Langit Ilahi Rotating Header Image

Diari+Pengumuman: Berganda atas saya.

me, myself and i. Not a lone warrior for sure..

me, myself and i. Not a lone warrior for sure..

Allah SWT amat baik. Dia masih lagi membenarkan saya hidup hari ini, walaupun saya bukanlah hamba-Nya yang terbaik. Saya menganggap, hari-hari yang Dia berikan kepada saya sebagai peluang, sebagai ruang, untuk saya bertaubat dari segala dosa, berusaha menjadi lebih baik dan menjadi hamba-Nya yang diredhai.

Karya saya yang pertama diterbitkan adalah Novel VT dan Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita. Terbit pada 17hb April 2009. Pejam celik pejam celik, sekarang sudah berada di penghujung bulan Disember 2009. Sudah 9 bulan 6 hari saya bergelar penulis buku secara rasmi.

Sebagai penutup tahun 2009 penuh kenangan dan pencapaian ini, saya khabarkan lagi satu kombo, yang terakhir untuk tahun ini.

Remaja Mulia, dan Kolumnis Majalah Anis.

Moga doa-doa terus ditembak.

Cover Remaja Mulia.

Cover Remaja Mulia. Tapi bila cetak, sedikit gelap warna biru dia. Tak apa kan?

Novel Remaja Mulia telah dipasarkan

Sebagaimana yang pernah saya katakan dahulu, Novel Remaja Mulia akan diterbitkan pada bulan Disember 2009.

Alhamdulillah, kini Novel Awal Remaja: Remaja Mulia sudah berada di pasaran dan boleh didapati di kedai-kedai yang menjual VT serta Langit Ilahi sebelum ini. Mungkin yang berada di sekitar Klang akan terlebih dahulu dapat melihat buku ini di barisan almari kedai. Negeri-negeri dan daerah lain mungkin sedikit lewat.

Kali terakhir saya memerhatikan http://bukuonline2u.com, saya tidak melihat Remaja Mulia di dalam katalog mereka. Ini menandakan, pembelian Remaja Mulia secara online masih belum lagi boleh dilakukan. Harap dapat bersabar. Biasanya, bukuonline2u akan menyediakannya memandangkan mereka juga memasarkan Novel Relasi saya yang amat sukar didapati di kedai-kedai.

Remaja Mulia adalah hadiah saya kepada mereka yang berumur sekitar 11-14 tahun. Mungkin kalau orang tua membacanya, mereka akan rasa buku ini tidak setaraf untuk mereka. Tetapi saya fikir, kalau orang tua membacanya, mereka juga akan terkesan dengan isinya.

Itu yang saya fikir.

Kepada adik-adik, saya tidak tahu hendak bahasakan diri saya kepada kalian sebagai abang atau apa. Tetapi saya hanya ingin kalian tahu satu perkara. Kalian adalah saham masa hadapan saya. Jadi saya hakikatnya amat terluka apabila suasana dunia hari ini merosakkan kalian sedari umur awal kalian.

Ketahuilah, saya bukan abang kalian. Tetapi saya berusaha menyelamatkan kalian.

Dan ini janji saya.

Remaja Mulia adalah antara langkah awal saya untuk kalian.

Di dalamnya mengisahkan perihal seorang pelajar darjah enam bernama Irfan Hakimi, yang hidupnya miskin, diuji pula dengan kematian bapa, dikutuk saban hari oleh tiga sekawan yang jahat, yang kemudiannya Irfan Hakimi ini diuji dengan pelbagai ujian seperti tuduhan, kematian penjaga selepas kematian ayahnya pula yakni Haji Makruf.

Irfan Hakimi punya seorang sahabat bernama Rasyid Zakwah. Rasyid Zakwan pula adalah seorang perokok, kurang adab, panas baran, dan ada masalah keluarga. Irfan Hakimi berhadapan dengan masalah hidupnya, ditambah pula dirinya yang hendak mengajak Rasyid Zakwan kepada kebaikan.

Adik-adik, saya tidak mahu memanjakan kalian dengan Shin Chan, power rangers mahupun doraemon. Semua itu adalah virus yang melemahkan masa hadapan kalian. Hiduplah adik-adik dengan contoh sebagaimana contoh yang Irfan Hakimi yang saya tulis ini tunjukkan.

Ketahuilah, saya amat mencintai kalian, saham saya untuk masa hadapan.

Kepada pembaca-pembaca Langit Ilahi yang mengikuti Novel-novel saya seperti VT, Relasi dan Terasing, Remaja Mulia adalah prekuel kepada Sinergi yang bakal diterbitkan pada KLIBF’10 bulan Mac hadapan.

Mungkin kalian juga patut membaca Remaja Mulia.

InsyaAllah banyak kebaikannya.

Majalah ANIS Januari 2010

Majalah ANIS Januari 2010, nampak tak perkataan Langit Ilahi kat bahagian merah tu? hu3..

Menjadi Kolumnis ANIS

Mungkin para ibu yang melawat Langit Ilahi, sering sahaja membeli ANIS sebagai bahan bacaan masa lapang, juga sumber informasi Islam yang menarik dalam kehidupan rumah tangga. Jadi ibu-ibu, anak kalian bernama Hilal Asyraf ini akan menjadi kolumnis ANIS untuk tahun 2010 bermula Majalah ANIS keluaran Januari 2010.

Jadi ibu-ibu, ummi-ummi, mama-mama semua, Hilal ini tidaklah pandai bab-bab keluarga. Justeru yang Hilal kongsikan hanyalah fikrah-fikrah yang boleh menjadi motivasi buat semua. Harap ibu, ummi, mama sekalian boleh memberikan sokongan dan dorongan yang lebih kepada Hilal.

Kolum Hilal di dalam ANIS kalau tidak silap bernama Langit Ilahi. Sama namanya dengan nama website anakanda ini.

Hilal sentiasa menanti-nantikan komentar ibu, mama, ummi semua untuk peningkatan dalam penulisan Hilal. Juga ternantikan cadangan untuk apa yang akan dituliskan bagi keluaran akkan datang.

Moga-moga, penulisan Hilal memberikan manfaat kepada ibu, ummi dan mama semua, juga menjadi titik keeratan hubungan Hilal sebagai anakanda kepada kalian. Harapnya, banyak yang boleh kita kongsikan bersama. Hilal juga perlu banyak tunjuk ajar dari umi semua.

Mungkin bagi pelawat Langit Ilahi yang belum pernah membaca Majalah ANIS, bolehlah mula membelinya bermula keluaran Januari 2010. Majalah ini bagus juga bagi siapa yang mengambil manfaat di dalamnya. Ia hanya akan menjadi majalah biasa tidak bermakna, jika anda membeli, baca kemudian tidak menterjemahkan apa yang ada di dalamnya.

Apa buku pun akan jadi demikian jika pembacanya tidak mengambil apa yang ada di dalamnya.

Penutup: Ini semua perkongsian kita

Saya senang berkata bahawa saya adalah hak milik ummah. Saya salah anda boleh tegur. Saya kurang anda boleh tambah. Saya cacat anda boleh papah. Tetapi pastinya dengan adab dan akhlak.

Ini semua perkongsian kita, bukan kejayaan saya sahaja. Anda wahai pelawat Langit Ilahi, pembaca senyap atau yag aktif menurunkan komentar, memberikan kata semangat, semuanya mempunyai saham dalam kejayaan-kejayaan yang saya pijak.

Pada saya, barangsiapa yang menganggap kejayaan-kejayaan saya, pencapaian-pencapaian saya adalah untuk diri saya sahaja, maka dia telah silap dengan kesilapan yang sebenarnya. Ini kejayaan kita semua. Kita semua, saya dan anda.

Saya tidak pernah memandang kalian di belakang saya, tetapi saya sentiasa nampak kalian di sisi saya. Kita sama sahaja sebenarnya. Hamba kepada-Nya.

Harapnya, Allah bukakan lagi rezeki yang lebih besar, pengalaman yang lebih banyak, gerak kerja yang lebih lancar, kefahaman yang bertambah, hikmah yang lebih mendalam, seni yang lebih menawan agar kita sama-sama dapat bergerak menjadi hamba-Nya yang terbaik.

Gerak saya adalah gendang, agenda saya adalah Perang.

Memerang cabut jahiliiyah di dalam hati.

Terus menembak doa kepada saya.

Sesungguhnya saya cintakan anda semua.

Print This Post Print This Post

22 Comments

  1. kembar says:

    Tahniah :!: -moga lebih berjaya di kemudian hari(masa hadapan)

  2. Nabila_H says:

    slamat maju jaya dlm perjuangan menghidupkan hati yang terleka dan menerangkan hati yang disurami jahiliyah

  3. kami pembaca setia akan terus menyokong bro dari belakang..depan..tepi ..moga terus maju.

    -Danial Al Asr-

  4. kaZe says:

    insyaAlLah.. :smile:

  5. Nur N u r ! says:

    ya! kami sama-sama mendoakan kejayaan saudara dunia akhirat :)

  6. trueblu says:

    Salam Hilal,

    nanti mesti bkn stakat ibu, mama, ummi je yg beli Anis kot.
    ntah2 yg bakal ibu, mama, ummi yg ramai beli… :grin:

    semoga Hilal makin murah rezeki dan banyak idea untuk menulis sepanjang
    1431H nnti.
    :razz:

  7. srikandi says:

    assalamualaikum..
    pertama kali memegang buku anda saya rasa terpanggil untuk membacanya.. :smile: sepanjang pembacaan saya terasa begitu dekat di hati..pendekatan yang santai dan membacanya adalah seperti berkata kepada diri sendiri.. :wink:

    semoga berjaya dalam apa sahaja yang anda lakukan..teruskan berusaha..dan berusaha.. :???:

    wassalam..

  8. jadikan aku serikandi says:

    Assalamualaikum..

    wah tahniah ye saudara… makin bertambah2 ruangan dakwah saudara… ana doakan saudara semakin berjaya… semoga semakin ramai yang membaca dan semakin ramai yang mendapat ilmunya..xsabar pula rasanya nk beli anis keluaran januari 2010… and xkisah la kalau golongan sasaran Remaja Mulia tu untuk y muda2 ana y dah menginjak 22 ni tetap nk beli… mana la tau ada ilmu y ana boleh ambil… kan… and between im going to buy all your book.. sbb ana suka gaya penulisan saudara… berkesan di hati ana… syukran

    p:s/ ana doakan saudara berjaya

    salam
    ikhlas
    serikandi

  9. 'adny says:

    alhamdulillah,
    smoga saudara terus berkembang maju dlm menyebarkan dakwah atas jln allah ini..
    mujur hostel sediakan anis free every month..tak perlu susah susah cari..hee

  10. Fathi Baik says:

    Tahniah Hilal. Moga diredhai ALLAH.

  11. dina says:

    salam hilal,mabruk alaik cz masuk dalam ruangan kulumnis anis.. :wink:

    seronok jgk 2..cz sy ni memang xketinggalan setiap keluaran anis..dr dulu lg..nanti hilal akan tulis berkenaan apa ye??

    hmm..gaya penulisan hilal yg santai,lebih kurang ust hasrizal(saiful islam) jgk..e2 yg sy suka baca 2..insyaallah sy akan sentiasa menyokong usaha dakwah ini..menjadi tanggungjawb sy jg sbagai hamba allah.. :wink:

    wassalam

  12. n_ak88 says:

    tahniah hilal..semoga sentiasa dalam redha Allah..

  13. anita ramli_Terengganu says:

    Assalamualaikum…

    Tahniah diucapkan kepada saudara Hilal..diusia sebegini saudara sudah mampu menghasilkan karya dan penulisan yang bagi saya cukup terkesan di hati..kadangkala bila diamati dan dibaca berulangkali..airmata menemani…Syukran Jazilan kerana dengan terhasilnya TERASING…saya menemui apa yang saya tercari-cari selama ini..terasa begitu kerdil di bumi Tuhan yang hanya pinjaman dan sementara ini…Wassalam..Siiru ‘Ala Barakatillah…Semoga Rahmat Allah sentiasa menerangi setiap jalan perjuanganmu….

  14. fawwaz says:

    tahniah hilal…

    saja nak sebut.seronok dpt makan dan sembang2 ngan nta cam td walaupun nampak biasa ja..

  15. orang biase says:

    tahniah hilal.. x sangke ye, dulu suke2 je lukis2 sume tu.. skarang dah bnyk menulis sume.. semoga berjaya dalam ape yg diceburi… teruskan usaha..

  16. laksamana laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada kembar

    Amiiin… terima kasi atas ucapan tahniahnya.

    - kepada Nabila_H

    Amiiin… hidayah itu daripada Allah juga datangnya ia. Kita manusia ditugaskan berusaha sahaja. Moga usaha kita berada di dalam redha-Nya…

    - kepada Danial Al Asr

    Amiiin… terima kasih danial. Anda telah lama menjadi pembaca di sini. Semoga doa-doa manusia seperti anda membantu saya dalam perjalanan saya.

    Moga Allah rahmati kita semua….

    - kepada kaZe

    InsyaAllah….

    - kepaadaNur N u r !

    Alhamdulillah. Saya senang demikian. moga kalian juga dirahmati Allah SWT.

    - kepada trueblu

    Amiiin…

    Alhamdulillah. baguslah kalau begitu. Senang hati saya.

    - kepada srikandi

    Terima kasih atas sokongannya. Saya harap, saya yang serba kekurangan ini membawa makna dalam kehidupan insan. Dengan demikian kalian menjadi saksi dan saham saya di akhirat.

    Moga-moga Allah SWT benar-benar redha dengan hal ini.

    - kepada jadikan aku serikandi

    InsyaAllah, ada manfaatnya.
    Saya yakin itu.

    Bagi siapa yang Allah SWT inginkan kebaikan, maka Allah SWT akan fahamkan dia agama-Nya…

    - kepada ‘adny

    Amiiiin… Senanglah anda. hu3…

    - kepada Fathi Baik

    Amiiin. Sahabat macam enta, doanya insyaAllah mustajab.

    - kepada dina

    Buat masa ini mungkin saya akan ambil artikel yang lama-lama dahulu. Sebab ANIS bagi persetujuan untuk jadikan saya kolumis itu lewat juga. Jadi saya tak tahu nak letak artikel baru apa.

    Tapi insyaAllah, artikel Februari akan merupakan artikel yang tidak pernah disiarkan di Langit Ilahi.

    - kepada n_ak88

    Amiin… terima kasih akak…

    - kepada anita ramli_Terengganu

    Amiiin… Terima kasih.

    Saya senang dengan sokongannya.

    Segala kebaikan itu daripada Allah juga datangnya.

    Kita harap, Allah izinkan kita istiqomah atas jalan kebenaran-Nya…

    - kepada fawwaz

    Alhamdulillah. Dengan sahabat, sentiasa luar biasa.

    - kepada orang biase

    Amiiin… mana tahu ni? Mesti pernah sekelas dahulu. hu3…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

  17. alin alin says:

    salam….
    Alhamdulillah…
    semakin success…
    teruskan usaha!!!

  18. aidan says:

    tahniah saudara…
    mga enta trus mnulis n kmi dpt trus mmbce entry2 enta..
    mabruk !

  19. theserikandi says:

    salam..
    wah! tahniah2..semoga terus sukses…=)

  20. laksamana laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada alin

    Amiiin….

    - kepada aidan

    Moga ana dapat terus istiqomah, dan kita semua mendapat peluang mempertingkatkan diri.

    - kepada theserikandi

    Terima kasih…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

  21. hatimzikri hatimzikri says:

    salam, tahniah ats pencapaian ustaz, moga terus maju dan menyumbang

  22. Noor Faiza says:

    Assalamu’alaikum…

    Alhamdulillah serta Tahniah Hilal…semoga anda terus maju jaya…Doa saya, semoga Allah SWT permudahkan jalan serta urusan anda dunia dan akhirat..Ameen

    Alhamdulillah serta Tahniah!

Leave a Reply