Langit Ilahi Rotating Header Image

Forum

Current User: Guest Login Register
Please consider registering

Search 
Search Forums:


 




kalimah allah di langit ramadan 2009

Add a New Topic Reply to Post
UserPost

12:35 pm
October 15, 2009


rimbun permata

Guest

assalamualaikum

ini pengalamanku…dan aku masih mencari sesiapa yang pernah melaluinya….dan ingin mengetahui kisahnya selepas kejadian ini..untuk menjadi pedoman dan panduan untuk aku…

ringkasnya

pada pagi 18 ramadan tahun 2009 yang lalu…aku bersendirian di tepian pantai…dalam suasana hiba dan sayu…..aku berdoa…”ya allah andai doa2ku dimakbul kan berilah aku petunjuk…sesungguhnya aku sayang agamaku ini…dan aku sayang akan kamu ya allah…”air mata ku bercucuran tak tertahan….memang aku sendirian….ketika ini…..langit mendung ..awan hitam berarak seolah nak hujan…..tiba2 selepas aku berdoa…awan hitam itu bergerak pantas….membentuk tompokan “kalimah allah”….buat seketika…tompokan awan tu ada dilangit…..sejurus awan hitam itu hilang ….langit cerah…terang benderang….tiada lagi tanda2 nak hujan…..


jika ada yang pernah mengalaminya…emai kat aku


kalau tiada tak pe….mungkin tak ramai yang pernah mengalaminya


wassalam

1:57 pm
October 16, 2009


kembar

Guest

rimbun permata said:

assalamualaikum

ini pengalamanku…dan aku masih mencari sesiapa yang pernah melaluinya….dan ingin mengetahui kisahnya selepas kejadian ini..untuk menjadi pedoman dan panduan untuk aku…

ringkasnya

pada pagi 18 ramadan tahun 2009 yang lalu…aku bersendirian di tepian pantai…dalam suasana hiba dan sayu…..aku berdoa…”ya allah andai doa2ku dimakbul kan berilah aku petunjuk…sesungguhnya aku sayang agamaku ini…dan aku sayang akan kamu ya allah…”air mata ku bercucuran tak tertahan….memang aku sendirian….ketika ini…..langit mendung ..awan hitam berarak seolah nak hujan…..tiba2 selepas aku berdoa…awan hitam itu bergerak pantas….membentuk tompokan “kalimah allah”….buat seketika…tompokan awan tu ada dilangit…..sejurus awan hitam itu hilang ….langit cerah…terang benderang….tiada lagi tanda2 nak hujan…..


jika ada yang pernah mengalaminya…emai kat aku


kalau tiada tak pe….mungkin tak ramai yang pernah mengalaminya


wassalam


Pengalaman ini sama


maksimumnya 3 kali


akhirnya,mengalah dan berkata.


ULAR AIR..


mungkin iman itu sedang berkurang dan bertambah seperti bateri kereta atau bateri handphone yang tak pernah di cas atau tercas


bahasa di atas kenamengena dengan pengalaman melihat kalimah ALLAH dalam BAHASA ARAB sebanyak 3 kali dalam tahun 2009.


tahun 2008 mungkin agak berbeza pembentukan kalimah AGUNG itu,


namun,


yang TEPAT DAN BENAR ialah


pada penciptaan langit itu terdapat tanda-tanda bagi yang MAHU BERFIKIR sahaja:)


5:11 pm
November 4, 2009


arif

Guest

salam..

Pengalaman yg sama telah dilalui oleh seorg ustzah rakan sekerja isteri saya.. usatazah ni bujang umur dalam 48tahun, pergi menunaikan haji..selepas tawaf widak utk balik ke malaysia, dia memohon dia agar hajinya diterima sambil mendongak kelangit….dan kemudian dia nampak dilangit, dia terpandang kalimah ALlah..dia hanya cerita pada isteri saya je..kebetulan saya dan isteri nak ke Mekah utk haji di tahun berikutnya..wallahualam..

4:30 pm
November 14, 2009


ida

Guest

Hal ni pernah berlaku pada saya 12 tahun lalu tika mana saya kehilangan ibu, waktu tu hati sentiasa merintih kepada Tuhan mohon diberi kekuatan untuk menghadapi kesedihan. Suatu pagi bila mendongak ke langit terlihat kalimah Allah diikuti objek lain seperti kubah masjid, pedang, kuda berlari, janin dan sebagainya. Terasa Tuhan sedang menhiburkan hambaNya. Lalu sejak itulah saya belajar untuk lebih memahami Tuhan terus menyintaiNya dan bergantung harap padaNya.Amin

5:09 pm
November 17, 2009


nur_fitri94

Member

posts 4

seronok betul dgr cerita anda semua..sy teringin nk melihat perkara yg macam ni dengan mata sy sendiri..hehe..tp x dpt pun xpe la..

5:33 pm
December 11, 2009


atok

Guest

nur_fitri94 said:

seronok betul dgr cerita anda semua..sy teringin nk melihat perkara yg macam ni dengan mata sy sendiri..hehe..tp x dpt pun xpe la..


nak melihat itu semua dan mendapat petunjuk sedemikian perlu melalui ujian yang amat berat dan hebat dari allah…..hanya yang mampu di uji dan mampu melaluinya dengan sabar serta takwa dan lulus ujian tersebut akan diperlihat kan oleh allah sedemikian rupa….

9:44 pm
December 12, 2009


IBNU LAN

Guest

assalamualaikum…

kalimah ALLAH selalu ada di mana2…kite sbgai hambanya kdg2 tidak perasan ttg kewujudan kalimah itu,,,

pada pengalaman ana sbg hamba ALLAH yang dhaif selalu jugak nampak kalimah tg agong tu,,,

rajin2 lah tgok kat awan…niat dalam hati,,,insyALLAH diberi peluang oleh ALLAH S.W.T…

1:50 am
December 17, 2009


laksamana

Admin

posts 88

Assalamu'alaikum,


sekian lama, saya memerhatikan sahaja perkara ini - perbincangan kalian berkenaan hal melihat kalimah Allah ini -


Di sini suka saya memberikan pesanan.


Kalian melihat kalimah Allah di mana-mana pun, di situ hanyalah terdapat kebesarannya kepada Allah sahaja. Melihat kalimah Allah di langit bukan bermakna mempunyai apa-apa pemberitahuan yang signifikan, penganugerahan yang ajaib atau peningkatan darjat dan sebagainya.


Hakikatnya, kalimah Allah banyak sahaja terdapat di langit dan orang2 kafir juga boleh melihatnya.


Kadangkala pula, ia sebenarnya tiada tetapi terwujud kerana kita terlalu memikirkanya.


Maka di sini saya suka mengajak kalian untuk berhati-hati dan jangan sehingga lemas dalam hal ini.


Anggaplah itu sebagai satu kekuasaan Allah, dan bukanlah apa-apa keajaiban terhadap diri sendiri.


~seorang hamba…


Hilal Asyraf

9:44 am
December 17, 2009


atok

Guest

memang kalimah allah ada di mana mana…..tapi hamba yang bernama rimbun itu meminta di pertunjukkan kan oleh allah …maka allah mempertunjukkan tanda tandanya…tak ramai yang mengalami semua ini…….


tentang kalimah ada di langit…..memang ada…tapi di lihat secara tak sengaja…


wallahualam..


9:09 pm
December 18, 2009


kembar

New Member

posts 1

atok said:


memang kalimah allah ada di mana mana…..tapi hamba yang bernama rimbun itu meminta di pertunjukkan kan oleh allah …maka allah mempertunjukkan tanda tandanya…tak ramai yang mengalami semua ini…….

tentang kalimah ada di langit…..memang ada…tapi di lihat secara tak sengaja…


wallahualam..



wallahualam..


-Bismillah ALladzi La yadhurru Ma'Asmih Syai'Un fil Ardh WALA FISSAMA'~~-

….maka berfikir itu perlu,dan berzikir juga menguatkan daya….

..sesiapa yang dalam medan beramal dan berjuang,teruskan..

'aqal diberi untuk berfikir dan membeza–subHAnaLLAh

6:58 pm
February 14, 2010


awsj2000

Guest

<!– /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:”"; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} span.EmailStyle15 {mso-style-type:personal; mso-style-noshow:yes; mso-ansi-font-size:10.0pt; mso-bidi-font-size:10.0pt; font-family:Arial; mso-ascii-font-family:Arial; mso-hansi-font-family:Arial; mso-bidi-font-family:Arial; color:windowtext;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –> Peringatan Penting Selepas Munculnya Kalimah Allah di Langit


Petikan Mastika Keluaran November 2008

 

10 Julai 2008

 

KARMIZI Mohd., 22, menjeling jam di dindingnya. Jarum jam menunjukkan lima minit lagi hampir pukul 7.00 malam. “Dah nak masuk Maghrib ni,” katanya sendirian lalu segera bangun dari katil dan menukar seluar kepada kain pelekat. Karmizi kemudian kemudian keluar dari berek bujangnya untuk bersiap2 mengambil wuduk di deretan paip yang berada di luar bereknya itu. Masuk tahun ini, sudah hampir tiga tahun Karmizi bertugas sebagai tentera darat di Kem Depoh Pengkalan Peluru 96, Masjid Tanah, Melaka. Memang sudah menjadi kebiasaan bagi Karmizi, setiap kali menjelangnya waktu sembahyang, dia akan bersiap2 awal dan menuju ke surau untuk solat berjemaah. Ketika Karmizi melangkah keluar menuju ke barisan paip air yang terletak tidak jauh dari pintu bereknya, dilihat langit masih lagi cerah, biarpun waktu sudah menjelang senja. Dia membuka paip itu, lalu dibiarkan airnya mengalir membasuh rumput dan lumpur yang berada di situ sambil sesekali membasahi kaki kanan dan kirinya berselang-seli. Tiba-tiba, Karmizi perasan keadaan di sekelilingnya menjadi gelap. Dia mendongak ke langit dan terpandang, ada awan mendung yang sedang berarak secara tiba2. Karmizi terkejut. “Isy! Tadi cerah bukan main, ini macam nak hujan pula…” bisiknya sendirian sambil terus merenung awan hitam yang nampak ganjil itu. Karmizi memerhatikan keadaan sekeliling. Langit di sekeliling kelihatan cerah, cuma di kawasan bereknya sahaja yang gelap mendung. Tiba-tiba terlintas di fikiran Karmizi mahu merakamkan fenomena yang baginya, tidak pernah dilihat sebelum ini. Karmizi lantas berlari masuk ke dalam bereknya. Tidak sampai seminit, Karmizi keluar semula dengan menggengam sebuah telefon bimbit. Kemudian, segera dia merakamkan gambar awan mendung yang berarak itu dengan kamera telefon bimbitnya. Karmizi melihat, awan itu bukanlah seperti awan mendung yang biasa dilihat. Biarpun awan tersebut gelap pekat seperti mahu hujan lebat, namun tidak ada setitis air pun yang jatuh ke bumi. Tingkah laku Karmizi menyebabkan beberapa orang rakannya yang sedang berbaring di dalam berek, turut sama keluar mengikutiny. “Kau tengok awan tu. Pelik, kan? Tak pernah aku tengok awan hitam macam ni,” kata Karmizi sambil merakamkan kejadian tersebut melalui telefon bimbitnya. Rakan-rakannya yang lain bersetuju dengan kata-kata Karmizi. Memang, mereka juga tidak pernah melihat awan hitam berarak sebegitu rupa. “Eh! Ini macam… Subhanallah!” kata Karmizi yang sedang asyik merakamkan pergerakan awan itu. Apa yang Karmizi nampak sebenarnya? “Itu macam bentuk kalimah Allah!!” kata Karmizi hampir terjerit. Rakan-rakannya yang lain melihat ke arah awan yang terbentuk kalimah seperti Karmizi katakan itu. Memang jelas, rakan-rakannya yang lain turut melihat awan yang terbentuk kalimah Allah dalam tulisan jawi itu. Awan tersebut terus berarak dan kalimah tersebut tetap seperti itu, tidak berubah-ubah. Kira-kira lima minit kemudian, awan hitam itu pun berlalu dan suasana kembali cerah seperti biasa. Selepas diperlihatkan dengan peristiwa terbentuk dengan kalimah, perasaan takut mula menghantui diri Karmizi. Dia mula teringatkan segala dosanya yang lalu. Tetapi, pada malam itu, hatinya tiba-tiba menjadi tenang, setenang-tenangnya. Entah kenapa, perasaannya amat berlainan sekali. Peristiwa petang itu terus bermain-main di kepala dan ingatannya terhadap Allah, semakin kuat. Malam itu juga, Karmizi bermimpi didatangi oleh seorang lelaki tua. Lelaki itu memakai jubah dan berserban putih. Wajahnya nampak tenang dan bercahaya. Lelaki tua itu memberitahu Karmizi, apa yang dilihatnya tadi adalah sebahagian dari tanda kekuasaan Allah. Tambah lelaki tua itu lagi, hari ini ramai umat Islam sudah mula lari daripada ajaran dan pegangan Islam yang sebenarnya. Mereka kian jauh terpesong. Katanya pada Karmizi, “Sebarkanlah apa yang kamu nampak itu. Beritahulah kepada rakan-rakan lain sebagai satu peringatan,” ujar lelaki tua itu tenang sambil tersenyum. Sebaik lelaki tua berjubah putih itu habis berkata-kata, Karmizi terjaga dari tidurnya sambil secara spontan bibirnya menyebut kalimah takbir berulang-ulang kali. Selepas mendapat mimpi tersebut Karmizi terus memberitahu rakan-rakan lain tentang pengalamannya melihat awan berbentuk kalimah Allah, dan menunjukkan bukti rakamannya. Tujuannya cuma satu, ingin memberi peringatan kepada mana-mana rakan atau umat Islam yang masih lalai, bahawa kini satu per satu tanda-tanda kebesaran Allah telah diperlihatkan, sebagai satu peringatan dari-Nya kepada umat akhir zaman ini. Bukan setakat terhadap teman-temannya sahaja Karmizi ingin berkongsi pengalamannya melihat awan berbentuk kalimah Allah, tetapi dia juga mahu ia dikongsikan dengan semua umat Islam di negara ini. Dan, Mastikalah yang dirasakannya tempat yang paling sesuai untuk berbuat demikian. Pesanan Karmizi hanya satu… BERINGATLAH!!!

9:41 pm
February 27, 2010


laksamana

Admin

posts 88

Assalamu'alaikum.


Saya tak rasa MASTIKA, boleh dijadikan sumber yang sohih untuk dalil dan peringatan.


Saya katakan bahawa kalimah Allah di Langit, adalah tanda kebesaran-Nya. Ramai orang boleh lihat jika Dia mahu beri. Tiadalah orang yang melihat itu menjadi mulia, tiada pula orang yang melihat itu menjadi suci. Hal ini kerana, pada zaman Rasulullah SAW, Abu Jahal and The Gang melihat dengan mata kepala mereka sendiri Bulan Terbelah Dua atas kuasa Allah SWT dan mereka tetap mati dalam kekufuran.


Peringatan lelaki tua di dalam mimpi itu, adalah peringatan yang memang patutnya diperingatkan walaupun Kalimah Allah tidak muncul di langit.


Justeru, saya senang supaya kita membersihkan Aqidah kita dan memandang bahawa fenomena kalimah Allah di atas langit ini adalah fenomena untuk kita muhasabah kebesaran Allah SWT.


Bukannya petanda-petanda apa.


Hal ini kerana, kalau ia benar petanda bagi sesuatu perkara, sesuatu situasi, sudah Rasulullah SAW khabarkan di dalam hadith baginda, dan diriwayatkan oleh ahli-ahli muhadithin yang mengumpul hadith2 sohih.


~seorang hamba…


Hilal Asyraf

9:37 pm
February 28, 2010


ekzoskancil

Guest

Salam..topik ini perkongsian:kalimah-allah-di-langit-ramadan-2009


tapi skarang da 2010..jadi di sini sy suka untuk berkongsi koleksi gambar langit yg berkalimah seperti yg dibincangkan,


banyak dijumpai sebenarnya,namun disini dpt letakkan 3 sahaja

dan

mari sama-sama kita berdoa spt yg ada dlm Surah Ma'idah:83


رَبَّنَا ءَامَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ

koleksi ni terpaksa di upload ke imageshack supaya lebih senang di view

,harap maklum



5:06 pm
March 5, 2010


rem

Guest

Salam .Saya penah join forum kat Cari.my dulu,topik forum yang dibincang lebih kurang sama..


tapi gambar kat situ lain la sumber nya.Boleh la saya kongsi kan kat sini jugak jika semua tak keberatan melihatnya.

gambar kedua ada video di Youtube,jika sesiapa rajin,boleh tengok di sana.

12:58 am
March 16, 2010


Nur Syafiqah

Guest

Saya juga pernah melihat awan yang mempunyai kalimah ALLAH dan MUHAMMAD..waktu itu senja…namun, tidak sempat sy memanggil adik saya untuk melihatnya, ia hilang begitu sahaja….Subhana-Allah…jika saudara/saudari ingin melihat kalimah tersebut di awan lihatlah dengan mata hati.maka anda akan dapat melihatnya selalu.Insya-allah.perkara ini selalu berlaku pada saya….Itulah salah satu tanda kebesaran Allah s.w.t.

Reply to Post


Reply to Topic: kalimah allah di langit ramadan 2009

Guest Name (Required):

Guest EMail (Required):

Topic Reply:

Save New PostSmileys

Guest URL (required)

Math Required!
What is the sum of:
9 + 10
   

 

Search 

About the Langit Ilahi forum

Most Users Ever Online:

40


Currently Online:

3 Guests

Forum Stats:

Groups: 2

Forums: 5

Topics: 129

Posts: 423

Membership:

There are 399 Members

There have been 152 Guests

There are 2 Admins

There are 0 Moderators

Top Posters:

abdu@ARIA - 7

hafizul - 6

Suri - 5

Ariffah9 - 4

nur_fitri94 - 4

seri - 4

Administrators: admin (4 Posts), laksamana (88 Posts)