Langit Ilahi Rotating Header Image

Forum

Current User: Guest Login Register
Please consider registering

Search 
Search Forums:


 




bagaimana menjadi seorang yang berkeyakinan diri?

Add a New Topic Reply to Post
UserPost

2:58 pm
February 20, 2010


mohd azmi, maisarah

Guest

salam. harap boleh kongsikan tips-tips bagaimana untuk menjadi yakin diri, tampil menarik dan mempunyai imej diri yang positif. terima kasih

3:14 pm
February 20, 2010


rabat

Guest

Wslm,

Pertama,ambil sekeping kertas dari buku nota anda,dan sebatang pensel,kemudian catatkan perkara di bawah:

1) matlamat anda mengapa perlu keyakinan diri.anda sendiri perlu jelas dengan matlamat anda

2)masalah yang bakal atau telah berlaku jika tidak ada keyakinan.contohnya,manusia sekeliling akan memberi komen negatif pada peribadi anda seperti “sakai!”dll

itu shj.Kemudian anda boleh juga beli buku motivasi diri yang anda rasa perlu.


saya kira sekarang sudah boleh kumpul wang untuk membeli buku-buku yg berkaitan membina dan memantapkan peribadi di KLIBF 2010 bln 3 nnt atau jika mahu segera,cari di kedai-kedai buku ternama seperti MPH,Popular bookstore,Kinokuniya dsb

5:25 pm
February 20, 2010


mohd azmi, maisarah

Guest

terima kasih. sangat menghargai pandangan yang diberi dan akan mempraktikkannya.

what if  I constantly think that I am ugly, comot, selekeh and etc. how to change that mindset? I had read quite a number of motivational books but it still didn't help. do you have any practical advice?

11:29 pm
February 25, 2010


hambaNya

Guest

salam. saye study di australia and kebanyakan org di sekeliling saye adalah australians and non-muslims. and diorng ni mmg sgt berkeyakinan and outspoken. not to mention their thinking skill. kadang2 rase inferior jgak. sesiapa mungkin boleh berkongsi apa2 tips atau pengalaman berhubung perkara ini.


jzkklh

salam

8:02 am
February 27, 2010


mohd azmi, maisarah

Guest

Post edited 8:03 am - February 27, 2010 by mohd azmi, maisarah


salam . . .

seemed like u have the same problem like me. huhu. after a while perusing over this matter, searching the net and asking people for their advice. alhamdulillah, i think there are solution to this matter.

firstly, we are Muslim. so we have to be proud being a Muslim. if we look back at the seerah, the sahabat had achieved many great things whatever their circumstances is.

second, we have Allah and we must always pray to Him that He show us the way to be more confident.

third, jangan tunjukkan rasa kurang percaya diri tu kepada orang lain. macam mengutuk diri sendiri– kata tak pandai, aku memang fail benda-benda macam ni. 

fourth, terima diri seadanya apapun kelebihan dan kekurangan kita. kalau kelemahan tu sesuatu yang kita boleh ubah, cuba improve lagi.

fifth, try google tip-tip menjadi individu yang menarik. macam kelakar tapi try la.

sixth, cuba menjadi imam solat berjemaah inshaAllah. mula-mula rasa tak yakin rasa macam mesti banyak salah, bacaan tak betul semua tapi kita kena latih diri. hadapi walaupun payah.

n there are many places where u can get help in the uni to improve urself- such as to improve ur English. just need to work a bit harder but inshaAllah, u will definitely improve. give time to yourself to improve, though. for example, like me, i want to be a fluent English speaker but I know that this cannot be achieved in a short time, so don't set unrealistic goals. But remember, Allah promise that people who work hard to achieve something, Allah will grant him success.

lastly, just wanna share a link. in case it mite be helpful.

http://cahayapenyeri.blogspot&…..rkaya.html

p/s: majalah SOLUSI yang terbaru, topik dia : bagaimana menjadi seorang yang berkeyakinan. leh mintak tlg org m'sia poskan kot.


sekadar perkongsian. maaf andai ada yang khilaf. 

9:15 pm
February 27, 2010


laksamana

Admin

posts 88

Assalamu'alaikum.


Apa khabar semua?


Biar saya utarakan pandangan saya yang daif.


Pada saya, keyakinan diri yang solid, adalah dengan kita memperkukuhkan keimanan kita kepada Allah SWT.


Inilah yang muncul pada diri Saidina Umar RA, apabila dia datang untuk bertemu pemimpin-pemimpin kota yang ditawan oleh tenteranya. Dia datang dengan keldai miliknya, dan baju miliknya. Kita ketahui bahawa Umar RA adalah seorang pemimpin yang adil, tidak memakai mahkota dan tidak pula mempunyai baju-baju mahal.


Melihat keadaan Umar RA, sahabat-sahabat yang ada menegur pemimpin itu. Mereka menyatakan bahawa, Umar akan kelihatan rendah di hadapan pemimpin-pemimpin itu nanti.


Tetapi Umar RA berkata dengan yakin: “Kita ini adalah kaum yang dimuliakan dengan Islam”


Itulah dia keyakinan diri. Keyakinan diri yang tidak akan terturun walau sekali. Keyakinan diri yang berdiri atas dasar yang kukuh. Keimanan kepada Allah SWT, dan meyakini bahawa pengabdi kepada Allah adalah manusia yang paling layak berada di atas muka bumi.


Itulah juga yang terjadi  kepada Rib'i bin Amir. Dia adalah seorang tentera yang biasa. Pangkatnya rendah. Dia ditugaskan untuk berjumpa dengan raja Kisra. Maka dia pergi dengan menaiki kudanya. Rib'i bin Amir adalah seorang yang miskin. Tetapi dia tidak segan memasuki mahligai raja Kisra.


Malah dengan yakin, tanpa gentar dan takut, dia berbicara dengan Raja Kisra yang duduk di singgahsana.


“Kami datang untuk mengeluarkan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan terhadap Tuhan untuk Manusia…”


Apakah yang memacu keyakinan seorag Rib'i bin Amir?


Keimanan kepada Allah SWT.


Pada saya, itulah dia cara hendak membina keyakinan diri yang sebenar-benarnya.


~seorang hamba…


Hilal Asyraf

Reply to Post


Reply to Topic: bagaimana menjadi seorang yang berkeyakinan diri?

Guest Name (Required):

Guest EMail (Required):

Topic Reply:

Save New PostSmileys

Guest URL (required)

Math Required!
What is the sum of:
11 + 5
   

 

Search 

About the Langit Ilahi forum

Most Users Ever Online:

40


Currently Online:

9 Guests

Forum Stats:

Groups: 2

Forums: 5

Topics: 142

Posts: 451

Membership:

There are 462 Members

There have been 168 Guests

There are 2 Admins

There are 0 Moderators

Top Posters:

abdu@ARIA - 7

hafizul - 6

Suri - 5

Ariffah9 - 4

seri - 4

nur_fitri94 - 4

Administrators: admin (4 Posts), laksamana (88 Posts)