
kukunci senjataku, berkabung sementara waktu, hilang melepas sendu
“ Kau pernah sedih?”
Satu suara menerja hati saya.
“ Aku pernah sedih?”
Saya bertanya semula kepada diri.
“ Tak. Andai sedih datang, maka akan kuhambur ia pergi”
Itu semua, bicara saya beberapa tahun yang lalu.
Hari ini, saya sedih.
Saya bersedih juga dengan pemergian Ummi Halimaton. Tetapi saya tetap tabah, malah menjadikan pemergiannya sebagai inspirasi saya. Tidak dinafikan, pemergian Ummi Halimaton antara kehilangan yang paling terasa. Namun saya tetap tenang sahaja. Cuma sedikit memarahi diri, kerana tidak bertemu dengan Ummi sebelum datang ke Jordan ini.
Tetapi hari ini berlainan.
Hari ini saya sedih. Dan sedih saya tiada ketabahan di dalamnya. Saya terduduk di satu sudut sempit, dan saya rasa tidak bermaya.
Hari ini, sebahagian diri saya mentertawakan saya. Mereka menyatakan saya naif dan daif.
Sempit. Sesak. Itulah keadaan saya. Rasa tertipu, mungkin ada juga terselit di dalam jiwa.
Tapi air mata tidak mengalir. Cuma rasa hina yang terzahir.
Kadang-kadang, saya mula merasakan diri saya ini bodoh. Kenaifan dan kedaifan diri benar-benar membuatkan saya kelihatan hodoh.
Sepanjang kehidupan saya, tidak sekali pun pernah saya rasa sedih dengan apa yang saya lakui. Jika ada perkara silap yang saya buat, saya hanya tahu untuk perbaiki. Saya tidak peduli apa dunia mahu kata kepada diri. Saya hanya nampak apa yang saya ingin miliki.
Saya tabah mengharung tohmahan, umpatan, perlian, sindiran. Ada kala, orang memandang rendah pada saya, mengutuk dan tidak senang dengan segala apa yang ada pada saya. Malah ada waktu saya dipukul, dan ada kala saya cuba dihapus. Ada ketika saya ditinggalkan, dan ada waktu saya terpaksa melalui pengkhianatan. Ditikam dari belakang, diumpat dari jauh, dikeji dari arah yang tidak diketahui, itu semua saya sudah lali.
Tidak kira dugaan itu daripada siapa, saya harungi tanpa sedikit pun kelelahan. Bila penat saya berehat, bila tertekan saya pantas bertenang. Sedikit pun tidak kecewa dengan jalan yang diambil. Sedikit pun tidak kisah. Sedikit pun tidak ambil peduli.
Tetapi hari ini…
Hari ini saya sedih. Dan sedih saya tiada ketabahan di dalamnya. Saya terduduk di satu sudut sempit. Dan saya rasa tidak bermaya.
Mungkin akan ada orang ingin menenangkan saya dengan kata-kata: “ La tahzan”
Tetapi hati saya sudah beku untuk menerima.
Saya sejuk. Dalam gelap. Sepi. Tiada teman. Sendiri. Dan terus sendirian.
Izinkan saya menjadi manusia biasa. Membuang tabah di dalam jiwa. Bersedih sementara. Menikmati rasa tidak bermaya. Mungkin hati ini meronta-ronta. Dia juga ingin berehat. Inginkan kesedihan menyelimutinya, biar mampu berharap dengan sihat.
Terbuanglah semangat mendidih.
Terhamburlah segala rasa pedih.
Walau tanpa air mata.
Hari ini saya sedih.




assalamualaikum..
menangislah jika ia bisa menenangkan.. kerana kesedihan itu tanda kamu seorang hamba…
[Reply]
assalamualaikum..
Saudara Hilal..
sebagai manusia biasa..perasaan sedih adalah lumrah hidup. menangis sepuasnya jika itu dapat mengurangkn beban di hati. Jgn sampai kesedihan menguasai diri sehingga x mampu nak lakukan apa2..
innalillah hi wa innalillahi raji’un..
al fatihah buat ummi halimaton.
juga mengingatkan diri sendiri..
wassalam
[Reply]
Salam,
kesedihan perkara biasa tapi jgn terlalu lama meratapi!~
byk2 lagi harus dilakukan wahai syabab!
sabar2!
[Reply]
enta jangan sorang2.. cari teman. masa ni lah syaitan keluarkan senjata ampuh untuk menyerang
[Reply]
~moga senyuman seorang teman mampu mngusir kesedihan nta..
~rabbuna ma’ak..
[Reply]
salam’alaik..
sedih..
adalah suatu anugerah.. bersyukurlah.. perbanyakkan istighfar.. saya bukanlah yg pandai menasihatkan, tetapi setelah melalui saat2 sukar seperti anda akhir2 ini membuatkan saya terfikir satu perkara..
“apakah Allah ingin saya renungi, koreksi apa yg telah saya berikan pada orang? indahnya kita memberi, namun yg paling utama adalah pemberian buat diri kita sendiri..”
setelah saya mengalami kejatuhan yg agak teruk dalam pengajian saya dalam research master saya, saya sering berdoa..ya Allah, jangan sekali-kali patahkan semangatkku..jangan sekali-kali palingkan aku dari ingin cemerlang utk agama-Mu dalam bidang ini… saya pernah berasa tiada ketabahan, saya pernah mengeluarkan air mata atas rasa hinanya diri, namun saya tidak nampak kelegaan atas kesedihan saya.. tetapi, dengan azam tidak ingin persiakan jalan yg telah Allah sediakan buat saya ini, saya akan terus optimis….inilah kekuatan yg Allah pinjamkan buat saya.. alhamdulillah!
insyAllah saudara akan terus Allah bantu.. amin!
[Reply]
salam… emmm sume insan pernh rs sedih… saudara hilal, saya dan semua…
dgn adanya sedih buat kita dapat muhasabah diri, koreksi diri, turning point..
seminggu yang lepas, saya sedih sangat, tak tau apa punca dan sebabnyaa… sy perlu motivasikan diri, supaya tidak terus hanyut dgn kesedihan yang mengukit hati… caranya… saya bw langkah ke kedai buku… dan membeli Langit Ilahi… skrg dlm proses membaca… mudah2an ada penambahbaikan… terima kasih
[Reply]
hilal, anak buahku..,
smoga Allah tabahkan anta
ana tiada kata2 hebat yg mampu diberikan
cuma harap anta igt 3 prkr– 1)anta sedari bahawa kita insan biasa,jd sedih itu naluri biasa 2)mgkin Allah nak kita sedih utk kita muhasabah diri,mgkin ketika di titik kesedihan ini,selepasnya kita mampu meningkat lebih lg 3)ana x pernah lupa doakan anta dan sahabat2
kalau nak diikutkan,ana x setabah anta kerana byk peristiwa yg menyedihkan ana.cth thn ni paling sedih peristiwa VT di tempat ketiga…ana rasa seolah2 menjatuhkan islam dan harapan umat walaupn sebenarnya,hakikatnya ditipu oleh pihak musuh dan pengadil yang memang sah2 ingin jatuhkan matri…itu yg ana rasa..
tapi Alhamdulillah ana dpt bangkit balik untuk terus melatih pelapis dalam medan ini.just kongsi sedikit pngalaman dan rasa di jalan ini, ana harap anta mcm tu jugak….kembalikan sinar matahari mu..
[Reply]
[Reply]
Assalamualaikum, saya suke sgt buku saudara..buku langit illahi..moga Allah s.w.t memberkati saudara..mmg kesedihan lumrah kehidupan sbb setiap apa yg terjadi ade hikmahnya.Sy slalu gak sedih sebab ade je org yg akan buat kite sedih dan memijak kite seperti rumput.Tetapi bile baca buku saudara itu,hati menjadi tenang.Sesungguhnya Allah s.w.t yg sentiasa ada dan menyelamatkn kite dr kesedihan atau kegelapan.
Sy suke sgt ayat saudara ni
“Lihat sahaja org yg sering melupakan Allah s.w.t tetapi Allah s.w.t tidak meninggalkn mereka”
Sy tersentuh teramat dan hampir menitiskan air mata.Terima kasih kerana menghasilkn buku itu.Dan jgn bersedih lagi k?Allah s.w.t sentiasa ade menemani hamba2 nya sesungguhnya Allah s.w.t itu maha pengasih lagi maha penyayang
W’salam
[Reply]
Assalamu’alaikum,
Hilal Asyraf sudah bangun.
kepada Iman Syauqina,
maaf, saya tidak menitiskan air mata langsung. Tidak mahu keluar juga. Mungkin air mata bukan teman saya.
kepada Seri,
kesedihan tidak menguasai saya. Saya yang menjemput kesedihan tiba. Kadang-kadang dalam diri ada rasa untuk dimanja. Tetapi masa lara sudah tiada. Saya kesempitan waktu untuk bersedih rupanya.
akhirnya saya bangun.
kepada Iman Aisyah,
kesedihan memang lumrah. Tetapi untuk saya tiada ratapan. Mungkin banyak berfikir bagaimana menterbalikkan kesedihan. Manusia mungkin tidak faham apa yang saya lalui. Saya pun tidak sebut apa kesedihan yang saya hadapi. Mungkin waktu lalu datang menghantui diri.
Hari ini saya bangun, untuk memadamkan kesedihan itu.
kepada cucutokjanggut,
alhamdulillah, teman sentiasa ada dalam diri.
kepada Aisha,
hem. Memang. Senyuman sahabat itu menyenangkan. Siapakah sahabat saya?
kepada Hakima,
alhamdulillah, saya dappat menghayati anugerah ini.
Sekarang saya sudah bangun selepas menikmati kesedihan ini.
Ada makna.
Ada perkara.
Alhamdulillah.
kepada Imeda,
akhirnya, tulisan di dalam Buku Langit Ilahi juga menegur saya. Oh, aku tulis macam ini rupanya. Kadang-kadang, dalam kesedihan, kita lupa diri kita siapa. Akhirnya, diri sendiri juga yang datang menegur sapa.
kepada coach,
Coach. Enta satu-satunya sahabat ana yang reply kesedihan ini. Kesedihan memang ALLAH berikan untuk muhasabah. Alhamdulillah, dengannya ana mencapai makna tabah. Ana jadi faham. Faham dan tahu apa yang hendak dilakukan pada hari esok.
Mungkin dapat nombor 3 pun ada maknanya. Akhirnya, sabar itu juga yang paling cantik.
kepada Xyna,
akhirnya, Hilal Asyraf pun hanya manusia biasa. Sebab itu dalam tulisannya, dia sentiasa kata, untuk kita semua. Ya, untuk kita semua. Untuk diri saya, dan kamu yang membaca.
Thanks for your du’a teacher.
kepada Annafisha,
Ya ya. Betul. Kamu mengingatkan saya, apa yang hampir saya lupa.
Terima kasih Annafisha.
Sekarang saya sudah bangun.
Saya sepatutnya sedar, orang seperti saya perlu lebih tabah. Sebab ada orang lain sedang bernaung di bawah ketabahan saya. Saya sedang memandu manusia. Jika saya terpesong, maka buruk padahnya.
Terima kasih.
Terima kasih pada semua.
Hilal Asyraf sudah bangun.
Dan mula bergerak semula untuk menjejak angkasa raya.
~seorang hamba yang bangkit semula…
Hilal Asyraf
[Reply]
chaiyok2 hilal asyraf~~!!
[Reply]
bagi aku sedih..penyeimbang agar aku ta lupa akan ada bahagia…?
sedih adalah teman saat aku sendiri dan merenung…?aku bertanya..?andai ta ada sedih…!?apakah seseorang akan merasa bahagia…?andai ta ada sedih akankah seseorang menyadari apa kekuranganya…?’’seven”
[Reply]