Langit Ilahi Rotating Header Image

Feeling: Anything for You

Hari ini saya nak jiwang-jiwang sikit. Harap pembaca dan pelawat benarkan ya…

Teringat seseorang. Yang boleh saya kata ada dan tak ada dalam hidup ini. Ada kerana dia hidup dalam jiwa saya, tetapi tak ada kerana dia tiada di sisi saya sekarang ini.

Tapi teringat-ingat pula dua tiga hari ni. Teringat-ingat sangat.

So, this song is for you…

Tapi boleh semua boleh dengar sama-sama. He he..

Jom feeling..

Lirik boleh didapati selepas read more ya.

cinta siapa?

cinta siapa?

If there were a single sacred rose
On a mountain top that grows
Where nobody ever dares to go
For you I’d climb that mountain high
I would reach up to the sky
If that rose was your desire

Don’t you know that I
Would do anything
Would do anything
For you
I would do anything
Would do anything
Anything for you

For you, I would sail the seven seas
Walk the deserts in between
Just to bring you anything you need
Nothing could ever be too much
Anything to show my love
Cos it gives me strength enough

Don’t you
Don’t you
Don’t you know that I
Would do anything
Would do anything
For you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you

For you I would take on any trial
And I would walk on through the fire
You give me strength enough to face it all
You make me feel invincible

Cos I would do anything
Anything for you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you

These things are nothing to
All the things you do for me
You are my dream come true

A love I never knew you see
I’d take on a mountain high
Just to see you smile for me
You make me want to be
The very best that I can be

I would do anything
Anything for you
You know that I
Would do anything
Would do anything
Anything for you

Song: Anything for you

Artist: Sami Yusuf

Ps: Walaupun lagu ini bukan saya reka, tapi saya benar-benar maksudkannya. Setiap bait lagu ini, setiap hurufnya, saya benar-benar maksudkannya. Mungkin kita jauh, mungkin tak pernah terluah secara terus terang, tapi saya benar-benar maksudkannya. Saya benar-benar maksudkannya. Allah… tolong saya.

Print This Post Print This Post

30 Comments

  1. nur says:

    wahh..awak bg lagu ni untuk sape…jelesnyer…. :sad:

    [Reply]

  2. Yang banyak dosa says:

    Hilal…hati2 dalam menulis….kadang2 kita boleh terpesong…..luruskan kembali jalan kita….jelaskan matlamat seterang mentari…..jangan bermain2 dgn kata2…anda punya ramai pemuja…pandu mereka….jgn larutkan mereka dengan khayalan keASYIQkan…

    p/s:maaf kalau terkasar….tp hati ini x dapat ditahan lagi untuk menyatakan pesanan ini….sebab mengagak tulisan Hilal agak ‘berkhayal’ akhir-akhir ini…

    [Reply]

  3. kembar says:

    cinta pencipta..

    unik lirik itu

    usaha–kejayaan..

    lirik mendekat MAHA PENCIPTA

    (teringin buat lagu senarai laluan segala veins dan arteries dalam badan)

    [Reply]

  4. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada nur,

    kepada seorang yang ditunggu, namun belum tentu ada, pada Allah juga diserahkan urusan segala…

    Tak perlu jeles… lagu untuk semua juga insyaAllah…

    - kepada yang banyak dosa,

    saya rasa senang hati dengan anda yang sudi menegur.

    Cuma saya tak faham kata-kata anda ’sejak akhir-akhir ini dan ‘berkhayal’ itu.
    Mungkin anda rasa demikian, tapi jujurnya saya sedang serius sekarang.
    Saya benar-benar serius.

    Tapi anda boleh terus menegur dan saya senang dengan teguran anda. Itu tanda kita ini ada rasa lengkap melengkapi. Saya tak kisah apa yang anda anggap kasar. Saya terima seadanya.

    namun berikan juga keadilan pada saya. Post saya yang mana berkhayal dan mengajak kepada keasyikan? Di mana bahagian saya bermain kata-kata? Akhir-akhir ini itu di post yang mana?

    apa-apa pun, teruskan memberi teguran. Sekurang-kurangnya itu checkpoint muhasabah saya. Alhamdulillah, saya dikurniakan pembaca seperti kamu.

    - kepada kembar,

    saya doakan kamu berjaya… Semoga Allah redha dengan usaha dan niat baik kamu.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  5. husnuzzohn says:

    Allah menguji hambaNya bermacam cara…

    Mungkin ini adalah dugaan untuk saudara Hilal.. harungilah ia dengan banyak berdoa pada ALLAH… :wink: :wink: .. Saya hanya berkongsi dgn enta.. kerana kita sedang mengalami ujian yg sama… Sy dpt mengagak apa yg enta rasa…

    [Reply]

  6. puteraIman01 says:

    da sampai seru ke…?? emm…xfaham sgt la..

    [Reply]

  7. nur says:

    kepada yg bnyk dosa..berhati-hati juga dalam melawan fitrah yg ada dalam diri..kita hanya manusia biasa…ingatlah sebaik2 agama kamu ialah yg paling mudah dan sebaik-baik ibadah adalah al-fiqh… kematian seribu orang yg banyak beribadah malam dan berpuasa siang dan malam adalah lebih ringan daripada kematian seorang yang berakal lagi memahami tentang hukum Allah.. semoga kita dikurniakan Tafaqquh Fid Din…
    bagi saya org yg benar2 hebat dan bertakwa ialah apabila dia bisa memiliki tapi dia melepaskan demiNya..berbanding dgn org yg belum diuji.
    saya pernah menghadapinya, ia xsemudah berkata-kata……

    [Reply]

  8. nur says:

    sedih dgn sikap sesetengah org yg sangat prejudis….. memandang sinis pada org laen.. apa salah nya hidup ni jika kita ketawa, bergurau… apa salahnya bila kita cuba menikmati hati yg terbuka menyintai orang lain, asalkan niat adalah mencari pasangan dan dalam masa yg sama mempersiapkan diri menjadi pasangan seseorang.. hidup ni umpama atas lebuhraya, ada yg bawa laju, ada yg bawa perlahan… yg mana satu kita, kita tentukan dgn kemampuan kita, laen org laen caranya…. dari university lg saya perhatikan, yg bertudung labuh meminggirkan org yg disangkanya sesat, disinilah saya nmpk…dia hanya seorang abid dan merasa dirinya sempurna…disinilah saya nmpk bertapa pentingnya tafaqquh fid din dan hati yg bersih…. betulkan jika saya salah…..

    [Reply]

  9. Ain says:

    Salam. Mencelah perselisihan faham antara nur dan saudara(i) dengan nama samaran yang banyak dosa tanpa memihak kepada mana-mana pihak.

    Nur dan juga Hilal,
    Niat ‘ybd’ baik. Dia bukan prejudis, cuma bimbang kalau Langit Ilahi tersalah bimbing mereka yang perlukan bimbingan. Terus terang, Hilal ada rupa, latar belakang baik, agamanya juga baik, dan belajar tinggi sampai ke Jordan sana. Penulis buku lagi. Akhwat mana yang tak terpikat walau hanya mengenali melalui laman web ini. Susah hendak cari lelaki baik sebagai zauj sekarang ni. Saya bukan hendak memuji Hilal, tidak! Saya hanya memberitahu bahawa ada sesetengah akhwat yang boleh jadi ‘hanyut’ oleh kemanisan kata Hilal di laman web ini. Saya tahu Hilal tidak berniat buruk, insya-Allah tidak. Tapi Hilal tidak tahu setiap satu daripada para pembaca, apa niat mereka, siapa mereka dll.

    Seperkara lagi, imej Langit Ilahi adalah sebagai laman web islamik dan tazkirah. Bagi sesetengah pengunjung yang perlukan bimbingan, Langit Ilahi adalah antara guru mereka. Jadi apa yang Langit Ilahi kata, mereka boleh anggap betul. Apa yang Hilal buat sekarang dengan ayat berbunga segala ini bagai satu lesen kepada boleh ‘bercouple’ atau apa-apa yang sama waktu dengannya. Mungkin saya tersasar kerana saya tidak tahu semuanya, tetapi harap Nur dan Hilal faham.

    Yang ‘ybd’ maksudkan dengan ‘berkhayal’ itu barangkali kerana Hilal kerap menyebut tentang calon zaujah anda. Contohnya anda sibuk tidak sempat balas semua komen, tak seperti laman lain yang ada Ummu [][][] sebagai pembantu empunyanya. Lebih kurang begitulah.

    Kepada ‘ybd’,
    Usah terlalu serius. Sesetengah daripada kita perlukan bimbingan sedikit demi sedikit. Bak kata Hilal, ramai tak tahu apa itu halaqah, tarbiyah dll. Contohnya, seorang gadis yang tidak mentup aurat tak boleh dipaksa tiba-tiba memakai niqab. Tentu dia takut dan lari. Sedikit demi sedikit, peringkat demi peringkat. Tak begitu?

    Insya-Allah, tidak ada antara kita yang rasa ‘holier than thou’. ;D

    Eid Mubarak. Maaf zahir batin.

    [Reply]

  10. nur says:

    suke membaca blog, tp bukan setakat satu blog je…
    setiap manusia dikurniakan akal,hati, nafsu….
    gunakan lah sebaiknya….
    setiap orang bebeza dalam mengexpresikan isi hatinya, mungkin kerana latar belakang dan peringkat pergaulan..tahap keceriaannya berbeza… pilih la cara hidup yg sesuai dgn dirimu…

    [Reply]

  11. penyejukmata says:

    salamualaik…
    bla 1st time sy dgr lgu ni sy x fhm lg ape mksudnya…
    then sy tgk lirik dia…
    sungguh mendalam..
    my 1st opinion about the lirik is ape ni?
    cinta ape plak yg anda mksudkan ??
    knp tibe2 lgu sami yusuf x mcm islamik ni?

    kmudian sy selami mksudnya sekali lagi..
    sy bru perasan anda ade tulis’cinta siapa?’

    iya, untuk siapa cinta kita?

    adakah ianya untuk ILLAHI semata atau cinta dunia lebih mendahului?

    terima kasih untuk saudara kerana mengingatkan saya ……

    [Reply]

  12. helmy says:

    salam..eh,rasenye macam baru kite bincang bab ni pg td.
    hehe.. :mrgreen:

    p/s:jangan takut.aku simpan rahsie ko :twisted:

    [Reply]

  13. brohandzalah says:

    Asklm Abg Hilal.

    Kaifahal? Moga Allah sayang kamu dan diri ana.

    Satu lagu yang bagus untuk dikongsikan. Ana suka lagu ni. Bait-baitnya terlalu puitis dan hiperbola.

    * akan tiba juga saat itu jika dgn izin Allah SWT. Apapun, ana doakan kita semua akan kecapi kebahagiaan dunia dan akhirat.

    * :neutral: :grin:

    [Reply]

  14. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    satu prinsip saya, kalau sesuatu itu ada bau perpecahan, memang saya agak malas untuk panjang-panjangkan…

    cuma sekarang ini saya kehairanan…

    ‘Yang Banyak Dosa’ itu prejudis? bila saya sebutkannya? Adakah apabila saya kata, berikan keadilan kepada saya, maka itu maknanya saya menyatakan bahawa dia prejudis?

    Lesen untuk bercouple?
    Adakah belas-belas artikel saya fasal cinta sebelum ini membenarkannya? Dan apakah saya sekarang, bercouple? Apakah post ini membenarkan orang bercouple? Di bahagian mana dalam post ini yang membenarkan orang bercouple? Adakah bila saya kata ‘jiwang-jiwang sikit’ itu maksudnya ke arah bercouple?

    Ayat mana yang berbunga? Saya teringin nak tahu.
    Sebenarnya, di sini siapa yang prejudis?

    Berkhayal ditafsirkan dengan tindakan saya ‘mewar-warkan’ bakal zaujah? Oh… Di sini saya melihat betapa kita semua perlu duduk sebentar dan muhasabah semula. Salah ke saya tembak dua tiga kali fasal benda tu? Saya tak nampak saya mengajak orang kepada berkhayal? Kenyataan saya memang satu kebenaran, tanpa perempuan memang lelaki sukar mengeluarkan potensi penuhnya.

    Dan saya tak faham kenapa bila saya bergurau fasal bakal isteri ke, bakal zaujah ke, kenapa ia dikatakan ‘mewar-warkan’. Macam saya ni kemaruk je…
    Di sini saya rasa kita semua perlu melihat semula.

    Saya mengimbangi penulisan saya dengan keadaan hidup saya, dengan keadaan masyarakat, dengan menjaga apa sahaja yang Allah mahu. Apa-apa yang berlaku dalam hidup saya, yang ingin saya kaitkan dalam penulisan saya, maka saya tidak rasa itu satu kecacatan dan kekurangan atau mengajak kepada pengkhayalan.

    Lagipun, saya biasa bergurau bab ini, dalam entry diari, pengalaman, perkongsian. Entry tazkirah dan penyampaian, kita akan lebih serius. Entry pengalaman, perkongsian, diari, kita lebih santai. Namun santai-santai itu pun, kita taklah mengajak orang jauh daripada Allah SWT.

    KIta di sini perlu faham bahawa, Langit Ilahi adalah website yang saban hari didatangi bermacam-macam jenis orang. Saya, seorang sahaja. Itu tak bermakna, saya menulis ikut suka hati saya. Apa nak tulis… tulis…
    Saya tak pegang prinsip macam itu.

    Tapi saya juga mengkaji keadaan masyarakat, pola pelawat saya, gaya pelawat di dalam Langit Ilahi ini. Bukan semua suka serius. Apa salahnya sekali sekala saya santaikan dalam keadaan begini.

    Pada saya, lagu Sami Yusuf Anything For You ini adalah lagu yang amat baik. Apakah anda menganggap lagu ini tidak islamik, mengkhayalkan hanya kearana ia tidak menyebut nama ‘Allah’ dalam mana-mana bait lagu ini?

    Lagu ini dedikasi untuk isteri Sami Yusuf. Sami Yusuf menghiperbolakan segala bait ini untuk menyatakan betapa besarnya cinta dia kepada isteri dia. Dan saya, dedikasikan lagu ini untuk orang yang saya cinta, sebagai mana Sami Yusuf dengan cintanya.

    Di sini, di mana pengkhayalan? Di mana keasyikan?

    Lain la kalau hari-hari saya tulis sajak cinta berjela.

    Di sini, di mana prejudis? Pada saya, ini satu bentuk tolak ansur yang saya cuba bawa dalam perjalanan penulisan saya. Blog saya bukan didatangi oleh orang yang faham Islam semuanya. Ramai di sini perlu bimbingan dan ingin mencari makna kehidupan. Jadi kadangkala, melihat kesantaian ini, akan menimbulkan sedikit kelegaan di dalam hati mereka.

    Ratus-ratus artikel tazkirah, buku-buku saya tulis, dan satu post ini kamu ingin kata saya mengajak kepada pengkhayalan dan keasyikan yang entah apa-apa? Bagaimana?

    Di dalam dakwah ada seni, di dalamnya ada tolak ansur. Selagi benda itu tidak termasuk dalam perkara yang Allah larang, maka apa salahnya sekali sekala kita berhibur dan bersantai. Pada saya, lagu ini lagu yang baik untuk dihayati. Sami Yusuf bukan artis macam artis kita di Malaysia. Dan saya pula mengekspresikan rasa jiwa saya dengan lagu ini.

    Di mana khayal dan asyiknya?

    Sebab itu saya suka, pembaca-pembaca yang saya kasihi, agar kita sama-sama duduk sebentar dan muhasabah. Saya suka anda memberikan komen, teguran, dan kritikan. Pada saya itu satu muhasabah yang amat baik.

    Namun saya tengok, kebelakangan ini ramai yang tak baca habis karya/artikel/diari saya kemudian memberikan komen yang tidak sepatutnya. Apa kata kalau anda ada rasa something wrong dengan penulisan saya, anda cuba pusing ke belakang dan baca dua tiga artikel yang berkaitan dengan artikel yang saya tulis yang anda rasa something wrong itu.

    Saya yakin, anda akan nampak betapa artikel-artikel saya tidak berdiri sendiri, tetapi saling sokong menyokong antara artikel baru dan lama. Ada juga mungkin dalam artikel yang lama jika saya silap, diperbetulkan pula dalam artikel baru.

    Contoh mudah artikel kali ini. Saya rasa anda boleh gandingkan dengan artikel-artikel saya sebelum ini yang menyebut perihal cinta, bait muslim dan sebagainya. Saya yakin, di situ anda tidak akan menilai post ini dengan nilaian yang tidak sepatutnya. Memberi lesen untuk bercouple? Jauh sekali…

    Di sini saya mohon kita semua berlapang dada, dan melihat kembali dengan minda terbuka, dengan hati yang hidup dan jiwa yang tenang. Jangan terus kita melompat kepada keputusan. Secara tidak langsung, anda sebenarnya telah melukakan pula jiwa-jiwa yang cuba saya raikan dalam Langit Ilahi ini.

    Berkenaan akhawat terpikat ke, apa ke, itu adalah salah satu sebab, kenapa saya suka memberi hint-hint berkenaan bakal zaujah. Saya sudah berpunya. Bukankah itu obvius? Cuma saya tak couple dengan bakal zaujah saya. Couple lepas kahwin la. Namun sebagai manusia, sekali sekala teringatkan dia, apa salahnya? bukan saya sms dia, telefon dia bergayut panjang, email-email dia dan sebagainya. Kami tak pernah berhubung langsung. Dengar suara dia pun tak pernah.

    Jadi apa lah sangat dengan post ini? Post yang mengandungi cinta saya kepada dia, yang tak pernah saya sebut dengan mulut saya.

    Jujurnya, saya agak terkilan(ha ha… terluah akhirnya, sebenarnya kan… saya sayang pembaca saya, jadi kalau pembaca saya kata apa pun, saya malas nak counter balik sebenarnya)

    Tapi saya cuba memahami la. Saya cuba memahami anda yang menegur juga. Umumnya, teguran anda benar. Namun kalau taguran tu spesifikasinya kepada saya dan tulisan saya, saya rasa anda kena lihat semula. Saya buka ruang perbincangan dan kebebasan kepada anda untuk kata apa sahaja.

    Di sini, saya cuba menjelaskan. Kalau salah faham lagi, saya memang tak tahu nak kata apa…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  15. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    -kepada hussnuzhon,

    insyaAllah, terima kasih… doa-doa seperti ini membuatkan saya lebih kuat insyaAllah..

    -kepada puteraiman01

    Maka tenang-tenang aja..

    -kepada penyejuk mata,

    lagu ini, Sami Yusuf reka untuk isteri dia…

    pastinya mempunyai makna yang mendalam.

    kita cinta pasangan kita kerana siapa? Atas dasar apa kita bina cinta kita terhadap pasangan kita?

    Di situ kita kena lihat semula…

    -kepada helmy,

    hu hu… ko memang baik bro..

    -kepada bro handzalah,

    alhamdulillah, ana sihat…

    enta sebagai ahli nasyid pasti lebih faham akan hal ini.

    InsyaAllah, sama-sama kita berdoa…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  16. assalamualaikum.

    kepada saudara hilal,
    ana harap anta bersabar dengan kritikan,
    kerana daie itu sifatnya berjiwa besar,,,
    hati bukan sejemput cuma.

    ana pernah berhadapan dengan situasi salah faham seperti ini,,,
    salah faham terhadap penulisan ana.
    perkara SEPERTI yang berlaku pada saudara hilal in,
    bagi ana, perkara biasa yang sering terjadi.

    kerana kita menulis dengan 1000 cita2,
    namun pembaca membacanya dengan 1000 cerita..
    pelbagai persepsi dibuat,
    pelbagai interpretasi dibuat..
    itu lumrah manusia, yang diberikan akal oleh ALLAH untuk berfikir.

    kita tidak boleh menghalang mereka untuk membuat interpretasi, andaian dan sebaginya,..kerana itu hak mereka..
    kerana itu, berlapang dadalah selalu..

    apa jua,
    ana sokong apa yang enta telah buat…
    iaitu saudara telah menjelaskan isi hati saudara,
    maksud disebalik penulisan saudara,
    agar semua pembaca faham akn mesej yang anta cuba sampaikan.
    penjelasan itu amat perlu dan penting,
    kerana ianya membuatkan pembaca tidak terus dengan andaian dan persangkaan bermacam2.

    “biasalah…kadang-kadang, hanya sedikit yang kita lihat,
    namun pelbagai persangkaan dibuat”

    ada persangkaan baik,
    namun ada juga yang kurang baik.

    teguran dan kritikan itu perlu untuk seorang penulis BARU yang sedang menginjak nama seperti saudara. kerana makin byk teguran, makin matanglah enta dalam menghadapi arus penulisan dakwah di masa depan.

    jadi,
    ana juga sangat menyokong saudara ybd..kerana beliau begitu berani
    berkongsi rasa itu…dan sememangnya, saudara “ybd” itu sangat KASIH akan saudara Hilal. dia mungkin amat sayang dan mahu yang terbaik buat saudara HIlal. ALLAH knows best.

    maka saudara hilal,
    anggaplah,.,
    bahawa semua ini tarbiyyah ALLAH buat saudara…
    tentu ada hikmah yang ALLAH saja Maha mengetahuinya.

    kerana ALLAH tak menjadikan sesuatu itu sia2…
    bukankah ALLAH itu lebih tahu segala sesuatu?
    dan ALLAH itu lebih faham segala situasi, segala perasaan dan segala isi hati.

    serahkan segala urusan pada ALLAH.

    bukankah orang2 yang HEBAT itu, orang yang banyak diuji ALLAH?

    ujian tanda kasih sayang ALLAH terhadap hamba.

    wallahualam,

    salam dr bumi kiwi new zealand.

    assalamualaikum.

    [Reply]

  17. irfan rabbani says:

    sebenarnya….

    inilah yang dikatakan manusia…

    makhluk Allah yg pasti melakukan kesalahan..

    kita perlu sama2 menerima seadanya

    disamping kita lengkap melengkapi..

    salah faham perkara biasa..

    kerana semua ada andaian sendiri..

    tetapi perlu diingat,

    andaian tersebut mestilah tidak dipengaruhi oleh nafsu..

    insyaAllah ada jawapannya…

    SELAMAT MAJU JAYA UTK SEMUA PENULIS-PENULIS,

    KITA MESTI KENA SENTIASA MUHASABAH,

    BARU ADA PENINGKATAN..

    -kita yang sama-

    [Reply]

  18. Ain says:

    Yang mengatakan ‘ybd’ prejudis adalah nur bukan saudara. Saya tujukan kepada kalian berdua, bukan saudara seorang sahaja. Bukankah saya kata, saudara tidak mengenali setiap pembaca saudara. Saya hanya memberitahu apa yang saya tahu, saya mohon tidak emosi. Apa yang saya kata boleh jadi salah boleh jadi benar, tetapi tidak salahkan untuk memberitahu? Mohon sabar, mohon tidak marah. Saya hanya memberitahu, bukan menghakimi, jauh sekali mengadili. Sekali lagi, mohon tidak emosi.

    Saya minta maaf jika kata-kata saya sehina diri saya. Tidak ada niat buruk, sekali lagi hanya memberitahu.

    I will keep reading your blog, Hilal.

    ~orang yang dikau layak panggil adik~

    [Reply]

  19. nia says:

    :grin: :razz: wahh,,pandainya abg hilal pilih lagu,,,suke r,,,setiap kata2 nya wahhh…,,

    [Reply]

  20. ::aiN says:

    hmmm…:-)

    atas apa yg sedang berlaku..
    suka untuk saya kiaskan…

    ada orang..menggenggam pasir ditangan…dengan kejap sekali..rasanya xnak sebutir pun yang jatuh…tapi ada jugak yang menggenggam ala kadar sahaja..alasannya kerana semakin dikejap genggaman itu, tangan semakin sakit…kekuatan semakin longgar akibat tangan yang semakin lenguh menggenggam..akhirnya..tanpa upaya, semua pasir jatuh berderai..

    daripada jatuh terabur semuanya..biarlah longgarkan sedikit…yang penting..jaga..supaya tidak jatuh semuanya…
    walhal destinasi yang dituju…masih jauh lagi..

    itulah umpamanya…
    ada org terlalu menjaga..sehinggakan sedikitpun xnak dikotori atau dicalari..kerana apa? kerana Redha Allah itu..

    alhamdulillah..sdr Hilal dikurniakan pembaca yang begiti sayangkan penulisnya sehingga melihat setiap karangan sdr Hilal tidak mahu dicemari walau dengan cara apa pun..

    apapun..dalam hal ni..berlapang dada itu perlu..kerana soal perasaan..hati..n naluri datangnya berpakej pada diri seorang hamba Allah..kita xmampu untuk mengekang terus..tapi kita hanya mampu menjaganya daripada terkeluar dari landasan yang sebenar…

    fikrah setiap orang dalam melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut adalah berbeza…perbezaan inilah antara nikmat Allah kepada kita…kerana dengannya lah kita lebih berhati-hati dalam bertindak…:-)

    wallahu’alam..
    teruskan langkah sdr Hilal…saya tetap menyokong…demi Redha Allah..insyAllah..

    ~anyway..saya suka lirik lagu itu..puitis..penuh makna…indah sgt…

    [Reply]

  21. hambamencari says:

    salam.

    ana lihat ini dugaan utk semua pihak.
    maka bersabarlah utk semua.. :)

    tp artikel ni.. walaupun hanyalah luahan hati bro hilal utk seseorg mgkn (ehhe).. tp tiap dr kita will intrepret it in our own way. Lain org lain caranya.

    All in all, BEST!
    Congrats..

    [Reply]

  22. mcm2..
    nk tanya… sami yusuf tuh dah kawen ker??

    [Reply]

  23. darin ulfah says:

    Hai rakan-rakan ku sekalian..Hilal ini juga manusia biasa, jgn di hukum tanpa kenal siapa dia sebenarnya… Cinta itu anugerah Allah. Menyintai seseorang kerana Allah, insyaAllah cinta yang di rahmati. Tapi amat sukar untuk mendaki ketahap itu, moga kita muhasabah diri, bertatih ,berjalan dan berlari ke arah itu. Ameen..

    [Reply]

  24. Sekeping Hati di Bawa Berlari says:

    setuju dengan hambamencari.. lain org lain tafsirannya.. mungkin ini salah satu ujian utk blogger spt Hilal, agak sukar sedikit menzahirkan perasaan sendiri.. jangan terkilan, sedangkan lidah lagi tergigit… inikan pula Hilal dengan readersnya… :wink:

    [Reply]

  25. Orkid says:

    Salam. Saya juga sokong dengan saudari atiqah humaira;

    “kerana kita menulis dengan 1000 cita2,
    namun pembaca membacanya dengan 1000 cerita..

    biasalah…kadang-kadang, hanya sedikit yang kita lihat,
    namun pelbagai persangkaan dibuat”.

    Keep up posting inspirational & well-written articles. Jzkk. :)

    [Reply]

  26. salam alaik, barakallahu fik akhi.

    Cuma nk tny, mana ya hilal dpt lirik ni? maksud sy source.

    Sbb sy pun suka lagu ni, juga lagu without you-sami yusuf.

    Intent to get the lyric.

    Layyinulharir~

    [Reply]

  27. permatakasih says:

    sometimes,bila sebut aja CINTA,orang mula psang plbagai prasangka..tiada apa yg Allah sediakan buat umatNya mlainkan dberi solution utk selesaikan..
    so,mcm hmbamencar sbut,lain orang lain tafsirannya..ape2 pun,buang yang keruh ambil yg jernih :grin: jom hayati lagu ini dlm filem p.ramlee “3 abdul”
    haha.peace no war! :lol: :roll:

    [Reply]

  28. al-mukhlisah says:

    saya pernah merasai keadaan ini.. memang sukar untuk ditempuhi Hanya Allah yang tahu segalanya. Namun jika kita benar2 ikhlas…InsyAllah

    [Reply]

  29. nasih says:

    assalamualaikum,
    its a bit late to reply this post, but, yeah, hilal did post a controversial issue here, i just think that the readers (especially girls) have to accept that he is a teenager too, he ought to express his feeling and i dont think he had crossed any line..insyaAllah, i believe that he would restrain himself from doing anything against syara`. and for hilal, just wanna wish you the best prayer.. if you and her are meant for each other, may your relationship will always be with Allah’s blessing :razz:

    [Reply]

  30. Naemah says:

    Salam…
    Orang yg mahu berdakwah sewajarnya mudah didekati…
    Bercerita bukan bermakna dia mengajak kita berbuat dosa…
    Tapi menunjukkan dia juga manusia…

    bagi seorang follower, saya prefer daei yang human…
    Hilal membuktikan dia human…
    mengawal diri tapi tidak dikawal oleh nafsu…
    sederhana tapi bukan mendatangkan pesona mengada-ada…

    maaf kalau saya tersalah ckp…(tp teringin juga nak bercakap)… jangan jadi daei yang sukar didekati kerana kalau wujud kita seperti `kebal ujian’… nanti mad`u rasa daei takkan dpt memahami masalahnya…

    biarkan dia bercerita… selagi tidak melalaikan jiwa… dia berhak merasai cinta kerana dia manusia biasa yg dijadikan tidak sempurna!

    [Reply]

Leave a Reply