Langit Ilahi Rotating Header Image

Forum

Current User: Guest Login Register
Please consider registering

Search 
Search Forums:


 




bacaan yassin dan al fatihah buat yang telah meninggal dunia

Add a New Topic Reply to Post
UserPost

1:03 pm
May 13, 2009


Lynn

Guest

Assalammualikum ustaz,


Saya agak keliru, mungkin telah menjadi amalan saya dari kecil.Bila ada kematian kita akan hadiahkan alfatihah kepada si mati. tetapi ustaz saya agak confused apabila dikatakan perkara ini sebenarnya adalah salah. contoh nya kita sebagai  anak apabila ada kematian di dalam keluarga kita akan membaca kan yassin dan pahala itu kita hadiahkan buat yang telah meninggal dunia …. boleh ke ustaz. Ada ustaz di tempat saya kata tiada macam tu tetapi…. doa kita sebagai anak kepada ibu atau bapa itu di terima. katanya kita berdoa pada Allah semoga org yang kita sayang itu di golongkan bersama org yang beriman. cam gitu. katanya Yassin dibaca ketika nazak bukan setelah meninggal dunia.Tahlil tu dah macam budaya , tetapi katanya doa anak itu adalah lebih baik.


ustaz, jika saya membaca surah yassin saya pastik akan hadiahkan  buat Nabi Muhammad s.a.w, kemudian kepada arwah ayah saya. tapi itu baaan yassin.pahala tu kepada kita. memebaca ayat suci al -quran tu baik katanya dan harus dibaca jika tahu.tiada masalah.doa kepada ibu -bapa itu harus dibuat sebagai anak yang soleh.


Tolong kukuhkan pendapat ustaz tersebut jika benar.


Wassalam lynn_anson

9:35 pm
February 27, 2010


laksamana

Admin

posts 88

Assalamu'alaikum.


Menghadiahkan pahala, memang sebenarnya saya tak tahu dari mana sumbernya. Kalau ada nas yang sohih, mungkin kerana saya belum mempelajarinya. Tetapi setakat ini, memang saya tidak pernah dapat lagi nas yang sohih berkenaan hal itu. Maka, kata-kata Ustaz kamu itu ada benarnya juga.


Asal kepada Ibadah adalah haram melainkan ada dalil yang mengatakan wujudnya ia.


Tetapi mendoakan si matii, memang ada. Dan sebenarnya, bukan doa si anak sahaja  yang akan diterima. Doa orang lain pun boleh juga.


~seorang hamba…


Hilal Asyraf


10:50 pm
February 27, 2010


k!w!

Guest

….boleh mendoakan…,bukan menyedekahkan/menghadiahkan..

bukan menydekahkan….

renungkan..,sekiranya bacaan yasin dsbg boleh dijadikan hadiah/sedekah, pasti ramai manusia atas muka bumi ini melakukan kemungkaran…yelah,jika pahala boleh disedekahkan, pasti ramai yang suruh tok imam sedekahkan pahala buatnya selepas mati,dengan cara baca yasin, solat,puasa dsbg…orang yang 'buat tempahan pahala' tu terus buat dosa…

kalau berdoa tu lainlah,mohon si mati ditempatkan dalam kalangan orang soleh…

majoriti ulama mengharamkan sebarang pengkhususan bacaan al-Quran yang DIHADIAHKAN kepada si mati kerana perbuatan itu tidak membawa manfaat buat si mati…Firman Allah dalam surah al-Najm,ayat 39-40..” Bagi setiap manusia itu, hanyalah apa yang diamalkannya. Apa yang dia telah usahakan semasa hidupnya, pasti diperlihatkan di hadapan Allah.”

Baca Al-Quran memang tak salah…takde sesiapapun yang mengharamkannya. Baca Al-Quran, berzikir atau kenduri untuk sedekah memang tak salah..tak salah jika ditujukan utk orang yang masih hidup..yang diharamkan oleh ulama salaf,termasuk IMAM SYAFIE sendiri ialah mengadakan semua itu untuk si mati…..

seolah-olah mahu menyedekahkan pahala..

Perkara ini ditimbulkan ulama terkemudian. Mereka mengelirukan masyarakat agar mengadakan majlis kenduri/tahlil dsbg utk DIHADIAHKAN buat si mati…Berhubung perkara ini, Al-Quran dan hadis sahih sudah membicarakannya dengan jelas…

jika benar ada perihal 'MENGHADIAHKAN' tersebut dalam mana-mana hadis/ayat Al-Quran,tolong tunjukkan saya…,sekalipun saya tidak pernah terjumpa mana-mana firman/sunnah yang membolehkannya….

dalam satu hadis itu menyebut..” yang mendoakan” bukan MENYEDEKAHKAN…

apapun,jika ada, tolong ajarkan saya…mungkin saya sendiri terlepas pandang.. 

 ~ teringat sabda Rasulullah s.a.w,

” Selain daripada Dajjal, ada satu perkara yang sangat aku bimbangkan LEBIH DARIPADA DAJJAL. Lalu ada orang yang bertanya: Apakah itu wahai Rasulullah? Nabi s.a.w menjawab: Mereka ialah Ulama Su' yakni ulama yang jahat.”

….satu lagi bukti kasih RASULULLAH terhadap kita…:+


12:25 am
February 28, 2010


laksamana

Admin

posts 88

Assalamu'alaikum.


Kepada saudara k!w!


Saya rasa, statement saudara ini perlu diperkuatkan. Harap saudara kemukakan apa yang saudara nyatakan sebagai:


“Al-Quran dan hadis sahih sudah membicarakannya dengan jelas…”


Dan apa yang saudara nyatakan sebagai:


“yang diharamkan oleh ulama salaf,termasuk IMAM SYAFIE sendiri”


dan berikan pada saya mana buku rujukan saudara berkenaan hadith:


” Selain daripada Dajjal, ada satu perkara yang sangat aku bimbangkan LEBIH DARIPADA DAJJAL. Lalu ada orang yang bertanya: Apakah itu wahai Rasulullah? Nabi s.a.w menjawab: Mereka ialah Ulama Su' yakni ulama yang jahat.”


Saya ini, dalam masalah ini saya berkata:


“Menghadiahkan pahala, memang sebenarnya saya tak tahu dari mana sumbernya. Kalau ada nas yang sohih, mungkin kerana saya belum mempelajarinya. Tetapi setakat ini, memang saya tidak pernah dapat lagi nas yang sohih berkenaan hal itu. Maka, kata-kata Ustaz kamu itu ada benarnya juga.”


Tetapi saya tidak kata ia haram kerana saya takuti mungkin ia boleh, wujud, cuma saya  belum mempelajarinya.


Saudara terang-terang mengharamkannya, malah berkata:


“Perkara ini ditimbulkan ulama terkemudian. Mereka mengelirukan masyarakat agar mengadakan majlis kenduri/tahlil dsbg utk DIHADIAHKAN buat si mati”


Harapnya, ada rujukan terhadap bicara saudara. Bila kita nak tentukan sesuatu itu halal atau haram, mesti ada standnya.


Berikan saya, beberapa ulama' yang mengharamkan perkara  ini secara jelas sebagai mana kata saudara:


“majoriti ulama mengharamkan sebarang pengkhususan bacaan al-Quran yang DIHADIAHKAN kepada si mati kerana perbuatan itu tidak membawa manfaat buat si mati”


Dan ayat Al-Quran yang saudara kemukakan, hakikatnya ada tafsir yang lebih mendalam. Ia tidak datang dengan maksud bahawa manusia itu tidak akan wujud bantuan-bantuan lain untuk membantunya di akhirat kelak selain amalannya. Jika tidak, Rasulullah SAW tidak akan bersabda berkenaan doa anak yang soleh yang merupakan salah satu dari tiga sumber pahala yang masih tidak terputus. Jika tidak, Rasulullah SAW tidak akan mendoakan penghuni-penghuni kubur di Baqi' sebelum wafatnya baginda.


Harap, kongsikan ilmunya pada saya bersama rujukan yang kemas.


Semoga Allah redha.


~seorang hamba…


Hilal Asyraf

8:17 pm
March 5, 2010


munk

Guest

apakah doa yang sesuai untuk mendoakan kepada simati agar kurang bebanan siksa yang dihadapi?

boleh ke membantu saya?


12:34 am
March 10, 2010


Abu Loqman

Guest

Assalamualaikum

Sebenarnya persoalan beramal untuk orang yang telah mati ada nas yang jelas cuma kita yang tak dapat memahami secara jelas. pernahkah kita mendengar hadis yang mafhumnya ” apa bila matinya anak adam maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara  pertama doa dari anak yang soleh kedua sedekah jariah dan ketiga ilmu yang di manafatkan. mari kita perhatikan satu persatu tebtang tiga perkara tersebut 1. doa dari anak yang soleh. siapakah yang boleh di ketogerikan sebagai anak anak yang soleh. ada pendapat yang mengatakan ia termasuk lah anak murid, orang yang dibawah tanggungannya seperti anak yatim dll dan juga dan jika dia majikan termasuk  lah pekerja nya atau orang bawahan nya yang banyak menerima jasanya. doa doa mereka juga seperti anak anak simati oleh itu doa mereka termasuk doa dari anak yang soleh. kedua sedekah jariah oklah tek tergolong dengan persoalan diatas. dan ketiga ilmu yang dimafaat. jika simati dalam hidupnya pernah mengajar ilmu kepada orang ramai maka apabila merewka beramal maka beroleh pahala lah simati yang mengajarkannya.

Mengenai majlis tahlil dan doa aruah setiap orang yang terlibat dengan majlis tersebut tentu ada mempunyai ibu / bapa / guru dan orang yang pernah berjasa kepadanya contohnya orang perseorangan yang pernah penaja pengajian yang dikira layak sebagai amal jariah. maka golongan ini akan dapat pahala apabila anak atau murid atau penerima tajaaan beramal seperti bertahlil. jadi orang yang hadir majlis tahlil ni walau pun tak sampai kepada simati iaitu tuan rumah, tetapi tahlil mereka sampai kepada golongan yang di sebutkan tadi. untuk simati tuan rumah memadailah dengan pahala yang dilakukan oleh anaknya yaitu bersedekah makanan. cuma yang perlu dijaga ialah jangan sampai termakan harta anak yatim, tetapi masih boleh dielakkan dengan cara memberi derma kepada keluarga simati sekiranya ada anak yatim. keluarga simati perlu dihiburkan dengan cara memberi makan kepada mereka.   

Reply to Post


Reply to Topic: bacaan yassin dan al fatihah buat yang telah meninggal dunia

Guest Name (Required):

Guest EMail (Required):

Topic Reply:

Save New PostSmileys

Guest URL (required)

Math Required!
What is the sum of:
12 + 1
   

 

Search 

About the Langit Ilahi forum

Most Users Ever Online:

40


Currently Online:

3 Guests

Forum Stats:

Groups: 2

Forums: 5

Topics: 142

Posts: 451

Membership:

There are 464 Members

There have been 168 Guests

There are 2 Admins

There are 0 Moderators

Top Posters:

abdu@ARIA - 7

hafizul - 6

Suri - 5

seri - 4

nur_fitri94 - 4

Ariffah9 - 4

Administrators: admin (4 Posts), laksamana (88 Posts)