Post edited 10:12 pm - May 6, 2009 by abdu@ARIA
Post edited 10:28 pm - May 6, 2009 by abdu@ARIA
sambungan..
~Doa bersama..”Ya Tuhan kami,hijrahkan kami dari iman yang lemah kepada kuat iman,dari kurang amal kepada beramal,dari sifat mazmumah kepada sifat mahmudah dan dari kesesatan kepada kebenaran serta mendekati syurga dan menjauhi neraka”…amiinn.
CARA-CARA MENASIHATI(KISAH F)
Sumber 1 (Al-Quran) :
~AllahWT berfirman: “ Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan..” (Fussilat:33)
~Firman Allah lg:” Serulah (manusia ) kepada jalan TuhanMu dgn *hikmah & pengajaran yg baik,& berdebatlah dgn mereka dgn cara yg baik” (AnNahl:125)
*hikmah:perkataan yg tegas & benar yg dpt membezakan antara yg hak & yg batil.
Sumber 2 (Al-Hadith) :
~ Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan,jika dia tidak mampu(dgn tanagn) maka dengan lidah,jika dia tidak mampu(dgn lidah) maka dengan hati & itu adalah selemah-lemah iman”
Melalui sumber 2:
-penerangan secara umum.
1) Mencegah dgn tangan jika mampu ..maksud:anggota tangan @ kuasa.
- contoh : jika seorang anak yg meninggalkan solat ketika b’umur 7 thn & keatas,ibu bapa berhak merotannya(ada caranya).
-kisah F:belikan atau hadiahkan tudung tiga segi (sbg permulaan) yang paling cantik beserta pin tudung.
-caranya: 1) selepas membelinya balut secantik yg mungkin.
2) ajak/pelawa dirinya pergi bersiar-siar seharian (yg terdapat didalamnya waktu solat)
3)berhenti dimana-mana surau atau masjid sebaik saja tiba waktu solat.
4) berikan hadiah tadi & katakan kpadanya:” kakak,kita sudah lama tidak berjumpa.Jadi,bersaksikan masjid ini,hadiah ini putri berikan khas buat kakak yg Putri sayangi”
5)minta dia buka & pakai tudung itu..katakan padanya:”kakak sangat cantik hari ini,tapi kan kakak,Putri rasa akak lagi cantik & bergaya kalau pakai tudung ini..cubalah..mesti macam bidadari..pasti ramai yg terpegun nanti termasuk burung-burung & semua makhluk yg ada disekeliling kita(sambil bergurau senda).
6)jika dia selesa,katakan lagi kpdnya:”mesti kakak lagi cantik kalau bersolek,sebab kakak sedia cantik tanpa bersolek,inikan pula jika bersolek,mesti lagi cun..(maksud:ajak dia solat)”
*boleh menggunakan apa2 sahaja cara(cara yg rasional):cth lain:-mengajaknya makan dirumah(semasa memasak lauk untuknya,bacalah sedikit selawat dan doa agar lembut hatinya utk menerima nasihat drp Putri),memberi kad,pos hadiah,belanja makan(spt kata Ihsan)..DLL
2)mencegah dgn lisan jika mampu
-cara bercakap : ~ memahami diri kakak F & rentak serta gaya hidupnya
~ b’cakap tidak terlalu serius,lemah lembut ( tambah senda gurau d’selitkan dgn kata2 yg manis agar lembut hatinya menerima.)
~ bercakap seperti biasa & sesuai dgn wataknya serta sesuai dgn penerimaan akalnya.
~ berbicara melalui kata hati,tidak memaksanya,biarkan dia memilih jalan (bkn membiarknnya bebas,bebasnya dia dgn cara kita ‘guide’ dia)..& berbicara dgn yakin.
- caranya: 1) gunakan kemudahan yg ada spt telefon,emel & sebagainya.
2)sentiasa menasihati,menerangkan & mengingatkannya semula akan larangan2 Allah.
3)Selalu bertanyakan khabar & lontarkan kata sayang kpdnya(sandarkn kpdNYA)
4)forward ayat2 Al-Quran,sabda Nabi atau kisah2 teladan/benar (sirah atau kisah terkini)-emel atau bercerita
5)kata2 yg tidak menyindir atau menyakitkan hati.
3)menggunakan hati & ia selemah-lemah iman
- menanamkan didalam hati bahawa kita tidak membenarkan/menerima(redha) segala perkara yg dilanggar(syariat Allah) oleh seseorang hamba itu serta membenci pada perkara tersebut bukan kepada pelakunya.
- menjauhkan hati & diri drp pergi ke tempat2 yg tidak sepatutnya.
- berdoa : ~ agar hati si dia dilembutkan oleh Pencipta Cinta utk menerima kebenaran.
(mungkin sudah lama kita tidak mendoakan si dia)
~ solat hajat DLL(jika mampu & berkesempatan),sebut namanya.
~ setelah selesai solat hadiahkan Al-Fatihah buatnya.
- ~sebelum nasihat: teguhkan niat(jgn lupa ikhlas),minta bantuan drNYA,baca selawat atau doa & banyakkan bertawakkal serta gunakan budi bicara(juga bicara hati).Lebih bagus jika ada perancangan (spt kata Laksamana).Nasihatlah dgn pandangan kasih sayang(hati),InsyaAllah ia akan sampai kepada hati si dia.
- ~Jika dilihat kesemua cara di atas secara rawak,kebanyakkannya adalah bahasa anggota “indirectly”.Sesetengah orang boleh terima jika kita tegur “directly”.Bergantung pada keadaan & situasi.
- ~Guna sahaja kemudahan yg ada disekeliling kita & mengikut kemampuan.
- ~Wahai hati-hati,ketika kita menasihati/berdakwah/mengajak manusia ke arah kebaikan,Allah tidak menjanjikan kita 2 perkara iaitu:
1) Hidayah 2) Iman
~· Seterusnya kita harus mengerti:
1) kita tidak boleh memaksa si dia utk mengikut telunjuk & kehendak kita melainkan dalam perkara tertentu seperti solat DLL.
-biarlah dia menerima dengan rela hati & ikhlas kerana hidayah itu Allah yang pegang.
Tetapi dgn nasihatlah dapat membantu seseorang hamba kpd pintu hidayah.
2) terus menasihati dan biar dia memilih jalan.
-dgn cara kita ‘guide’ dia jika mampu.
ALLAH SWT ada berfirman,
“ Dan berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu berguna untuk orang-orang yang beriman”
3)waktu perubahan atau penerimaan:
-sesetengah hamba memerlukan masa yang singkat utk menerima dan melakukan perubahan,sesetengah hamba pula memerlukan jangka waktu yg sangat lama sama ada sebulan/setahun/10 thn & sehinggalah dia menerimanya.(bergantung kpd hidayah & takdir,namun hidayah itu perlu adanya bantuan & usaha).
Firman Allah SWT:“, Sesungguhnya ALLAH SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yang ada dalam diri mereka”
- ~ Wahai Putri & para pembaca sekalian,2 hal yang harus diingati:
1) Kebaikan orang lain kepada kita.
2) Keburukan kita kepada orang lain.
- ~ Juga 2 hal yang harus kita lupakan:
1) Kebaikan kita kepada orang lain.
2) Keburukan orang lain kepada kita.