Langit Ilahi Rotating Header Image

Forum

Current User: Guest Login Register
Please consider registering

Search 
Search Forums:


 




UserPost

11:12 am
March 7, 2009


ihsan

Guest

Ana rasa ramai yang tahu tentang subuh gajah. Ianya berlaku berleluasa sekarang nih dikalangan remaja. INi kerana suka tido lewat dah nak dekat subuh baru tido. Pastuh bangun selepas waktu subuh habis kalo bangun lewat sampai waktu subuh dah berlalu lebih dari1 jam. Macam mana nyeK?

sebab ramai mahasiswa yang bangun kerana kelas. Jadi mereka bangun2 terus ingat kelas sedangkan solat belum lagi tuh. 

Pastuh, boleh nak qada' plak.

2:06 pm
March 7, 2009


laksamana

Admin

posts 88


Assalamu'alaikum..


sebenarnya masalah ini bukan berlaku di malaysia sahaja. Kalau di Jordan, kami menghadapi masalah musim sejuk, dan juga waktu malam yang kadangkala pendek, dan kadangkala panjang. Jadi bangkit subuh gajah ni, jika kita tidak melakukan beberapa persediaan, maka pastinya akan berlaku.


Hakikatnya, bangkit subuh ini adalah bukti cinta kita kepada ALLAH. Kita sebenarnya berperang dengan nafsu hendak tidur, kemalasan, dan kesejukan ketika pagi. Tambahan, syaitan akan berusaha bermati-matian untuk membuatkan kita tidak bangkit.

Justeru, mu'min yang baik akan membuat persediaan.

Jika kita tahu bahawa kita akan bangun lewat jika tidur lewat, maka kenapa kita mesti hendak tidur lewat? Sepatutnya, sebelum tidur lagi, kita sudah berfikir bagaimana aku hendak bangkit subuh esok?


Mu'min yang benar cintanya kepada ALLAH, akan bersedia. Sebelum tidur, dia sudah berniat untuk bangun awal, selain dia menyediakan jam loceng sebagai usaha, dan juga mungkin berpesan kepada rakan untuk mengejutkannya. Jika  dia sudah berusaha sedemikian rupa, kemudian ALLAH izin dia tetap terbangun  lewat, maka  itu barulah bukan kesalahannya. Mungkin hari itu ALLAH hendak memberikan bonus kepadanya. Tetapi kalau sudah sampai berhari-hari asyik subuh gajah, maka dia perlu muhasabah, di manakah silapnya, apakah dosanya terlalu banyak sehingga dia sukar bangun subuh dan sebagainya… Mu'min yang sensitif pasti akan merasa risau dengan keadaannya yang sering bangun lewat, dan akan sentiasa berfikir bagaimana hendak memperbaiki dirinya.


Subuh qada'?


Sebenarnya, qada' solat ini tidak ada jika kita tinggalkannya secara  sengaja. Tetapi ramai yang salah faham perkara ini.


Kita tidak boleh, jika terbangun lewat, kemudian menqada' subuh selepas zuhur, melainkanlah, kita terbangun lewat, sehingga waktu zuhur telah masuk. Jika subuh pukul 6.00 pagi, kita terbangun lewat pukul 11.00  pagi(ini situasi malaysia ya.. kalau di Jordan, 11.00 pagi sama dengan 1.30 petang gayanya.. dah dekat Zuhur)… maka kita wajib terus bangun dari katil, pergi mengambil wudhu' dan melaksanakan solat subuh ketika itu juga tanpa melewat-lewatkannya.


Pernah terjadi satu persitiwa,

Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.

Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.

Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).

 

Nampak? Mana ada Rasulullah tangguh sampai lepas Zuhur?

 

Bangun kerana kelas? MasyaALLAH… ALLAH jugalah yang memberikan kita tambahan nyawa untuk hari  ini. Kenapa mesti bangun kerana kelas pula? Hidup ini untuk ALLAH, belajar itu pun untuk ALLAH. Maka kenapa kita mesti hendak melupakan subuh yang telah ALLAH syariatkannya menjadi salah satu dari lima solat fardhu kita?

 

Sebenarnya, kalau sengaja bangun lewat ini(yakni sengaja meninggalkan solat,) maka besar dosanya.

 

Rasulullah SAW bersabda,


” Barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia telah kafir dengan jelasnya”

 

setakat itu sahaja daripada saya..

 

~yg ingin memperingatkan dirinya juga…

 

Hilal Asyraf

7:18 pm
March 7, 2009


nhmz

Guest

Satu persoalan yg masih tertanya2..

Dari mana yg ana tahu,waktu terbit matahari sehingga lebih kurang matahari naik sepenggalah,kita diharamkan untuk bersolat.

Bagaimana ya dalam keadaan jika kita terlewat bangun dan terjaga ketika matahari baru sahaja terbit?Patutkah kita terus menqada' atau menunggu waktu dhuha untuk menqada'kan solat?

Ustazah ana pernah bagitahu dahulu,apabila kita tertidur atau terlupa,ketika kita bangun atau teringat itulah waktu solat kita.Tidak perlu niat qada'.

Ana pernah terbaca hadis yg anta bagi di atas cuma di dalam matannya ada menceritakan ketika sahabat mengambil wudhu',Rasulullah suruh bertenang.Apa yang ana dapat simpulkan mungkin Rasulullah kata jika kita terlewat,tak perlu tergopoh-gopoh sehingga mungkin menyebabkan kita tidak khusyuk nanti tetapi harus segera melaksanakan saat teringat.(pendapat ana sahaja)


Jadi ana berbalik pada persoalan tadi tentang hukum kerjakan solat pada sengga waktu tu dan berkenaan dgn niat qada' tu.Harap akhi dpat membantu.

Jazakallah.

10:03 pm
March 7, 2009


laksamana

Admin

posts 88

Ana dah jangka enta akan tanya begitu…


bila bangun pada waktu diharamkan solat.. adakah perlu kita ganti solat kita ketika itu?


betul. Ada beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksud: Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).

Tetapi kalau kita perhatikan, solat yang diharamkan selepas solat fajar ini adalah solat sunat, manakala solat fardhu adalah tidak ditegah dari melakukannya.(Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261)

Dr. Wahbah Al-Zuhaily pula menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangannya,

 “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).

Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.

Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.

 

bagaimana?

 

Adakah menjawab persoalan anda?

 

Fasal tergopoh-gopoh. Siapa suruh tergopoh? bersegera di sini bermaksud, bila kamu dah bangun lewat, janganlah pergi tengok lap top dulu, pergi makan nasi goreng dulu, pergi mandi(lain la kalau kena mandi wajib) dulu, pergi main dengan adik dulu dan sebagainya… sepatutnya, kamu sedar kamu bangun lambat, kamu terus bergerak  ke bilik air, basuh muka, gosok gigi, ambil air wudhu' dengan cermat dan terus solat subuh tanpa bertangguh-tangguh.


Bagaimana?

 

 

~yg cuba membantu..

 

Hilal Asyraf

 

5:06 am
March 8, 2009


nhmz

Guest

InsyaAllah.

Lengkap dan jelas..

Jazakallahu khayr.

4:02 pm
May 7, 2009


F

Guest

laksamana said:


 “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).


asSalamua'laikum..

 

Macamana pula jika saya bangun pada waktu yang telah habis waktu subuh, dan waktu itu pula saya sudah terlambat untuk ke sekolah? Kalau datang lewat, nanti kena tulis nama dan ditahan sekejap… Dah balik sekolah baru saya Qada'..

Kalau saya sengaja tinggalkan solat dan kemudian Qada'?

Kalau selama ini dia suka tinggal solat dan baru sekarang dia sedar tentang perkara ini, kena Qada' juga ke, walaupun dia dah lost count berapa kali dia tak solat. Saya pernah terbaca bahawa jika seseorang itu selalu tinggal solat dengan sengaja kemudian setelah sekian lama baru dia taubat, kalau dia nak cover semula solat dia tu, dia kena tolak umur dia sekarang ni dengan umurnya pertama kali dpat baligh(LBIH KURANG LA).. Contohnya, dia baligh umur 12, dan umurnya sekarang ialah 14. Jadi dia kena Qada' solat tu sebanyak 2 kalilah..

Maaflah, soalan saya macam dah lebih setakat subuh je.. Subuh gajah tu apa pun, saya tak pasti..

Harap dapat bantuan daripa anda semua yg lbih mengetahui..


9:10 am
May 20, 2009


AbuAfeefah

Member

posts 3

Assalamu'alaikum w.t.w…

melalaui pengalaman untuk mudah bangun solat subuh berjemaah:-

1) Tidur awal sekurang2nya sbl kul 12mlm(waktu m'sia).

2) Berwudhuk sebelum tidur.

3) Solat sunnat 2 rakaat sekurang2nya(lbh adalah lbh baik).

4) Baca doa tidur.

5) Niat untuk bangun solat subuh berjemaah.

6) Berdoalah pada Allah agar dimudahkan untuk bangkit subuh.

ini yg saya amalkan untuk istiqamah solat subuh bsecara berjamaah..

insya'Allah..boleh cuba praktikkan..

semoga dipermudahkan..


p/s: semoga kebaikan sentiasa bersama..


7:39 am
July 9, 2009


ihsan

Guest

ok..terima kasih abu afeefah


KES: Solat Tidak Kepastian di terima Allah ke tak


ana bangun dah agak2 terlajak skit. Jadi ana solatlah terus.


tapi solat macam rasa Allah tak terima….

boleh ke solat baliK?

7:48 am
July 9, 2009


ihsan

Guest

Post edited 7:49 am - July 9, 2009 by ihsan


F said:

asSalamua'laikum..

 

Macamana pula jika saya bangun pada waktu yang telah habis waktu subuh, dan waktu itu pula saya sudah terlambat untuk ke sekolah? Kalau datang lewat, nanti kena tulis nama dan ditahan sekejap… Dah balik sekolah baru saya Qada'..

Kalau saya sengaja tinggalkan solat dan kemudian Qada'?

Kalau selama ini dia suka tinggal solat dan baru sekarang dia sedar tentang perkara ini, kena Qada' juga ke, walaupun dia dah lost count berapa kali dia tak solat. Saya pernah terbaca bahawa jika seseorang itu selalu tinggal solat dengan sengaja kemudian setelah sekian lama baru dia taubat, kalau dia nak cover semula solat dia tu, dia kena tolak umur dia sekarang ni dengan umurnya pertama kali dpat baligh(LBIH KURANG LA).. Contohnya, dia baligh umur 12, dan umurnya sekarang ialah 14. Jadi dia kena Qada' solat tu sebanyak 2 kalilah..

Maaflah, soalan saya macam dah lebih setakat subuh je.. Subuh gajah tu apa pun, saya tak pasti..

Harap dapat bantuan daripa anda semua yg lbih mengetahui..



macam para sahabat yang dahulu nya kafir dan masuk Islam kemudiannya. Patutnya orang kafir kan bila dia masuk Islam dah jadi 0-0….tak perlu qada'. tetapi para sahabat tetap qada' dia qada' tiap2 hari.

jadi sekiranya diikutkan semangat mengejar syurga para sahabat itu. Mereka qada' sahaja tiap2 hari.

7:55 am
July 9, 2009


ihsan

Guest

laksamana said:


…….. 

Sebenarnya, kalau sengaja bangun lewat ini(yakni sengaja meninggalkan solat,) maka besar dosanya.

 

Rasulullah SAW bersabda,


” Barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia telah kafir dengan jelasnya”

 

setakat itu sahaja daripada saya..

 

~yg ingin memperingatkan dirinya juga…

 

Hilal Asyraf


Hilal..hadis tuh soheh nyek?

8:39 pm
July 13, 2009


laksamana

Admin

posts 88

Fasal solat rasa Allah terima ke tak, itu dah masuk dalam bab Ghaib.


Kita tak tahu Allah terima ke tak. So, kita hanya boleh tengok kepada cara  kita laksanakan. Kalau cukup syarat, tak batal dan sebagainya, maka oklah. Jangan kita was-was batal atau tak. ALlah terima ke tak, itu Allah punya urusan. Kita, solat dengan cara terbaik, sesempurna mungkin. Itu usaha kita.


So, kalau terlajak bangun tanpa sengaja, pastu terus bangkit solat tanpa melewat-lewatkannya, maka ok la. Jangan persoalkan Allah terima ke tak. Solat itu tidak perlu diulang.


Ana nak tahu, kat mana enta ambil cerita sahabat qada' solat diorang hari2?


Ana tak pernah dengar pun dalam buku sirah.


Dan hadith yang enta minta  tu, tu mafhum je ana bagi. Ni yang sebenarnya:


“Perjanjian yang telah ditetapkan antara kami dengan mereka adalah (menegakkan) shalat, karena itu barangsiapa yang telah meninggalkannya maka sungguh ia telah kafir.” (Shahih: Shahih Ibnu Majah no: 884, Ibnu Majah 1:342 no: 1079, Nasa'i I: 231, dan Tirmidzi 125 no: 2756).


ok.


~seorang hamba…


Hilal Asyraf

10:38 pm
July 13, 2009


ihsan

Guest

ana kurang pasti…mungkin salah dengar


*p/s: biasanya ana akan tanam dalam otak apabila sesuatu itu disampaikan oleh orang antara kita.

9:43 am
September 30, 2009


hamba allah

Guest

salam…tumpang tnye, kalu kite langsung x tersedar dr bangun td0, adakah selepas tu, kite tunaikan solat subuh dgn niat qada' subuh atau pun kite niat s0lat subuh macam biase? sbb sy pernah belajar dgn s0rang ustazah, beliau berkate, kalu kite xsengaja, maka selepas bangun tidur tu, kite terus melakukan solat dgn niat solat subuh, bukan niat qada' subuh…sy xpasti dgn perkara ni…tolong…tq

10:10 pm
January 24, 2010


penamaya

Guest

saya ada tulis artikel tentang isu ni


mari baca ramai-ramai di bawah ini


“Pena Maya: Cara Tidur Yang Betul Menurut Islam (Bagaimanakah Caranya Untuk Bangun Subuh?)”.


6:40 pm
February 5, 2010


Sal

Guest

Salam….

macam mana kalau waktu subuh tu kt da t'jaga, tp kita matikan jam loceng n tido balik. Sedar2 da telepas waktu solat subuh…..ada kah solat itu boleh di lakukan lagi slps bgun tdo? 

Sy pnah t'dengar…kalau kes spt itu…sudah tidak ade pluang utk melakukan solat yg telah telepas itu…krn pd waktu solat yg spatutnya, kt telah t'jaga tp x melakukan solat, maka itu adalah kesilapan kt sndiri dan menanggung dosa krn x melakukan solat. Tp, jika kita mmg x tesedar langsung sehingga hbis waktu solat, maka wajib kt lakukan solat itu slpas bgun tdo.

Betulkah?

11:39 am
May 15, 2010


syamim

Guest

dah camne kalau ak tak tau ..dan skrang baru ak taw..

sbb ak slalu gak..bangun lewat smpai subuh tidak tersolat..

niat nk qada'  tetapi first ak bangun sure laptop dulu mule2 wusha facebook…hahaha

adakah qada' still boleh dibayar??

yela sbb bangun lewat dlm kol 9.00 a.m pastuh wusha facebook sampai kol 11 a.m. ..

still boleh bayar ke hutang solat tuh??

Reply to Post


Reply to Topic: Subuh Gajah

Guest Name (Required):

Guest EMail (Required):

Topic Reply:

Save New PostSmileys

Guest URL (required)

Math Required!
What is the sum of:
4 + 11
   

 

Search 

About the Langit Ilahi forum

Most Users Ever Online:

40


Currently Online:

5 Guests

Forum Stats:

Groups: 2

Forums: 5

Topics: 129

Posts: 423

Membership:

There are 399 Members

There have been 152 Guests

There are 2 Admins

There are 0 Moderators

Top Posters:

abdu@ARIA - 7

hafizul - 6

Suri - 5

Ariffah9 - 4

nur_fitri94 - 4

seri - 4

Administrators: admin (4 Posts), laksamana (88 Posts)