Kelas untuk semester 2 telah bermula. Rasa mengah pula mengikuti kelas pada semester ini. Bukan kerana penat. Tetapi kerana hidup terasa semakin padat.
Saya semakin hari meningkat besar. Ilmu demi ilmu saya raih. Kebelakangan ini saya sering terasa aneh. Cinta saya pada ilmu menebal dan saya macam orang dahaga yang kehausan teramat sangat. Mungkin ini penangannya menjadi anak murid Dr ‘Ala’ yang amat cintakan ilmu.
Minggu pertama setiap semester memang sibuk. Mencuba kelas, meneliti pensyarah, memerhatikan madah, membeli kitab, dan merujuk kembali apakah pelajaran itu sesuai diambil atau tidak.
Saya ingin melepaskan nafas.
Aura dari Mesir
Apa kelebihan rakan-rakan saya di Mesir? Saya melihat pada mereka ada perasaan mencintai ilmu yang tinggi. Kitab itu kitab ini diselak untuk mencari erti, pengajaran, mendalami pelajaran.
Ziarah ke Mesir, saya memahami kedudukan saya antara langit dan bumi. Rupanya saya masih di bawah tanah.
Semester ini, saya bawa haruman cinta ilmu dari Mesir untuk saya menjadi lebih hebat dari apa yang saya perolehi sebelum ini.
Ternyata, ilmu itu mengasyikkan. Semakin tahu, semakin banyak kita perlu ketahui.
Dan saya rasa senang dengan perasaan ini.
Kesukaran di awal semester
Antara kejutan semester kali ini, adalah pembayaran yuran. Atas kesilapan saya kerana tidak mebaca penyataan yang dibuat oleh universiti di internet, saya dikejutkan dengan tarikh pembayaran yuran yang sudah hampir tamat. Hari saya ketahui tarikh tamat pembayaran yuran, baru saya sedar esok itu adalah harinya.
MasyaAllah. Pantas saya menghantar mesej kepada abah untuk memasukkan wang.
Bila wang sudah masuk, saya pergi ke bank hendak mengeluarkannya.
Lebih mengejutkan dan menguji, wang tidak keluar dari ATM. Dan yang lebih menyeronokkan adalah, baki di dalam akaun saya sudah tertolak seakan-akan saya benar-benar mengeluarkan wang.
Saya hanya mampu ketawa. Agak kecewa dengan apa yang berlaku, tetapi saya sudah lupa untuk berdurja. Apa yang sudah terjadi, terjadilah ia. Menangis air mata darah pun tidak akan menyelesaikan apa-apa.
Sekarang masih dalam pengurusan untuk mendapatkan semula wang itu.
Mujur teman-teman di Private Rain sudah lebih dari keluarga sendiri, Syazwan Abu Bakr meminjamkan wang bagi meringankan masalah.
Senior yang khirij dan menyambung master
Semasa kesibukan urusan pembayaran yuran, saya sempat berselisih dengan senior-senior saya yang baru sahaja tamat sesi konvokesyen. Gembira sungguh mereka. Kegembiraan mereka, kegembiraan saya juga. Mereka adalah:
1. Faiz Hamzah a.k.a Baha – Pelajar Bahasa Arab.
2. Ridhwan a.k.a Rockerz – Pelajar Usuluddin.
3. Fakhrurrazi a.k.a Ciku – Pelajar Usuluddin.
Dua daripaada mereka menyambung pengajian master terus di Yarmouk. Mereka adalah Faiza Hamzah dan Ridhwan.
Faiz Hamzah adalah bekas Presiden PERMAI dan Ridhwan adalah bekas Menteri Pertahanan PERMAI. Saya senang dengan mereka berdua dan amat menyayangi mereka. Saya juga gembira mereka menyambung master di Yarmouk. Sekurang-kurangnya, PERMAI akan terus indah dengan kewujudan mereka berdua yang tak lekang dengan ceria.
Oh ya, Faiz Hamzah, Ridhwan dan Fakhrurrazi ini, juga wujud dalam Novel Sinergi saya.
Semoga mereka bahagia. Kerana bahagia mereka, adalah kesenangan saya.
Semester ini dan semester lepas
Semester ini saya akan mengambil 6 mata pelajaran, berbanding 4 pada semester lepas. Semester ini akan menjadi lebih sibuk dan padat. Tapi saya tidak rasa penuntut ilmu itu patut berlapang-lapangan sangat.
Alhamdulillah, atas berkat doa dan tembakan kasih daripada semua, peratusan saya telah meningkat kerana keputusan peperiksaan saya pada semester lepas adalah amat memberansangkan. Mata pelajaran Aqidah 1 yang diajar Dr ‘Ala juga saya skor dengan cemerlang, membuatkan saya tambah cinta untuk belajar dengannya lagi.
Semesteri ini, saya terus mendapat peluang belajar dengan guru-guru yang hebat seperti Dr Adnan Khutotobeh(seorang pensyarah yang hebat di mata saya), Dr Samirah Tohir(Guru perempuan saya yang baik hati), Dr Yusuf Zuyut(Ketua Bahagian Usuluddin), Dr Yahya Shatnawi(Guru yang sangat sempoi), Dr Jamal(bekas lulusan Malaysia yang menyeronokkan). Seorang lagi guru saya untuk mata pelajaran Fiqh Ibadat 2 masih belum ditentukan.
Saya kira, semester ini akan menjadi lebih menyeronokkan.
Penulisan saya 2010
Novel Sinergi dan Buku Motivasi Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya akan diterbitkan pada 19hb Mac 2010 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur(PBAKL’10) ini.
Saya sudah berulang kali membaca Sinergi saya. Saya rasa puas hati untuk level saya setakat ini. Masih banyak ruang peningkatan. Tetapi jujurnya, saya sangat cintakan Sinergi kerana mesej keimanannya. Saya nampak, iman adalah perkara usul yang perlu diselesaikan dalam kehidupan insan. Maka di dalam Sinergi, itu yang saya kupaskan.
Berkenaan Buku Motivasi Langit Ilahi 2, saya tidak mahu kupas panjang. Anda kena baca sendiri. Sekadar untuk menarik perhatian, di dalam buku itu ada beberapa artikel berkenaan cinta. Sekadar pandangan daif daripada saya.
Penulisan-penulisan lain yang insyaAllah akan terbit pada tahun ini adalah Kumpulan Cerpen Matahari. Kebelakangan ini ramai juga bertanya berkenaan cerpen-cerpen saya apakah ia akan dibukukan. insyaAllah akan dibukukan. Itulah dia Kumpulan Cerpen Matahari. Masa boring-boring boleh baca. Bila terbit? Saya pun tak tahu lagi.
Tahun ini saya akan ada dua buku motivasi. Selain yang akan muncul di PBAKL, akan ada satu lagi buku motivasi iaitu: Buku Motivasi Langit Ilahi 3: Fanzuru. Saya tak mahu komen banyak fasal buku ni. Bila dah muncul, anda bebas menilai. Bila terbit? Saya pun tak tahu lagi.
Buat masa ini, yang insyaAllah akan terbit pada tahun ini adalah 4 buku tersebut.
Boleh dikatakan, keempat-empat buku itu telah siap saya tulis. Tinggal edit sikit-sikit lagi dan perkemaskan mengikut keadaan semasa.
Penulisan-penulisan saya yang baru, ada kemungkinan diterbitkan untuk sesi 2011 pula. Tapi saya akan mula menulis pada tahun ini la. Jangan risau, setiap perkara baru akan dikongsikan di dalam Langit Ilahi ini.
Saya ada idea nak buat cerita fasal guru di sekolah yang pelajarnya penuh bermasalah. Novel itu akan membahaskan karier seorang guru, sistem pendidikan, dan perkara-perkara yang bersangkut paut berkenaan penuntutan ilmu, tarbiyah, guru dan murid.
Oh ya, Saya juga akan mula menulis semula Novel Takdir pada tahun ini. InsyaAllah, saya harap Novel Takdir akan diterbitkan pda tahun 2011. Novel Takdir akan mempunyai 3 jilid. Dan saya jamin, Takdir adalah novel yang tebal. Tebal dari segi muka surat, dan tebal dari segi isi.
Mungkin boleh lawan Twilight Saga, dengan Lord of The Ring? Ha ha… Mungkin. Saya tak pasti.
Mungkin itu kut penulisan saya sepanjang 2010. InsyaAllah, saya akan usahakan menulis satu lagi buku untuk anak-anak sebagai penerus kepada Remaja Mulia. Bukan sambungan, cerita lain.
Penutup: Hidup memang menarik, tetapi perit
Kalau hendak berjaya menjadi penulis novel, kita kena susah payah menulis. Kalau nak berjaya menjadi ahli perniagaan, kita kena susah payah berniaga. Kalau nak berjaya menjadi cendikiawan, kita kena belajar bersungguh-sungguh.
Begitulah juga kalau nak berjaya menjadi hamba Allah, kita kena susah payah dalam hidup.
Hidup ini sangat menarik kalau kita hayati. Susahnya, senangnya, sukanya, dukanya, peritnya, lapangnya, semuanya menarik. Tetapi perit untuk lalui satu demi satu kesusahan, halangan dan cabaran.
Namun, keperitan itulah mahar untuk mendapatkan syurga Allah SWT.
Tanggungjawab kita adalah melaluinya dengan sabar.
Saya percaya, kalau kita sangka baik kepada Allah, semua perkara yang berlaku akan kita nampak baik-baik sahaja.
InsyaAllah. Doakan saya. Kalian sentiasa berada dalam peluk doa saya. Kalian tahu, saya rasa saya hidup macam saya hidup hari ini, adalah kerana doa kalian. Sebab itu, saya amat mencintai kalian. Sesungguhnya kita adalah saudara dan paksi hubungan kita adalah keimanan.
Saya akan berusaha lebih gigih, dan saya mengharapkan anda juga demikian.
Semoga kita terus berusaha menjadi hamba.












salam. hidup mmg x smudah yg di sangka. ada je ujian yg dtg. xslalu kita d atas, x slalu d bwh. ia lbh mematangkn kita. usaha, terus berusaha & usaha. Allah jua yg menentukannya..
perit. ble trase peritnya ujian itu, igtlah bhawa ada lg org yg lbh susah dr kita. krn sy slalu igt, ujian adlh tarbiyah dr Allah. juga d samping Allah nak menegur cara kita ada yg salah slp slama ni.
all the best for new semester~ smoga novel baru ini lbh memberi kesan pd readers..
wallahualam
salam…
sy pun skrg sdg berusaha utk mencintai ilmu… sy tidak ingin ketinggalan dgn kawan2 lain… ape sahaja buku atau artikel yang bermanfaat akan sy bace dari ayat ke ayat..klu sblum ni, mmg bace sepintas lalu je..skrg, tak lagi..sbb sy mula blaja utk mencintai ilmu..moga ade kebaikannye pada sy dan agama..insyaAllah…orang yg mencintai ilmu ini tidak akan rugi…=)
p/s: good luck for this semester, ea…doakan sy juga agar cemerlang di dalam sem terakhir ini… amiin ya Rabb…=)
quote:
“keperitan adalah mahar untuk mendapatkan syurga Allah SWT”
.alf syukr utk kata-kata ini.
.sangat mendalam dan luas.
samb,sangat mendalam dan luas utk diguna sebagai motivasi dan aplikasi kehidupan seharian
salam..
Sama-sama kita berusaha…
Semoga Hilal terus berjaya dan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.
Assalamualaikum,,
Moga anta sentiasa berada dalam rahmat kasih sayang Allah,,,
Kita adalah saudara dan kita akan selamanya bersaudara kerana Allah,,,
InsyaAllah, akan sentiasa ada doa mengiringi perjuangan anta,,,
Teruskan perjuangan untuk ummah kerana Allah,,,
Salam ukhuwwah mahabbah fillah…
http://naimulfirdaus.blogspot.com/
ini url blog saya.harap anta dapat berkunjung dan beri komen.syukran
salam…
owh..baru tau rupanya sinergi tu kisah benar eh..
hebat..
Salam.
semoga selamat semuanya.. insyaAllah..
*sdg final exam. singgah sekejap utk pengisian..*
Assalamu’alaikum Hilal
Semoga anda terus maju jaya…Moga Allah mudahkan segala urusan dan perjalanan anda..Moga Allah beri yang terbaik…Moga Allah rahmati dan berkati anda sentiasa, sayangi dan cintai anda selalu…Moga Allah redha dengannya
Teruskan perjuangan ini Hilal..Moga Allah balas pengorbanan dan usaha anda ini dengan sebaik-baik balasan di dunia dan akhirat…Ameen
Salam maju jaya dari UK
Salam..
teruskan berusaha!
insyaAllah kejayaan itu adalah hak milik orang yang sentiasa sibuk mencarinya..
sangat setuju dgn idea buku utk guru tersebut..!
Semoga dipermudahkan semuanya!
selamat berjuang..
hidup ini x selalu indah,byk dugaan akan dtg menimpa.
kesenangan itu jg satu dugaan
tapi selalunya yg duka itulah kita anggap ujian.
dan selau bersedih kerananya.
akak seorang guru,
selalu berikan motivasi kpd pelajar yg mmg selalu ditimpa masalah.
mslh cinta,pelajaran,dgn kwn2 ibubapa,mcm2 kerenah.
tp bila akak sendiri dilanda mslh,
Lagit Ilahi ni la yg akak kunjungi..
mencari semula diri yang selalu hilang.
menambah semangat mengharungi hidup dalam menyebar ilmu untuk anak bangsa.
terima kasih Hilal..
macamana ya nak tanamkan cinta yg tinggi pada ilmu?
harap boleh dapat jawapan.
tercari-cari jawapan utk persoalan ni. harap sangat dapat cinta yg mendalam pada ilmu so that tak nampak ‘cinta’ yg lain.
ada sedikit cemburu pada org yg dalam hatinya sangat cintakan ilmu.
dalam diri ni belum lagi terasa atau sampai kepada tahap tu.
selama menadah ilmu, belum lagi meresap ke dalam jiwa ilmu tu. (mungkin sbb bukan ilmu agama? jadi saya tak berapa terasa ‘connection’)
terasa cemburu jugak orang yg dapat belajar ilmu agama.
tapi ilmu tu pun satu amanah.
harap dapat menyumbang sesuatu pada ummah dengan ilmu yg dipelajari.
(sy budak tahun satu universiti di kanada. bidang sains sosial. sekadar makluman bg sesiapa yg mungkin tertanya2 ilmu apa yg sy tgh belajar. )
salam….smga hilal trs berpegang pada paksi keimanan yg sebenar…
dgn penuh rasa rendah diri, sy nk mnta hilal jelaskan ttg tajuk ni “Fitnah Dakwah ( Hadith Fitan Tentang Da’ie)” yang dibentangkan dlm PERTAMA kat mu’tah…betapa sy benar2 ingin tahu apa itu hadis fitan…skrg sy dh pun berada di M’sia…harpnya hilal sudi berkongsi…(klo nk emelkan pun boleh…lagi bagus)
syukran ats perkongsian
alhamdulillah…after lots of reading done from ur blog, the anger towards all the tiny things reduced…leaving only all the big things…but still, i keep on trying to be more patience…all in all, wishing u the best writing.
Assalamu’alaikum,
- kepada
راتو شهادة
InsyaAllah.
Terima kasih Evi.
Semoga Allah sayang dengan kamu.
- kepada wani
InsyaAllah, semoga Allah memberikan kamu kekuatan untuk mencintai ilmu bagi menghampiri-Nya.
Semoga cemerlang sentiasa.
- kepada 94057
InsyaAllah.
Terima kasih banyak.
- kepada nur-najah
Amiin..
Semoga Allah redha dengan kita semua.
- kepada mujahidah cinta Ilahi
Amiiin…
Jazakallah.
Semoga Allah redha…
- kepada jiwa hamba
Oho…
InsyaAllah.
Saya ada singgah. tetapi belum pernah menurunkan komen.
InsyaAllah, nanti saya akan usahakan.
- kepada asiif jiddan
Erm..
Sinergi bukan kisah benar.
Cuma ada watak benar di dalamnya.
- kepada hambamencari
InsyaAllah.
Semoga
- kepada Noor Faiza
Amiiin.
Terima kasih kerana tegar memberikan sokongan.
semoga Allah memandu kita semua ke jalan yang benar.
- kepada Iman Aisyah
InsyaAllah. Terima kasih atas doanya. Semoga Allah redha.
- kepada mukhlisah
InsyaAllah. Selamat. Terima kasih atas ucapannya.
- kepada ariesya
Alhamdulillah kak.
Hidayah itu daripada Allah juga datangnya ia.
Kita sama-sama meminta hidayah, motivasi, petunjuk daripada-Nya.
Semoga Allah bantu kita.
- kepada everjihad
Nak cinta pada ilmu, mudah.
Lihat niat kita menuntut ilmu.
Tunjukkan pada diri kita kepentingan ilmu.
Dari situ akan munculnya cinta kepada ilmu.
- kepada hamba
InsyaAllah.
Tapi saya pun tak boleh nak janji bila akan saya terangkan.
- kepada sumone
Semoga Allah kurniakan kamu kesabaran.
Semoga Allah memberikan kamu kelapangan jiwa dan ketenangan hati.
Semoga Allah redha dengan kita semua.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
assalamualaikum..
actually br hari ni sy tau page ni dr iluvislam.com..
ble bc diari anda,sy rs bersemangat nk truskan hdup ini..
doakan sy juga..terima kasih..