Assalamu'alaikum.
Kepada adisg2,
ana sebenarnya berusaha cari sumber yang sohih untuk benda ini. Tetapi hambatan waktu membuatkan ana tidak ada masa untuk mencari sumber yang benar-benar rajih akan hal ini. Namun, dalam pelajaran Madkhal Ila Aqidah(pembuka kepada Ilmu Aqidah) yang ana ambil di University of Yarmouk, pensyarah ana ada berkata:
” Sebenarnya, munculnya Al-Mahdi itu masih diperbahaskan Ulama'. Sebahagian mempercayainya, dan sebahagian menyatakan bahawa tidak akan ada seorang yang bergelar Al-Mahdi akan muncul. Bagi yang mempercayai kemunculan Iman Al-Mahdi ini pula, mereka tidak meletakkan kemunculan Al-Mahdi sebagai salah satu tanda besar kiamat seperti mana mereka beriman bahawa turunnya Nabi Isa as ke bumi sebagai salah satu tanda besar”
Pensyarah ana kata lagi,
” Di dalam kes perbahasan turunnya Imam Al-Mahdi ini, terdapat dua hadith yang diriwayatkan di dalam Sohih Al-Bukhari dan Sohih Al-Muslim. Tetapi, kedua-dua hadith itu tidak sesekali menyebut nama Imam Al-Mahdi ini. Hadith tersebut hanya menyebut perihal turunnya Nabi Isa, dan yang menjadi imam ketika itu adalah seorang soleh dari kalangan muslimin, bukannya nabi Isa AS”
Dua hadith itu adalah:
“Bagaimana kamu semua jika turun Isa bin Maryam bersama kamu dan yang mengimami kamu semua adalah dikalangan kamu”? Riwayat Bukhari dan Muslim.
“Akan tetap satu golongan dikalangan umatku memperjuangkan kebenaran, mereka itu terserlah sehingga hari kiamat, bersabda Nabi lagi; maka akan turun Isa bin Maryam, lantas berkatalah ketua mereka (muslimin); “Marilah mengimami kami”. Maka Isa berkata; ” Tidak, sesungguhnya sebahagian kamu keatas yang lain adalah pemimpin, penghormatan dari Allah untuk umat ini (umat Muhamad). Riwayat Bukhari dan Muslim.
Lihat ya, kedua-dua hadith itu tidak disebut pun nama Al-Mahdi.
Wujud juga hadith yang menyebut perihal Al-mahdi secara jelas. Tetapi hadith itu tidak diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, serta kesohihannya diragui.
Jadi, ana berlepas tangan dalam hal ini la. Sebab ana tak ada ilmu. Yang ana tulis di atas ini adalah penerangan pensyarah ana semuanya. Tiada pendapat ana yang ana letak dalam hal ini.
Ana serahkan segala yang ghaib ini, yang tertutup perkaranya daripada ana, kepada ALLAH SWT yang Maha Mengetahui.
Setakat itu sahaja rasanya. Kalau ana dapat ilmu baru, atau kefahaman berkenaan hal ini, insyaALLAH akan ana nukilkan.
~seorang hamba biasa…
Hilal Asyraf