Langit Ilahi Rotating Header Image

Hari isnin nanti…

DIA lah yang PEMILIK segalanya. Berhak memberi dan mengambil nikmatNya semula

DIA lah yang PEMILIK segalanya. Berhak memberi dan mengambil nikmatNya semula

Alhamdulillah. KLIBF untuk 17hb ini sudah berakhir. KLIBF09 ini akan diteruskan lagi sehingga 26hb April 2009. Bagi yanng belum lagi menjejakkan kaki ke sana, bolehlah berbuat demikian pada keesokan hari, dan juga hari-hari seterusnya sehingga tarikh akhir, 26hb April 2009  itu.

Sebenarnya, ada satu peristiwa telah mengejutkan saya pada hari ini.

Dan peristiwa itu suka untuk saya kongsikan di sini.

Novel VT tidak terbit pada 17hb April 2009 seperti yang diuar-uarkan. Buku Motivasi Langit Ilahi berseorangan tanpa saudara kandungnya yang seorang itu.

Saya, pada hakikatnya agak terkejut juga awalnya. Encik Zakaria menyatakan bahawa, dia akan memaklumkan awal kepada saya, jika berlakunya keterlewatan. Justeru, apabila tiada pemberitahuan daripada beliau, maka saya telah menyebar luaskan maklumat kepada semua kenalan, dan melakukan promosi di website berkenaan penerbitan VT pada hari ini.

Akhirnya baru saya tahu bahawa, Encik Zakaria juga tidak menjangka yang VT tidak diterbitkan pada hari ini. Dia menyangka, semua kerja akan berjalan dengan lancar. Tetapi tidak sangka, pada saat-saat akhir, ALLAH ingin menguji pula.

Saya tersenyum.

Tidak saya sangka, ALLAH menguji pada saat-saat sebegini.

Sayangnya ALLAH kepada hamba-hambaNya. DIA hendak saya bergembira dalam keadaan tidak lupa kepadaNya. DIAlah yang memberi, dan DIA juga berhak menariknya semula bila-bila masa. Pada hari paling bersejarah dalam hidup saya, ALLAH memberikan peringatan yang indah kepada saya.

Saya rasa disayangi.

Dalam rasa keberuntungan ini, saya juga hendak mengungkapkan rasa segan dan bersalah saya kepada pengunjung-pengunjung booth no 81 milik Galeri Ilmu Sdn Bhd, yang datang hanya untuk membeli VT, tetapi terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana ketiadaannya. Lebih saya rasa bersalah, kepada yang telah datang dari jauh, yang mungkin hanya singgah sebentar sahaja di KLIBF 09 itu, kemudian pulang dengan tanpa VT dalam genggaman.

Saya menyusun 10 jari, memohon kemaafan. Semua ini bukan di luar kuasa saya, dan bukan juga salah GISB. Saya yakin yang Syarikat GISB telah melakukan yang terbaik. Semua ini adalah ujian daripada ALLAH, untuk melihat sama ada kata-kata saya selama ini dusta atau satu kebenaran. Saya menerimanya dengan baik.

Encik Zakaria menyatakan bahawa, Novel VT dijangka akan muncul di KLIBF, booth 81 milik GISB pada hari isnin ini. Tadi saya menelefonnya, kata beliau,

“ Ramai yang datang dan bertanya fasal VT. Bila mereka lihat VT tiada, Langit Ilahi pun mereka tidak ambil. Kata mereka, nanti mereka nak datang lagi dan beli dua-dua itu sekaligus”

Saya tersenyum. Alangkah beruntungnya saya mempunyai pembaca seperti kalian.

Saya memohon kemaafan. Kalau saya punya kuasa dan kekuatan untuk perkara ini tidak terjadi, sudah pasti saya halang semua ini dari berlaku, sudah pasti tidak akan saya jadikan perjalanan kalian ke KLIBF itu sia-sia. Tetapi saya hanya HAMBA kepada DIA. Bila ALLAH kata A, maka A lah jadinya. Siapalah saya untuk mengkehendaki B bagi melawan kehendakNya.

Secara tidak langsung, peristiwa ini merupakan satu muhasabah yang baik. Saya ulang, saya rasa disayangi bila berlaku perkara sebegini. ALLAH memberikan teguran halus yang amat baik. Peringatan agar saya terus berjalan atas jalan yang benar dan tidak lupa diri lalu terpesong membelakangkanNya.

DIA yang memberi, maka DIA juga berhak menariknya bila-bila. Pengajaran yang bermakna saya kira.

Jadi, bagi sesiapa yang ingin mendapatkan VT, maka datanglah ke booth no 81 di KLIBF yang bertempat di PWTC, pada tarikh 20hb April 2009, yakni hari isnin ini.

Semoga ALLAH redha.

Kita hanyalah HAMBA.

Hari Isnin ya, 20hb April 2009, jangan lupa!

Print This Post Print This Post

21 Comments

  1. n_ak88 says:

    I.allah…20hb ni nak berkunjung lagi ke klibf…
    tadi pn ana tak beli langit ilahi sebab nak beli skali ngn VT :smile:

    [Reply]

  2. ABU SAIF says:

    Assalamualaikum akhi.

    Apa khabar?

    Sedikit liputan berkenaan hari pertama di Pesta Buku di blog ana. Jemput bertandang… http://saifulislam.com/?p=5362

    [Reply]

  3. imansyauqina imansyauqina says:

    assalamualaikum…

    yeke 20hb? sedihnya sbb adik hnya dpt pg esok je.. novel vt yg sgt2 ditggu.. dugaan…

    [Reply]

  4. kalampuncak says:

    Hilal..studi baik2. Allah jaga urusan buku-buku nta sebaiknya, Insya Allah.

    Err, macam mana? VT dan Langit Ilahi untuk hadiah mumtaz ana exam depan…:D
    ~Syiddu Hellak

    [Reply]

    Hilal Asyraf

    laksamana Reply:

    Assalamu’alaikum,

    kepada n_ak88,

    maaflah kalau dah menyusahkan. Terima kasih atas segala sokongannya ya. Semoga ALLAH redha. Segala susunanNya ada hikmah tersendiri. Inilah dia ujian untuk kita membuktikan keyakinan kita itu.

    kepada Abu Saif,

    terima kasih atas pelawaannya Abu Saif. Ana dah membacanya. Agak terharu dengan kata-kata penenang Abu Saif. InsyaALLAH, ALLAH akan permudahkan exam ana. Semoga kita semua terus sukses! Terima kasih juga kerana membantu saya mempromosi buku motivasi dan novel.

    kepada iman syauqina,

    maafkan ana. Ana pun tak berkuasa dalam penentuan tarikh ni. Kita berdoa sahaja, moga apa yang sudah disusun oleh ALLAH ini, memberikan sesuatu yang bermakna. Kita tidak tahu apa-apa, tetapi DIA tahu segala-gala.

    kepada kalampuncak,

    VT dan Langit Ilahi sebagai hadiah mumtaz? He3… agak sukar untuk ditunaikan. Tapi kalau VT dan Langit Ilahi sebagai hadiah perkahwinan.. aha.. itu enta tak tanya pun ana berikan. he3..

    Thanks for encouragement!

    ~mengharapkan redha DIA…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  5. Syahid says:

    Salam Bro Hilal,
    Moga dimudahkan urusan oleh Allah.
    Good luck for the exams.

    [Reply]

  6. nhmz says:

    Salam akhi..terkejut juga membaca post anta kali ni..
    tetapi bagaimana yg anta kata..perancangan Allah itu lebih cantik..
    Tegurang yang halus..subhanallah..
    Hajat juga ana memiliki novel VT dan buku motivasi..tapi jarak memisahkan x mampu ana nak ke KLIBF..mungkin beli cetakan kedua atau seterusnya kot..

    [Reply]

  7. rasydan rasydan says:

    ana nak pegi hari ni. hari ni je boleh gi dlm kesibukan ni. hmm nampaknye, langit ilahi sajelah habuannya.

    syukran atas info. mana tahu nnt kecewa pulak tgk vt takde. takpe, ingat nak pesan kat orang lain la yg pergi lambat sikit.

    takpe…sebenarnya nak suruh orang baca langit ilahi dulu tu…baca slow2…baru la baca novel yang lebih tebal :)

    [Reply]

  8. ^cahaya hidup^ says:

    Salam,

    Saya sudah mula promo buku anda…~! =)
    And Allah knows best, rite…

    Senyumlah, berlapanglah di atas ujian yang menimpa…

    [Reply]

  9. n_ak88 says:

    Actually tak menyusahkan pon..
    tapi mmg sangat betul..perancangan Allah tu yg sebaikNya dan yang TERbaik..
    mabruk ‘alaik..
    pegi booth galeri ilmu semalam, mcm teruja sikit tgk..sume org dok cari buku Hilal… :grin:

    [Reply]

  10. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    kepada syahid,

    jazakallah atas doa. Moga ALLAH makbulkan. InsyaALLAH, ana akan usaha untuk exam esok(19hb April 2009).

    kepada nhmz,

    kirim la kat sesiapa suruh beli. he3.. kalau nak tunggu, bleh juga.

    kepada Rasydan,

    hu hu.. Minta orang yang pergi lewat untuk kirim ya..
    Langit Ilahi buku motivasi. Mana best baca terus habiskan. Bleh baca bersama2 dengan VT, baru umph!
    Semoga ALLAH redha dengan enta!

    kepada cahaya hidup,

    jazakillah. kan bagus kalau kamu boleh bagi link blog/website kamu ke?
    terima kasih atas sokongan!

    kepada n_ak88,

    he3.. memang perancangan ALLAH itu yang terbaik.
    mana tak rasa teruja, ini kejayaan kita semua kan?

    Terima kasih kepada semua.
    terima kasih!
    saya rasa terharu sebenarnya.

    ~yang berterima kasih…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  11. ^cahaya hidup^ says:

    Salam,

    Mintak maaf tak dapat beri link yg diminta, bukan apa, tak seberapa pun tulisan saye itu..tak terbanding pun dengan website saudara ini……hee~

    Saye yang tak seberapa…….

    [Reply]

  12. ilman92 says:

    assalamualaikum,
    x perasan pula pos ni… ana dah tulis kat cbox tu… :)
    ana dah dapatkan langit ilahi,
    n insyaAllah ustaz Shahabudin Md Yatim (kenal kan) nak gi dalam minggu depan so ana kirim kat dy la novel VT…
    penulisan yg sungguh menyentuh hati,
    teruskan berdakwah melalui pena!

    saudaramu dr smik yg rasa rugi xberjumpa dgnmu ketika kem kepimpinan 2007,
    ilman92~

    [Reply]

  13. humayra says:

    salam hilal…
    hari ni ana bawa famili pergi KLBF tu..
    ayh ana ambil gambar poster nta.. katanya nk tunjuk kt ayh nta nnt..

    dpt bli bku langit ilahi hri ni.. mak ana borong 12buah.. utk org2 johor. Moga smpat ke sana lagi hri jumaat dpn utk bli VT…

    moga hati nta sntiasa tenang di sana..
    jawab exam elok2 ye..

    [Reply]

  14. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    kepada cahaya hidup,

    tidak mengapa jika begitu. Tapi tak payah banding saya dengan kamu. Kita ni sebenarnya sama sahaja. Siapalah saya selain satu batu bata, dan siapalah kamu melainkan satu batu bata, dan kita ini adalah batu bata yang melengkapkan dinding yang membangunkan ISLAM itu sendiri.

    kepada ilman92,

    oho.. nak kirim kepada shahabuddin ya. Baguslah. Maaflah ya, pergi saya pastu tak ada pula VT. Menyentuh hati atau tidak, maka itu adalah kamu yang menentukan. Kamu membaca dengan hati yang terbuka, pastinya akan merasainya. kalau kamu tutup hati kamu,maka tiada apa yang akan berlaku.

    tidak akan rugi sebab tidak berjumpa saya. Rugi yang sebenar adalah rugi di akhirat nanti. Sesungguhnya kamu tergolong di kalangan orang yang beruntung kerana diberikan peluang hidup dalam nikmat IMAN dan ISLAM.

    kepada Humayra,

    wah wah… 12? Terima kasih, terima kasih. Moga ALLAH sempatkan akak untuk ke KLIBF tu hari jumaat nanti. VT menanti untuk disambar. Hilal dengar, belum muncul VT pun, dah ada orang tempah.

    Tunjuklah poster tu kepada abah n ummi. mesti mereka terkejut.he3..(kalau bleh, Hilal pun nak tengok… bleh send? he3)

    Semoga ALLAH tenangkan hati-hati kita dalam keimanan.
    InsyaALLAH, Hilal akan jawab dengan jawapan yang terbaik.

    kepada semua..
    terima kasih. Terima kasih.

    ~hanya seorang HAMBA…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  15. hani says:

    subhanallah…
    wah2 bukan main laris buku hilal,..
    ana bajet nak pergi klibf hari ke 6 (lepas final exam)..
    ada pulak kwn2 ana yg ckp “kalu pergi lambat, habis buku hilal..”
    hampir2 je ana tukar rncgn nk pergi hr ni..
    tp bila fikirkan balik…
    kalu mmiliki buku hilal itu yg terbaik u ana, ana yakin Allah akan simpan u ana walaupun ana pergi hr trakhir :mrgreen:
    jadi xjadilah pergi hr ni…
    ana akn ttp pergi hr ke 6 jugak2 hehe
    apapun..
    tahniah atas pncapaian anta y sudah smpai ke thp ni
    smoga dpt terus istiqamah dan maintain niat…

    kalu buku tu habis…order kat hilal je la bleh?? hehe

    [Reply]

  16. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum

    kepada Hani,

    laris? kamu tengok ke?
    Saya pun dengar kata orang sahaja.
    Benar kata akak, kalau ALLAH nak, dia akan simpankan untuk kamu.
    Tapi kan, kita pun kena usaha cari asbab juga. Tidak boleh berserah sebegitu sahaja.
    Tapi pada saya, exam lebih utama dari pergi KLIBF.
    So, utamakan exam kamu.
    InsyaALLAH, ALLAH akan simpankan untuk kamu.
    kalau tak boleh beli di KLIBF,
    beli la di kedai-kedai.
    Order kat saya mana boleh.

    Senang dengan persinggahan kamu ke sini.

    ~bernafaslah dalam jiwa HAMBA

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  17. awanis says:

    saya dah beli buku anda.. :grin:
    tapi tak buka lagi..
    kena tahan sampai habis exam baru boleh menghadam tulisan2 anda dengan tenang..he3
    tahniah! ramai org di Galeri Ilmu semalam beli buku anda..
    teruskan menulis…keep up d good work!

    [Reply]

    Hilal Asyraf

    laksamana Reply:

    Assalamu’alaikum,

    kepada Awanis,

    jazakillah. Saya tengok di blog kamu, banyak buku yang kamu beli. He3..
    utamakan yang utama ya. Exam tu perlu dititik beratkan terlebih dahulu.
    Terima kasih kerana menyokong penulisan saya.
    Semoga ALLAH permudahkan segalanya untuk kamu.

    ~yang berharap kekuatanNya…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  18. pencinta_buku says:

    salam’alaik,

    ana ke pesta buku siang td~~.pd belah pgnye langit ilahi ada tanpa novel vt.ana skadar melihat2.pabila mbuat 2nd round pd blah ptgnye,wah!!novel vt..lalu mendengar promoter kate “novel vt!!lebih hangat dr ayat2 cinta~terkesima mendengarnye~lantas membeli 3 buah~beserta stu langit ilahi..

    tahniah! :smile:

    [Reply]

  19. Hilal Asyraf laksamana says:

    assalamu’alaikum,

    kepada pencinta_buku,

    terima kasih kerana membelinya. sampai 3 buah. Saya rasa terharu.

    Lebih hebat dari ayat-ayat cinta? hem… harap-harapnya, kata promoter tu betul la. Saya takut juga kalau orang expect terlalu tinggi ni.

    Bacalah dengan hati terbuka. InsyaALLAH, kamu akan mendapat sesuatu.

    ALLAH jugalah pemilik mutlak kepada hidayah.

    Semoga ALLAH redha…

    terima kasih.

    ~yang merupakan hambaNya…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

Leave a Reply