
Ramadhan, bagaimanakah kita melayannya?
Hari ini 19hb Ramadhan, bersamaan dengan 09 september.
Lah, dah habis 2/3 Ramadhan. Sekejap. Sekejap sangat. Kita sudah isi Ramadhan kita dengan apa?
Saya yakin, kebanyakan kita, menggunakan sebaik-baiknya setiap 24 jam dalam 20 hari Ramadhan belakang ini. Ada yang baca Al-Quran banyak-banyak, ada yang dirikan solat sebanyak mungkin, ada pula yang mengisi masa lapang dengan berzikir, kebanyakan kita memperbanyakkan sedekah, kebanyakan kita meninggalkan maksiat yang dilakukan.
Sudah 20 hari Ramadhan, kita berusaha segala termampu kita, mengisi masa-masa kita, meninggalkan kejahatan-kejahatan kita.
Tetapi, suasaha bersungguh-sungguh semasa Ramadhan ini, biasanya akan kita susuli dengan 11 bulan yang penuh sia-sia, keingkaran, kemalasan beramal, kelalaian dan bermaca-macam lagi perkara, yang sememangnya kontra dengan apa yang kita lakukan dalam Ramadhan.
Maka, sekarang saya ingin bertanya.
Siapakah yang kita sembah?
Allah atau Ramadhan?
Sebahagian orang mungkin akan kata kepada saya:
“Ala, ok la tu, dari tak beramal langsung. At least masa Ramadhan jadi baik”
Ada pula yang kata pada saya:
“Masa Ramadhan ni, Allah bagi pahala banyak-banyak, so boleh la tampung dosa aku nak buat 11 bulan lagi”
Saya juga pernah dengar orang kata:
“Ala, nanti Ramadhan sekali lagi, taubat la”
Adakah benar, kebaikan, ketaatan, dan segala perkara yang Allah suruh, kehidupan Islam dan sebagainya, tempatnya hanya di dalam Ramadhan? Benarkah fungsi Ramadhan itu, adalah demikian? Tempat orang beramal sebagai bekal untuk buat banyak dosa lagi 11 bulan?
Sebenarnya, Ramadhan adalah makhluk Allah SWT juga. Dia adalah hadiah daripada Allah SWT untuk kita.
Kita tidak beramal bersungguh-sungguh kerana bulan ini adalah bulan Ramadhan. Setiap masa seorang mu’min itu perlu bersungguh-sungguh. Tetapi, kita lebih bersungguh-sungguh, kerana Allah telah mengwar-warkan waktu, masa, tarikh tertentu dengan menghamburkan segala rahmat, maghfirah, kasih sayang-Nya pada waktu itu. Dan waktu itu adalah Ramadhan.
“Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira(bersungguh-sungguh) maka Allah ampunkan untuknya dosanya yang terdahulu”
Ramadhan, adalah peluang. Tetapi, Ramadhan bukanlah Ilah. Tanpa Ramadhan, kita berhenti taat. Tanpa Ramadhan, kita berhenti beramal.
“Ala, aku dah sungguh-sungguh masa Ramadhan. Cukup la tu. Pahala banyak”
Ya kah? Maka ketahuilah bahawa, anda tidak mendapat apa-apa.
Berjaya atau tidak Ramadhan kita, hanya mampu kita lihat dengan perjalanan 11 bulan kita yang seterusnya. Hadiah Ramadhan adalah taqwa. Bekalan hidup terbaik adalah taqwa. Sekiranya kita mampu meneruskan ‘musafir’ kita atas kehidupan ini 11 bulan lagi, seterusnya bertemu semula Ramadhan, dalam keadaan kita terus taat dan bersungguh-sungguh memenuhi tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, maka ketika itu barulah kita boleh katakan bahawa:
“Alhamdulillah, Ramadhan ana yang lalu telah berjaya”
Saya tidak nampak, yang Ramadhan ini lebih dari alat. Yakni alat untuk kita tingkatkan diri kita. Ramadhan adalah wasilah, yakni jalan, yang membantu kita untuk lebih taat kepada Allah SWT. Ramadhan adalah catalyst, pemangkin yang membangkitkan kembali perasaan kita yang telah mati ditikam kerosakan-kerosakan dalam kehidupan. Ramadhan adalah ubat, yang menyembuhkan kembali hati kita, yang telah tercedera dicalar-calarkan oleh pisau suasana pada bulan-bulan lain.
Tetapi Ramadhan bukan tuhan kita. Kita tidak beribadah kerana Ramadhan.
Ramadhan hanya sebulan dalam setahun. Hanya 40 kali dalam 40 tahun hidup kita. Tetapi kita mempunyai 11 lagi bulan ‘biasa’ dalam setahun. Bulan-bulan ‘biasa’ ini ada 440 kali dalam 40 tahun hidup kita untuk dilalui. Dan tiada Ramadhan dalam bulan-bulan yang lain. Tetapi, kita WAJIB taat pada Allah, tunduk pada perintahnya, setiap masa, setiap saat, dalam kehidupan kita, dalam 11 bulan yang lain, dalam 440 bulan sepanjang 40 tahun kehidupan kita(kalau 40 tahun, kalau hidup 60-70 tahun, berapa kah bulan biasa kita lalui?).
Ramadhan kita lihat akan pergi. Selepas 30 hari, dia menghilang. Tetapi Allah, Allah hidup dan tak akan mati, Allah sentiasa ada dan tidak akan pergi.
“Allah, tiada tuhan selain Dia, Yang Maha Hidup, Yang Terus Menerus Mengurus (makhluk-Nya), Tidak mengantuk dan tidak pula tidur. Miliknya apa yang ada di langit dan bumi…” Surah Al-Baqarah ayat 255.
Kalau kita tumpahkan ketaatan kita hanya kerana wujudnya Ramadhan, maka sesungguhnya, kita telah menjadi hamba kepada hadiah Allah SWT kepada kita. Bukannya hamba kepada Allah SWT yang memberikan hadiah Ramadhan kepada kita.
Jika perkara ini berlaku, ternyata sebenarnya, kita telah mensia-siakan hadiah Allah SWT, Ramadhan yang besar ini. Tidak tercapai, maksud kewujudan Ramadhan, agar insan berjaya mewujudkan ketaqwaan di dalam kehidupan mereka, agar kehidupan mereka seterusnya menjadi lebih baik dan lebih dekat dengan Allah SWT.
Di sinilah saya melihat, insan perlu duduk dan bermuhasabah.
Apakah maknanya kita gelar Ramadhan ini dengan pelbagai gelaran seperti ‘bulan perubahan’, ‘bulan orang beriman’, ‘bulan ujian meraih ijazah ketaqwaan’ dan berpuluh-puluh lagi gelaran yang anda boleh lihat dalam TV, dalam akhbar, dalam blog-blog orang, tetapi kita tidak mampu mencapai tujuan sebenar kewujudan Ramadhan, makhluk Allah, hadiah daripada Allah ini? Yakni tujuannya agar kita mampu mencapai ketaqwaan agar kita mampu menjadi hamba Allah SWT yang sebenarnya.
Mana perubahan kita? Berubah hanya untuk sebulan ini sahaja? Itu bukan perubahan namanya.
Mana keimanan kita? Beriman hanya sebulan ini sahaja? Itu bukan keimanan namanya.
Ujian meraih ketaqwaan? Kayu ukur mendapat taqwa itu dengan apa? Sungguh-sungguh beramal sebulan ini kemudian tinggal? Kemudian tidak tertingkat? Itu bukan taqwa namanya.
Marilah kita duduk sebentar.
Siapa yang kita sembah sebenarnya?
Ramadhan, atau Allah SWT yang menghadiahkan Ramadhan ini kepada kita.





alhamdulillah terima kasih hilal
[Reply]
inilah kelebihan manusia, tidak pernah puas dengan sesuatu perkara, sentiasa mencari ruang, jalan, alasan bagi memperbaiki..tahniah.
sesetengah hanya beribadat siang malam, ,menyangka dirinya sempurna dengan ibadah yg dilakukan..tetapi mula bongkak, tiada hablum minan nas..bila ditegur terus melenting..ahh tertipunya manusia… Ya Allah jangan biar ak hanyut, berikan ak petunjuk tika ak tersalah tafsir hidup ini…ak insan serba kekurangan, mudah ditipu nafsu…
[Reply]
Assalamu’alaikum,
-kepada esanstudio.net,
muhasabah untuk diri ana juga sebenarnya…
-kepada nur,
sama-sama kita duduk sebentar, muhasabah…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
teringat puisi kawan sy.. antara bunyi nya mcm tuan kata la,
kita ni hamba Ramadhan ke hamba Allah?
utk org yg keluarkan statement mcm tuan sebut pd awal entri tu, maybe diorg yakin akan bertemu dgn Ramadhan lg next year, so dpt la bersihkan diri dari noda yg tercalit pd badan utk 11 bulan yg berada di antara kedua bulan berkat tu.
wuu…. sy mcm mana pula..
diterimakah amalan 20hari ni..
[Reply]
Salam,
artikel yg bagus, ana nk share dgn kawan2 link berkenaan ramadhan moga jadi ingatan utk kita semua, syukran pada yg mereka grafik ini-:):
http://dakwah.info/images/stories/videos/kprmdan.swf
[Reply]
Salam Hilal,
Ya, kadang-kadang habis Ramadhan sambutan perayaan yang berpanjangan melekakan umat Islam daripada membawa pengajaran Ramadhan untuk 11 bulan akan datang.
Sebab itu disunatkan puasa enam agaknya.
Namun, ibarat larian 100m, kita cuma ada 2/3 lagi jarak untuk ditamatkan.
Teruskan larian, jangan berhenti hingga sampai ke garisan penamat.
Kelebihan malam Lailatul Qadar perlu dikejar dengan bersungguh-sungguh, bukan sekadar dinanti ketibaannya.
Block terus malam hari dari aktiviti yang boleh dibuat di siang hari, seperti shopping baju raya dan buat kuih raya.
Ramadhan akan datang belum tentu lagi menggamit kita nanti.
Moga kita dapat istiqamah hingga penghujung Ramadhan, dan anugerah taqwa tercapai untuk menyokong kita mengharungi 11 bulan mendatang dengan musuh utama dilepaskan kembali untuk menggoda manusia.
[Reply]
salam akhi hilal…
syukran ingatkan ana tentang Ramadhan…yerp kejap jer dah 2/3 Ramadhan kan..
sama2 kite gandakan amalan kiter,insyaAllah…
Ya Allah, pertemukanlah aku dgn lailatul qadr mu dan istiqamahkanlah aku dalam beribadat kepadamu..aminn
[Reply]
salam
sebulan tu, memang tak terasa pun.Kalau yg bekerja, keluar pagi, balik petang, lagi la tak terasa.
sgt setuju dengan pendapat saudara.Ramai org beriya-iya beribadat di bulan ranadhan, tp selepas itu.. tak ade kesinambungan..
Semoga di 10 hari yg terakhir ini, kita mampu utk terus beristiqamah.Ameen..
[Reply]
meminjam kata-kata Fahd Razy dalam sajaknya: ramadhan itu bagai madu, dituang Allah pada gelas ibadatku yang retak..
[Reply]
Ramai yang boleh istiqamah di bulan Ramadhan, tetapi di bulan lain sama seperti sebelumnya. Maknanya Ramadan tidak dapat dihayati sebaik mungkin.
[Reply]
Assalamu’alaikum,
-kepada Inas,
apakah kita in berada di posisi yang layak uyntuk yakin bahawa kita akan hidp lagi pada tahun akan datang?
Mari kita fikir-fikirkan…
-Kepada HatimZikri,
Alhamdulillah. Tafaddhal..
-kepada Afandi,
jadi marilah sama-sama kita koreksi diri kita, dan ahli keluarga kita, dalam hal ini. Sama-sama kita berusaha, mendpaatkan apa yang Allah jhanjikan untuk kita pada bulan ini…
-kepada Syed Ismail,
Ameen…
-kepada Suha,
sebab itulah ALlah SWT berfirman bahawa manusia itu kerugian, dengan bersumpah terhadap masa, dalam surah Al-Asr…
-kepada RAsydan,
moga gelas kita tidak retak….
-kepada motivasi kerja,
mungkin juga, mereka tidak pernah didedahkan cara menghayati Ramadhan, atau tidak pernah diajar untuk menghayati Ramadhan…
Ya Allah, terima lah Ramadhan kami…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
Some time ago, I did need to buy a car for my business but I did not earn enough money and couldn’t purchase something. Thank heaven my brother proposed to try to get the loan at reliable bank. Hence, I did so and was happy with my car loan.
[Reply]