Langit Ilahi Rotating Header Image

Edisi Ramadhan: Apa yang telah kamu buat?

Ramadhan, apakah yang telah kami lakukan kepada kamu?

Ramadhan, apakah yang telah kami lakukan kepada kamu?

Tadi saya menghadiri Solat Jumaat di Masjid Universiti. Dr Hawari dari Kuliah Usuluddin, seorang yang pakar dalam ilmu hadith bertugas memberikan khutbah hari ini.

“7 hari telah berlalu, seminggu telah berjalan. Wahai hamb Allah, apakah yang telah kamu buat dalam Ramadhan ini?”

Ternyata, khutbah minggu ini, khutbah pertama dalam Ramadhan, adalah khutbah mengajak semua untuk bermuhasabah. Dr Hawari dengan penuh perasaan melontarkan beberapa persoalan dan memberikan nasihat.

Hari ini, saya fikir, saya sekadar berkongsi dengan kalian, apa yang saya dengar daripadanya.

Sesungguhnya, hati saya tersentuh. Moga hati kalian juga begitu rasanya.

“Allah telah memberikan kamu harta. Harta kamu adalah milik Allah SWT. Bukan kepunyaan kamu, bukan kepunyaan bapa kamu atau datuk kamu. Maka wahai hamba Allah, apakah yang kamu telah lakukan terhadap harta kamu dalam Ramadhan kamu ini?”

Kita ada duit. Yang dah bekerja ada gaji. Pelajar biasiswa ada duit biasiswa. Yang dapat belanja dari ibu bapa ada juga wang. Hanya golongan faqir dan miskin sahaja mungkin terkeluar dari seruan ini, kerna merekalah yang memerlukan sumbangan manusia yang mempunyai kelebihan wang.

Apa yang telah kita buat dengan harta kita dalam Ramadhan ini?

“Wahai hamba Allah, Allah memberikan kamu makanan. Kamu makan. Tapi adakah kamu berkongsikan makanan kamu itu dengan orang lain? Apakah yang telah kamu lakukan dengan makanan kamu pada bulan ini?”

Ya. Masa Ramadhan, kalau di Malaysia ada bazar-bazar. Ada murtabak special, ada air macam-macam warna, ada kuih macam-macam jenis. Kita beli, ayam percik, apam balik, semua kita beli. Tapi masa buka kita membazir. Makan tak habis. Perut penuh sampai tak mampu bangun solat tarawih. Apakah yang telah kita lakukan?

“Wahai hamba Allah, Allah memberikan kamu masa, dan masa itu sentiasa berlalu. Apakah yang telah kamu lakukan dengan masa kamu dalam bulan ini?”

Ya para pembaca. Masa kita dalam bulan ini, apakah yang telah kita lakukan dengannya? Kita isi dengan apa 7 hari ini? Tidur? Tidak menghubungkan kehidupan kita dengan Allah SWT? Buat benda lagha yang mengundang ghaflah(lalai)?

“Wahai hamba Allah, Allah telah memfardhukan kamu solat, maka apakah yang telah kamu lakukan terhadap solat-solat fardhu kamu? Ketahuilah bahawa Tarawih itu sunnah, sedang Isya’ dan Fajar itu adalah wajib. Apakah pantas untuk kamu mendirikan tarawih tetapi melewatkan isya’ dan mengakhirkan fajar? Ketahuilah bahawa Isya’ dan Fajr itu datang dahulu sebelum tarawih”

Ya, apa yang telah kita lakukan dengan solat-solat fardhu kita? Adakah kita menjaganya dengan lebih baik dalam bulan ini? Apakah kita menghayati setiap geraknya? Atau kita menumpukan tarawih sehingga tidak bangun subuh pada waktunya hanya dengan alasan letih?

“Ramadhan adalah bulan Al-Quran wahai hamba Allah. Wahai hamba Allah, maka apakah yang telah kamu lakukan kepada kitab RABB kamu ini? Adakah kamu mempercantikkan bacaan kamu? Adakah kamu menghayati isinya dalam kehidupan kamu?”

Bagaimana? Kita usaha untuk khatam hanya untuk tradisi atau benar-benar berhajat memahami? Apakah yang telah kita lakukan terhadap Al-Quran dalam bulan ini wahai pembaca?

“Sedekah wahai hamba Allah. Apakah yang telah kamu lakukan dengan sedekah? Apakah kamu memberi perhatian kepadanya pada bulan ini?”

Berapa banyak sedekah kita itu tidak penting. Pokoknya, apakah kita bersedekah? Adakah kita berusaha untuk bersedekah dalam bulan ini?

“7 hari telah berlalu, seminggu telah berjalan. Wahai hamb Allah, apakah yang telah kamu buat dalam Ramadhan ini?”

Jawab soalan itu dengan hati kita. Muhasabah 7 hari kita dalam bulan yang mulia ini. Apakah yang telah kita buat? Dengan apa bulan ini telah kita isi?

Ada 23 hari lagi. Jangan itu pula yang kita ulang-ulang, sebagai penenang hati kononnya esok masih ada untuk mengisi kantung pahala diri. Siapa berani menjawab dengan yakin esok akan menjadi miliknya lagi?

Wahai pembaca, Allah menghadiahkan kita Ramadhan. Ini adalah hadiah.

Bagaimana kita melayan hadiah kasih sayang ini?

Silap haribulan, dalam bulan yang mulia ini, kita masih bermaksiat lagi, ingkar lagi kepada-Nya.

Apa yang telah kita buat wahai pembaca? Wahai hamba Allah?

Apa yang telah kita buat?

“Wahai hamba Allah, Ramadhan adalah bulan perubahan. Perubahan buruk kepada baik. Baik kepada yang lebih baik. Agar kita mampu menjadi hamba Allah yang terbaik selepas Ramadhan ini pergi. Hadiah Ramadhan adalah taqwa, dan dengan taqwalah kita berbekal sepanjang 11 bulan yang lain”

Maka apakah kita telah berubah wahai pembaca? Atau memilih untuk buat tidak tahu sahaja?

“Barangsiapa yang meninggalkan Ramadhan, tetapi dia masih tidak diampunkan, maka dia akan dijauhkan daripada Allah. Katakanlah amin” Itu ajuan Jibril, dan Rasul kita telah menyahutnya dengan amin…

Apa yang telah kita buat wahai pembaca?

Mari kita duduk sebentar, melihat jiwea, perbaiki hati, koreksi diri.

ps: 23 hari lagi untuk kita isi…

Print This Post Print This Post

13 Comments

  1. inas inas says:

    salamun’alaik,

    tuan, benar sy tersentuh.. terima kasih krn berkongsi.

    benar lah puasa kita kadang2 hanya berlapar dan dahaga semata-mata. tidak dijaga itu ini. solat fardhu tetap dilewat-lewatkan seperti di bulan lain.. yg amalan sunatnya tak payah ceritalah..

    dgn keadaan di bazar ramadhan, ahhh ya Allah.. org yg berjual beli boleh membantu dalam kurangnya pahala puasa kita.. kalau masuk waktu puncaknya, keadaannya sedang sesak, badan berselisihan dan bersentuhan berlainan jantina.. oh tidakkkk.. ya Allah..

    ampunkan lah sy ya Allah.. bantulah sy utk merebut fadhilat Ramadhan ya Allah, amin….

    [Reply]

  2. fatin aimie says:

    mcm mn nk kurgkan tdo?slalu mngantuk :oops:

    [Reply]

  3. hambamencari says:

    Salam.

    23 tu bkn lama lg sebenarnya..
    masa sgt sgt pantas berlalu..

    Mmg perlu kita tgk blk ape yg kita dah buat sepanjang tu.
    Dan harap2 perubahan dan pembaikan yg kita lakukan tu adalah sesuatu yg istiqamah.

    Chaiyok2 sume!
    :)

    [Reply]

  4. fieqa says:

    salam ziarah..sy trsentuh dgn post nie..moge hari2 esok lebih baek dr sebelumnye..
    moge keinsafan ini membawa kpd gerak amal.insyaAllah!..fastabiqul khairat..^_^

    [Reply]

  5. zizie ali says:

    ya, 22 hari lagi unt kita isi. dgn pengisian yg berkualiti. InsyaAllah.

    [Reply]

  6. aunty meen says:

    jzkk atas ingatan Nak Hilal Asyraf tu. Manusia mmg perlu pada muhasabah diri selalu. Banyak sgt perkara yg kita selalu terlepas pandang.

    would like to share an article pasal puasa, ramadhan, belajar dan sibuk ni… try to visit the addr below:

    http://alfaruuq.blogspot.com/2009/08/madrasah-ramadhan.html

    Salam Ramadhan Kareem buat hilal dan adam k.

    [Reply]

  7. syajaah says:

    subhanallah…rasa hiba mengasak dada…

    “Ramadhan adalah bulan Al-Quran wahai hamba Allah. Wahai hamba Allah, maka apakah yang telah kamu lakukan kepada kitab RABB kamu ini? Adakah kamu mempercantikkan bacaan kamu? Adakah kamu menghayati isinya dalam kehidupan kamu?”

    jzk wa khairan jz, moga Allah membalasnya dengan ‘unta merah’..insyaAllah..sungguh, adakah kita khatam quran di bulan yg penuh berkah ini sekadar ikut-ikutan..atau kita benar-benar menghayati ayat-ayat cinta dari Allah itu…sama-sama sahabat yg dikasihi krn Allah sekalian…kita refleksi diri…sama-sama juga realisasikan..2:183

    “Wahai org2 yg beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas umat terdahulu agar kamu bertaqwa.”

    Moga2 madrasah ramadhan kali ini betul2 mengundang rasa taqwa di hati kita…ameen.

    [Reply]

  8. az-zahra says:

    salam saudara hilal..
    setiap kali jam berdetik kita sentiasa dalam kerugian disebabkan kurang pengisian..
    pejam celik pejam celik dah seminggu kita berpuasa..
    sembahyang berjemaah di surau dan masjid sudah berkurang safnya..
    terawih adalah solat sunat, tapi yang ingin di kongsikan ialah sembahyang berjemaah maghrib dan isyak..
    ramadahan memberi kita peluang yntuk berjemaah bersama-sama,dan pahala yang akan diperolehi adalah berlipat ganda.insyaallah..
    tapi kenapa kita menghargai peluang yang diberikan itu..??
    kenapa kita sombong sangat dan tidak ingin menunduk pada yang memberi..??
    fikir-fikirkanlah…

    [Reply]

  9. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    -kepada inas,
    Alhamdulillah, yang menyentuyh hati kamu itu adalah Allah SWT,
    Ya, kena jaga semua itu. Hati sensitif akan merasa…

    -kepada fatin aimie,
    Yang saya tahu la kan, kena tidur awal dan banyakkan minum air.

    -kepada hambamencari,
    Memang bukan lama. Tup-tup dah 10 malam terakhir…
    Kena banyak muhasabah, agar tidak menjadi orang yang rugi…

    -kepada fieqa,
    Salam ziarah kembali, alhamdulillah, Allah SWT telah membuka hati kamu. Moga benar-benar hari esok lebih baik dari semalam. BergeraklaH!

    -kepada zizie ali,
    InsyaAllah…

    -kepada aunty meen,
    Terima kasih makcik sebab kongsi. insyaAllah Hilal akan singgah link tu…

    -kepada syajaah,
    Amiiin…

    -kepada az-zahra,
    Sememangnya, masa untuk manusia itu adalah kehidupan…
    Jika tidak diisi dengan baik, maka ia menjadi kerugian…
    Semakin lama, hati manusia semakin beku. Dia akan cepat penat. Inilah padahnya bila matlamat kurang jelas. Ramadhan untuk Allah, atau sekadar adat?
    Sama-sama kita fikirkan…

    ~seorang hamba…
    Hilal Asyraf

    [Reply]

  10. Syuqairah says:

    Salam..

    ana tersentuh sngat akhi..
    terkadang diri merasa cukup melakukan amalan..
    sedangkan dibiar masa yang ada dlm bulan ni tanpa amal..
    tak terasa, rupanya sudah 11 hari kita berpuasa..tinggal beberapa hari sahaja lagi..
    tak pasti juga sempat @ tidak..
    :(..astaghfirullahalazim..

    [Reply]

  11. [...] saya mendengar khutbah ini tahun lepas, saya pantas menulis satu artikel berkenaan dengannya. Semalam, saya terbaca artikel itu semula. Saya rasa sayu dan terharu. Saya [...]

  12. etiey says:

    just want 2 thank u
    tengssss
    time ksh

    [Reply]

  13. anayilz says:

    T_T

    [Reply]

Leave a Reply