Assalamu'alaikum,
kepada Nur KTN,
Sebenarnya, kita sebagai orang yang beriman, yakin bahawa segala ketentuan adalah daripada ALLAH. Maka, sebaiknya bila kita berjanji, kita ucapkan InsyaALLAH, yakni membawa maksud 'dengan izin ALLAH'.
Sebab kita tidak tahu sama ada ALLAH mengizinkan kita menunaikan janji kita atau tidak.
Tetapi, orang melayu dia ada sikap buruk berkenaan penggunaan InsyaALLAH ini. Orang melayu, selalu menggunakan insyaALLAH apabila dia rasa dia tak mahu buat. Berbanding menggunakan 'saya berjanji', dia lebih senang mengucapkan InsyaALLAH kepada satu perkara yang dia rasa dia tidak mahu lakukan. Secara tidak langsung, perkara ini merendah-rendahkan ucapakan insyaALLAH itu.
Sebagai seorang mu'min, insyaALLAH itu adalah adab bila berjanji. Tidak mengapa kalau nak sebut 'aku janji', boleh je. Tetapi sebaiknya, iringilah dengan ucapan InsyaALLAH, sebagai adab dan rasa rendah diri kita kepada ALLAH kerana DIAlah yang menentukan kita boleh menunaikan janji kita atau tidak.