
Imtihan terakhir...
Pukul 11.00 pagi Jordan,
bermula lah peperiksaan terakhir untuk semester dua tahun pertama ini.
Banyak perkara perlu dilihat diambil pengajaran,
agar kesilapan-kesilapan semester ini tidak berulang lagi.
Nothing to post right now. Hanya mengisi kebosanan sementara menunggu waktu exam.
Selepas habis exam hari ini, saya akan buat bedah siasat/muhasabah semester dua yang agak haru biru ini. Saya punya keputusan, walaupun tak teruk, tapi taklah sebaik semester lepas(mana boleh banding, Sem lepas 1 matapelajaran kat universiti, 5 mata pelajaran kat luar universiti. Sem ni lima matapelajaran semuanya di dalam univeristi. Berbeza.)
Kita sama-sama muhasabah la. Saya mesti letak muhasabah tu dalam website punya. Harap banyak tunjuk ajar daripada senior-senior dalam kehidupan, ibu-ibu bapa-bapa yang mengikuti perjalanan, guru-guru/ ustaz-ustazah/ teacher-teacher (especially Teacher Xyna) yang lebih berpengalaman, adik-adik yang selama ini bersama mengutip pengajaran, dan semua pelawat website ini.
Harap kalian dapat bantu saya untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan.
Sama-sama kita lengkap melengkapi, satu sama lain, dalam perjalanan sebagai hamba ILAHI.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
ps: lagi 3 jam hendak pukul 11.00… lambatnya…





Sentiasa ingat bahawa kita hidup untuk Allah Ta’ala dan kita perlu berusaha denga cara yang terbaik bagi meletakkan Islam pada tempatnya
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Fath ayat ke 4 yang bermaksud:
“Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
[Reply]
yup. insya Allah binnajah!
[Reply]