Langit Ilahi Rotating Header Image

Forum

Current User: Guest Login Register
Please consider registering

Search 
Search Forums:


 




UserPost

6:18 pm
April 26, 2009


adnan

Guest

salam, hilal…hehe..bersua lagi..ana nak mnta pendapat anta lagi ni…boleh ka anta menunjukkan ana firman ALLAH dan hadis Rasullullah…yang berkaitan meminta maaf…ana da terbuat salah ngan seseorang ana nak meminta maaf dengan dia dan ingin menyokongnya dengan firman atau hadis..

2:27 pm
April 28, 2009


laksamana

Admin

posts 88

Assalamu'alaikum Adnan,


ana sebenarnya agak sibuk untuk tolong carikan hadith dan ayat al-quran untuk enta berkenaan maaf.


Cuma ana nak tanya la,


Apakah kalau enta tak jumpa hadith atau ayat Al-Quran berkenaan maaf, enta tak perlu minta maaf dengan dia?


Minta maaf itu adalah tanggungjawab pesalahah sebenarnya.


Biar ana kongsi satu hadith yang ana ingat,


Satu hari, seorang arab badwi menarik kain di leher Rasulullah dengan kasar, sehingga merah leher baginda. Arab itu berkata,

” HEi Muhammad! Bayarlah hutang aku dengan segera!”

Ketika itu, Umar Al-Khattab RA berada di sisi Rasulullah. Umar begitu terkejut dan segera memarahi arab itu, malah menghunuskan pedang bagi memenggal kepalanya kerana berkasar dengan Rasulullah SAW.

Tetapi, Rasulullah SAW menahan tindakan Umar dan berkata,

” Wahai Umar, aku memang ada berhutang dengannya. Tetapi sebenarnya masa mengambil hutang belum sampai. Justeru, kau sepatutnya menyuruhnya meminta hutang dengan cara yang baik, dan menyuruh aku melunaskan hutang juga dengan baik”

Kemudian Rasulullah SAW menyuruh Umar Al-Khattab pergi mengambil wang untuk membayar kepada arab itu. Malah, Rasulullah menyuruh Umar menambah wang bayaran hutang.

Arab itu pelik, lalu bertanya, untuk apa wang tambahan itu?

” Itu adalah untuk tindakan Umar yang berkasar denganmu tadi”


nampak?

Bila kita bersalah, memang kita perlu meminta maaf. Adakah perlukan sebab lain untuk meminta maaf? Perlukah ada dalil yang banyak untuk meminta maaf?

Hakikatnya, pada pandangan ana, dalil yang amat ampuh dalam meminta maaf ini adalah meruntuhkan ego kita sendiri dalam meminta maaf.

Manusia sering merasakan bahawa, bila dia meminta maaf, maka dia ini lemah. Tetapi sebenarnya, manusia yang meminta maaf dan mengakui kesalahannya adalah manusia yang kuat.


itu sahaja yang ana boleh kata.


Sekian.


~seorang HAMBA


Hilal Asyraf

3:25 pm
April 29, 2009


adnan

Guest

owww ok2…tima kasi..bukan la ….enta ni…ana jst nak tnya klu enta ada hadis yng enta hafal ke…tnpa  hadis pun maaf boleh berjalan ngan lancar…cuma utk membuat kan mnta maaf itu lebih berkesan da akan di terima maaf itu dengan hati yang terbuka..

  :)

10:47 pm
April 29, 2009


caliph

Guest

Salam'alaik.


Manusia acap kali berkira2 dalam soal maaf memaafkan. Sehingga ada seorang sahabat saya sendiri yang agak sukar memaafkan org lain dek kerana kesilapan yang terlalu kecil dan remeh. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Lihatlah betapa hambaNya boleh melakukan sedemikian sesama sendiri. Sedangkan Nabi seorang yang pemaaf hatta diperlakukan dengan begitu dasyat sekalipun.

Sedih,pelik dan pelbagai lagi perasaan yang bercampur baur mengenangkan hal ini.

Andai kita menjaga hubungan dengan Allah. mengapa tidak kita menjaga hubungan sesama kita. Mungkin ada sesuatu yang harus 'diperbaiki' di situ.

Bagi yang sukar memaafkan org lain, renungkan kembali siapakah kita di sisiNya.Barangkali kita insan hina dina yang begitu kotor di pandanganNya.


Wallahu'alam.

Reply to Post


Reply to Topic: “maaf”

Guest Name (Required):

Guest EMail (Required):

Topic Reply:

Save New PostSmileys

Guest URL (required)

Math Required!
What is the sum of:
3 + 11
   

 

Search 

About the Langit Ilahi forum

Most Users Ever Online:

40


Currently Online:

3 Guests

Forum Stats:

Groups: 2

Forums: 5

Topics: 142

Posts: 451

Membership:

There are 464 Members

There have been 168 Guests

There are 2 Admins

There are 0 Moderators

Top Posters:

abdu@ARIA - 7

hafizul - 6

Suri - 5

seri - 4

nur_fitri94 - 4

Ariffah9 - 4

Administrators: admin (4 Posts), laksamana (88 Posts)