Assalau'alaikum.
Sebaiknya, enta pergi juga ke masjid. Sebelum pergi masjid, enta pergi dahulu bertemu dengan teman di rumah.
” Eh, jom pergi masjid”
atau paling kurang, enta pesan,
” Eh, masuk waktu dah ni. Jom solat. Ana nak ke masjid ni”
Dengan itu, enta telah menjalankan tanggungjawab sebagai sahabat rumah, dan enta juga menjaga pandangan masyarakat yang sering ke masjid terhadap enta. Kalau enta asyik tak pergi ke masjid, orang-orang yang kenal enta, yang selalu pergi masjid akan cakap begini pula,
” Ihsan tu, asyik tak pergi masjid je.”
Buruk pula imej enta nanti. jAdi, sebaiknya, enta pergi ke masjid, tetapi sebelum ke masjid, pesan dan ingatkan teman-teman.
Tetapi, tak semestinya pergi masjid setiap waktu. Enta boleh susun masa dengan ahli rumah, dan aturkan waktu solat berjemaah. Katalah, hari isnin, enta solat maghrib dan isya' di rumah berjemaah dengan kawan-kawan. Manakala, hari selasa dan rabu, enta ke masjid. Hari khamis, buatlah program puasa sunat, berbuka di rumah, dan solat maghrib berjemaah. Kemudian adakan tazkirah sikit, lepas itu solat isya' berjemaah. Hari berikutnya, hari jumaat, sabtu dan ahad, enta terus solat di masjid.
Nampak? Dengan ini, ahli rumah enta terjaga, imej enta dalam masyarakat juga terjaga.
ISLAM itu mudah. Jangan kita susahkan.
Pesan Rasulullah SAW sebelum menghantar Muaz Ibn Jabal RA ke Yaman,
” Wahai Muaz, permudahkanlah, jangan kau susahkan”
Maksud baginda, dalam mengajak orang kepada ISLAM, jangan kita terus memberat-beratkan diri dia, dan diri kita. AMbil jalan yang mudah, supaya orang mudah ikut, dan diri kita pun mudah buat. Tetapi mudah yang kita ambil tu, mudah yang dibenarkan oleh syara', bukan mudah yang kita mereka-reka sendiri.
setakat itu sahaja.
~yang juga sedang cuba berusaha ke masjid…
Hilal Asyraf