milo dan teh buatan mereka, semuanya memberikan kebahagiaan dalam diri saya.

Terima kasih kepada Rahman Dashuki dan seluruh ahli baitnya.

Semoga Allah redha dengan kalian, dan memberikan kalian kebaikan sepanjang kehidupan kalian.

Aku mencintai kalian, kerana Allah SWT.

Dari kiri, Syahmi, Saya dan Rahman D

Dari kiri, Syahmi, Saya dan Rahman D


Dedikasi 3: Bilal Jailani dan ahli baitnya, Rahman Tanta dan Mu’awwidz.

Pulang dari Ma’rad Kutub, Allah mempertemukan saya dan Bilal. Jemputan dihulurkan kepada saya agar bertandang ke rumahnya selepas Isya’. Hari itu adalah hari terakhir saya di Mesir. Saya menggesa Abang Mus’ab agar saya dapat berziarah ke rumahnya.

Alhamdulillah, di rumah Bilal, saya bertemu sahabat lama saya semenjak sekolah rendah – Hassan Basri.

Walaupun saya tidak pernah langsung bertemu Bilal sebelum ini, tetapi ukhuwwah yang berputik pada malam itu seakan-akan telah tersemai semenjak azali. Sesungguhnya, keimanan jugalah yang penyatu terutuh hati-hati manusia. Dan kebetulan, Bilal juga adalah pembaca Langit Ilahi.

Suasana di rumah Bilal, dihangatkan lagi dengan kehadiran Mu’awwidz dan Rahman dari daerah Tanta. Mu’awwidz ini adalah yang menyanyikan cover lagu Open Your Eyes – Maher Zain di youTube yang terkenal itu. Rahman pula datang bersama Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi.

Saya dan ahli bait Bilal Jailani

Saya dan ahli bait Bilal Jailani

Tanpa disangka, mereka menjamu makan malam. Lauk tomyam masakan Ustaz Khairul atau mesra dipanggil Khai. MasyaAllah. Walaupun di Jordan saya sudah banyak kali makan tomyam, tetapi tomyam kali ini, ada nilai tambahnya yang tersendiri.

Mu’awwidz menjamu kami semua dengan Jus mangga yang sudah dibekukan. MasyaAllah, sedap. Sangat sedap.

Sedar tidak sedar, lama masa berlalu walaupun terasa sekejap.

Kami berpisah dalam kehangatan ukhuwwah, senyuman bahagia dan kegembiraan yang tidak terhingga. Saya terasa amat senang dan tenang.

Lebih-lebih lagi, Mu’awwidz berpesan kepada saya:

“Harap enta terus bertaqwa atas jalan ini”

Dan itu adalah ayat paling saya hargai, berbanding jutaan pujian yang pernah saya dapati sebelum itu.

Terima kasih Bilal, Hassan Basri, Hassan Syahidi, Amirul, Ustaz Khai, Mu’awwidz, dan Rahman.

Semoga Allah letakkan kalian dalam barisan yang menegakkan deen-Nya, meredhai kalian dengan keredhaan setingginya, mencintai kalian dengan secintanya.

Aku mencintai kalian, hanya kerana Allah SWT.

Saya dan Bilal Jailani

Saya dan Bilal Jailani

Dedikasi 4: Zaid Rosli, Salim Rushdan dan Mokhtarzam.

Di Alex, yang menemani perjalanan saya adalah senior saya di MATRI – Zaid Rosli, dan adik-adik saya di MATRI yang saya cintai – Salim Rushdan dan Mokhtarzam.

Saya tidak mampu mengungkap dengan bicara sebenarnya, apa perasaan saya bersama mereka. Roh saya seakan menjadi segar bersentuhan dengan mereka, bercanda, berkongsi itu ini dan berjalan bersama.

Rasa terbuai-buai dengan keindahan pantai Alex, saya lebih dirasuk dengan kecantikan ukhuwwah yang wujud antara saya dan mereka.

Terima kasih. Kalau dunia ini mampu aku beli, sudah aku hadiahkan kepada kalian.

Tetapi aku tahu, kita hendak mencari syurga abadi.

Maka harganya adalah perjuangan.

Semoga Allah redha dengan ukhuwwah kita, semoga Allah mencintai kalian, merahmati kalian, mempermudahkan segala urusan kalian. Ulah tawa kita takkan kulupa, saat-saat kita bersama takkan luput dari jiwa.

Aku mencintai kalian, kerana Allah SWT sahaja.

Saya, Salim Rushdan(tepi saya), Zaid Rosli(tepi Salim), Usamah dan Mokhtarzam(tepi Usamah). Abang Ali Hanifah terlindung

Saya, Salim Rushdan(tepi saya), Zaid Rosli(tepi Salim), Usamah dan Mokhtarzam(tepi Usamah). Abang Ali Hanifah terlindung

Dedikasi 5: Senior-senior MATRI, Mukhlis Yahya dan Ali Nur Atif serta para sahabat.

Abang Ali Nur Hanifah, semasa saya tingkatan satu, dia berada di tingkatan lima. Abang Halim, semasa saya masuk ke MATRI, dia sudah lama meninggalkan sekolah itu. Abang Karimullah, semasa saya tingkatan satu, dia tingkatan enam atas. Abang Jalaluddin, semasa saya tingkatan dua, dia datang dari Medan dan memasuki tingkatan enam. Abang Luqman, semasa saya tingkatan dua, dia tingkatan lima. Abang Ahmad, semasa saya tingkatan tiga, dia datang dari Kemboja memasuki tingkatan enam.

Namun perbezaan umur yang sangat ketara ini, langsung tidak menjadi kekurangan kepada kemesraan yang wujud antara saya dan mereka.

Kerana yang menghubungkan kami adalah keimanan.

Hanya keimanan.

Allah juga mempertemukan saya dengan Mukhlis Yahya dan Ali Nur Atif, dua sahabat saya semenjak tingkatan satu lagi. MasyaAllah… Rasa sangat-sangat seronok bertemu dengan mereka. Bersembang dan bergurauan, berkongsi pendapat dan bertukar-tukar pandangan.

Tiada yang lebih menyeronokkan daripada duduk bersama sahabat.

Tidak juga saya lupakan Saeed, Abral, Taufiq Alis, Tarmizi, Haziq Moji, Umar Hakimin, Faiz Sabri dan Faisal Arif.

Semoga Allah golongkan kita, dalam golongan yang akan bersatu di syurga. Semoga Allah meletakkan kita, di bawah naungan-Nya, pada hari tiada naungan selain naungan-Nya.

Sesungguhnya, Aku mencintai kalian, hanya kerana Allah SWT sahaja.

Saya dan Ali Nur Atif

Saya dan Ali Nur Atif


Penutup: Saya adalah Sahabat

Saya pernah tulis dahulu:

Untuk saya, sesiapa yang menimbulkan senyuman pada bibir saya, adalah yang amat saya cintai dalam hidup saya. Sesiapa yang membuatkan jiwa saya hangat dengan kesenangan, dia adalah orang yang amat saya sayangi. Sesiapa yang membuatkan saya rasa terharu dengan kebaikannya, maka dia adalah orang yang akan saya ingati. Lebih-lebih lagi, apabila semua itu menjadi pemacu kepada kekuatan saya untuk menjadi hamba Allah SWT yang baik.”

Saya tiada isteri lagi. Saya tiada anak-anak lagi.

Yang saya ada sekarang adalah sahabat.

Dan saya adalah sahabat kepada yang bersahabat dengan saya.

Sesungguhnya, saya amat mencintai sahabat-sahabat saya.

Walaupun, mereka tidak mencintai saya.

Semoga Allah redha semua sahabat-sahabat saya.

Ketahuilah bahawa, aku mencintai kalian semua, hanya kerana Allah semata-mata.

Akan meneruskan penulisan dan perjuangan

Akan meneruskan penulisan dan perjuangan

Print This Post Print This Post

20 Comments

  1. waaa..menarik.

    [Reply]

  2. p.cik shahruddin says:

    Aslwb. semoga Allah SWT merahmati perjalana mu itu

    [Reply]

  3. anna says:

    pic yang last . machine apa ya?
    typewriter kah?

    [Reply]

  4. La Tansa says:

    Ustaz Ali Nur Atiif belajar kat Mesir ye? bidang ape ye?
    Ustaz Shahabudin Md Yatim xjumpe ke?

    Maaf ana terbiasa panggil sahabat anta ustaz sebab dia pernah jadi guru di SMIK..

    [Reply]

  5. awiz says:

    akhi yg dirindui..

    wallahi,,ana tidak empunya apa2 yg boleh ana kongsikan melainkan rasa kebersamaan dalam nilaian iman dan ukhuwah…walaupon saat itu terlalu singkat..tp seolah2 intaian2 pertemuan sentiasa basah dlm ingatan ana..subhanallah~
    akhi fillah “menderap langkah kau berjalan jangan pernah pesemis,optimislah..”
    i.allah akan dipertemukan kembali di dlm pertemuan bersiri menuju prtemuan kekal abadi..

    sampaikan salam kpd ikhwah2 di sana..owh ye..tak lupe kpd anas(yg enta sebutkan tuh ) :)…ada rezki nantikan kami pula di sana..

    wa la ana aqul illa ukhuk fillah dauman :)

    [Reply]

  6. afifisa says:

    saya juga sangat mencintai sahabat saya, kerana Allah swt
    kerana saya juga tiada kekasih lagi, isteri, juga anak-anak
    jadi, saya sangat mengerti maksud saudara

    [Reply]

  7. hambamencari says:

    Salam.

    Maaf. Nak tanye. Apa tajuk buku yg Rahman D pegang tu ye?
    The cover looks very familiar..

    [Reply]

  8. nobody says:

    salam…

    boleh saya menjadi sahabat kalian semua?

    [Reply]

  9. nur-najah says:

    salam..

    bestnye, beruntung dpt kenal org mcm tu..

    [Reply]

  10. salaam~

    subhanallaah…sangat terkesan..

    ukhuwwah yg sangat hebat hanya mampu dibina apabila dipaksikan ‘kerana Allah’.

    semoga kita semua mampu merasa.

    [Reply]

  11. eka says:

    salam..masyallah,hebatnya pautan ukhwah antum.semoga ianya berkekalan hingga ke akhir hayat..

    [Reply]

  12. Rahman D says:

    salam akh….semoga ukhuwwah kita akan terus berkekalan insyaAllah….heheh bilalah lagi boleh jumpa kan?..hheh

    untuk Hambamencari …buku tu antologi puisi badar metropolitan bawh GKLN….puisi hilal ada juga dalam tu…

    [Reply]

  13. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada Danial Al Asr

    Alhamdulillah.

    - kepada p.cik shahruddin

    Amiin, terima kasih pakcik.

    - kepada anna

    Tak tahu la. ada gaya macam laptop zaman lampau je.

    - kepada La Tansa

    Atiff belajar Usuluddin.
    Saya tak sempat jumpa Syihabudin.

    - kepada awiz

    Alhamdulillah. Jazakallah Awiz atas segalanya.
    Semoga Allah redha dengan enta dan membantu enta di atas jalan-Nya.
    Ana sentiasa menanti enta di sini.
    InsyaAllah, kita doakan agar kita termasuk dari kalangan mereka yang dinaungi oleh Allah SWT pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya.

    - kepada afifisa

    Dan bukan sebab itu kita cintai sahabat kita.
    Kita mencintai sahabat kita, hanya kerana itu tanggungjawab kita kepada Allah SWT.

    - kepada hambamencari

    Rahman D dah jawab. Hi3…

    - kepada nobody

    Silakan. Mulakan dengan memperkenalkan diri.
    Saya menerima semuanya.

    - kepada nur-najah

    Alhamdulillah.

    - kepada ana munawwarah

    Amiin. Terima kasih.

    - kepada eka

    Amiiin. Semoga Allah redha dengan ukhuwwah ini.

    - kepada Rahman D

    InsyaAllah Rahman.

    Semoga Allah redha.

    Dalam Badar Metropolitan, terdapat juga puisi Rahman D.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  14. hambamencari says:

    oh. jazakallah. seriously the cover looks familiar.
    is there any chance nk dpt buku tu di Msia tak?

    [Reply]

  15. Che Kiah says:

    Salam buat anakanda Hilal Asyraf,
    Saya cari novel sinergi untuk hadiah birthday ke 17 anak sulung
    tapi masih tak jumpa… Ada ke novel tu kat Malaysia?

    [Reply]

  16. akhukum says:

    jangan lupa kirim salam kat Nubhan di Jordan sana :)

    -ikmal-

    [Reply]

  17. mumtaz says:

    semoga ukhwah ini akn berkekalan..walaupun hanya di website.. insyaAllah.. b’hrp sngt dpt kenal sahabat2 mcm saudara hilal jmpe.

    [Reply]

  18. afifisa says:

    tanggungjawab kita kepada Allah ya? hrmmm….

    [Reply]

  19. saari lateh says:

    salam,
    itulah natijah tarbiah yg betul yg bersumberkan yg betul akan melahirkan buah2 iman yg betul, InsyaAllah, amin.

    [Reply]

  20. kembara says:

    salam..

    amat terasa kemanisan ukhwah yg didasari keimanan dr apa yg diperkatakan..
    benar, hanya kata hati boleh menyentuh hati..

    InsyaAllah, kasih syg kpd sahabat bukanlah krn mereka menyayangi kita semata2 tp ianya lahir dr rasa hubb lillahitaala..InsyaAllah

    jakallah..~~

    [Reply]

Leave a Reply